Salam Selasa,
Agak sendu sedikit harini. Semalam saya MC. Mulanya memang sebab Ariff Haikal cirit-birit. Tup-tup hari Ahad tu saya pula muntah². Sampai semalam saya masih muntah². Tak boleh masuk makanan apa pun mesti keluar balik. Pergi klinik,1st thing doc tanya 'When is ur last menstrual? U sure u're not pregnant ha?' Haiyak, Im quite sure lah doc. Huhu. Lepas cek perut, ambil blood preasure, doktor bilang tekanan darah saya rendah. Mungkin sebab muntah² yang berpanjangan.
Sebab kan tak boleh nak makan apa², request Hubby berhenti kay drive-thru Mekdi masa on the way nak pi cek up Kakal kat Gleneagles Ampang. Beli coklat sundae & bubur ayam. Lega sikit bila makan sundae tu. Terus ada energy sikit. Tapi nak dukung Kakal masih tidak larat. Walaunpun dia nangis² suruh Ibu dukung terpaksa Abi yang ambil dia.
Ok,thats about Ibu.
Ni pasal Ariff Haikal pula. Jumaat lepas ambil dia daripada taska, lepas itu Mummy Jaja bawa pergi Ikano makan. Tengah makan tu Kakal buat perangai, takmo duduk kat baby chair tu. Dia mengcangkung kat bawah. Rupanya dia uk uk. Sampai rumah tengok uk uk dia cair dan masammm sangat! Ini dah sah sebab sakit perut. Lepas tu malam tu dia uk uk lagi sekali. Ok fine lah. Ingat habis takat tu.
Esok pagi nya Ibu ada exam. So Mummy Jaja & Auntie Adek tolong babysit Kakal. Lepas habis exam, ada lunch date pula dengan Nanny Midah Kukis sempena birthday haritu. Dekat Asam Pedas The Curve. Tengah sedap makan, Kakal mengcangkung lagi dekat bawah. Ok dah tahu dah dia nak bikin business. Tiba² nampak cecair kuning atas lantai. Banyak! Pusingkan badan dia sekali naaaaaaaaaaaa, amek kau! Penuh pampers sampai kena seluar baju semua uk uk dia. Cair kekuingan. Dia menangis sambil cakap 'Kit Yuttt Bu!'. Huhu, Ibu pun hampir nangis mendengarnya Nak.
Disebabkan Abi tak ada, Ibu jadi Supermak dengan pantas bawa Kakal pi toilet. Dalam toilet tu ada cleaner tutup² hidung mcm jijik sangat dengan uk uk budak! Kena sedas dengan Nanny Midah. 'Biasalah budak² berak, muntah ni. Sedangkan uk uk orang tua lagi busuk!' Kena sedas.
Lepas itu, terus bergegas pi cari Novalac AD rumusan khas untuk bayi cirit birit. Kedai paling dekat yang ada jual ialah Guardian dekat Ikano. Maka, menapak lah Ibu sambil mendukung Kakal dari Curve ke Ikano. Semput juga lah. Tapi Kakal takmo susu tu. Dia cakap tak sedap. Berlarutan selama beberapa hari ni dia tak mahu susu tu. Bila bagi susu biasa, dia cirit balik. Last² bagi air masak letak ORS je. Risau sangat bila dia takmo susu. Biasanya susu dan Kakal tak dapat dipisahkan. Sikit² nak susu. Sikit² Cucu Bu! Tapi dah takde dah sekarang. Sedih hati Ibu.
Tapi lepas jumpa Dr. Adrian Goh dekat Gleneagles semalam, lega sikit hati ni. Dr. Adrian ni memang sangat comforting. Even hubs pun agreed. Dia duk cek perut Kakal pun diam je budak tu. Sambil cek sambil dia mengira 1, 2...lepas 2 apa? Hehe. Doc explain Kakal tak perlu banyak susu dalam masa sehari pun takpe. At least once a day pun dah cukup. Sebab kata doktor badan Kakal ni besar. Dia mampu tahan tanpa susu. Lagipun dia dah pandai makan macam². So stop susu for one week dahulu. Unless dia nak susu boleh bagi Novalac AD tu.
Kakal kena tu virus biasa katanya. Setengah budak bila dapat virus tu boleh jadi selsema, batuk atau cirit. Dalam kes Kakal ni dia kena cirit. So biasalah doktor suruh stop hantar school buat sementara untuk monitor anak.
Setakat hari ini, dia masih belum uk uk. Harapnya ok sajalah hari ni. Kesian dia. Get well soon Ariff Haikal. Dia rindu Abi dia pun ye juga. Bila Abi balik pujuk² suruh minum susu baru dia nak minum. HUHU. Abi cuti minggu ni kita spend time dengan Abi ok sayang?
Gambar sebagai hiasan |
take care sis
ReplyDeletecian dak kecik nie
get well soon dear
ReplyDeletesemoga semua cepat sembuh ye..
ReplyDeleteAlahai Haikal. Nsb bek awak tak apa2. Cirit birit biase je tu. Cume mgkn terlebih byk kua nye. Heheheh. Aydin dulu pun selalu gak kena.
ReplyDeleteHaikal superhero kan? Superhero mst kuat! Yeah!
last week mika pun cirit gak,
ReplyDeletemasammmmmmmmm sgt baunye,
rupenye bila report kat mil,
dia ckp bwk blk kg hr tu mika bykkkkkk mkn limau,
haishhh patot ler pun,
ksian budak tu, mcm memulas2 perot,
tengah mandi pun, tetibe duk cangkung, ppuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~
bersembur, ekekekke :p
alahai kakal...moge cepat sembuh dear :)
ReplyDeleteibu pun same :)
biasala anak²..sakit sikit pon mak² pasti meruntun jiwa menusuk kalbu..tsk tsk..aku paham fie..
ReplyDeletemoga cepat sembuh yer sis..
ReplyDeleteTC.. ;)
moga cepat sembuh...
ReplyDeletemoga cepat sembuh..
ReplyDeleteanak sue pon penah jugak cirit birit yg teruk sampai 2 minggu..gi bawak klinik swasta, gi bwk hospital kerajaan xok gak..tp lama2 lps tu ok sendiri..doc kata kn virus..maybe makanan xbersih..
kakal..semoga cepat sembuh ye....
ReplyDeletesame ngan mikhail last 2 mths..kena cirbir...doc pon ckp sbb virus...almost 2 weeks jugak kena...tp syukur seb baik x dehydrated...doc pesan kalo npk cm lembek x bermaya bawak p spital je....tp aktif semacam je dak tu time cirbir...cuma tahik dia la..basah setilam kalo dia cirbor di malam hari...huhu
ReplyDeletejangan tggl makan ubat..smg cepat sembuh
ReplyDeleteget well soon to kakal n ibu..biasalah kan klau dh jadi ibu ni..anak sakit skit, kita pn luluh hati..tp mmg btl kak, klau cerry berry ni, mmg kena sentiasa b careful..
ReplyDelete