+ dag dig dug +

February 20, 2013

Journey To The South- Part 4 (Far Far Away, Madagascar & Hollywood)

Sambungan....

Lepas dah puas main kat Jurassic Park, rombongan Mak Jems pun bergerak ke Far Far Away Kingdom! Sebelum sampai situ ada The Lost World tapi kami tak singgah dan terus ke Far Far Away. Oh ini macam impian zaman kanak-kanak menjadi realiti sangat. Dengan castle yang indah memang betul² macam dalam movie Shrek. Kat sini kitorang masuk Shrek 4 D ride dengan menggunakan Express Ticket. 

Oh lupa nak cakap, kat USS ni nak main game memang kena beratur panjang so kalau malas nak tunggu silalah beli Express Ticket yang berharga SGD50 per ticket ye. Memang tak ramai yang guna Express Ticket ni sebab mahal kan. Redha je lah beratur. Tapi kitorang tak beli pun. Kitorang dapat F.O.C! Complimentary dari USS sebab my bro in law terjatuh kat depan Far Far Away ni. Kasihan beliau. Cedera di lutut. 

So, Shrek 4D ni seronok untuk budak-budak juga. Bila kita duduk kerusi tu akan bergerak ikut movie pastu siap ada spider lah, air lah terpercik kat muka kita. Tapi Kakal takuttt! Semua pun takutlah budak ni. Tak padan dengan body builder. HAHA. Eh sebelum tu masuk Donkey Theater. Ok lah seronok juga budak-budak siap joget-joget dengan Donkey.

Actually kan, kitorang tawaf entah berapa kali kat semua tempat tapi tak taulah kenapa tak dapat main banyak game. Mostly adalah sebab malas, nak berjalan dan camwhore sahaja. Dan yang paling penting budak-budak happy!! Kalau diorang cranky dengan kita sekali pun jadi moody kan.

Tepi lah orang nak posing ni!
The Girls with Kiddos!

Stop for lunch at one of Halal restaurant in USS.
Yang ini dekat dengan Madagascar.
Jangan lupa beli lunch pack untuk anak-anak.
Atok Aji is a big fan pf Madagascar!
He insisted to take pictures with all the mascot.
Aku takut-takut kat situ.

Lepas itu Atok Aji beratur nak bergambar dengan Penguins ni pulak!


Heh over pulak yang 2 orang ni.

Lepas itu masing-masing sibuk cari souvenirs. Kedai souvenir ada kat semua tempat. Kami tukar duit tak banyak jadi dapat beli untuk diri sendiri dan yang orang pesan sahaja. HUHU. Itu pun hanya dapat seorang sehelai tshirt dan key-chain untuk diri sendiri. Sadis. Sangat mahal currency mereka. Memang cukup-cukup untuk makan dan beli souvenirs. Sementara yang lain sibuk cari souvenirs, Abi pun apa lagi suruh lah kitorang jadi model tak berbayar dia untuk posing. Apalagassss. 








Semua gambar kat belah-belah New York je sebab cantikkkkk sangat kan setting dia. Overall, we had fun sangat²! Muka masa dah nak balik ni tak boleh blah dah. Kakal punya baju pun dha tukar 3 kali. Sampai yang last ni memang aci sauk je namanya. BAHAHAHAHA.

Tepat jam 7.15 kitorang dah ada kat bawah tunggu bas dan dalam 7.30 bas pun sampai. Terus pulang semula ke JB dan prosedur dia sama saja. Sesak masa kat Singapore lah berejam-jam. Tapi sebab naik bas maka semua pun amek kesempatan ZZZZzzzzzZZZZzzzzzz. Tapi kanak-kanak 3 orang tu tak tidur pun. Battery apalah diorang pakai.

OK sekian sahaja entry USS yang tak seberapa. Harap dapat menjadi panduan untuk yang mahu ke sana. Off bercuti buat sementara waktu untuk cover balik kerugian. HAHAHAHA. Ok belum habis lagi Journey ni sebenarnya nnt sambung on Hello Kitty World pula ye.

Have a good day darl!

Assalam.


February 18, 2013

Journey To The South - Part 3 USS (New York, Sci-Fi City, Ancient City & Jurassic Park)

AUTO PUBLISH MODE

Assalamualaikum,

Bersiaran in the comfort of Nenek's sofa. Tihiiiihiii. Ye, mengupdate di hujung minggu di Nenek's place sambil mendengar Nenek membebel itu ini. Dengarkan aje lah.

So, where were we? Oh last updae pasal hotel & Senibong kan? Ada orang complaint entry aku pendek-pendek (jeling Sally) whatthefish! Hahahaha..pendek lah senang tak ambil banyak masa engkorang nak baca kan. Baca sikit-sikit terus boleh sambung bikin kerja. Pantas dan tuntas.

Ok, jadi hari kedua di JB kami dah plan untuk ke Singapore. Mana lagi kalau bukan ke Universal Studio Singapore. Plan asal nak bermalam kat sana tapi m asa tak kecukupan. Mula2 juga plan nak bawa kereta je senang nak handle barang dan budak-budak. Tapi setelah membuat kajian kami mendapati agak mbahal juga bawa kereta ke sana lagi pula kami tak tahu jalan dan procedure untuk masuk ke Singapore. Takut leceh dan sesat barat pula kan. Bila survey dengan hotel rupanya mereka ada sediakan coach untuk ke USS dengan harga sebanyak RM35 seorang termasuk kanak-kanak.

Cara masuk Singapore dengan menaiki bas. Sila baca dengan teliti procedure ini ye.

Semasa check-in di hotel anda akan diberikan borang berwarna putih. Borang ini perlu diisi bagi setiap seorang untuk masuk ke Singapore. Kami bertolak dari hotel pada jam 8 pagi. Perjalanan dari hotel ke Imigresen Malaysia hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Cool kan? Di Imigiresen Malaysia penumpang harus turun tanpa perlu membawa barang-barang hanya bawa passport dan diri sahaja untuk pengesahan. Anda harus naik ke tempat pengesahan untuk scan passport. Sampai di Imigresen masukkan passport ke dalam mesin pengimbas dan scan ibu jari anda. Kemudian turun semula ke bawah dan coach anda akan sedia menanti. Tadaaaaa...setel! Semudah A B C..1 2 3.

Kemudian perjalanan ke Imigresen Singapore pula mengambil masa kira-kira 10 minit. Walhal jalan sangat jam dengan kereta di kiri kanan. Tapi polis buka satu laluan khas untuk bas. Kami pun melambai-lambai kereta di sebelah kanan yang pemandu nya berasap-asap menahan stress. Kikikiki. Dah sampai di Imigresen Singapore bas akan drop kita di tepi jalan dan penumpang harus berjalan kaki ke tempat pengesahan passport. Sila bawa semua barangan anda beserta passport dan borang putih yang telah diisi sebab perlu di scan sekali dengan tuan punya badan ye. Kat sini  agak lama sikit sebab tak pakai scanner tapi manual. Di mana ada pegawai yang akan mengecop passport anda dengan kuat!! Like...betul-betul kuat dengan muka serius gila tapi nasib baik kau cantik. Dan selepas itu sila scan barangan anda. Dan turun semula ke bawah di mana coach akan setia menunggu.

Perjalanan pun diteruskan ke USS yang mengambil masa dalam setengah jam juga kot. Jam jugalah Singapore sama je macam kat KL atau lebih teruk kot. Dah tiba di Sentosa Island Resort tu driver coach akan maklumkan pukul berapa dia akan tunggu kita semula. Macam kami driver dah pesan 'Anda semua harus berada disini pada pukul 7.20 malam kerana 7.30 tepat tayar akan bergolek. Siapa lambat saya tak boleh tunggu haaaa.' Tak ke gerun kalau kena tinggal kat Singapore? Maka semua pun mengangguk laju-laju. Baiklahhh baiklahhhh.

Nak ke USS kita kena naik escalator dari parking tu ke atas. Tiket kami beli online itu pun beberapa hari sebelum pergi. Nanti diorang akan email kita tiket tu dan kita kena print dan bawa ke USS. Itulah tiket kita tak perlu beratur lagi dah. Harga tiket kalau beli online rasanya sama je kalau walk-in cuma takut ramai je lah walk-in tu. Dan kalau anda rajin google boleh je dapat harga tiket murah. Kena buat research. 

Dan keriangan pun bermula!!!


You are my universe...auwww!

Oh..and you too handsome boy!

Eh you guys also lah!

Ohhhh you guys juga..

Pintu masuk and tempat scan tiket.
Toilet di sebelah kanan pintu masuk tadi.
Locker dan stroller untuk disewa pun ada.
Stroller dan electric wheelchair memang ada untuk disewa cuma perlu sediakan ongkosnya aja yah. Kalau anak kecil bawa je lah stroller sendiri dari rumah. Kitorang pun bawa, gila lah kalau tak bawa. Kang buatnya budak dobot tu penat ke nak tidur ke tak ke patah riuk kena berdukung? So baik bawak dont hesitate. Locker pula untuk simpan barang-barang incase takde siapa nak jaga barang masa korang tengah main game kan.. Lagi satu jangan lupa ambil pamplet macam kat bawah ni untuk rujukan. Boleh rujuk kat mana toilet, surau atau tempat makan yang serves Halal foods. Semua ada dalam ni ok.

Map USSm
Tips : plan your route. Ewahh dah macam nak mulakan perjalanan. Bila dah ada planning senang sikit nak bergerak dan takdelah makan masa lama kat satu-satu tempat. Tapi bila bergerak secara berjemaah macam kitorang lagi-lagi dengan adanya kanak-kanak memang susah lah nak stick to the plan. Kami memang nak mulakan dari kiri sebab sebelah kiri ada macam-macam permainan yang sesuai untuk budak-budak ini. Tapi entah macam mana ternampak Elmo di sebelah kanan maka berlarilah semua ke sana untuk melihat show Elmo & Friends.


Us!!



Kakal takuttt...kekekek.

Opening soon..allloooo.

Aydin letih.

Lepas tengok Elmo ingat nak patah balik tapi macam takpelah teruskan je ke Transformers Ride ni. Kat setiap game ni ada display 'waiting time'. Macam kat Transformers ni waiting time dia ialah 80 minit! Perkhhh memang tidaklah kami nak menunggu. So fikir nanti kita datang balik lah petang-petang sikit. Lepak kejap depan ni sebab kanak-kanak macam excited tengok autobots. Masuk souvenir shop kejap untuk beli barang pesanan kawan-kawan Suami.


Bumble Bee & Optimus Prime tumbler.
SGD29.90 per head. 
Dekat sepanjang jalan dalam USS ni ada food stall yang ada jual makanan. Boleh beli tumbler macam ni dan refill air kat stall tu. Kena bayarlah ye takde yang percuma kat USS ni kecuali toilet & surau. HEHE. Kalau rajin bawalah makanan & air mineral sendiri tapi beratlah beg kan. Diorang tak cek pun masa masuk tu.

Nampak sebelah kanan tu lah waiting time macam ni takde waiting time tapi ride ni bohsan so kitorang tak naik.



Jaja dengan Abg Ketak-ketak.
Belakang tu ada ride macam roller coaster. Malas nak naik.

Sebelum sampai ke Ancient City ni korang akan jumpa Cyclone & Human roller coaster. Yang macam kena terbalik-balik badan kalau naik tu. Huhu takde sorang pun antara kitorang nak naik kecuali Nenek Nah tapi sebabAtok Aji tak berapa sihat maka Nenek Nah pun tak jadi naik. Kat Ancient City juga letaknya satu-satunya surau kat dalam USS ni. Yang ini macam nak kena complaint sikit lah. Surau adalah sangat sangat sangat sempit. Muat untuk 5 orang je sekali solat. Tempat ambil wudhu' pula muat untuk seorang saja. Memang bersesak jugalah kat dalam tu dan tak selesa. Sudahnya ada antara kami yang solat je kat luar. Tempat tersorok dan bersih sikit.



Next stop Jurassic Park!! Roooarrrrr! Kat setiap station ada banyak games dan mesti ada 1 game untuk kanak-kanak contohnya kat sini ni. Tapi percayalah naik yang macam ni pun aku takut! Huhu.




Bro in law with Dianne the lil' dino.
Boleh gerak-gerak. 

Alamak budak kecik dah start mengacau lah. Dia pun sibuk nak main laptop ni. Nak tengok video lah tu. Grrrrrrrrr. So sambung next time ok.

Toodles darl!!




February 13, 2013

Journey To The South- Part 2 Hotel Sentral Jb & Senibong Seafood Village

Assalamualaikum,

Ok, dah beli makanan bungkus..makan kat tempat..update entry laju² dan hopefully dapat jeling 1 2 soalan test kejap lagi. Fuuhhhh fuhhh...here goes.

