+ dag dig dug +

March 29, 2013

Paddington House of Pancakes, The Curve.

Assalamualaikum,

Pada suatu hari jalan² dekat The Curve dan nampak kedai makan ni yang sangat cantik interior design dia. Nama kedai tu Paddington House of Pancakes. Dah lama kot ada kat The Curve tapi baru ni dia refurbish dan wallah kedai tu transform menjadi sangat comel. Membuatkan saya terpana ketika lalu bersebelahan kedai tersebut. Mulut terus cakap 'Bestnya makan kat sini'. Walaupun tak tau lah makanan dia sedap ke tak. Asal kedai nampak cantik terus rasa makanan mesti sedap. Masalah disitu.

Hari apa entah hujan masa balik kerja. Abi ajak singgah The Curve lagi sebab takut nak balik rumah terus kang sure tak sempat solat maghrib. Rupanya Abi nak ajak makan dekat Paddington tu. Ohhyemmmmgeee. KEKEKEKE. Suka lah bukan kepalang.

Sebab kan tak pernah makan kat sini, masa browse menu itu muka terkulat-kulat. Waiter 2, 3 kali tanya 'Order sir? Order sir?'. Punyalah buntu sebab semua nampak sangat tempting ok. Last-last suruh waiter tu suggest kan. Haaa senang!

Ini adalah gabungan CREPE + LAMB + PEACH + PLUM SAUCE.
Sedap sangat!

Fajitas

Spaghetti bolognese for Kakal & Sparkle Mint for Ibu.

Nice deco.


otomen ada di mana-mana untuk merosakkan gambar

Menu dia memang from all around the world. Tapi main attraction memang pancake & crepes. Must try sebab sedap sangat. Ingat nak rasa pancake & cakes. Tapi masa tidak mengizinkan nak lepak lama². 
Selepas habis makan dan bayar terus Abi cakap. Ok cukup setakat ini sahaja makan luar. Lepas ni balik masak! 


Pftttttttt~ 





March 26, 2013

Nanny's Birthday Celebration at Wondermilk, Publika.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 15 Mac haritu Nanny turn 57! Age is just a number Mother. You are still gorgeous as ever. So, we had a mini birthday celebration for Nanny at Wondermilk, Publika. Yummys!

Semua adik beradik ada kecuali erk Ucu Eka. Biasalah budak duduk asrama memang susah sikit nak bersosial di hujung minggu. Maafkan kami ye Ucu Eka.



Kakal : Tepilah Ibu, Kakal nak Otomen niiii!
Ibu : Wait, jangan gerak!

Kena cuba!!!
Portion tak berapa besar.
Tak cukup untuk foodies like me.
Bahahahaha.
Makcik Midah

"Together, we have it all"

I love you Mak.
Dunia akhirat.
Semoga Allah kurniakan Mak rezeki, kasih sayang, kesabaran, kekuatan, ketaatan dan pahal yang berlipat ganda.
Semoga Allah kurniakan anak ni Mak semua kekuatan seperti Mak. 

Amin.


March 21, 2013

Senduk Fifieeeee : Resepi Cheesy Baked Rice

Assalamualaikum,

Salam tenggelam timbul. Uhuk. I is kenot selalu blogging sekarang ini. Ada waktu senggang boleh lah. I is sedih.

Ok straight to the point. Wihout wasting any time, saya nak share resepi yang saya dapat dari kawan saya.. Puan Eina Razi yang sekarang berada di Dubai. Uhuk. Disana beliau menjadi surirumah sepenuh masa dan sangat rajin memasak. Hari² dia tepek gambau makanan kat wassap. Kijam giler.

So, resepi pertama yang saya cuba dari Eina ialah Cheesy Baked Rice. Yang macam kat Pizza Hut tu. Kakal pula memang suka cheese. Elok benarrrrlah tu.

Cheesy Baked Rice

Bahan-bahan :

1. Butter untuk menumis
2. Bawang putih, bawang merah (dipotong dadu)
3. Isi ayam
4. Sosej (atau apa² yang korang suka)
5. Carrot or mixed veggies
6. Kiub ayam
7. Mushroom
8. Fresh milk
9. Nasi yang sudah dimasak
10. Mozzarella/ Parmesan/ Cheddar cheese.

Cara-cara :

1. Cairkan butter dan tumiskan bawang putih dan merah.

2. Masukkan carrot, isi ayam dan sosej. Tumis sampai naik bau bukan naik hantu. Then masukkan nasi. Gorenglah macam nak buat nasi goreng tu. Ketepikan or masukkan dalam bekas siap².

3. Dalam pan lain,masukkan fresh milk dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih dan masukkan mushroom. Kacau sampai pekat.

4. Tuangkan ke atas nasi yang telah digoreng tadi. Ratakan.

5. Atas sekali letaklah mozarella atau parmesan. Selang-selikan dengan cheddar cheese kalau nak lagi power! (Tapi saya guna cheddar je. Mozarella expired..huhu)

6. Bakar dalam oven dengan suhu lebih kurang 180 darjah celsius selama 20 minit atau sehingga cheese bertukar warna perang.

7. Siap!

Simple dan mudahkan? Kakal cakap 'Hmmm, its delicious Ibu.' MUAHAHAHA. Thank you baby.

Mana gambar? Huwaaaaaaaaaaaa takde! Saya dah ter delete. Frust kita. Yang ada gambar dalam oven je.

Sadis.

Ok selamat mencuba ya!


Dalam oven je ada gambau.
Bau semerbak!




March 15, 2013

Buat Yang Sedang Diuji.


Biar dari segi apa pun ujian itu..

Harta, anak, kesihatan, perkahwinan, kesusahan, kesenangan, kelapangan masa..

Percayalah ia suatu tanda..

Tanda Allah sayangkan kita..

Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar..

Bersabarlah.

kredit kpd tuan punya gambar



March 14, 2013

Sindrom Si Shopaholic.

Assalamualaikum,

Apa itu shopaholic syndrome puan² dan cik²? Nampak tak saya tak guna tuan ke cik abang sebab shopaholic ini memang kebanyakan nya ferempuan macam I olls dan U olls. Jangan kecik hati ok.

Nama saintifik bagi syndrome ini mengikut wikipedia ialah :

"Oniomania (from Greek ὤνιος onios "for sale" and μανία mania "insanity"[1]) is the technical term for the compulsive desire to shop, more commonly referred to ascompulsive shoppingshopping addictionshopaholismcompulsive buying or CBD or Sushma Syndrome."

Kalau nak dikategorikan sebenarnya saya belum layak lagi masuk kategori sindrom ni. Sindrom saya tak seteruk jumpa je shopping mall kena beli..kalau tak beli something rasa macam tak lengkap hidup. Takdelah sampai macam tu. Tapi nafsu tetap ada. Mungkin kalau punya duit berjuta teruklah shopping mall tu aku kerjakan. Dan nasib baik tak pakai CC lagi dah. CC membuatkan hidup aku tak tenang. Siapa yang disiplin dan pandai manage CC takpe. Tapi itu bukan aku. KAHKAH.

Tapi!

Sindrom ni lebih kepada online shopping. Sebab bila online ko tak nampak duit tu keluar tau. Kau tak rasa sayangnya nak keluarkan duit sebab kau bayar online. KLIK KLIK terus wallahhh!! Esok dapat parcel atas meja. Tak seronok dua ronok tiga ronok begitu. Aku seronok tak taulah korang macam mana kan. Kalau shopping kat luar tengok harga RM19.90 pun aku rasa mahal. Rasa sayangnya nak guna cash yang ada. 

Pernahkah korang alami keadaan sebegini? Adakah ini suatu penyakit?

Terapi Elak Shopping

1) Bila rasa nak beli online je sila mandrem diri sendiri. Mandrem lah dengan bayangkan baju² kat rumah yang masih belum terpakai. Atau yang baru pakai 2, 3 kali lepas tu kau peruk dalam gobok baju kau. 

2) Nak beli kasut teringat kasut masa buat hantaran dulu kau tak pernah sentuh. Sekali pun tak pernah! Bila kena marah dengan laki je kau jawab 'Ayang nak simpan untuk anak cucu nanti. Abi apa tau?!' Haa tak pasal dapat dosa kering lagi. 

