+ dag dig dug +

March 14, 2013

Sindrom Si Shopaholic.

Assalamualaikum,

Apa itu shopaholic syndrome puan² dan cik²? Nampak tak saya tak guna tuan ke cik abang sebab shopaholic ini memang kebanyakan nya ferempuan macam I olls dan U olls. Jangan kecik hati ok.

Nama saintifik bagi syndrome ini mengikut wikipedia ialah :

"Oniomania (from Greek ὤνιος onios "for sale" and μανία mania "insanity"[1]) is the technical term for the compulsive desire to shop, more commonly referred to ascompulsive shoppingshopping addictionshopaholismcompulsive buying or CBD or Sushma Syndrome."

Kalau nak dikategorikan sebenarnya saya belum layak lagi masuk kategori sindrom ni. Sindrom saya tak seteruk jumpa je shopping mall kena beli..kalau tak beli something rasa macam tak lengkap hidup. Takdelah sampai macam tu. Tapi nafsu tetap ada. Mungkin kalau punya duit berjuta teruklah shopping mall tu aku kerjakan. Dan nasib baik tak pakai CC lagi dah. CC membuatkan hidup aku tak tenang. Siapa yang disiplin dan pandai manage CC takpe. Tapi itu bukan aku. KAHKAH.

Tapi!

Sindrom ni lebih kepada online shopping. Sebab bila online ko tak nampak duit tu keluar tau. Kau tak rasa sayangnya nak keluarkan duit sebab kau bayar online. KLIK KLIK terus wallahhh!! Esok dapat parcel atas meja. Tak seronok dua ronok tiga ronok begitu. Aku seronok tak taulah korang macam mana kan. Kalau shopping kat luar tengok harga RM19.90 pun aku rasa mahal. Rasa sayangnya nak guna cash yang ada. 

Pernahkah korang alami keadaan sebegini? Adakah ini suatu penyakit?

Terapi Elak Shopping

1) Bila rasa nak beli online je sila mandrem diri sendiri. Mandrem lah dengan bayangkan baju² kat rumah yang masih belum terpakai. Atau yang baru pakai 2, 3 kali lepas tu kau peruk dalam gobok baju kau. 

2) Nak beli kasut teringat kasut masa buat hantaran dulu kau tak pernah sentuh. Sekali pun tak pernah! Bila kena marah dengan laki je kau jawab 'Ayang nak simpan untuk anak cucu nanti. Abi apa tau?!' Haa tak pasal dapat dosa kering lagi. 

3) Nak beli tudung teringat penyangkut tudung kau dah hampir roboh dek kerana banyaknya tudung yang kau ada, You name it, I got it! Begitulah. Bawal, shawl, awning semua pun ada. Tapi hari² bila pergi kerja selalu moody tudung tak match dengan baju. Hello sekarang ni kan zaman 'colour block' U olls. Apadehal baju pink tudung biru? 

Tapi ada cheat day lah juga macam diet. Takkan lah takde reward untuk diri sendiri. Once awhile shopping is perlu untuk self therapy. Kalau ada duit dan kau sedang down selepas kau solat dan berdoa kepada Yang Maha Esa, cubalah bawa diri shopping sorang². Best wooohhh! Yeah, sebab dah pernah buatlah berani cakap best.

Ok lah nak pergi berduka lara. Entry ini terjadi sebab The Poplook ada update baru harini dan aku tak boleh beli! Tudung dekat Aidijuma pula cantik tapi dah jadi mahal sebab Datin Juma tambah corak safari ke ular kat bawah tu. Stress!!

Sekian.



tiheeeheeee

5 comments:

  1. Bahaya...bahaya! Poplook antara website yg bahaya utk diterjah. Tgn ni berpeluh je nak klik. Oh, tidak!!! Jauhkan!!!

    ReplyDelete
  2. Hehehehe

    entri ni terkena batang hidung nurul sendiri.

    pasal kasut hantaran beli mahal2 pakainya sekali ke dua kali je pastu simpan buat pekasam. now bila check kasut tu dah tumbuh kulat2 sebab tak bersihkan dok simpan dalam drawer.

    bila beli onli baju ke krim muka ke yg harha rm69 atau krim harga ratus2 pun sanggup beli. cuba beli cash kat mall, krim harga rm12.90 pun terasa mahal. selalu terdetik eh tak ada ke krim harga rm5.90? kahkahkahkah

    pastu nurul selalu sangat pergi sopin sorang. kiranya terapi diri. rasa best pulak pasal tak ada sapa nak halang2 kita sopin. kalau keluar dgn suami ada je eh tak payah belilah kan dah ada kat rumah tu. masa tu stress. kahkahkah

    ReplyDelete
  3. akn kena sindrom ni bila stress terlampau... maka sy kna shopping n jalan2 di shopping mall... sbg terapi.. hee.. tapi beli tgk keadaan poket... hee..

    salam singgah dan follow:
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. shopping is something u can't resist!

    woman & shopping :best buddy ever!!:p

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear