+ dag dig dug +

November 29, 2012

Sekitar IBM INTRADE 2012

Assalamualaikum,

Dah habis dah 3 hari INTRADE 2012. Phiewww, mari menarik nafas lega. Kembali melakukan tugas hakiki di meja masing². Hari ini hari terakhir untuk melawat booth yang ada dekat bawah. Ya ampun, terjebak jua daku menabur wang kat bawah. HUHU. Tapi awal² dah beritahu Abi memang ada niat nak beli barang sikit..sikit je. HEHE.




Opening Ceremony

Ready to usher buyers & sellers

With buyers from Vietnam during Networking Reception

Buyer from China yang sgt baik hati
KLITF



Last sekali sesi paling digemari selepas habis program...shopping kat booth!





Borong tudung kat booth Indonesia.
Muahahahaha


Kesimpulannya sakit kaki sakit belakang berdiri lama² selama 2, 3 hari ni. Ada ke orang sponsor I pergi spa? Huhuhu.


Ok sekian.






November 26, 2012

Weekend Lepas

Assalamualaikum.

Minggu ini minggu busy bagi MATRADERS. Sesetengah je lah yang terlibat dengan INTRADE 2012. Start 27-29 November ni dekat MATRADE, Jalan Duta. Tak sure lah bila open for public. Boleh lah lawati website INTRADE ye.

Sementara tak kena panggil lagi ni marilah kita meng update belog. Semalam dapat jemputan makan² kat rumah kawan jemaah umrah Abi dulu. Tak sure kenduri apa sebab dia cakap meh datang makan je. Sebelum ke sana kami ke HUKM dulu jumpa 'anak' baru saya. Alhamdulillah, biras saya selamat melahirkan bayi lelaki Khamis lepas. Comel je orangnya, tak sabar nak tunggu baby balik rumah Nenek Gombak dia nanti. Nak gomol²..mmmuahhhhh wanginyaaaa baby!!

Assalamualaikum!
Nama saya belum confirm lagi lah.
HIHI.

Kakal suka baby. Dia siap usap rambut baby pastu kisskiss sikit kat pipi. Bila tanya Kakal nak baby tak? Taknak pulak! HAHAHA.

Ok lepas balik dari HUKM, baru bertolak ke rumah kawan Abi tu. Sampai² sana rupanya ada birthday party. Segan pula datang tak bawa apa². HUHU. Rupanya Ammar, anak kawan Abi turned 2 kelmarin. Ammar ni jemaah kecil yang ikut sekali pi umrah dengan parents dia. Subhanallah, kecik² dah diberikan rezeki jadi tetamu Allah. Sepanjang Abi kat sana, dengan Ammar lah Abi selalu lepaskan rindu bila teringat kat Kakal. Comel sangat Ammar! Ayah Ammar cerita masa kat sana Ammar tak banyak ragam. Bagusnya Ammar.


Ammar

Budak terlebih gula
Door gift


Takpaham kenapa Kakal kena pose gedik macam tu.
Lain kali tarik napas dulu,
HAHAHA

Demikianlah hari minggu kami. Minggu ni lagi super duper busy. Hukhuk. Stress sudah terasa. Tarik napas...lepas....tarik...lepass.

Selamat bertugas kepada yang terlibat dengan INTRADE 2012.



notakaki: jangan lupa #prayforGaza ye saudara-saudari. We LOVE Gaza kan?





November 20, 2012

Kakal Oooo Kakal

Lama tak cerita pasal budak kecik yang dah tak berapa kecik ni. Kalau ikut dari size badan memang dah tak boleh panggil budak kecik dah lah. Kena panggil Big Boy! Dia sendiri pun kalau kita panggil Baby mesti dia marah, 'Ini bukan baby lah Ibu. Ini abang! Abang Kakal!' HAHAHAHA. 

