+ dag dig dug +

September 29, 2011

Tak Konfiden

Sedang berteleku di ofis. Cuba menyerap sebanyak mana formula yang mampu dek otak. Benci wei tengok nombor2 ni. Kalau kira duit ke sukalah.

Dalam otak dah rasa nak drop kan je paper ni esok. Siries dah tak boleh berfikir. Dalam 9 chapter yang aku faham 1 je. Acane tu?

Mungkinkah otak dah bagi isyarat bahawa kapasiti sudah tak mampu dibendung dan bakal menjadi tepu? Kalau dulu sehari sebelum exam siap boleh hafal formula bagai. Sekarang ni rasa berat gila. Sob sob.

Ya Allah berilah aku kekuatan dan bimbinglah aku dalam membuat keputusan.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Published with Blogger-droid v1.7.4

September 28, 2011

Pengorbanan


Selesai sudah 1paper untuk hari ini. Ada 2 lagi paper menanti. Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan.

Semalam kan meroyan konon2 nak hantar Kakal pi taska. Tapi tak jadi. Macam kesian sgt dan tahu tak akan sempat nak patah balik ke Shah Alam. Jadi hari ini Abi dan Kakal tunggu Ibu luar dewan periksa. Patut jawab 3 jam tapi Ibu blank jawab 2 jam sajo.

Terima kasih sayang Ibu sebab berkorban tunggu Ibu lama2. Thanks to Abi juga sebab ulang alik sana sini. Kesian Abi. Nanti Ibu belanja ok.

Tq sayang sayang Ibu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

September 27, 2011

Tak Boleh Jadi


Currently on cuti rehat mode. Niat hTi tulus ikhlas nak study. Esok final exam dah mula. Orang rajin beginilah. Semua last minit. Tapi last minit nak study kene kacau dengan budak kecik ni.

Siries mak nak nangis dah ni. Huwaaa anak. Macam mana niiii? Lepas tu dia kumbah dapur semua. Nak makan bawang? Siap kupas sendiri. OMG.

Thats it! Esok sila pergi school sayang. Awak tau Ibu ada rumah awak mmg keje nak melekat je kan. Kalau ramai orang awak tak heran pon kat Ibu.

Esok pergi school!!!



Published with Blogger-droid v1.7.4

September 26, 2011

Bila Anak Demam

Apakah sebab menulis tajuk pun macam rojak buah? Takpelah asal semua faham ye dak? Harap² kalian fahamlah.

Jumaat lepas terpaksa buat kesekian kalinya mengambil Emergency Leave. Khamis lepas ambil Kakal seperti biasa dari school, tiada pesanan atau apa² dari kakak school tentang Kakal. Tapi as a mother pegang sahaja dahi dia instinct saya sudah dapat tahu 'Anak aku dedar ni'. Tak tunggu sampai rumah terus bawa dia ke klinik. Minta doc bekalkan sekali ubat punggung incase demam berlarutan hingga tengah malam.

Instinct seorang Ibu itu memang kuat. Memang demam sehingga larut malam. Tengah supper depan tv sementara Abi temankan Kakal dalam bilik. Abi jerit panggil. Kakal menggigil katanya. Terus rasa badan dia. Gila panas. Buka kan baju terus siram dalam bilik air. Nangis toksah cakaplah, tapi terpaksa pekakkan telinga. Sorry sayang.

Dah mandikan terus cucuk ubat punggung. Ada pendapat kata tak elok masuk ubat punggung tapi kalau dah temperature anak kau 39.5 apa lagi yang perlu kau lakukan? Temperature masih tak turun. Ok mari terus pergi hospital. Tak boleh jadi macam gini. Im not gonna take any risk dengan membawa Kakal ke klinik biasa sahaja, Pada pendapat saya waktu itu begitulah. Dengan harapan bawa ke hospital kerajaan yang satu ini sama seperti emergency di HKL. Pantas dan tangkas.

