+ dag dig dug +

October 31, 2013

PROMO SHAKLEE OKTOBER 2013 : COLLAGEN POWDER!

Assalamualaikum,

PROMO MELEKAT SEHINGGA 31 OKTOBER 2013

Sharing info on Collagen Powder Shaklee. Sumber dari blog Master Cery : www.mamafaiz.com.

"Secara ringkasnya, kolagen adalah sejenis protein utama bg tisu sokongan dalam badan kita...untuk keanjalan dan kekenyalan kulit. Ia merangkumi lebih kurang 30% daripada keseluruhan protin dalam badan. Atau lebih khusus lagi ia menyokong kekuatan, kekenyalan dan keanjalan kulit.. haa yang anjal, lembut mmg semua orang suka..Sebab tu sekarang ni merata2 jenama ada jual kolagen. haishh.. mcm2...semua orang nak beli kolagen. Ikutla yer duit masing2, muka masing..Buat pilihan bijak yer.. jangan main beli sebarang sahaja...  hihi.Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam. Kerana kolagen bersumber ikan strukturnya yang mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih kecil mudah diserap oleh tubuh manusia dan sebab ia tahan lasak..

Ia bersumberkan sisik ikan merah (4000mg), size kolagennya yang sangattt kecil iaitu 1000dalton (utk penyerapan unggul dan efek yg segera), dilengkapi dgn klinikal studi, dan yg bestnya ia diperbuat dari 7 ramuan khas..memang perfect.. Berikut secara ringkas fungsi2 stiap ramuan tersebut:

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen POwder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan... 

Info tambahan:Tahukah anda SCP dilengkapi dgn asid hidraulik utk mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. menarik bukan...sesuai utk saya yg tak dpt nak telah bergelen2 air sehari..hihi.. Kalau sape2 nak rasa kulit lembap sentiasa.. amalkan masker kolagen dan minum segelas sehari.. kesan yg sangat cepat.. mmg menakjubkan "



Hah apa tunggu lagi. Saya sendiri pun tak sabar nak beli ni. Sebab siries ini harga terbaik daripada Shaklee sepanjang tahun. Jangan risau dari mana sumbernya. Yang pasti Shaklee dijamin HALAL dan SEMULAJADI. No worries ok.

Nak cuba? Boleh contact saya:


Fie Shah | ID 925951
FB : Fie Shah / Shakebulous With Shaklee
SMS / Whatsapp / Line: 019-370 7110
Email : fiedashah@yahoo.com

October 23, 2013

On Second Pregnancy.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dikurniakan rezeki untuk merasa sekali lagi pengalaman membawa satu nyawa dalam rahim. Eh skema betul bunyinya. 

Alhamdulillah dah nak masuk 30 minggu bersamaan dengan 7 bulan lebih. Lagi 10 minggu je lagi to go. Berdebar sama juga masa mengandung anak pertama. Malah lebih lagi kot. Pertamanya sebab badan kita dan tak sama kuat macam anak pertama kan. Masa anak pertama masih bergetah lagi. Yelah baru kawen kot. Bukanlah yang kedua nk tak bergetah..kurang je sikit. KEHKEH.

Alhamdulillah juga tak ada morning sickness langsung sepanjang pregnancy ini. Sama juga masa mengandungkan Kakal. Cuma kali ni banyak gas dan bloated. Bloated sampai tahap tak lalu nak makan. I lost weight for a few months. Doktor pun mulai bimbang. Tapi takyah bimbang sangatlah. Sebab masuk bulan ke 6 berat haku naik sampai 3 kg. Pastu 7 bulan naik 1kg lagi. HAHAHAHA. Bravo bravooo...cayalah Fie! 

10 more weeks to go, barang adik baby belum ready lagi. HIKHIK. Ibu tunggu baby expo banyak bulan ni dengan bulan depan lah ok. Then kita prepare hospital bag. Checklist semua dah ada.

Doakan saya ye kawan². Semoga dipermudahkan segalanya sampai hari bersalin nanti. Amin.

Anyhoo, sempat buat maternity photoshoot. Makyong gedik nak buat juga. Ate, takpelah suami sendiri yang memetik gambornye pun. 

Anyone interested boleh contac Peveyhack.com ye.











Maternity Photoshoot by Rizal Rahman of Peveyhack.com 



October 21, 2013

Bila Atok Aji Pergi Palestin.

Assalamualaikum,

Haa gitu tajuk entry macam tajuk drama. HOHOHO. Tetiba ada mood nak update walau tengah buat kerja tadi. Takpelah sesambil apa salahnya.

Isnin lepas, sehari sebelum Raya Haji kami hantar Atok Aji & Nenek Nah ke KLIA. Diorang nak pergi menziarah Palestin & Jordan. Seronol betul dapat peluang macam gitu. Alhamdulillah rezeki Ayah & Ibu. Kami sempat kirim goodies untuk kanak2 kat sana. Semoga dapat bantu gembirakan diorang dalam keadaan diorang yang serba kekurangan. InsyaAllah.

Yang nak ceritanya, budak² ni semua dah pandai merengek nak ikot Atok Aji diorang naik aeroplane. Especially Kakal & Afiq. Ya ampunnnn....meroyan kat depan departure gate tu.

NAK IKOTTT ATOKKK AJI...NAK IKOTTT ATOKKK AJI.

Berlarutan sampailah dah dalam kereta nak balik pun masih macam tu. Sampailah tertidur sendiri. Memang time tidur kan tu yang meroyan tu. Kelakar betul bila ingat diorang pujuk nak ikot Atok Aji.

Atok Aji : Mana boleh ikut, Afiq & Kakal takde passport.

Afiq : Afiq ada passport! Kat rumah..

Atok Aji : Mana ada baju nak bawak.

Kakal : Adalah dalam kereta.

HAHAHAHAHA. Ada je jawapan diorang. Takpelah sayang, Atok Aji nak balik dah harini. InsyaAllah ada rezeki nanti kita naik aeroplane sesama dengan Atok ok.


Masing² tengah 'beli' Atok Aji

Complete.

Ini yang paling teruk sekali menangis.
Hai lah Kakal.

October 2, 2013

Trip To Penang-Part IV (Jalan² Cari Makan)

Assalamualaikum,

Jom sambung cerita Penang. Ya Allah ini baru pi Penang belum pi Los Angeles ke Paris ke. Pun cerita kau dah panjang berjela ye Jemah. Nak buat cemana, orang tak reti mengarang macam gini lah. Terpaksa cut cut. Kalau jadi director filem memang tak laku filem kau Jemah.

Back to Penang.

Sebenornya dalam list jalan-jalan cari makan saya banyak sangat nak singgah hoi.

- Laksa Janggus
- Coconut Shake
- Rojak Pasembor Menari
- Nasi Kandar Beratur
- Nasi Kandar Line Clear
- Mee Udang Ayu
-dan lain-lain..

Dukacitanya, hanya sempat singgah 2,3 tempat aje. Biasalah faktor pengurusan masa dan anak² kecil memang sedikit memberi kesan. HAHAHA.

NASI KANDAR LINE CLEAR - dah diceritakan perihalnya di sini >> PART I 

PASEMBOR MENARI, GURNEY DRIVE


Disebabkan kitorang datang dah agak lewat maka tiadalah aksi menari daripada Mamak tersebut. Takpelah asal dapat makan sudahlah.







MEE SOTONG & COCONUT MEALSHAKE, PADANG KOTA


Yang ini memang tekak saya yang teringin sangat. Baru turun daripada Bukit Bendera terus menuju ke Padang Kota Lama. Kanak² dah tertidur so they stayed dalam kereta dengan Abi & Papa. Ibu, Mummy, Auntie & Ucu Ika turun dulu makan. 





Mee sotong tu macam mee goreng dan ada sambal sotong atas dia. Sedap! Tapi agak manis sikit tapi i olls ok ajer. Coconut shake pun sodaap abaq ang! Tak taulah lagi sedap dari Klebang ke apa sedap tak pernah rasa yang Klebang punya. HUHU. 


NASI KANDAR KASIM MUSTAFA, LEBUH CHULIA

Haa yang ini Jaja yang nak makan sangat sebab recommended oleh Boss dia. Tepi jalan je kedai dia, makan sekali dengan asap bas lah korang. HAHAHAHA. Kalau nak compared dengan Line Clear memang sedap lagi lah Line Clear. Kalah banyak mata woooo.

Bendi tu menggiurkan.

Tingtong punya Abang Ipar.
Last sekali, jangan lupa singgah kedai Jeruk Pak Ali ye. Yang ini pon tarak gambar sebab driver tunggu tepi jalan saje. Kami masuk cepat2 beli jeruk dan bertolak pulang. Jeruk Pak Ali ni kurang sikit rasa cukanya dari jeruk yang lain tu. Dan ada jual pek² kecil. Boleh juga beli timbang.

Phiewwww. 

Siap juga satu entry lagi pasai Penang. Ada lagi satu entry nak buat. Tunggu esok² lah ye.

Tata!