3) Nak beli tudung teringat penyangkut tudung kau dah hampir roboh dek kerana banyaknya tudung yang kau ada, You name it, I got it! Begitulah. Bawal, shawl, awning semua pun ada. Tapi hari² bila pergi kerja selalu moody tudung tak match dengan baju. Hello sekarang ni kan zaman 'colour block' U olls. Apadehal baju pink tudung biru? 

Tapi ada cheat day lah juga macam diet. Takkan lah takde reward untuk diri sendiri. Once awhile shopping is perlu untuk self therapy. Kalau ada duit dan kau sedang down selepas kau solat dan berdoa kepada Yang Maha Esa, cubalah bawa diri shopping sorang². Best wooohhh! Yeah, sebab dah pernah buatlah berani cakap best.

Ok lah nak pergi berduka lara. Entry ini terjadi sebab The Poplook ada update baru harini dan aku tak boleh beli! Tudung dekat Aidijuma pula cantik tapi dah jadi mahal sebab Datin Juma tambah corak safari ke ular kat bawah tu. Stress!!

Sekian.



tiheeeheeee

March 13, 2013

Miss Milk Shakes

Assalamualaikum,

Dah beberapa hari cuba nak realisasikan rutin yang lebih sihat dari segi pemakanan. Pagi ni hanya ambil ESP+Milo sebagai sarapan bersama 2 keping sandwich. Harap boleh bertahan lah breakfast macam ni sampai bila-bila. HAHAHA. Selain ESP (Energizing Soy Protein), Shaklee juga ada satu lagi produk untuk mereka yang susah makan vitamin jenis tablet ni. 

Meet Miss MEAL SHAKES!!!


Mari berkenalan dulu dengan kebaikan dan apa yang ada dalam Meal Shakes ni haa.



Kebaikan Meal Shakes Shaklee


> Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.



> Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein. 



> Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.



> Rasa French Vanilla yang enak macam aiskrim boleh diminum begitu saja atau boleh campur dengan minum favourite anak-anak 



> Meal shakes amat sesuai untuk meningkatkan selera anak-anak yang jenis 'picky eater'. 



> Mealshake membekalkan multivitamin, protein, kalsium dan fiber yang diperlukan untuk   tumbesaran yang sihat!



> Mengurangkan eczema dan asma dikalangan kanak-kanak dan dewasa



> Meningkatkan tahap antibodi kanak-kanak.


> Sesuai untuk individu yang sukar/ susah telan tablet.

> Sesuai untuk ibu hamil dan juga menyusu.

> Antioksida dan detoksifikasi.



TESTIMONI


1) Testimoni daripada kakak saya sendiri Jaja Shah

Anak buah saya iaitu Afiq Harris ni memang sangat picky eater. Dia suka makan benda bukan² macam junk foods. Benda lain dia suka macam nuggets. Nasi memang sangat susah nak bagi dia makan. Makan pun tak banyak. Badan memang selim melim gitu. Lepas Jaja cuba Meal Shakes ni untuk Afiq, dia memang jadi berselera sangat makan. Badan tu takdelah terus naik tapi peningkatan yang memberangsangkan sebab dah suka makan nasi. 

Ada satu hari tu, saya suapkan dia nasi dengan Kakal dan Aydin (adik Afiq) makan nasi. Memang berselera diorang makan. Lepas dah habis tu Afiq minta biskut pula kat Auntie dia. Lepas dah habis biskut tu dia minta NASI lagi! HAHAHAHA. Alhamdulillah..semoga berterusan.


2) Testimoni daripada pengguna Meal Shakes.




Alhamdulillah, tak salah untuk ikhtiar kan? Shaklee ni bukan ubat tapi sebagai makan tambahan bagi nutrisi di dalam badan kita ye.

Interested?

Boleh tinggalkan email anda untuk saya hubungi semula atau hubungi sayaEmail  : fiedashah@yahoo.com.

March 12, 2013

Weekend Saya.

Assalamualaikum,

Minggu lepas Abi free maka seronoklah berjalan-jalan. Hari Sabtu jumpa Nanny lepak dekat Tropicana City Mall. Pening kalau dah 3 orang hero ni berjumpa. Buat mall tu macam depa yang punya. Ni masa ni Kakal baru lepas stunt depan kedai ni. Baring atas lantai, suruh bangun takmo. Geram betul!

Barisan tentera Hajah Hamidah

And the award goesss toooo....

