+ dag dig dug +

May 31, 2012

HPV - 3rd dose

Assalamualaikum,

Mengantuk gila harini. Semalam berjaga sampai pukul 1 pagi semata-mata nak habiskan tengok file hindustan! 3 Idiots tu..All Is Well katanya. HAHAHA. Alamatnya memang mata kecik je pagi ni. Asyik tersengguk je dalam kereta tadi. Siap kena sebijik dengan Suami 'Lain kali pukul 10 awak dah kena masuk tidur dah ye! Takda nak tengok² tv dah. Macam ni lah jadinya, mengantuk!' Elehhhh, nak suruh orang tidur awal pula. Nanti kena kejut juga kan? EH? HAHAHA.

Dah dah jangan nak suka sangat.

Last entry pasal HPV ni untuk 2nd dose. Harini kena amek last dose pula. Tskkk. Takut lah sebenarnya. Hari tu punya jab sakit ok. Lenguh tangan ku. Harap² hari ini OK. Buat kawan² ku, sila sediakan lengan anda untuk dicucuk.

HPV 2nd Dose >> KLIK

Bertabahlah kawan² ku.










May 24, 2012

Ariff Haikal 2nd Birthday Bash - Its A Beach Party!!

Assalamualaikum,

Lama gila tak update dekat sini. Mood blogging memang ke laut lah. Sekarang pun susah nak update selalu nanti orang bilang tak ada kerja pun kat ofis. Kehkeh.

11 Mei lalu Ariff Haikal genap berusia 2 tahun. Kali ini kami planned buat birthday party dekat sebelah husband pula. Gilir2 lah macam raya juga. Baru lah adil. Kebanyakan preparation semua pun last minit punya. Kena tunggu budget approved baru boleh buat kan. Hehe.

Menu of the day

Buntu betul masa fikir apa menu nak hidang untuk tetamu. Last sekali kami decide masak NaSi Goreng Cina, Mihun Sup yang hidang panas2 as a main course. Untuk sampingan pula ada bubur nasi, shepherd pie (sedap gila), apam angry bird and of course nuggets & sosej for kids. Untuk main attracation of the day we decide not to have candy buffet kali ni. We chose to have a chocolate fountain buffet pula. Tak berapa nak buffet sangat lah sebenarnya. Haha.

Tips untuk kekalkan chocolate ni flow cantik je ialah make sure dia tak jadi pekat sangat. Dan agak tak sesuai sebanarnya untuk outdoor event. Sebabnya masa ni angin kuat gila. Habis coklat melayang ke makanan lain dek ditiup angin. Tapi under control lah cuma agak messy disitu. Lagi satu kalau tak beli coklat khas dia pun takpe. Sebab kami pun run out of chocolate, then pi Ong Tai Kim pi beli cooking chocolate brand Muhibbah je. Tapi sedap gila coklat tu k. Tak payah membazir beli coklat mahal2. Thanks Nadi introduced kan akan dengan orang ni.


Fruits skewer
Main attraction - Chocolate Fountain by chocobuffet.blogspot.com

Fish crackers

Door gifts for girls

For boys (tapi ada je girls pun nak)


Banner
No, saya tak mampu buat semua ini sendiri. Tak kreatif dan takda kecukupan masa. Party planner saya adalah ChantekMoleq! Dari banner, stationeries, invitation card semua adalah exclusively designed by CM. ChantekMoleq ada juga sediakan Package for Birthday Parties. 

Kalau berminat boleh check out Chantekmoleq.com/chantekblog/blog atau email ChantekMoleq : hello(@)chantekmoleq(dot)com for quotation. 


Birthday Cake

Actually masa tempah nak Italian Rainbow, try nego untuk dapatkan lower price. Memang dapat murah sikitlah so hati saya gembira. Tapi bila potong kek itu pada hari kejadian rupa-rupanya dia bagi Red Velvet! Huwaaaaaaaa, rasa nak mengamuk disitu. Rupanya dia memang ada cakap kalau nak murah dia hanya boleh buat RV sebab Italian Rainbow dengan design macam ni agak mahal lah. Nak buek cemano. Mak Jems redha je lah. Tak dapat rasa pun tapi guest kata sedap, Nasib baik sedap.

Cake by lauradaddymacarons.blogspot.com



The Cake

Birthday boy!!
Yeyen Rititi (Aaron Ridzqy)

Buli abang Akram


Afiq Harris yang yang yang suka menjerittt!

Cheeky boy buat muka baik. Takde siapa terpedaya ok Aydin Qaliff!

Sekian sahaja update kali ini. Berjumpa lagi di update yang tak tahu bila akan kunjung tiba. HAHA. Have a great day everyone. Im on MC today, belakang ku sakit. Siapa follow dekat twitter mesti tahu. HAHA.

Last but not least,

Ariff Haikal nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan party kali ini. Semoga Allah membalas budi baik kalian. Thanks to all who came dan maaf jika ada terkurang di sana sini. Mmmmuuahhh!!



THANKS ABI & IBU!!!
BESTTTT!!







May 2, 2012

Trip To KK - Part 2 (Manukan & Kundasang)

Salam semua,

Sudah sarapan? Ambillah sarapan untuk kecergasan hari anda ye!

Berbalik kepada tajuk di atas, kami ke Sabah hanya 3 hari 2 malam. Jadi perlu betul² rancang perjalanan, kalau boleh memang nak pergi semua tempat. Jadi hari ke 2, kami plan untuk island hopping & ke Kundasang! Memandangkan jadual padat kami hanya dapat pergi satu pulau je.

