+ dag dig dug +

January 31, 2012

Farewell Party Boss Kecik

Assalam semua,

Terima kasih kepada semua yang drop comments untuk entry sebelum ini. Subhanallah, I heart all the comments & support. Thank you so much. Kalau Kakal dah pandai baca nanti sure terkembang kembang kena puji. Alhamdulillah, setiap pujian kena pulangkan semula kepada Allah. Jangan riak dengan pujian.

Baru sekejap ni ada farewell party untuk bos kecik unit ni. Mr. Khairiazhar. Pindah unit je pun tapi sedihnya macam kena transfer oversea. HAHA. Masuk kali ni maknanya dah 2 kali lah kami terpisah, dan 2 kali juga kerja dalam unit yang sama. Steady beb tu slogan dia lah, dengan EXPERT. Sure dia rindu saat² kegemilangan kat admin ni. Atau lebih tepat rindu dengan jamuan² kat sini yang selalu makan sedap². Muahaha.

All the best En. KA at your new place! Jangan lupa koir tetap koir ok?


STEADY BEB!

Ada je yang menyelit

Yang diraikan memakai tie


Yang belah kanan sekali je single, yg lain mak orang

Tag team nampak sedih..hahaha


Thank you boss belanja. Kenyang perut suka hati kiter!




January 30, 2012

Kakal & Tongue Tie

Assalam ,

Dah lama hubby minta share pasal ni kat blog. Dia cakap penting untuk other parents to know about this. Memandangkan kami sendiri hanya tahu setelah Kakal almost setahun. So harini baru dapat draft entry ini. Harap membantu other parents yang ada pengalaman yang sama.

Masa Kakal lahir, misi Klinik Kerajaan datang rumah dan cek kuning Kakal. Tinggi juga dan dinasihatkan pergi cek darah. So kami bawa Kakal ke Paed sebab senang nak dapat result on the spot kan. Masa itu Kakal baru berumur 3 hari. Alololo tomey. Ok, Paed haruslah cek satu badan segala. Lagi2 newborn kan. So masa dia cek mulut Kakal, dia cakap 'Oh baby you tongue tie. Misi kat hospital ada cakap tak?' Saya macam..apa tu? Terus tak ambil tahu sangat sebab sangat depress waktu itu. Dengan anak kena kuning, dengan sakit kat bawah lagi. Macam² hal lah. Waktu itu Paed just cakap takde apa², mungkin dah besar nanti dia ada pelat sikit. Itu je. Ok Alhamdulillah, terus off topic pasal tu.

Kakal BF tak lama, sangat sekejap. Dalam pantang lagi dia dah mula diberi FM. Entah kenapa, tiap kali BF dia, dia mengamuk seakan tak selesa. Gagah kan jua bagi kat dia walau sekejap, selebihnya dia menangis. Masa itu ingatkan sebab Ms N ni inverted. That must be the problem kot. Hubs belikan nipple shield pun tak jalan juga. Kakal masih refuse BF dengan saya. Susu pula tengah banyak, maka terpaksa pump dan bagi dalam botol. Pumping dengan anak DF mana lah sama. Akhirnya, Ms B mulai engoge dan bermulalah detik hitam dalam hidup.

Sebabkan engogement tu dah sampai tahap teruk sangat, maka kena buat pembedahan. Its a minor surgery. Will update about it later in another entry. Yang itu pun saya nak cerita sebab boleh jadikan panduan untuk Mama² di luar sana. Saya ingat lagi masa baru kena tu takutnya Masya'Allah. Tak tahu nak tanya siapa. Luckily, ada colleague yang pernah kena macam ini juga. Dia banyak bagi kata² semangat. Alhamdulillah. Thank you.

Ok dah off topic pula.

Berbalik kepada tongue tie tadi, masa check up Kakal with the same Paed, dia mention lagi pasal tu. Kali ni dia cakap 'Oh tongue tie masih ada ye?' Kitorang macam ha macam mana tu? Apa maksudnya? Dia cuma cakap takpe takda apa² ni. As long dia dah boleh sebut a few words then thats fine lah. Cuma kalau pelat nanti jadi macam Adrus yang pelakon budak kecil tu lah. Oh Adrus tu. Ok lega balik. Tapi Hubs as usual dia takkan puas hati sampai dia selidik sendiri.

With the power of Googling, HAHAHA, he did some research and found this website >> http://www.tonguetie.net/ . Semua pasal tongue tie ada dalam ni. Masa inilah baru kami betul² faham pasal ni. Dan paling sedih sekali sebab dapat tahu its effect in breastfeeding. Sigh. Then google lagi, jumpa pula dekat website Lunatots pasal ni. Dia advice jumpa seorang Paed yang pakar pasal ini. Paed buat sesuatu dekat lidah bayi & bayi tu dah boleh BF dengan baik. *nangis*

Dah tentulah saya menangis menyesali kebodohan diri sendiri. Kenapa lah masa mula² dapat tahu tu tak pergi Google? Kenapa tak pergi selidik? Kenapa tak tanya Paed tu psl BF? Kenapa kenapa? Sebab itu lepas pada itu, semakin menjadi sensitif terhadap isu BF ni. Bila orang pertikaikan Ibu yang tak BF ni cacat. Masa itu aku sangat marah!! Dia tak tahu apa yang orang lain lalui untuk BF kan anak tapi tak mampu. Jangan cakap banyak. Dah macam kata² saya dengar 'Kesian, kecik² dah hisap botol' 'Kesian, b**** besar, susu takde' 'Dia tak kenal Ibu dia sgt, sbb dia tak BF' Cakap je lah , semua saya telan dalam².

Dari kecil sampai Kakal besar sikit saya akan susukan dia peluk dekat dengan dada. Nak bagi dia rasa warm dan rasa dekat dengan kita. Main² dengan dia, cium² dia everytime dia menyusu. Saya pun bangun menyusukan dia malam², just like BF mommies, cumanya Kakal minum FM dengan botol.

Dan nasi pun sudah menjadi bubur. Kakal pun sudah besar menjadi anak teruna trang tang tang. Tidak guna menyesalinya lagi. Kami pun dah tak risau sebab tengok sekarang dia memang banyak cakap punya budak! Walaupun pelat tapi tak apalah, Ibu redha. Bila kita tanya Kakal, show Ibu lidah ♥ Kakal mana? Nanti dia jelir dan nampaklah lidah dia memang berbentuk ♥.

Ariff Haikal,

Sikit pun Ibu tak rasa ini satu kekurangan untuk awak sayang. Mungkin awak kurang dekat situ, tapi kelebihan banyak di tempat lain. Insya'Allah, membesarlah jadi anak yang soleh. Ibu Abi love u with all my heart. Sayang yang tak berbelah bahagi.




January 27, 2012

Salam Semua

Salam Jumaat penuh barakah,

Penghulu segala hari, terima kasih sudi jumpa kami lagi. Mood agak swing sebab baru balik bercuti-cuti Malaysia. Actually semalam dah masuk office tapi takda pengisian jiwa nak update belog. Hari ini pun umpama nak lepaskan batuk di tangga. Atau melepaskan rindu di blog.

Apa khabar blog ku yang semakin lama semakin kerap ku tinggalkan. Ya, aku juga kangen sama kamoo. Ok, itu petanda dah kemaruk dengan dunia maya. Not good not good.

Nanti nak review pasal percutian Lumut- Pangkor- Lumut kami. It was tring but a fun fun trip! We all had fun. Budak² lah paling gumbira. They went swimming setelah lama tak masuk kolam. Dan Kakal dah boleh floating! Dengan pelampung di lengan of course. Kenapa mak dia excited sangat? Ok course ler excited sebab mak dia punya cita² nak belajar berengang dulu tak kesampaian. Putus di tengah jalan. (--,)

Oh, HAPPY 1ST BIRTHDAY TO AYDIN QALIFF! Anak buah saya yang ke dua itu. Nak celebrate kat Lumut tapi cari kedai kek satu pun tak jumpa. HAHA. Takpe nanti Mummy buat birthday party Aydin ok? Ibu love you macho boy. Be a good son & dengar cakap Mummy Papa ok? Kalau abang Apik & Kakal buli nanti Ibu marah diorang ok? Mmmmuuuahhh.