Soooooooo...setelah melepak-lepak buang masa kat JPO lantas kami pun beredar ke JB untuk check-in hotel. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 6 petang kot. Hotel ni kami dah book earlier untuk mengelakkan fully book di saat-saat akhir. Kami pilih Hotel Sentral JB yang sangat berpadanan harganya dengan bajet yang kami ada. Pakej untuk 2 malam ialah RM250 sahaja. Murah ke tak tu? Inclusive brrakfast yang ala² boleh lah....tapi yang paling penting bilik baru, bersih dan toilet pun bersih. Dan juga paling penting ialah 5 minit perjalanan menaiki kenderaan ke causeway. Yuhuuu, dari tingkap bilik hotel boleh nampak causeway. Berhadapan dengan hotel ni ada hotel Aman Puri dan juga Grand Bluwave Hotel. Ada satu lagi hotel yang seakan-akan sama namanya tapi terbalik sikit JB Central Hotel. Bijak ke tidak pilih nama dekat2 macam tu? Nasib baik tak salah check-in tau.






Ucu Eka kena layan kanak² dalam kids room.
Oh kids room ni kat lobby hotel.

Ok, lepas freshen up a bit, rehat² dan menunaikan kewajipan kami pun bergerak menuju ke Senibong Seafood Village di Permas Jaya untuk makan malam. Banyak pilihan gerai disitu tapi kakak kedai depan sekali dah pujuk rayu kitorang, kami pun tak kisah makan mana so masuk je lah. Alhamdulillah the foods was great. Sedap sangat sampai kembung perut. 


Cucu mintak menan kat Nenek Nah.
Ibu tengah nego harga tapi Nyonya ni kerek giler seh.
Malas nak gaduh.

Butter prawn

This boy suka sangat cat.
Tak hirau makanan di depan. so not him.
HAHAHA

Sedappp sedapppp nyerrr sedappp nyerrr.

Kedai ni sangat recommended layanan bagus makan cepat sampai dan paling penting sedap. Lupa nama kedai tapi kedai pertama yang korang nampak bila sampai kat situ lah. So kalau ke JB jangan lupa singgah Senibong Seafood Village ni ok sayang?

Ok memang tak boleh update panjang berjela. Bukan mengada nak buat sampai ber part-part ni. Masa mencemburui sangat². So husband, nanti I sambung lagi k (tuju buat husband yang setiap hari cek blog ni update ke tak..peminat setia.) Thank you. Bahahahahahha

Till then, toodles!!



February 8, 2013

Journey to The South - Part 1 JPO, JB

Assalamualaikum,

Draft entry sementara sedang tak berapa busy. Tipu. Curi² masa sebenarnya. Too much things on my plate right now...opsss katernyer! Entry bakal menjadi sangat skema.

Pada cuti Maulidur Rasul yang lalu, saya sekeluarga telah bercuti ke selatan Malaysia. Sekeluarga itu maksud saya ialah The Shah. Woottt wooot! Semua ada kecuali Anaz. Adui dia tu memang busy tahap Menteri susah betul nak kena buat appointment pula dengan dia kalau ada apa². Nak celebrate birthday dia pun kitorang kena buat appointment dulu ok. Bajet retis lah kau ni bang! Ok melalut.

Memandangkan cuti Maulidur Rasul maka jalan pun tidaklah se jam mana. Smooth sailing katanya. Alhamdulillah. tapi sampai lewat juga di JB maklumlah berjalan dengan anak kecil maka kena memandu secara berhemah dan banyak pit stop. Lagi pula ada orang yang asyik nak terkucil kejap kena singgah RnR. Hewhewhew.

So, first stop ialah Johor Premium Outlet u olls!

Nenek Nah update Fb kew?

My truly hero

Shhhh...victoris' got secret

The crazy sibling + BIL
Look at the kiddos. Kekekeke.

Ini dua orang perasan Brad + Angelina Jolie sangat!

Itu Abi!!!
Kitorang tak beli apa pun. Sebab rasa macam sama je harga dia kalau time YES ke atau time Sogo sale kat KL ni. Tapi branded stuff macam Coach, Burberry semua tu I tak masuk pun sebab kalau membeli-belah ukurlah duit di dalam poket sendiri. Sedar diri katanyaaaa. Beli kan seluar jeans Poney untuk Kakal je sebab memang dia takde seluar panjang. Tapi mungkin bagi setengah orang harga kat sini sangat berbaloi...terpulang kepada poket masing² ye.

Dah habis ber 'window shopping' bagai kami terus menuju ke bandar JB untuk check-in hotel. JB dah banyak berubah dari 3 tahun yang lepas kami datang. Dah tak jem sangat. Nak cari hotel pun senang sebab pakai gps WAZE. Thank you WAZE walau kau suruh lalu belakang kedai mamak. Pandai bijak bestari kau ni.

Kisah check-in kena sambung next entry sebab lupa copy gambar hotel dari Abi. My bad.  Berjumpa kita di next entry yang tak tahu bila, akan ku usahakan secepat mungkin.


Sekian, selamat bercuti dan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya.



notakaki : ye, saya tau outfit saya sama spt entry sebelum ini..jangan gelak lah! hewhewhew...







February 4, 2013

18 Years of Friendship & Counting :)

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah almost 14 years tinggalkan alam persekolahan. But friends & memories still remains kan? Rindu sangat kat my fellow E.M.O.T.I.O.N.A.L. Yes, itu nama group kitorang masa sekolah. Takyah aku bagitau kenapa pun korang mesti dah dapat agak. Kitorang memang kuat EMO & banyak DRAMA sangat! So we decided to meet up at Delicious, Bangsar Village II semalam. Giler jam woh kat Bangsar tu. Lama gila tak pi sana.

Seriously otak masing² masih mereng seperti dahulukala. Yang memang jenis banyak cakap macam Kikie, Eina, Mell & Nana memang tak berubah. HAHAHAHAHA. Especially Eina! Kahkah. Mainur, Yan, Ninie & Zue maintain. Kitorang sama kelas since form 1 till form 3 kecuali Eina & Zue. Diorang anak angkat. Hihi. 3 of us dah beranak-pinak, 1 is going to get married very soon & the rest is still single. The reason kitorang jumpa jumpi ni pun sebab Nana nak edarkan kad kahwin, Eina is going to Dubai to be with her darling husband yang kena posting ke sana & also to celebrate Yan's birthday.

Masa sekolah² kan suka buat buku autograph (bajet ramai peminat) Kikie pun bawalah dia punya buku. Penuh woh gambar KRU, siap cover pun muka depa. Sekali tanpa disangka-sangka the KRU brothers & family lunch dekat situ juga u olls! Ahkak tak sempatlah jumpa mereka tp Kikie & Mell siap tunjuk buku autograph yg penuh muka KRU and suruh diorang sign dalam tu. Kebetulan sgt u olls. 


TAPI!


Kebetulan yang paling best adalah....INI!!!




DANGGGGGGGGGGGG!!!
ini baru namanya sehati sejawa
KAHKAH!

Apa gelak²?! Hahahaha. Kelakar gile macam mana kah boleh sama. Mula² dah nak pi tukau seluar lain tapi bila fikir balik 'Alah why not pakai sama je..bukan selalu' Mell replied 'Kalau kena gelak nanti aku salahkan kau!'. BAHAHAHAHA. Mana ada orang gelakkan kita kan Mell? :P

Gosip punya gosip terkeluar satu cerita masa sekolah ;

'Ko ingat tak Fie, ko tipu cikgu?'

'Mana ada! Aku baik ok!' (in denial) 

"Ko tak ingat ke? Ko cakap kat cikgu tudung ko tersangkut kat pokok?!!"


HAHAHAHAHAHAH


Kenapa lah diorang ni ingat kes tu? Sebenarnya ada satu hari tu tudung kotor gila kesan tertidur dalam bas Len Seng. Jadi masa tu masih jahil (dan saya tidak berbangga dengan kejahilan tersebut) maka togel kan je kepala. Bila cikgu tanya mana tudung awak? Saya jawab 'Terbang, tersangkut kt pokok'. HAHAHAHAHA. Kenapa cikgu tu percaya pun aku tak tau sampai sekarang. Maafkan saya cikgu.

Kesimpulannya, sayang korang sangat! Thank you for the sweet memories. Friendship remain & will never end....katenyerrrrrrrrrrrrr! 


Lisa & Yusry.

Yang diraikan.
Yan, Eina & Nana.

Kikie & Eina

Crazy bunch

Jangan himpit anak aku woi!

Nana the gojes bride to be.
Kawan dari darjah 1.

Tokey tudung, Eina, Sila lawat FB page beliau : Kalila Malaysia.
The organizer
Well done Kikie!