Assalamualaikum,
Saya dah lost count berapa kali #Divas buat potluck tahun ini. Tapi rasa macam banyak kali je. HEHE. So kali ini lebih kepada unplanned potluck. Last minit baru plan dengan semua. Lynda pun baru masuk kerja sebab anak² beliau dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah now dah recover.
Kali ini lokasi potluck di rumah Cik Nee sahaja. Lagi best buat kat rumah boleh lepak², baring² sambil layan filem Untuk 3 Hari. Memang bertambah-tambahlah semua makan. Terbongkang masing² lepas makan.
Ayam Masak Merah by Aini aka MakNam Daging Masak Hitam & Nasi Tomato (tiada dalam gambar) by Cik Nee Dominos Pizza by Jue Makaroni Bakar by ehem ehemm, Saya |
Chocolate Cake by Lynda Nugget & Tempura Goreng by Juju Sagu by Sally |
6 orang punya makan Giler |
Port biasa kalau bergambar kat rumah Cik Nee. |
Terima kasih u olls sedap sangat semua makanan sampai rasa taknak makan dah 2 3 hari. HAHAHA. Next potluck nanti kita fikirkan ye?
Resepi makaroni bakar akan di share esok². Tak sempat pula nak share hari ini. Dah nak balik dah ni. Selamat menyambut Deepavali kepada yang beragama Hindu dan selamat cuti² kepada rakyat jelata sekalian.
Nota Kaki : Selamat hari lahir kepada Aaron Ridzy sayang. Semoga menjadi anak yang soleh kepada kedua Mummy Jue & Papa. Ibu, Abi & Adik Tatal love you so much!
korang punye menu potluck lg terliurrrrrr...warggghhhh!
ReplyDeletelps ni nak import ah fie klu ade potluck lg, blh merasa makaroni bakar, kahkah
tudung essential ke fie. cantik. nget2x :)
ReplyDeletepergh...cam kat otel jek siap ada nama lagi...
ReplyDelete