Ucu Eka KPop, Ibu, Aydin & Auntie Gudik bukan gedik.



Happy weekend peeps!



January 17, 2012

Auto / Manual

Pagi tadi kan topik hot fm apetah tajuk dia tapi pasal kenderaan auto/ manual ni lah. Ada yang cakap perempuan memang layak bawa kereta auto je sebab tak cekap bawa manual.

Husband siap 'Cakap meh sini nak call hot fm ni nak cerita pasal isteri saya'.

'Awak nak cakap apa?' Tanya saya sambil jengil mata kepada beliau.

'Saya nak cakap isteri saya demand. Saya suruh dia belajar kereta manual tapi dia pulak mintak saya beli kereta auto. Kalau tak dia suruh tukar enjin kereta manual sekarang ni jadi enjin auto. Tak ke teruk tu?' Sambil gelak berdekah-dekah.

'Ellllehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh'  Itu je lah si isteri mampu jawab. Sebab memang betul lah apa suami cakap tu. WAKAKAKA.


Sebenarnya saya tak setuju kalau orang cakap perempuan hanya mampu bawa auto je. Siap ada caller cakap KALAU TAKDE KERETA AUTO MAKA TAK ADALAH PEREMPUAN YANG AKAN DRIVE. Memang watdeheiii punya caller. HAHA. Please lah, perempuan zaman sekarang ni brutal ok. Tak percaya meh sini jumpa kawan² saya. 5 out of 6 kawan² perempuan saya boleh bawa kereta manual hokey. Dan lebih cekap daripada lelaki I must say. Bangga pula dapat kawan² macam gini. HEHE.

Dan oleh sebab itu, senang saya nak belajar drive sekarang. Sebab ramai cikgu cikgu yang boleh mengajar. Idak ler garang macam Suami tu. HEHEHE. Sorry B, memang awak garang pun. Tapi now dah ok sikit lah. Kalau mati enjin awak tak marah tapi gelak berdekah-dekah. Kena gelak adalah lebih menyakitkan hati daripada kena marah hokey.


Sekian.


January 16, 2012

Majlis Doa Selamat ChantekMoleq Enterprise

Alhmadulillah, thank you Allah kerana merealisasikan impian Bonda & anak²nya yang mahu mempunyai kedai sendiri. Dengan hasil usaha dan penat lelah yang bukan sedikit maka termakbul lah impian mereka.

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada yang datang memeriahkan majlis.


ChantekMoleq.com


Takda pulak gambar tokey & anak². Masing² busy layan tetamu. Anak² pula cranky tak hengat dunia. Berebut mainan last² bergaduh. Masing² dah mengantuk tak tidur kan macam tu lah.

Ok tak tahu nak merepek apa dah.



Have a pleasant Monday sayangs.






January 13, 2012

Kebangkitan Apam Polkadot

Salam Jumaat,

Happy no esok dah weekend kan? Boleh berjimba bersama keluarga tersayang. Tak sabar!

Ini kisah kalau tengah rajin. Memang dari hari ke sehari nak cuba resepi apam polkadot gebu si Nananor ni. Dulu pernah juga sekali dua buat. Tapi macam tak berapa nak gebu. Lepas cuba resepi Na ni not bad lah. Dan lagi best Na bagi sukatan cawan sekali. Yeayyyy. Taklah susah untuk orang tak takda penimbang macam I ni. Hiks.