But I was totally wrong. Sampai sana kena ujian saringan dahulu. Ambil temp dan tahap oksigen. MO bagi nombor dan kena daftar dan tunggu sehingga no naik. No saya ialah 1105 dan no yang sedang di attend ialan 1103. Phew, lega sebab rasa sekejap je tunggu ni. Again, I was wrong. Kena tunggu sehingga jam 1.45 pagi baru nama dipanggil. 2 jam melayan Kakal yang demamnya pun sudah kebah. Ingat nak blah je tapi nak juga tahu apa doktor advise kan.

Masuk bilik doktor, cerita sikit² dan doktor hanya cakap 'Saya bagi ubat demam sahaja ye'. Ok itu je dia cakap. 2 jam aku tunggu kau, kau cakap itu je? Saya suspek dia trainee.

Ingat lagi masa bawa Kakal ke HKL, 5 minit dah dapat jumpa doktor. Doktor explain baik sangat. Dapat jumpa doktor cepat sebab budak bawah 2 tahun tak perlu queue katanya. Lagi² jika budak demam. Memang perlukan rawatan segera. Ada juga 2, 3 lagi baby yang meraung dekat luar ruang menunggu hospital semalam. Kesian sangat. Maybe mereka ada alasan sendiri, tapi paling tak boleh terima ialah bilik doktor banyak gila. Tapi yang buka cuma 1. Yang lain ada tapi berkunci. 

Tak puas hati dengan service depa, saya decide nak bawa Kakal ke Paed yang biasa kami jumpa. Doc Hasmawati di Klinik Pakar Wanita & Kanak-kanak Desa Melawati. Saya bagitau dia Kakal menggigil masa temperature dia naik tu and betul ke tindakan saya mandikan dia tu? Doc bilang betul tapi tak perlu bawa dia masuk ke dalam bilik air. Sebab takut baby jatuh dalam bilik air. Nanti lagi susah. Ambil air dan mandikan dia kat katil atau mana² yang selamat. OK macam ini barulah puas hati. Explanation pon bagus. Lepas itu doc bagi antibiotic dan paracetamol.

Klinik tersebut. Highly recommended.
Cewah macam ada share je.

Ibu risau takut timbang tu rosak.
HAHA.

Alhamdulillah Kakal dah sihat. Tapi risau tu masih ada. Hari ini pun masih bekalkan paracetamol ke taska dan pesan kat diorang kalau dedar je bagi ubat pastu terus call akak. Harap² anak Ibu sihat ok sayang. Mmmuuahh.


p/s: minggu ini minggu exam..doakan Ibu.


September 22, 2011

Riadah Hujung Minggu

We all kan dah pindah Subest semula. Since Nenek pund ah ada makcik tolong jagakan maka berpindahlah kami semula ke teratak yang tak seberapa. Tapi yang penting rumah sendiri. Nak buat hape pun tak payah minta izin sesapa. *sentap*

Dah lama sebenarnya tinggalkan rumah. Dah 3 bulan tak jenguk. Hubby je yang sekali sekala balik kemas rumah. Rumah tinggal kan banyak habuk. Tak sangka banyak perubahan. Dah naik rumah kedai dekat² situ. Ada My Mydin yang seawal jam 8 pagi dah buka. I like gila. Pastu ada 7 eleven dan Al-Wadud kedai mamak yang ada wi-fi. Lagi lah I Likeee gila. Haha.

Ahad lepas tak tahu nak breakfast apa, hubby ajak pergi Al-Wadud tu tapi JALAN KAKI! Haha. Nasib baiklah beberapa tapak je dari rumah. Bagus juga dapat beriadah bersama keluarga.



my boysss

Abi dukung sebab Kakal jalan melilau kiri kanan

Look, Ibu! I can climb.
*sesak napas mak*

Tengok dia panjat² macam tu terasa sangat dia dah jadi big boy. Cepat nyalah anak Ibu membesar. Kalau dah pandai cakap banyak nanti lagilah terasa. Tapi Ibu rasa awak ni cakap pelat lah baby. Takpelah kot. Ibu dulu pun cakap pelat juga. Muahahaha.

Nak mandi jadi 'nak mati', ayahanda jadi 'ayahte'. So tak heranlah kalau awak cakap pelat juga. Kalau ada orang kata awak cakap pelat sebab Ibu yang ajar awak cakap macam tu Ibu dush dush dia guna kepala lutut. Garang tak Ibu awak?


September 19, 2011

Buka Puasa 6



Malam ni teman abi buka luar. Restoran said ali kat sri rampai. Tak makan lagi pasal kena pegang si bambam ni. Dia ketiduran. Hehe.

Cerita lanjut tentang lawatan ke klinik pakar, salon rambut dan restoran said ali esok ye.

Tata.


Location : Jalan 2/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway - Android

Nak Update Juga Walau Seketul



Budak tak duduk diam dalam kereta. Mungkin nak kena pasang balik car seat. Tapi mesti dia meraung-raung minta lepas. Memandangkan perjalanan dari rumah ke office dah memakan masa 45 minit sekarang ni, Ibu rasa awak kena duduk dalam car seat lah sayang. Sebab Ibu risau jalan jam pastu Abi ter~break-break. Awak pula suka nak berdiri lah, main dekat bawah lah.

Susah hati Ibu ni.



p/s : Retro Camera for Android pun cun juga. Nak tunggu Instagram keluar kat Android macam bercintun je. Jeles waaaa..

September 15, 2011

Sofea Eryna Turns 2!

Seperti biasa ada kelas pagi ahad tu sampai pukul 12.30 tengahari. Ada 2 kelas sekaligus dalam masa yang sama. Lolah mokcik present cepat² dekat kelas Prof. Din dah tu berlari plak ke workshop Dr. Khairil. Masuk² diorang dah buat banyakkkk dah. Makcik terlepas beberapa chapter. Uhuk~

Sudahlah kesesakan berlaku dalam kawasan UiTM sebab ada pelajar baru daftar hari itu. Makcik kena jalan kaki sampai ke gate belakang tu sebab hubby dah tak boleh nak bergerak katanya gate belakang tutup. Separuh jalan je makcik larat, terus duduk tepi call hubby suruh masuk. Tak larat wei. Ku sangkakan dekat rupanya jauh.

Then off to Jaja's house nak ambil Kakal. Alhamdulillah Auntie Gudik dah boleh di harap untuk menjaga anak² buahnya. Cuma Kakal takmo tidur je kalau ada ramai kawan kan. Balik² tu tengok dia tengah sedap terbongkang depan tv. Tidur juga akhirnya anak makcik.

Nasib baiklah Eryn punya majlis ni dekat Kota Damansara je. Dekat sangatlah tu nak pergi. Suka makcik!

Sampai² je tengok Sangratoo & Lynda Zain dah sampai. Antara Geng Divas yang turut dijemput sama dengan anak masing².

Eryn potong kek

Kakal dengan bakal menantu makcik. Ehe~

Batrisya & Aaaron Ridzqy aka cousin Kakal

Dia tengah menari lagu Wonder Girls
T__T

3 sekawan

Terima kasih Cik Yam kerana sudi jemput kami!

Cemana Nanny boleh sesat ni?
Ahahaha

Satu event je sempat pergi. Ingat nak pergi rumah Dayu tapi tak sempat. Sebab masing² kepenatan. Mungkin jumpa blogger di rumah Ena saja nanti. :)

Tak sabar nak pergi open houses minggu ini pula. Start Jumaat dah ada plan. Seronok seronok seronok *upin ipin style*.

September 13, 2011

Open Houses Day 1

Day 1 adalah bersamaan dengan hari Sabtu 10 September yang lalu. Banyak undangan yang diterima. Terima kasih pada yang sudi menjemput.

Tapinya, saya budak masih bersekolah. Pagi masih kena pergi menghadap lecturer sampailah tengahari. Maka tak semua jemputan dapat dipenuhi. Sorry Raisya sayang, Auntie tak dapat datang celebrate birthday awak. Auntie blow kisses dari kejauhan sahaja ye?

Rumah pertama adalah rumah bos saya di Segambut. Jalan adalah sangat gila punya sesak. Tak sangka kat situ boleh sesak sampai begitu sekali. Nak ikut short cut tak tahu, nasib baik tiba² nampak kereta Mrsbardjahat dekat depan kami. Terus lah 'I will followwwww youuuuuuu'....

Sebahagian warga admin (kecuali yang duduk bertenggek tepi sofa tu). Tuan Rumah yang didepan berbaju kurung berambut paras bahu. Anak sudah 2 badan menten slim gitu.
Jeles I.

Budak yang mood kureng sebab baru bangun titon

Terima kasih boss! Makanan sedap sangat sampai tak boleh tolak nasi tu. Fuhhh, sedap gilos.

Then, off to second house for the day. Dekat je tak jauh pun. Seremban je pun. Tak jauh kan? (Blergghhhh) Hubby nak ikut highway LEKAS jadi kena menuju ke Cheras. Cheras kan memang tempat segala kesesakan. Mengadap jalan sesak je dah nak dekat 1 jam. Nasib baik rumah kawan hubby maka dia tak boleh lah bebel kan. Redha je la. Sampai Seremban dalam pukul 5 lah begitu. Lepak pun tak lama, pukul 6.30 kami dah berangkat pulang.

Bermesra dengan baby Aliff. Beza 2 bulan je dengan Kakal ni.

Kakal, Kakak Alisa & Abang Akram

Bila enjin dah panas macam nilah Kakal.
2 orang tu memang cousin Kakal pun.
HEHE.

Kakal suka sangat dengan cookies Auntie Fiqa ni sampai dia tapaukan cookies tu untuk Kakal.



T______T

Alhamdulillah jalan tak berapa sesak masa nak balik. Auntie Ita ikut sekali balik dengan kami. Kenmain galak Kakal main dengan Auntie Ita dia dalam kereta. Terjerti-jerit dia padahal baru jumpa tapi dah mesra.

Okeh, off for now. Esok kita sambung Open House Day 2 ok?

Tata.



p/s : selamat berpuasa kepada yang berpuasa ganti dan puasa 6. sama² lah menahan diri dari lapar dan dahaga serta dugaan² lain di bulan bukan Ramadhan ini. hehe.

September 12, 2011

Majlis Hari Raya MITI & Agensi

Hari Jumaat lepas Mak kepada Agensi kami iaitu MITI anjurkan makan² sempena Hari Raya. Bertempat di Menara kami dari jam 11 pagi hingga makanan habis! Hehe.

Antara menu nya ialah Nasi Hujan Panas berserta Ayam Masak Merah dan lauk pauk lain. Saya cuma cubit² je nasi yang Cik Nee makan. Tapi Mee Rebus Tulang dia memang terbaik I tell you. Nasib baik ambil awal² sebab lepas itu orang dah mula beratur sampai ke tangga.

Layan gambar jom. Maaflah kami memang over sikit kalau bab² bergambar. Perasan Diva sesangat memasing.

Tanpa Juju, maaf Juju.


Bajet muka runcing lah

With former CEO, Dato' Noha.
Jangan lupakan kami ye Dato'.

Tengah bergosip.

Selamat Hari Raya semua!

Berderet gambar untuk di upload. Ini belum sesi open house weekend lepas. Itu kita simpan esok² yerp.

Tata.

September 9, 2011

Syawal Kami

Salam,

Syawal sudah masuk 11 hari berlalu. Makin banyak undangan rumah terbuka diterima. Sedekat² dan sejauh² jemputan akan saya cuba penuhi. Cewah. Terpulang kepada pilot aka hubby saya. Kalau OK kata dia, sampailah kami. Jika tidak saya doakan majlis rumah terbuka kawan² semua sama meriahnya sama ada dengan kehadiran kami atau tidak. Wah, bajet retis sangat ni.

Ini kisah 1 Syawal kami.

Tahun ini giliran rumah Atok Aji. Yeayyyy. Walaupun jauh rumah Atok Aji dengan PIL hanyalah sepelaung saja pun tetap nak buat sistem giliran. Tak kira lah kan. Keadilah harus ditegakkan! Wahahaha.

Pagi raya Kakal bangun macam biasa, awal sangat dari Ibu Abi dia. Dia tukang kejut kitorang. Abi pun bangun bersiap semua, Ibu turun bawah tengok apa² yang patut untuk sarapan para laki² sebelum bersolat. Lepas dah siap semua barulah Ibu bersiap tapi tak boleh mekap lagi pasal nanti nak siapkan Kakal mesti Ibu berpeluh. Habislah cair mekap mak nak. Para budak² cinocet adalah orang terakhir bersiap sebab mereka kan banyak main, nanti dah handsome berpeluh pula. Masham lah nanti di pagi raya. Hehe.

Setelah para lelaki kembali dari menunaikan kewajipan, kami pun bersarapan ala kadar. Dan sesi bermaafan bermula. Nenek Nah dulu yang salam Atok Aji, lepas itu Jaja selaku anak pertama. Diikuti oleh Pak Ngah Anaz, Ibu, Auntie Gudik & last sekali mestilah Ucu Iqa Super Junior. HAHA.

Budak² kecil menyelit nak salam atok nenek. Mak Bapak tolong kutipkan duit raya. Wawahaha. Paling kelakar terlupa nak salam SUAMI! Ampun B. Sampai kena sound baru teringat. Hahaha.

The Shah's

Budak kecik tu dah mengantuk itu sebab dia rebel sikit.

Kalau Ibu ada anak 2.
OMG pitam.
Selepas itu tanpa membuang masa terus ke rumah MIL, tapi sayangnya sekeping gambar pun takda masa kat sana. Bukan pilih kasih ye. Kebetulan sampai² sana Kakal tidur. Lama pula tu. Tu yang tak sempat bergambar. Maafkan kami, ohh maafkan kami.

Rumah terakhir yakni rumah Nanny Midah Kukis! Ada sesiapa yang kompius tak kenapa Kakal banyak nenek ni? Hihi. Nanny ni mak kandung Ibu, Nanny dengan Atok Aji dah lama berpisah tapi kasih sayang anak² masih berkekalan. Walau jauh di mata sentiasa dekat di hati. Sob sob sob.


With Nanny & Adik²

Ha baru raya pertama dah 3 rumah dah. Raya kedua kami duduk rumah MIL saja sebab kan FIL saya masuk hospital. Raya ketiga baru start beraya rumah sanak saudara belah Atok Aji. Itu kita sambung next entry la.


Selamat ber 'open house' weekend ini ye kawan²!





September 7, 2011

Wordless Wednesday 18 (With Lyrics ;p) : Bruno Mars Beraya!







♫ ♪ If you ever find yourself stuck in the middle of the sea

I'll sail the world to find you

If you ever find yourself lost in the dark and you can't see

I'll be the light to guide you



Find out what we're made of

What we are called to help our friends in need



You can count on me like one, two, three

I'll be there and I know when I need it

I can count on you like four, three, two

And you'll be there 'cause that's what friends

Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh



If you toss and you turn and you just can't fall asleep

I'll sing a song beside you

And if you ever forget how much you really mean to me

Everyday I will remind you



Find out what we're made of

What we are called to help our friends in need



You can count on me like one, two, three

I'll be there and I know when I need it

I can count on you like four, three, two

And you'll be there 'cause that's what friends

http://www.elyricsworld.com/count_on_me_lyrics_bruno_mars.html

Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah



You'll always have my shoulder when you cry

I'll never let go, never say goodbye



You can count on me like one, two, three

I'll be there and I know when I need it

I can count on you like four, three, two

And you'll be there 'cause that's what friends

Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh



You can count on me 'cause I can count on you ♫ ♪







September 6, 2011

Antara Seronok dan Tidak

Masih mood raya ye semua orang? Di kantor pon masih sunyi ni. Cuma jalan KL sudah kembali normal. Kalau tidak rasa boleh bikin marathon la tengah jalan. Takda kereta sgt. Jalan meow meow pun lengang gila.