Bulan depan school Kakal akan buat year end birthday party yang bertemakan Prince & Princess. Comelnyaaa! Parents kena sediakan satu hadiah & potluck makanan. Of course lasagna/macaroni/bread pudding dah ada dalam fikiran Ibu. Atau nugget je senang. HEHE. Gift pula kena bajet dalam RM10-RM25. Ok dua tu takpelah boleh difikirkan. Yang pening sekarang ialah baju tu. Mana pula nak sewa baju bertema-tema ni. Nak ke Kakal pakai? Yang penting...ada ke size dia? HAHA. Kalau takde maybe Ibu kena start tempah dari sekarang. Over sangatlah begitu.

Ibu dah ada 2, 3 prince in mind. Salah satu daripadanya ialah :

Prince Zoku- The Last Airbender
Agaknyalah.

Prince of The Pirate
Naaaaa!!!!



Arabian Prince

Frog prince?
HAHAHAA

SHREKK??
Hahaha big nooooooooo!


Yang mana satu akan jadi pilihan hati Kakal ataupun Ibu yang sebenarnya akan paksa Kakal pakai juga. Kalau susah-susah sangat Ibu pilih Prince bawah ni je lah!


Prince Ultraman Mebius!

Apa? 

Siapa kata ultraman mebius bukan prince? HAHAHAHA. Beliau adalah prince daripada Planet Cahaya Nebula M78 ok! Cuba google. HAHAHAHA. OK Ibu dah hampir gone mad fikir pasal benda ni. Benda kecik je pon tapi teruja sangat.

Siapa ada idea lebih bernas bolehlah share bersama saya.



Yang Benar,

Ibu yang buntu.







November 14, 2012

Senduk Fifieeee!!! Resepi Makaroni Bakar

Assalamualaikum,

*Tarik napas*

Happy diwali kepada semua yang menyambut Deepavali dan selamat menyambut Awal Muharam esok. Tutup buku lama, buka buku baru kebanyakan orang kata. Semoga tahun depan akan lebih dari dari tahun sebelumnya. Amin.

Hari ni saya nak berkongsi resepi Makaroni Bakar dengan semua dalam segmen SENDUKKKKK FIFIE!!! HAHAHAHA. Harap hotfm tak saman I. Fifie tu nama manja I ok?

Makaroni bakar ni saya buat Jumaat lepas sempena potluck Divas. Saya buat 2 bekas, satu lagi bekas untuk bekalan suami tercinta serta rakan² pejabatnya. 

So here goes the recipe :

MAKARONI BAKAR CHEF HANIELIZA dari buku 1 Hari 1 Resepi.

500 g pasta [makaroni/spiral/fennel]
2 s/b minyak

Bahan Inti
500 g daging cincang – boleh juga gunakan ayam fillet [potong kecil& nipis]
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cencawan butang [hiris nipis]
6 biji tomato [dadu kasar]
2 biji cili capsicum hijau
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering (saya tak letak pun)
3 s/b minyak
garam

Bahan Sos Putih
2 s/b butter
3 s/b tepung gandum
1 tin susu cair ]
1 tin air biasa ]
2 biji telur ] kacau rata
1 s/b lada sulah ]
125 g keju cheddar parut

Cara
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah, capsikum, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Masukkan cili capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
8. Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau dengan whisker.
9. Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.Tutup api.
10. Masukkan keju cheddar yg telah diparutkan. Kacau rata.
11. Sapukan minyak dalam pie plate atau caserolle tahan panas. Masukkan campuran pasta dan inti.
12. Tuangkan sos putih dan dan ratakan. Taburkan oregano kering.
13. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit.
14. Bila dah masak sejukkan sebentar.
15. Potong dan sedap hidangkan dengan cili sos.

Nota
boleh gantikan susu cair + air dgn susu segar



Penggaulan sedang berlaku

Sedia untuk dibakar

Tadaaaaa!!!!

Untuk suami

Keratan rentas



Sekian, selamat mencuba!!!



p.s : Ana, dah boleh lah ye.. I dah tempek resepi ni. Kekekeke.