Trofi tu kitorang belikan untuk Nanny masa pergi USS tu. Nanti kita pergi sama-sama pula ok Mak? Ahad ni pula birthday Nanny..tengah fikir nak beli hadiah apa. Postponed boleh tak Mak? Hahahaha. Tak pun kita suruh cucu-cucu je nyanyi sebagai hadiah. Aci tak? 

Ahad pula kita ke Cheras jemputan dari Juju Divas sempena perkahwinan adiknya. Musim panas kan sekarang lengit betul rasanya masa ni. 


The D's yang hadir

Mak Otomen dan anak-anak.

Sekian sahaja entry tidak bermanfaat dari hamba. Esok lusa akan up entry yang bermanfaat. Betul ni bukan janji tapi pasti bak kata David Teoh!

Sekian, wassalam.





March 8, 2013

Lawatan Rasmi by YBhg. Puan Hajah Hamidah.

Assalamualaikum,

Salam Jumaat penghulu segala hari? Dah baca surah Al-Kahfi? Saya pun belum. Marilah kita baca sama-sama lepas ni ok.

Semalam saya on EL. Kakal tiba2 demam balik daripada taska kelmarin. Risau pula nak hantar dia ke taska semalam. Takut tak fully recovered lagi. Jadi berdualah kami di rumah semalam. Wassap Nanny terus dia nak datang rumah jumpa cucu dia ni.

Seronoknya bila Nanny datang sebab dia belikan makanan so tak payah ler Ibu masak lunch sampai dinner semalam (pemalas). Bersedia nak sambut Nanny ni beriye aku sorokkan kain baju yang tak lipat lagi. Tapi Nanny datang2 je terus spot check rumah!  Dari dapur membawa ke bilik. Asyik terjerit2 je Ya ALLAHHHH...hahaha. Nasib baik bukan mak Ayem (MIL) yang datang katanya. Iyelah, kalau MIL nak datang maybe amek masa 3, 4 hari nak mengemas. KEKEKE.

Dah habis segala tok nenek dia spot check sampai dalam kabinet dapur pun dipunggahnya juga. Sekali naaaa ternampaklah dia akan barisan-barisan supplement. HAHAHA. Satu-satu kena explain kat Nanny. Nanny pun nampaknya berminat. Lepas ni dia nak amek ESP pula. Yeayy!

Nanny dah mulai.

Budak demam yang lasak kenmain.

"Inilah barisannn kita yang ikhlas berjuang"

Lai laiii..siapa berminat boleh tinggalkan email untuk saya hubungi korang semula atau boleh email saya terus : fiedashah(@)yahoo.com .

Thanks korang. Have a blast weekend!







March 6, 2013

Ada Apa Dengan Shaklee?

Assalamualaikum,

Firstly, saya nak ucapkan terima kasih to Aishah Rahim sebab perkenalkan saya kepada Shaklee. Sebenarnya dah lama dah tahu pasal Shaklee tapi tak pernah ada hati nak cuba. Saya tahu set menyusu Shaklee paling meletup the vavavom gitu. Tapi saya manalah menyusukan lagi. Sehinggalah selepas satu hari tu rasa nak cuba ESP. 

But knowing me yang memang takde disiplin bab vitamin ke susu ke ni memang lah tak habis² ESP tu. Lepas tu order pula Vitamin E. Vitamin E Shaklee memang the best. Tapi diri sendiri yang takde disiplin ni memang lah takkan nampak kesan.

Dan sehinggalah mencuba Alfalfa. Sebab apa Alfalfa? Sebab Aishah kata Alfalfa ni ibarat kacip fatimah bagi wanita. Gittttewwwwwwwwwwwww. Kahkah. Selepas consumed Alfalfa memang terasa kesannya. Satu lagi Alfalfa juga untuk menghilangkan masalah-masalah yang kerap wanita alami seperti masalah keputihan juga sebagai milk booster kepada breastfeeding mommies. Alhamdulillah, Alfalfa memang sangat berkesan kepada saya setakat ini.

SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.
dan HALAL. ;)


Dan oleh kerana keyakinan saya kepada produk ini maka saya telah memilih untuk mendaftar sebagai ahli dan secara automatiknya menjadi Shaklee Independent Distributor.

Alhamdulillah.

Kenapa?

Sebabnya memang untuk diri sendiri dan family. Niat saya nak kongsi kan vitamin ini dengan semua kerana kebaikkannya. Benda yang elok memang senang untuk kita tertaut hati kan. Macam Shaklee inilah. Insya'Allah disamping beli untuk diri sendiri dan family apa salahnya kita share dengan kawan² kan. Saya banyak google dan banyak testimoni yang baik dari orang-orang yang pernah consumed Shaklee.

Even dari adik saya sendiri. Testimoni dia adalah yang terbaik! Sebab saya tengok depan mata sendiri perubahannya. Itu nanti saya share kan ye.

Setakat ini cukuplah cerita tentang perkenalah saya & Shaklee. Now dalam proses memperkenalkan husband to Shaklee pula. Multivitamin untuk beliau adalah Vita-Lea. So far terima respond yang positif. Setiap pagi tanya mana vitamin dia. Amboi...kalah bini dia ni. HAHAHA.

Feel free to contact me if you're interested in any Shaklee's product stated in my testimony above ok. Insya'Allah mana yang saya boleh bantu, saya bantu ye. 

Aiyoh taktahan ayat skema sangat ni. Do I look like a penjual vitamin? HAHA. Im sharing it with you guys and want you to have a healthy lifestyle. Together we can make the world better. Ok fine, mengarut lagi kau ni.

Boleh email to me any enquiries ok : fiedashah(at)yahoo.com

Toodles!

Have a pleasant day!

Ecehhh..



My loyal manager cum support system.
Thanks baby..


March 5, 2013

Journey To The South - Part 4 Hello Kitty World & Little Big Club

AUTO PUBLISH MODE ENTRY

Alhamdulillah pagi tadi Atok Aji dan Nenek Nah dah selamat bertolak ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Semoga diberi kesihatan dan kemudahan sepanjang berada disana. Moga dipermudahkan ibadat mereka.

Takziah kepada semua ahli keluarga pejuang negara yang terkorban ketika mempertahankan negara di Lahad Datu. Jasa kalian amatlah besar untuk kami..terima kasih yang tidak terhingga. Hanya doa dan alfatihah yang dapat kami iringi. Semoga dirahmati oleh ALLAH swt dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

ALFATIHAH.


__________________________________________________


Mak pesan buat kerja jangan separuh jalan,  maka dengan ini mari habiskan entry tentang JB dan kawasan sekitarnya.

Hari ketiga di JB kami ke Hello Kitty Town dan Little Big Club pula. Bertolak agak lewat sebab hantar Atok Aji dan Nenek Nah ke Legoland dulu. Diorang tak ikut kami pi HKT. Lepas hantar dan lunch baru kami gerak ke sana. Seperti biasa, tiket kami dah beli awal2 melalui www.playtime.com.my official website for Hello Kitty Town and Little Big Club.


Babai Atok n NekNah



Layan anak-anak :-)

The show was fun to watch tapi part menjerit2 is a bit annoying lah.
HAHA.

Misi nusantara.
Oleh kerana anak-anak kami boys jadi tidaklah kami masuk ke game yang bercirikan girls seperti cookies baking & manicure padicure walau hati ni nak sangat masuk. Haha. Jadi kami tengok show & main games yang mana boleh je lah.

Then terus ke Little Big Club di tingkat atas. Oh ya, tempat ni dalam bangunan yang berbumbung. Jangan risau pasal cuaca ye. Kat LBC pula sangat fun sebab bnyak games for kids. Kitorang pun enjoy sebab masa kat USS tak dapat main sangatkan. So kat sini almost semua rides kitorang main. Tapi percayalah main permainan kanak2 ni pun aku boleh menjerit2. Siap kena cabar dengan Abi suruh naik yang macam solero shot kat Genting tu tapi ni versi ketinggian 1 tingkat je. Hellleh kacang putih sgt. Aku naik tapi berjujuran air mata menahan kegelian perut. Hahahaha.

Dalam rumah Barney

Bob the builder :-)


Auwww Barneyyyy...terujaaa!
Memang enjoy giler kat sini sampai tak sedar tempat tu nak tutup dah. Rupanya tutup jam 6 ptg lebih kurang macam tu. Kitorang orang last kat situ siap request nak game lagi. Hahaha.

Tak sedar diri yang kena gerak balik Kay Ell lepas tu. Sudahnya kitorang decide nak stay satu malam lagi kat JB. Tapi hotel semua fully booked. Last2 gerak dalam pukul 10 malam stop Ayer Keroh check in hotel kat situ. Kerja gila betul. Esoknya lepas dah recharged baru gerak balik KL.

Sekian saja kisah kami di JB. It wasna fun funnn funnnn family trip. InsyaAllah nanti kita pergi lagi kalau ada rezeki. Amin.


Ok goodnite, Kakal dah ajak masuk bilik tidur.


Toodles!

March 1, 2013

Kakal & Potty Training

Assalamualaikum,

Am alone at my partition..on a Friday lunchtime..eating homemade macaroni bolognese..listening to Muara Hati...sobbss sadis sungguh entry kau. Sebenarnya tak keluar sebab nak siapkan assignment kena sumbit Ahad ni Minah oi. Takpelah lagi sikit je lagi..abaikan.

Sebenarnya Ibu ni dah potty train Kakal ni almost sebulan kot. Tapi hanyalah di hujung minggu tatkala Ibu punya banyak masa untuk melayan kerenah Kakal. Sepanjang potty train ni Ibu belum konfiden lebih lagi nak lepaskan dia diaperless di Taska. Ini kerana Ibu takut cikgu-cikgi tak mampu melayan dia yang kena bertanya every half an hour 'Kakal nak shi-shi ke tak?' atau paksa dia ke toilet. Ye kena paksa  kalau tidak dia leka dan bertaburanlah segalanya di atas lantai.

Pernah sekali kat rumah biasalah kita ni leka buat kerja rumah. Ke dapur, ke bilik, ke hall ke serata tempat mengemas tup-tup Kakal panggil. 'Ibuuuuuuu...Kakal nak uk uk!' Berlari lah Ibu ni dari bilik ke depan terus tarik dia bawa pi toilet. Sekali naaaaaaaa...bertaburan lah segala harta karun. Takpelah kena seluar boleh basuh. Dah pakaikan dia seluar & pesan kalau nak shishi lari terus ke toilet sambil jerit IBUUUU, NAK SHISHIIIIIIIIII!!! Siap buat demo macam mana..dia cakap OK.

Sekali pergi depan hall..nampak objek kekuningan. Yang ku takuti telah pun terjadi. Rupanya ada harta karun telah jatuh di atas karpet bangla ku. Huwarghhhhhhhhhhhhhhhh! Masa tu stress mak noks. Tapi teringat pesan² ustaz 'Janganlah kerana harta kau marahi anak kecil'. Maka iyelah Ibu tak marah Ibu jerit sikit je. Banyak kali jugalah kisah terlepas ni sampai rasa nak give up. Tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya.

Actually Ibu lupa nak bekalkan diapers haritu. Memang kosong beg takde diapers langsung. Masa balik Cikgu Noni cakap diapers takde tapi Kakal ok je kak katanya. Hah heran disitu. Sebab selalu kalau takde diapers diorang akan call. Cikgu Noni kata Kakal cakap kalau nak shishi. Time tidur je pinjam diapers kawan satu sebab takut terlepas. Phiewww Alhamdulillah. Leganya Ibu dengar. Akhirnya kita berjaya juga pottry train sayang. Dan hari ini dah 4 hari lah Kakal diaperless kat school. 

Lega sangat bukan sebab apa tau. Satunya iyelah boleh jimat duit kat situ dah. No more money spend on disposable diapers. Satu lagi yang betul² menakutkan ialah masalah TAKDE SIZE. Bayangkan semua brand pun Mak Jems dah cuba last sekali ni Babylove pants baru lah sedap dia pakai. Itu pun dah maksimum dah tu. Lagi 2 3 bulan memang dah takde size dah dalam pasaran diapers. HAHAHA.

So tips nya ialah DONT GIVE UP! Jangan cepat putus asa. Even takde masa pun belasah je ajar on weekend. Sampailah dia ready sendiri. Good luck to all moms out there yang nak start potty training your kids!!

Moh ler kita cari spenda cool+handsome untuk awak Kakal. HAHAHAHA.



Im so proud of you I just had to blog about it.
HEHEHE