Pulau Manukan jadi pilihan sebab rasa macam lebih besar dan senang nak lepak lama². Kami tak naik bot dari Jesselton Point. Sebab takut bot tak dapat ikut time kita untuk balik. Jadi kami Google dan jumpa satu blog yang chartered satu bot khas untuk family dia. Harga berbaloi daripada Jessolton Point. Harga untuk satu pulau ke dua pulau ke memang dia caj RM200 satu bot. Untuk sewa life jacket + gogle untuk snorkeling dia caj RM15 per set.

Island Hopping

Contact Person : En. Arman

Mobile No : 0109422890


Bot akan tunggu kita dekat jeti Pasar Philippines. Berdepan dengan Hotel Le Meridien. Kawan saya yang pergi sebelum kami ada pesan, kalau ada orang dekat jeti tu nanti offer kita untuk bot jangan ambil sebab takut dia tipu. Ada a few yang dah kena tipu, duit dah bayar tapi bot tak datang ambil masa balik. Takut terkandas.

Pemandangan di Pulau Manukan adalah sangat breathtaking. Ikan memang main² je dekat tepi pantai tu. Seronok! Budak² pun suka main pasir dekat situ. Yang kelakarnya Kakal dia geli nak pijak pasir. 'Bu, eli ahhh'. Sabar jelah hakuuu.



Jeti ni lah tempat menunggu bot tiba


♥ this shot

Bu, akutttt!

Mummy Jue yang bengang sebab orang tu lupa bawa life jacket budak
HUHU

Kakal, ini bukan swimming pool ok.

Mommy & babies

Babai Manukan

Indahhhhnyaaaa

Peace!
Anak² semua dah terkandas. Mak bapak je menyerongeh!


Dalam pukul 11.30 pagi kami sampai semula ke jeti Pasar Philippines. Oh, kereta kami parking depan area pasar tu je. Kalau ikut kata kawan kami sebelum ni parking situ kena bayar, tapi kami parking haritu tak kena pun. Mungkin hari itu public holiday agaknya jadi free of charge. Suami masing² hantar anak masuk dalam kereta, Mak² nak teruskan misi mencari souvenir untuk sanak saudara. 10 minit punya misi zasssssss capai apa yang patut dan beredar pulang ke Marina.

Sampai Marina, mandi², packing apa yang patut. Anak² pun sempat tidur dalam sejam lebih. Bangun je diorang kami pun bersiap nak ke Kundasang. Singgah dulu makan di KFC dekat sebelah Marina ni. Plaza Warisan tak silap saya.

Babai Marina!

Semoga jumpa lagi Marina!


Ye, memang 5 jam selepas itu kembali semula ke Marina.


Hukhuk.


Inilah yang dinamakan Kita Hanya Mampu Merancang, Allah Jua Menentukan. HUHU. Perjalanan ke Kundasang memakan masa 2 jam lebih. Kami ikut GPS dan map sikit². Memang perjalanan sangat smooth. Sampai dekat Tamparuli hujan mulai turun, tak berhenti sepanjang perjalanan. Start mendaki, banyak signboard Awas, Tanah Runtuh. Cuak Mak Jemss. Tapi dalam hati berdoa semoga semuanya selamat. Jalan memang sempit dan kalau nasib tak baik ikut belakang lori bercintalah jawabnya. Sampai satu simpang tu, ada tanah runtuh sudah makan setengah jalan. Tapi masih boleh lalu. Dalam hati dah istighfar banyak.

Dalam 10 minit lagi nak sampai Pine Resort jalan mulai jam. Tanya kereta yg dari atas, uncle tu beritahu ada tanah runtuh. Tak boleh lalu katanya unless pakai 4 wheel drive. Kalau nak naik juga, kena berhenti dan tunggu tanah dibersihkan.

Masing² dah terdiam. Tanpa banyak cakap Abi suruh Papa Najib drive patah balik ke KK. Mummy & Ibu dekat belakang ni dah terdiam dan masing² bergenang air mata. Seribu satu perasaan. Berhenti sekejap dekat tepi nak call Pine Resort yang kami dah book & dah buat full payment. Tanya boleh dapat refund tak kalau kes² macam ni. Jawapannya adalah hampa. Dia minta kami tunggu tanah runtuh tu clear.

Agaknya kalau kami berempat tanpa anak² memang gamble je berhenti tepi jalan dan tunggu. Tapi mengenangkan anak² lapar, mana nak cari makanan dekat situ. Dan risau kalau kami terkandas sebab kat bawah pun ada tanah runtuh juga. Tawakal sahaja kami patah balik ke KK.

Air mata pun dah jatuh 2 3 titik. Sedih wooo. Banyak tempat nak singgah di Kundasang. Nak pergi rumah terbalik pun tak sempat dah. Walaupun tepi jalan tapi hari hujan. Cuaca memang tak mengizinkan kami berhenti. Sampai di KK, kami call Don owner Marina. Don kata ada unit kosong lagi boleh masuk dan dengan baik hatinya bagi kami diskaun. Terima kasih Don. Allah sajalah yang membalas budi baik kamu.

Sedih memang sedih dan terkilan. Tapi bila fikir anak² dan keselamatan rasanya takpelah tak pergi pun. There's always next time kan.

Ada rezeki kami pasti kembali lagi.

InsyaAllah.



p/s: Cepatlah AA, buat promo 0 sen lagi woooiiii!