Salam Jumaat penuh barakah,
Sudah breakfast kah semua? Saya sambil² makan, sambil² menaip ni.
Saya jarang berli Groupon. First time beli adalah untuk photobook yang masih belum redeem lagi. Second time beli sebab deal Hadramawt. Masa beli itu harga dia RM35.00 instead of RM153.00 untuk 4-Course Authentic Arabic Meal + Free Flow of Ice Lemon Tea for 2 person. Actually nak pergi weekend lepas masa Hubs takda kerja. Sekali entah macam mana terbaca yang weekend tak boleh redeem. So cancel nak pergi weekend. Lepas tu bila baca balik kelmarin, eh boleh rupanya pergi weekend. Apalah aku ni! Tapi dah terlepas lah, sebab lepas ni Hubs kembali busy on weekend. Jadinya kami pilih nak pergi malam semalam.
Ini kira my treat for hubby lah. Saje je nak belanja beliau makan arabbbb. Dia dah rindu nak rasa suasana dekat sana. Chulan Square ni tepi jalan. Dekat sangat dengan Pavillion. Parking pun senang. Masuk je belakang bangunan Chulan Square tu kena bayar RM3.00 per entry.
Tunjuk je kopun Groupon dekat kaunter then kita akan di assist oleh waiter/ waitress dia. Nasib baik yang layan kami tu orang Melayu. Senang sikit nak tanya banyak². Adik tu pun tunjuk course meal apa yang kami boleh pilih. So we chose Lamb Kebab & Chicken Mendy for main course. First sekali kami dihidangkan dengan salad. Masam gila ok. Tak habis pun. HUHU.
Then Chicken Mendy dia sampai. Ayam dia kecik sahaja. Makan seorang sahaja boleh habis. Nasi dia memang sedap. Lembut dan berasa lah rempah² semua. Lamb Kebab pun so-so lah. Not too bad. Tapi tak berapa lah. Dan portion pun sikit² sahaja. Tidaklah besar mana pun. Last sekali dia bagi dessert. Ya ampun rasa dia. Yang saya ni duk lah bau². Apa benda yang bau macam sesuatu yang tidak menyenangkan ni? Try rasa, memang tak boleh masuk. So tanya dekat waitress tu.
Me : Adik, dalam dessert ni apa bahan² dia?
Adik Waitress : Haaaa, rahsia! Cubalah dulu.
Hai adik ni. Nak kena ni. HAHA. Geram pula orang nak main rahsia² ni. So hubs pun try, dia cakap 'Ni susu la, yang.' Yelah susu, tapi kenapa macam ada bau minyak wangi ni? HAHAHA. Rupanya adik tu cakap 'Air mawar kak. Itu susu lembu campur air mawar' Kalau kat sana diorang guna susu unta. Tapi kat sini mana nak dapat unta kan. So ganti dengan susu lembu. Yang wangi tu air mawar sebab nak kurangkan bau susu lembu fresh tu. Ooooooooo OK. Panjang oooooo kitorang. HAHAHA.
Clockwise from top left : The Interior, Hubs with Chicken Mendy, Salad yang masam, Dessert, Lamb Kebab & Me slurping the dessert.
Kesimpulannya, kami rasa portion untuk Groupon adalah lain kalau kita walk-in. Tengok pak-pak arab makan macam best je. Yelah namanya pun murah kan, dapat lah portion kecik ye dak? Lepas ni nak try tempat lain pulak lah. Al-Rawsha ok tak? Tak pun Khah Baba kat Gombak tu. Dekat je dengan rumah MIL.
Mana Kakal? Kakal tinggal dengan Nenek kat rumah. Ibu dengan Abi nak berdating berdua sekejap. Sekejap je pun. Lepas solat terus rushing balik sebab takut budak kecik tu dah tertidur. Nanti tak dapat nak borak² dengan dia. Nasib baik dia belum tidur lagi.
Ok, nak sambung kerja. Tata. Selamat berkerja & berhujung minggu!