Bahan2 :

3bj telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)

274gram @ 2cawan stengah tepung gndum + 3sudu kecil baking powder (di ayak sekali)

200gram @ 1cawan gula halus

1 sudu kecil ovalette

150ml @ 3suku cawan susu segar/susu cair/santan (mana2 yg suka)

1sudu kecil esen vanila

inti bluberry or ape2 je yg korang suke, aku suke oren :)

pewarna

 
1. Pukul putih telur dgn kelajuan yg paling max smpai kembang/meringue/bertanduk (nak tahu macam mana nak buat meringue rujuk entry Dayu kat sini.

2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lg.

3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder td sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu td, mixer pd kelajuan paling minimun masa ni. sebati semua, siap :)

4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag. Inti jem td pun sama.

5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimsukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam td, last step buat dot2 di atas mengikut kretiviti sendiri.

6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan & make sure penutup pengukus ditutup dgn kain bagi memastikan air wap dlm pengukus tidak menitik ke atas apam.




Dalam pembikinan

Dah siap kukus!

Esoknya bekalkan hubby & Kakal apam dot dot bawa pi kerja & school. Kakal suka bangettt! Biasalah budak² tengok colorful gitu sukalah dia. HEHE. Tapi sebab tak berapa pandai bajet lagi maka separuh je isi dalam acuan tu. Patutnya isi penuh.

So, enjoy your weekend lovelies!





Suka, suka, suka!



 
 
 

January 12, 2012

Perompak Durjana!

Salam & selamat pagi kawan²!

Hari ini saya ber mood baik. Moga² ianya kekal hingga ke petang. HEHE. Takmo lagi terganggu dengan benda² yang tak penting lagi. HUHU.

Sesiapa yang follow twitter & FB Wardina Safiyyah mesti tahu rumah beliau dimasuki perompak pagi tadi. Katanya 5 buah laptop hilang, suaminya Ikhwan pula kena pukul sebab perompak tak puas hati tak dapat barang kemas. Alhamdulillah, mereka sekeluarga tak apa². Perompak berparang & bertongkat bagai disyaki warga asing.


Chembam betul perompak ni

Ya Allah, berderau darah baca twitter Wardina tu. Geram pun ada. Lagi² sebab kerja si warga asing yang diberi izin ke tak entah masuk negara ni. This is something serious ok people! Sampai bila entah bila ini nak jadi isu?

Dulu masa kecik², rumah Atok Aji pun pernah masuk pencuri. Masa itu saya masih kecil. Kami tidur di ruang tamu bawah. Bilik atas memang kosong. Kakak, abang semua tidur rumah Nenek masa itu. Kami tidur memang nyenyak dan sedar² orang bising² di luar rumah. Rupanya perompak dah keluar dari rumah kami pun!

Dia masuk ikut beranda bilik atas. Beranda tu ber grill dan berkunci. Entah macam mana boleh dikopakkan! Bayangkan dia cuma turun sampai tangga ambil wallet Atok Aji dan kemudian selongkar almari. Mungkin dia tak sempat nak buat lebih². Orang² keliling cuba kejar tapi tak dapat tangkap.

Lagi satu masa itu saya tidur rumah kawan di Keramat. Tengah sedap² tidur dengar bunyi orang panjat atap zink rumah dia. Ingatkan beruang! HAHA. Rupanya orang! Keluar² rumah tengok orang kampung tengah kejar perompak yang berlari dari satu bumbung ke satu bumbung. Serius macam filem hindustan. Last² dapat tangkap dan perompak tu kena bantai teruk. Padan muka! Polis datang leraikan bila perompak tu dah lunyai. Padan muka sekali lagi.

Doa saya hari ini moga Allah lindungi kita daripada musibah begini. Takut betullah. Dan mudah-mudahan kita dapat mendidik anak² kita menjadi orang yang soleh dan solehah.

Kepada kak Wardina Safiyyah, hope akak sekeluarga tabah dengan ujiaan ini dan anggap sebagai satu dugaan daripada Allah swt. Wallahu'alam.

Eh, macam Wardina baca blog kau kan? HAHA.

Selamat berkerja u olls!



January 10, 2012

Weekend=Penat

Assalamualaikum,

Salam sejahtera ke atas kalian.

Mula² kita update dulu pasal weekend. Weekend lepas telah berlaku satu hari yang paling memenatkan. Seharian berjalan bersama 3 orang kanak² lelaki yang sangat aktif. Yang menjaga nya 4 orang pun tak mampu nak kawal keadaan. Berapa kali lah Kakal menangis kena jerkah dengan Ibu dia ni. Geram sungguh lah. Macam dah taubat takmo keluar tanpa Abi dia. Tapi kalau tak keluar tak syok pula.

Mula² drop by One Utama nak beli tiket movie Alvin & The Chipmunks. Kemudian rushing to Chantekmoleq's. Tengok Nanny punya mini pelamin. Cantik nya. Puji Mak sendiri tak salah kan? HEHEHE. Masa dekat situ je budak dua orang tu dah bikin kecoh. Mengucap panjang Nanny tengok cucu2 dia main² atas mini pelamin tu. Ish ish ish.

Mini Pelamin for engagement/nikah ceremony exclusively by Chantekmoleq
visit their website http://chantekmoleq.com/chantekmoleq/
FB page : ChantekMoleq

Orang² Kuat CM

Tokey dengan tukang perabih boreh

Lepak² sekejap kemudian off to IKEA pula mencari barang for another CM's project. Kemudian baru gerak semula ke OU nak tonton movie. Kami mak² berdoa agar anak² behave sepanjang movie itu berlangsung. Tahu saja lah budak² mana tahan duduk lama². Amazingly we managed to watch the whole movie without ada seorang budak pun minta keluar panggung! Big hugs untuk Ariff Haikal, Afiq Harris & Aydin Qaliff! Good boy. Cuma nya masa dah nak habis tu Afiq dah mula cari bantal busuk dia. Si Kakal pulak dah start nak main tangga. Last² kitorang bagi je diorang duduk kat tangga tu. Lantakkan.

Tapi lepas keluar panggung tu yang hazab sikit. Masing² mengantuk tak tidur seharian. Dapat tidur² ayam je dalam kereta. Maka mengamuklah masing buat drama masa nak makan malam. Sudahnya Kakal tertidur atas bahu Ibu. Kena berdukung la sampai ke kereta.

Esoknya Ibu tak pi class sebab seluruh badan sakit². Ibu harap bila Ibu tua esok Kakal sudi lah dukung Ibu pula. Kalau tak Ibu akan merajuk takmo masak untuk awak!


>_____<



Sekian.





January 6, 2012

Saya Suka Saya Suka!

Masa Kakal masih baby dia tak berapa suka sangat tengok tv. Letak lah dia depan tv, tak mau nya dia tengok. Dia lagi syok explore sana sini. Main golek² dia suka sangat. Kadang² rasa macam geram. Kan elok kalau pandai tengok tv diam², Ibu boleh buat kerja (read:main internet). HEHE.

Tapi betullah orang cakap, tak yah lah risau sangat. Dia dah besar esok pandai lah dia minta nak tengok kartun sendiri. HEHE. Memang iye pun. Sekarang ni kalau buka tv mesti suruh buka Upin Ipin, Boboi Boy, Pororo atau pun National Geo yang ada rancangan pasal animals. Paling suka tengok kalau ada pasal fishing. Memang ikut jejak Abi sungguh.

Tapi tengok tv selalu sangat pun tak elok kan untuk budak². So kena buat macam jadual lah lepas ni. Tengok tv waktu sekian² sahaja. Yang lain masa untuk bergurau senda dengan Ibu Abi. No kartun². Susah Ibu nak tengok Masterchef ke Drama ke nanti.

Yang kelakarnya bila anak layan Upin Ipin, mak dia pun sama melayan sampai dah naik hafal ni. Nama karakter semua mak dia boleh sebut tau. HAHA. Mail, Fizi, Kak Ros, Opah, Jarjit, Ehsan. Mei Mei, Tok Dalang & paling best sekali Abang Salleh (Sally). Kehkeh.


comel comel comel


Selamat berhujung minggu kawan².


Saya suka saya suka!


p.s : pagi tadi sedih je tengok Opah pi umrah, Upin Ipin sedih, Ibu pun sedih. Belum lagi laki sendiri nak pi nanti. Banjirlah jawabnya. Sobss sobss..













January 5, 2012

HPV

Salam Khamis,

Hari ini naka ambil suntikan HPV dos kedua. Suntikan pertama dah ambil tahun lepas. Semua sekali ada 3 dos suntikan. Silalah bertahan wahai lengan. Mesti lepas ni lenguh dan sakit macam haritu. Huwaaaa. Takut adik.

Ada apa isu ye pasal suntikan HPV ni? Baru lepas google tadi dan macam ada forum yang kata tak payah ambil la apa lah. Kenapa ye?

Cuma bila buka website e-fatwa untuk tahu hukum pengambilan vaksin HPV ini. Hujahnya seperti dibawah :


Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15 - 17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1.Setelah mendengar taklimat daripada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.

2.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita.

3.Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.

sumber : e-fatwa
 
 
OK, jom pi injek second dose!
 
 












January 3, 2012

Hello 2012, Tata 2011

Salam, hello 2012!

The first working day of the year and Im early! Pehhhh. Ini bukan azam baru yep. Ini memang ter awal namanya. Plus, hari ini Kakal masuk bangunan taska baru. Taska yang lama nak kene pecah dah, nak buat Trade Centre. Itu yang bangun awal sebab takut berlaku kesesakan masa sesi penghantaran anak².

Alhamdulillah, 2011 tidak lah teruk mana bagi saya. Bersyukur dengan setiap rezeki & kurniaan yang Allah berikan. Paling best adalah terima babies! Aydin Qaliff, Hasya Qaireena & Muhammad Syahzwan Asyraf. 3 bayi yang sangat dekat di hati!




Tahun ini tak berapa banyak berjalan, no The Shah's family vacation juga. Cadangnya bulan 12 lepas tapi ada masalah teknikal sikit so tunda end of this month. Tak sabar! Berjalan dengan Abi & Kakal sahaja lah tahun 2011.



Everly Resort, Melaka - Mei 2011

Alhamdulillah, 2011 juga Abi dapat sign kontrak dengan one of wedding photography company. Memang Abi sangat tunggu peluang itu dan akhirnya Allah bukakan peluang. Syukur syukur. All the best Abi! Terima kasih kerana beri rezeki kepada kami sekeluarga. Moga kami tidak kufur dengan segala nikmat Mu. Amin.

Ariff Haikal pun sudah masuk 1 tahun Mei 2011 lalu. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk anugerah yang paling berharga ini. Moga dipinjamkan untuk kami sehingga akhir hayat kami kelak. Amin.




Tahun ini juga agak aktif dengan acara di office. Family Day, ICC, Dinner, Koir. Haish, tinggal tak masuk sukan je aku ni. Kahkah. Sukan tu boleh tolak tepi lah. Pasal tau badan dah berat macam hape dan sememangnya tak ada talent ke arah sukan sukan ni. Kalau bab melalak dan menggelinjang haruslah saya no 1! I had fun join semua ini. Lebih² lagi bila ada geng sekali kan. Banyak pulak nak letak gambar aktiviti kat opis. So takyah lah letak.


To 2012,

You better be good to me! HAHA. Moga diberikan rezeki yang luas buat kami sekeluarga, kesihatan yang berpanjangan, bebas dari hutang piutang, kasih sayang di antara keluarga kami yang tidak berbelah bahagi, Iman & amal serta rahmat dari Mu Ya Allah.

Happy 2012 to all of you!




p/s : aricond takda! aku dah panas hati ni. spoil mood betul pagi² ni. haishhhh!