Hari ini kembali sudah ke kantor setelah lama merehatkan diri bersama keluarga tersayang. Budak tecik pon dah start pergi school semula. Siap menangis depan school. Itulah bahana 10 hari melekap ke sana ke mari dengan Ibu & Abi.

Hari raya tahun ini saya kategorikan sebagai so so sahaja. Suam² kuku. Meriahnya hanya kerana Kakal sudah pandai macam². Penat melayan kerenah dia tapi seronok tgk gelagat dia. Suka mengusik orang dan kuat makan. Benda² lain adalah sgt biasa dan suam² sahaja. Banyak perkara yang rasanya buatkan raya tahun ini rasa tak meriah.

Pertama dan paling terpenting sebab tiada lagi berkumpul di rumah nenek pada malam dan pagi raya. Nenek sudah duduk bersama Pak Ngah di KJ. Jadi raya pertama berkumpul di kondo instead of berkumpul di teratak nenek. Tak kisah mana² pon asal ada nenek. Tapi feeling tu dah takda. Kalau dulu malam raya mesti tgk nenek masak sambil curi² makan ayam yang nenek baru goreng. Tiada siapa pon nak marah. Masa itu masih kecil semua benda rasa seronok. Tapi iyelah bila masing² sudah berkeluarga sudah pandai berfikir dan sudah matang. Macam² benda kecil pon boleh jadi besar. Sigh.

Kalau mengeluh itu boleh kembalikan segalanya menjadi normal, nak je mengeluh kuat². Tapi sebagai umat Nabi saw saya faham bahawa tidak baik mengeluh. Baiknya kita redha sahaja. Pasti ada hikmah. Amin.

Yang kedua is FIL saya admitted on the second day of Syawal. Masa itu pukul 1230 malam, hubby masuk bilik dan cakap 'Yang saya nak bawa abah pergi HKL. '  Masa itu masih tidur² ayam sebab bunyi mercun berdentum macam bom. Memang mendapat la 2, 3 das cercaan dariku. Siapa suruh main mercun time orang nak tido? Takda sivik betul.  Rupanya abah diserang asthma yang teruk sampai berpeluh. Alhamdulillah nothing serious cuma kena banyak rest and no more cigarette. Dan baru semalam abah discharge. So hubby banyak spend time ke hospital jenguk abah. Hari raya kedua memang di rumah MIL sahaja layan tetamu yang datang.

Yang ketiga tak best ialah saya diserang penyakit ganjil. HAHAHA. Sakit rahang. Ganjil lah tu kan? Selalu sakit tekak ke demam ke. Ini tak, sakit rahang. Sehari sebelum raya itu dah mula sakit. Nak buka mulut besar² pun tak boleh. Doktor bilang menguap pun harus kecik² sebab takut rahang terkeluar! OMG. Takut sangat saya. Terus jadi sopan sepanjang raya. Hehe. Alhamdulillah sekarang dah sihat.

Cukup lah kot benda² yang tidak best sepanjang raya lepas. Esok kita cerita pengalaman Kakal beraya pulak ye. Budak bobot seorang itu sangat macam² perangai dia buat. Geram gila. Asyik la Ibu ni termarah anak. Takpe marah sebab sayang dan nak ajar dia kan. Jangan sampai naik tangan sudah lah.

Baiklah, saya hidangkan anda dengan sekeping gambar yang tidak seberapa seperti di bawah.

Selamat ber 'open house'! Ada sesiapa nak ajak kami datang rumah? Silakan. HAHA.