November 12, 2012

Divas Potluck Session

Assalamualaikum,

Saya dah lost count berapa kali #Divas buat potluck tahun ini. Tapi rasa macam banyak kali je. HEHE. So kali ini lebih kepada unplanned potluck. Last minit baru plan dengan semua. Lynda pun baru masuk kerja sebab anak² beliau dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah now dah recover. 

Kali ini lokasi potluck di rumah Cik Nee sahaja. Lagi best buat kat rumah boleh lepak², baring² sambil layan filem Untuk 3 Hari. Memang bertambah-tambahlah semua makan. Terbongkang masing² lepas makan.

Ayam Masak Merah by Aini aka MakNam
Daging Masak Hitam & Nasi Tomato (tiada dalam gambar) by Cik Nee
Dominos Pizza by Jue
Makaroni Bakar by ehem ehemm, Saya 

Chocolate Cake by Lynda
Nugget & Tempura Goreng by Juju
Sagu by Sally

6 orang punya makan
Giler

Port biasa kalau bergambar kat rumah Cik Nee.

Terima kasih u olls sedap sangat semua makanan sampai rasa taknak makan dah 2 3 hari. HAHAHA. Next potluck nanti kita fikirkan ye?

Resepi makaroni bakar akan di share esok². Tak sempat pula nak share hari ini. Dah nak balik dah ni. Selamat menyambut Deepavali kepada yang beragama Hindu dan selamat cuti² kepada rakyat jelata sekalian. 



Nota Kaki : Selamat hari lahir kepada Aaron Ridzy sayang. Semoga menjadi anak yang soleh kepada kedua Mummy Jue & Papa. Ibu, Abi & Adik Tatal love you so much!




November 8, 2012

Majlis Pernikahan Shahnaz & Syeena 021112

Alhamdulillah, segala syukur kepada Allah kerana melancarkan perjalanan majlis pernikahan kedua mempelai.

Syukran syukran.

02112012 termeterailah ikatan janji bersatu hati Shahnaz & Syeena. Shahnaz tu abang saya. HIHI. Dia jarang ada dalam gambar² sebab dia sangat busy cari duit nak kahwin. HUHU. Pening juga lah merancang majlis dia ni atas sebab² yang tertentu. HAHAHA. Tapi yang paling pening opkos lah Nanny Midah kita ittew. Wedding planner katannya. Memang job well done lah Mak! Tabik spring toinggg toinggg.

Majlis pernikahan diadakan di Masjid Jamek Pekan Kajang. Tak dapat dengar pun abang lafaz nikah sebab tak pakai mic lepas tu pula saya sibuk kejar budak² ni yang duk berlari² dalam masjid. Ya Allah, geram rasa nak menjerit. Emosi juga lah sebab tak dapat dengar abang lafaz nikah. Tapi takpelah janji semua selamat. Emosi juga time abang peluk Mak, Ayah. Yelah I memang emosi orangnya.

Gambar belum dapat lagi daripada Official Photog iaitu Encik Rizal Rahman daripada Peveyhack.com. Hai youuuu, boleh berkenalan? *winkwink* So yang ada gambar dari kamera² amatur sahajalah. Nanti dah dapat from official photog kita tempek lagi ok.


Final touch up by Nanny

Ha tu perangaiiii!

Berdebor la tuuu

Kakal tgh bikin 'projek'
HIHI

Pasangan Mempelai
Pelamin done by ChantekMoleq.com

Kawan² Anaz yg sporting giler. TQ for coming.


Hello helooooo
Ini je gambar yang ada muka I dlm kamera amatur.
Sedih.
Dress by ThePoplook
Halfmoohshawl by Suria Collection
Lega rasa hati abang dah selamat nikah ni. Ada orang jaga makan minum sakit pening dia. Sedih jugalah sebab ada abang sorang je. Dulu nak minta tolong senang takyah kena lalu sesiapa. Ini dah ada Isteri kena hormatlah family dia kan.



To Abang,

Semoga berbahagia hingga ke syurga. Jaga family baik². Jangan kerja kuat sangat bang ooiii. Dah tu je. Malas cakap banyak² kau kan dah besar. HAHAHAHA.




Sekian.