+ dag dig dug +

February 9, 2012

Hati Ku Dibawa Pergi

Assalamualaikum,

Bersiaran kita kini dari rumah Atok Aji..HEHE..anak bujang sedang lena di ulit towel, erk dia memang suka tidur sambil pegang kain/ selimut/ towel buat sapu2 muka sampai lelap. Lagi2 kalau tengah menyusu. Entah pe'el siapalah.

Masih bercuti lagi, esok Insya'Allah masuk kerja (kalau rajin). Seronok pula duduk rumah mengulit anak. Walaupun kerja rumah lagi banyak daripada kerja kat office, tapi kat rumah tenang. Penat boleh join anak tidur sekali. HEHE.

Semalam cuti hantar Abi & family ke tanah suci mengerjkan umrah & ziarah. Mixed feeling sangat. I am happy for him. Dimurahkan rezeki seawal ini untuk ke sana. Cemburu sangat. Lagi² pula sedang elok habis Maulid Nabi, dia dapat ziarah Nabi saw di sana. Mak Jems jeles. Tapi perasaan seorang isteri tu mana boleh tipu kan? Tentulah sedih suami nak pergi jauh. 2 minggu adalah lama bagi seorang yang tak pernah berpisah lama. Dia pun sedih tiap kali teringatkan kena tinggal anak. Anak yang dah makin banyak akal, dah pandai kejut Abi pagi² ajak tengok tv, main ball, main kejar² dalam rumah. Meruntun hati tengok suami menitis air mata. 

Tapi kepergian suami bukan suka², untuk mengerjakan ibadah yang mana isteri pun InsyaAllah dapat ganjarannya. 

Doa untuk Abi,

Moga Allah tuntun hatimu dalam setiap ibadah, 
Moga pulang dengan kerbekatan dalam setiap amalan,
Moga dipermudahkan segala urusan Abi disana dan kami disini,
Lindungilah dia, peliharalah kesihatannya,
Lindungilah permata hati kami disini,
Kerana Kau lah sebaik² penjaga Ya Allah.

LOVE

Ibu & Kakal







"Hasbunallah Wani'mal-Wakiil, Ni'mal-Mawlaa Wani'man-Nashiir" 
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong."







3 comments:

  1. amin yarabbilalamin...

    moga selamat pergi & selamat kembali..

    ReplyDelete
  2. jazakallah...
    sume org mengimpikan tempat en.abi awk tu fie..bpluang mngerjakan ibadah umrah dlm usia muda..mudah2an selamat sumenye..amin.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear