+ dag dig dug +

February 29, 2012

Jamuan Bulanan BKP Yang Comel

Saya gelarkan jamuan ini bertemakan Candies & Rainbow. Wah suka² aku je kan. Tapi sebab terlalu comel macam menghadiri Birthday Party kanak² walhal yang diraikan adalah mak bapak budak. HAHAHA.

Terlalu comel di sambut oleh POPCORN sebagai door gift. Mine is red! Aku tahu siapa yang beli tu. Izyan lah orangnya. HEHEHE. Lepas itu di sambut pula oleh cupcakes yang comel² berwarna kegemaran Baby Blue & Finky..I Loikee! Slides pun comel itu mesti Ekin yang buat..kan? kan?

Lepas itu kan lepas itu, berterabur kau candies atas meja. Sudah lah candies yang dah lama tak jumpa. Macam rare gittew. Apalagas laju lah tangan Mak Jems mengaut. Tapi tak boleh kalahkan Ila (perlu tak aku tulis nama penuh kau Ila?) HAHA. Dia siap simpan dalam sampul surat hokey.

Terima kasih daun keladi to Unit HRM!

Amaran : Jangan salahkan penulis kalau gambar kanak² riang korang terpampang kat sini. AHAHA.



Mengucap. Istighfar aku tengok gambar ni.
HAHAHA.
Terselit juga muka Wahida & Mommy Sheena Gebus di situ.

Jangan salahkan I Kak Imah.
Itu you yang request nak buat camtu.
HEWHEWHEW.

Kesimpulannya, kekenyangan macam ular sawa.
Tidur best ni.
ZZzzzZZZzzzzZZZZ..

Wordless Wednesday 33 : 'Oversss!'







>___<






February 28, 2012

Red Velvet Whoopie Pie



Salam semua,






Macam macarons tapi dia lebih besar. Lembut macam kek. Warna macam red velvet cake. Sedap! Ini kami makan kat Starbucks. Berapa hengget tak tahu sebab abang ipar yang belanja. Ngeeeee...Tapi teringin red velvet cupcake wondermilk. Yummmyy!!

Ok tu je nak cakap.

Serius dua tiga hari ni sangat tak produktif. Kepala ku pusing (am not pregnant....yet) dan rasa mual². Maybe cik P dah nak datang menjelma.

Tata!!





February 27, 2012

My Strength & Weakness


Ayem & Ayem Jr.

Love you baby!



Dua orang yang boleh jadi penyebab SENYUM lebar sepanjang masa..dan kadang² boleh jadi penyebab MENYINGA tak semena-mena.

Tapi, Ibu sayang dua² deep deep (bak kata Aaron Aziz).

U both are the best thing ever happened in my life.

..Lotsa ♥, hugs & kissesssss....


February 24, 2012

Sharing Is Caring : Puding Roti Karamel (Kukus)

Assalamu'alaikum,

Salam Jumaat penghulu segala hari. Pagi ini hujan turun mencurah-curah. Infact, dari malam tadi sebenarnya. Patutlah sebelum bahang sangat terasa. Alhamdulillah, moga hujan yang turun itu hujan seribu rahmat.

Intro haruslah nak power saja Kak Peah.

Sebenarnya nak cerita, malam tadi setelah mengemas beg pakaian untuk percutian 4 hari 3 malam di rumah bapak sendiri, anak dan suami sudah ku tidurkan..tiba² mata tokleh nak pejam. Macam meminta dibuat sesuatu. Buat assignment? Jangan harap, buku semua duduk dalam kereta. Maka, terciptalah perkara seperti tajuk di atas.

Tak sempat nak snap² gambar pun. Sebab rupa tak berapa ada, tapi rasa dia sedap (sedapkan hati). Pagi tadi otw ke office sempat suap Kakal dalam kereta. Dia minta lagi tu tandanya OK la kot. HAHAHAHA.

Mari saya sharing kan resepi yang saya copy paste sahaja dari belog AKAK ni. Sonang bai tu! Sesiapa pun boleh mencubanya (kalau ada pengukus).


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana



Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus

4 keping roti gardenia

3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis

2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)

1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan

esen vanilla (1sk)



Cara-cara

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



Ini bukan hasil dariku (jujur).
sumber dari SINI
 
 
Selamat mencuba!!!
 
 

February 23, 2012

Selamat Kembali, Abi!

Semalam tu gambar anak² Gombak yang seronok dapat jubah daripada Atuk, Nenek, Pakcik diorang. Tak sabar² semua nak pakai. Erk, sebenarnya Mak diorang yang oversss suruh pakai.

Abi dah selamat kembali ke tanahair. HEHE. Ibu senyum kerang je sepanjang masa. Abi sampai dalam pukul 12pm, urusan luggage air zam zam semua dalam masa sejam. Pukul 1 lebih dah boleh keluar. Kakal nampak Abi dari dalam kereta dia dah mula terlompat-lompat. Dapat je terus minta Abi dukung. Memang tak sempat nak feeling sangat sebab rushing masukkan bag dalam bonet kereta masing². Nasib baik konvoi 8 kereta. Ha amek kau! Sumbat je lah beg² tu mana boleh.

Alhamdulillah, lega sangat bila nampak Abi depan mata. Banyak benda nak cerita dekat Abi. So far baru cerita 80%, another 20% hari ni kot. HAHA. Antara benda pertama Abi tanya ialah 'MANA MULUT KAKAL YANG LUKA TU?' Gulppp! Tersengih-sengih Ibu tunjuk. Nasib baik dah baik dah luka dia. HEHE.

Masing² tak sabar


Kakal with Kakak Khayla yang photogedik
HEHE






February 20, 2012

Ahlan Wasahlan Baby Zandra Adelia ^__^



Assalamu'alaikum,

Selamat pagi Isnin yang sejuk! Sejuk betul sebab hujan di luar sana. Moga² hujan yang turun memberi sejuta manfaat kepada seluruh alam.

Let me introduce you to newest member of Diva Junior. Meet Zandra Adelia binti Idezulamri. Anak puan Lynda Zain. Zandra Adelia lahir pada 6 Februari 2012 di Hospital Selayang. Usia nya baru nak masuk 34 minggu dalam perut Mama Lynda. Tapi Allah dah tentukan Zandra lahir awal. Zandra kuat tau. Beberapa hari di NICU lepas itu dah boleh balik.

Minggu lepas Aunties semua melawat Zandra, awak tidur je masa itu. Aunties semua mula² takut nak pegang. Sebab Zandra kecil lagi. But then, Mama tolong pegang dan hulurkan pada Aunties semua. Mama Zandra baik, dia tau kawan² dia risau nak pegang. Awak masih tidur. Kaki tangan awak kuat. Tendang² sampai terbuka bedung.

Tengok awak ni buat Auntie mensyukuri nikmat Allah dan kebesaranNya. Awak kecil sangat tapi kuat. Awak kecil tapi tahu mana nak cari susu Mama. Subhanallah. Membesarlah jadi anak yang solehah Zandra Adelia. We ♥ you.




Tapi on the way back to office lepas menziarah Zandra & Mama Lynda. Tiba² kereta Auntie Sally break down. Betul² selepas kuil Batu Caves. HEHEHE. Nasib baik lah ada Ayah Iqbal datang menolong. Ibu Iqbal & Hasya tumpang gelak je. Jahat tau. HEHE. Kemudian kami semua sampai office lewat. Sebab terpaksa singgah workshop dulu jumpa Ah Peng 'Tak ada wooooohhh' . HAHAHA.




Kesimpulannya, save lah nombor telefon orang betul² jangan sampai ter call nombor sendiri.



Sekian.





February 17, 2012

Ustaz Kazim vs Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum,

Dua pendakwah yang sedang rancak diperkatakan ketika ini. Dua² ada peminat tersendiri. HEHE. Siapa yang tak kenal meh saya paste gambar mereka.


Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz
sumber : SINI


Baru semalam dapat hadir ceramah Ustaz Kazim anjuran MITI. Memang seronok dan banyak ilmu yang dapat. Plus, dia seorang yang kelakar. HAHA. Kita memang cari ceramah yang kita boleh tergelak kan. Idak ler stree. Tapi yang bagus beliau cepat tarik perhatian kita. Dengan suka menyanyi lagu hindustan la, berlakon lah. Memang best.


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
sumber : SINI

Ustaz Don baru je minggu lepas datang beri ceramah dekat office. Sebelum ni suka tengok beliau dekat TV Al- Hijrah 30 Minit Bersama Ustaz Don. Cara beliau tarbiah tu memang saya suka. Ibarat kita ni anak kecil yang sedang berlajar. Satu² beliau tunjuk. Kalau jauh kamera tu tak nampak gerak geri, beliau suruh dekatkan. HEHEHE.

Harap² lepas ni dapat jumpa Ustaz Azhar Idrus pula. Teringin nak dengar ceramah dia secara live. Tunggu husband balik nanti kita pi sesama ok B?



February 16, 2012

Tentang Sahabat

By : Khalil Gibran

sumber : Novel Travelog Cinta Abadi..Masa Yang Berlalu


February 15, 2012

Nafsu Serakah

Eh ini bukan sebab Abi takde ye. HAHA.

Ini nafsu online shopping yang makin menjadi-jadi. Ada dua online shop yang memang menjadi POJAAN HATIKU. (Amaran : Jangan salahkan penulis kalau korang pula meroyan nak ber shopping lepas ni)





Kerana Poplook ni ada rangkai maxi dress & blouse yang sopan untuk di pakai wanita bertudung. Dan harga agak affordable juga. Itu yang meroyan tengok hari². Jangan risau, postage free ok. HEHE.



2. Tudung Bawal Aidijuma




sumber : miss google



Yang ini boleh seacrh page dekat Facebook. Rangkaian tudung bawal Aidijuma cetusan idea Datin Norjuma. Cantik woh woh woh. Tapi sebenarnya yang cantik tu tudung ke Datin Juma ni? Takpe, wear with confident & feel good about it. Yang penting menutup aurat. So far, kalau bookingg online agak payah nak dapat. Saya beli di kiosk dekat The Curve. Itupun tak banyak choice of colours yang ada. Tudung ni ada satu tone, 2 tone, 3 tone & polkadot pun ada. Bawal is back ladies! Moh punggah balik segala tudung bawal lama² tu pakai. HAHAHA. Memang tengah gila sekarang ni, siap ada satu group Aidijuma User lah kat FB. (Kenyit² mata dekat Jue Ibu Alif) >__<

Tapi, memandangkan gaji SBPA ditangguh maka segala pembelian online juga dibekukan. Huwaaaa. Cepatlah buat keputusan nak bagi ke tak gaji tu!!!!

Sekian entry meroyan di petang hari.




Wordless Wednesday 33 : 'Pilih Calon Menantu Anda '










February 14, 2012

Sudah Berparut

gambar atas je nampak luka kot


Dapat sms daripada school ' Maaf ganggu kak, bibir Ariff (Kakal) berdarah. Dia tengah main sorang² lepastu terlanggar dinding. Tergigit bibir dia sikit. Saya dah tuam, darah dah berhenti cuma ada lebam sikit'

Tak ke berderau darah Ibu terima sms begitu? Zassss lah ke school dibontoti oleh Mummy Jue yang sama gelut macam Ibu. HAHAHAHAHA. Sampai² budak tu cakap 'Ha dia main sorang² dia je kak. Takde siapa tolak pun.' Yelah, aku memang tak de mood lah nak lawan bercakap kat situ. Kakal biasalah sengih semedang. Mata ada sembab sikitlah kesan menangis kot. Dah bawa jumpa doktor cek takde pape. Just bagi oral aid untuk luka tu.

Alhamdulillah, Kakal OK je. Takde pun meragam. Makan, minum, main, menjerit, membebel semua ok. Tapi berparut lah. Oh jatuhlah saham Kakal.

Bab nak marah², tanya banyak² kat school ni payah sikit. Aku malas kang dia ignore anak aku. Eventho aku rasa nak bagi je sebakul dua makian. Apedehal dosa sebakul dua. Tapi mengingatkan Abi nun jauh di sana tak jadi lah aku nak maki.


Perkara ini dirahsiakan daripada Abi. Takut dia termarah² pula kat sana. Potong markah.


Tapi Kakal memang sangat aktif pun. Cuma janganlah dibiarkan main sorang². Ye dak? Tengok² ler sikit.



Sekian, sebenarnya tak tahu nak update mende.




February 13, 2012

Aktiviti Anakanda Mu

Buat tatapan Abi bila sudah sampai ke tanahair kelak. HEHE.

Semalam Abi sms cakap rindu kami di sini. Nak call kredit pula tak cukup. So, Ibu je lah yang call Abi. Budak kecik tu banyak cakap dengan Abi dia, tapi Ibu lah yang bagi skrip dia ikut saja. HEHE.

So Abi, inilah aktiviti anakanda mu sepanjang minggu lepas.

Nak minum susu dalam Castle Tent
Pergi pasar malam dengan Ibu
Jalan² dengan Abang Afiq
Swimming!

Tu mata pandang tv, tangan pegang buku *berlakonsangat*



So far itu saja aktiviti Kakal selain aktiviti wajib yang lain. Dua hari Kakal pergi school, mula² nangis takmo lepas Ibu, tapi bila dah jumpa friends lupa Ibu terus. HAHA.

Ok, Kakal & Ibu doakan Abi sihat selalu dan dapat merebut seberapa banyak ganjaran ketika berada di sana.

We ♥ u Abi!




February 9, 2012

Hati Ku Dibawa Pergi

Assalamualaikum,

Bersiaran kita kini dari rumah Atok Aji..HEHE..anak bujang sedang lena di ulit towel, erk dia memang suka tidur sambil pegang kain/ selimut/ towel buat sapu2 muka sampai lelap. Lagi2 kalau tengah menyusu. Entah pe'el siapalah.

Masih bercuti lagi, esok Insya'Allah masuk kerja (kalau rajin). Seronok pula duduk rumah mengulit anak. Walaupun kerja rumah lagi banyak daripada kerja kat office, tapi kat rumah tenang. Penat boleh join anak tidur sekali. HEHE.

Semalam cuti hantar Abi & family ke tanah suci mengerjkan umrah & ziarah. Mixed feeling sangat. I am happy for him. Dimurahkan rezeki seawal ini untuk ke sana. Cemburu sangat. Lagi² pula sedang elok habis Maulid Nabi, dia dapat ziarah Nabi saw di sana. Mak Jems jeles. Tapi perasaan seorang isteri tu mana boleh tipu kan? Tentulah sedih suami nak pergi jauh. 2 minggu adalah lama bagi seorang yang tak pernah berpisah lama. Dia pun sedih tiap kali teringatkan kena tinggal anak. Anak yang dah makin banyak akal, dah pandai kejut Abi pagi² ajak tengok tv, main ball, main kejar² dalam rumah. Meruntun hati tengok suami menitis air mata. 

Tapi kepergian suami bukan suka², untuk mengerjakan ibadah yang mana isteri pun InsyaAllah dapat ganjarannya. 

Doa untuk Abi,

Moga Allah tuntun hatimu dalam setiap ibadah, 
Moga pulang dengan kerbekatan dalam setiap amalan,
Moga dipermudahkan segala urusan Abi disana dan kami disini,
Lindungilah dia, peliharalah kesihatannya,
Lindungilah permata hati kami disini,
Kerana Kau lah sebaik² penjaga Ya Allah.

LOVE

Ibu & Kakal







"Hasbunallah Wani'mal-Wakiil, Ni'mal-Mawlaa Wani'man-Nashiir" 
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong."







February 3, 2012

AR & Double AH

Hahaha apa itu?

Kod bidang ke apa ni? Taklah, itu semua initial nama anak & anak² buah. Ini semua geng gaduh Kakal ni. Kalau tak jumpa tertanya-tanya, kalau dah jumpa kejap kang baik, kejap kang gaduh. Hailah anak².


Sayang abang Aaron.
Aaron Ridzqy & Ariff Haikal


Ultraman Ariff Haikal & Ultraman Afiq Harris
Ada lagi seorang hero nama Aydin Qaliff, but he's too young to join abang² ni main. Tunggulah 2, 3 bulan lagi dia dah dapat kaki. Haruslah dia join sekali, time tu mak² semua pengsan layan anak² jadi ultraman.

Pufffffffffff!!


Happy holiday peeps! Another long weekend to enjoy. Tapi sayangnya hati sedikit sayu. Tapi kerana CINTA, insya'Allah saya redha.

Tata!



February 2, 2012

Suka Hati Dia Je.

Sejak dah pandai mengikut apa orang cakap ni, dan sekarang dah pandai ikut apa orang nyanyi. Tapi dia ambil ekor² aje lah. Lagu pertama dia pandai ikut ialah BANGUN PAGI GOSOK GIGI.

Biasanya Ibu nyanyi yang depan, Kakal sambung perkataan last sekali.

Tapi ada beberapa kali dia sesuka hati tukar lirik lagu tu. HAHAHA. Macam pagi tadi tergelak² dalam kereta sebab dia pi tukar lirik lagi.

Here goes lagu Bangun Pagi by Kakal & Ibu  >___<


Bangun PAGI
Gosok GIGI
Cuci MUKA
Pakai BAJU
Minum SUSU
Makan ROTI
Semua orang suka ?
Suka apa Kakal?



Suka..SUSU!!


HAHAHA. Tahulah memang kuat minum susu. SUKA HATI lah bukan SUKA SUSU. Apa daaaa Kakal.


Budak suka SUSU, eh masa ni rambut panjang lagi lah.
HEHE.