+ dag dig dug +

February 20, 2013

Journey To The South- Part 4 (Far Far Away, Madagascar & Hollywood)

Sambungan....

Lepas dah puas main kat Jurassic Park, rombongan Mak Jems pun bergerak ke Far Far Away Kingdom! Sebelum sampai situ ada The Lost World tapi kami tak singgah dan terus ke Far Far Away. Oh ini macam impian zaman kanak-kanak menjadi realiti sangat. Dengan castle yang indah memang betul² macam dalam movie Shrek. Kat sini kitorang masuk Shrek 4 D ride dengan menggunakan Express Ticket. 

Oh lupa nak cakap, kat USS ni nak main game memang kena beratur panjang so kalau malas nak tunggu silalah beli Express Ticket yang berharga SGD50 per ticket ye. Memang tak ramai yang guna Express Ticket ni sebab mahal kan. Redha je lah beratur. Tapi kitorang tak beli pun. Kitorang dapat F.O.C! Complimentary dari USS sebab my bro in law terjatuh kat depan Far Far Away ni. Kasihan beliau. Cedera di lutut. 

So, Shrek 4D ni seronok untuk budak-budak juga. Bila kita duduk kerusi tu akan bergerak ikut movie pastu siap ada spider lah, air lah terpercik kat muka kita. Tapi Kakal takuttt! Semua pun takutlah budak ni. Tak padan dengan body builder. HAHA. Eh sebelum tu masuk Donkey Theater. Ok lah seronok juga budak-budak siap joget-joget dengan Donkey.

Actually kan, kitorang tawaf entah berapa kali kat semua tempat tapi tak taulah kenapa tak dapat main banyak game. Mostly adalah sebab malas, nak berjalan dan camwhore sahaja. Dan yang paling penting budak-budak happy!! Kalau diorang cranky dengan kita sekali pun jadi moody kan.

Tepi lah orang nak posing ni!
The Girls with Kiddos!

Stop for lunch at one of Halal restaurant in USS.
Yang ini dekat dengan Madagascar.
Jangan lupa beli lunch pack untuk anak-anak.
Atok Aji is a big fan pf Madagascar!
He insisted to take pictures with all the mascot.
Aku takut-takut kat situ.

Lepas itu Atok Aji beratur nak bergambar dengan Penguins ni pulak!


Heh over pulak yang 2 orang ni.

Lepas itu masing-masing sibuk cari souvenirs. Kedai souvenir ada kat semua tempat. Kami tukar duit tak banyak jadi dapat beli untuk diri sendiri dan yang orang pesan sahaja. HUHU. Itu pun hanya dapat seorang sehelai tshirt dan key-chain untuk diri sendiri. Sadis. Sangat mahal currency mereka. Memang cukup-cukup untuk makan dan beli souvenirs. Sementara yang lain sibuk cari souvenirs, Abi pun apa lagi suruh lah kitorang jadi model tak berbayar dia untuk posing. Apalagassss. 








Semua gambar kat belah-belah New York je sebab cantikkkkk sangat kan setting dia. Overall, we had fun sangat²! Muka masa dah nak balik ni tak boleh blah dah. Kakal punya baju pun dha tukar 3 kali. Sampai yang last ni memang aci sauk je namanya. BAHAHAHAHA.

Tepat jam 7.15 kitorang dah ada kat bawah tunggu bas dan dalam 7.30 bas pun sampai. Terus pulang semula ke JB dan prosedur dia sama saja. Sesak masa kat Singapore lah berejam-jam. Tapi sebab naik bas maka semua pun amek kesempatan ZZZZzzzzzZZZZzzzzzz. Tapi kanak-kanak 3 orang tu tak tidur pun. Battery apalah diorang pakai.

OK sekian sahaja entry USS yang tak seberapa. Harap dapat menjadi panduan untuk yang mahu ke sana. Off bercuti buat sementara waktu untuk cover balik kerugian. HAHAHAHA. Ok belum habis lagi Journey ni sebenarnya nnt sambung on Hello Kitty World pula ye.

Have a good day darl!

Assalam.


6 comments:

  1. Suke betul atok aji bergambar tu. Heheheh~

    ReplyDelete
  2. wow weee..bestnye..ada rezki nanti nak gi sini :)

    ReplyDelete
  3. kitorg lgsg tkde gmbr ngn penguin..lgsg tkde gmbr ngn karakter madagascar..haihh sbb ptg tu hujan..sobsss..

    kemain lg anak u posing..eh btullah anak kita pon tkut gak msa tgk shrek tu..haihh

    ReplyDelete
  4. salam.. :) tq for sharing info..sangat2 membantu... gambar pon cantik sesangat.. nak pergi uss next week.. tak sabar! hehehe..

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear