Seronok sangat dengar kawan² sekeliling dah pregnant anak no 2. Especially Lynda. Then blogger friends pun ramai yang dah masuk geng. Terfikir gak bila diri ini nak join sekaki. Tapi bila fikir² balik...naaahhhh, nanti lah dulu. Banyak benda yang saya kena fikirkan semula kalau nak pregnant anak no 2 ni.
Nak fikir sakit contraction, nak fikir engorgement yang sampai kena operate dulu tu, financially, mentally, physically & postpartum mood. Ha amek kau. Banyakkan?
Kalau nak kata tunggu Ariff Haikal besar dulu pun ye juga. Tapi takdelah sampai 5,6 tahun. 2, 3 tahun dah ok kot untuk menjadi seorang Abang Long. Bukan Abang Long Malik ye, Abang Long Kakal. HAHA.
Physically, saya perlu pastikan badan sedia nak membawa bayi. Masa Kakal dulu, saya malas betul makan supplement. Paling kuat pun asid folik & neurogain. Yang lain tu rasa macam hazab sangat nak telan. Besar kot ubat tu. Doc saya selalu marah sebab ubat asyik tak habis je. Dia cakap makan ubat ni bukan untuk 1st pregnancy saja, malah untuk persediaan pregnancy yang lain² juga. Sebab itu kena pastikan ambil supplement banyak² sebelum nak conceive for second baby ni.
Mentally, saya bukan seorang yang kuat menahan dugaan sangat. Sekecil-kecil perkara pun boleh jadi stress lagi² bila dalam confinement period. Tambahkan ada dua orang budak kecil nanti. Bolehkah diri ini nak handle? Handle bayi mungkin boleh, tapi handle stress yang datang dari kiri kanan depan belakang? Confinement period saya yang lepas bukanlah satu peristiwa yang manis untuk dikenang. Nasib aku tak gila meroyan je masa tu. Alhamdulillah, husband selalu ada dengan saya masa itu. Cumanya, orang lelaki ni bila kita stress ke sedih ke dia tak faham kenapa tiba² je perempuan boleh menangis tak pasal². Kesian. HAHA.
Dan, untuk waktu sekarang sedang cuba beri fokus pada study. Insya'Allah kalau boleh nak habiskan cepat². Stress mak jemah dah!
Dan perkara paling menakutkan untuk kembali mengandung ialah...engorgement. Sakit dan hazabnya hanya Allah swt sahaja yang tahu. Pada yang pernah kena tu mesti tau macam mana kan. Macam mana sampai boleh kena operate? Erk, itu nanti lah cerita. Ke dah pernah cerita dulu? Nanti saya cek balik previous post. Hehe. Tapi yang itu amat mengerikan. Saya jadi fobia setiap kali fikir. Nanti mesti ada je orang nak jatuhkan semangat saya. 'Kalau dah jadi macam ni, anak no 2 nanti terus beli susu formula. Takyah susah² kan diri.'
Blerggghhhh.
Benci sangat orang macam ini. Poor mentality.
Jadinya, bila masanya sudah tiba, ada rezeki dan dengan izin Allah swt, adalah nanti. Kalau tak tahun depan, tahun lagi satu ke. Tapi harus selepas Ibu habis study ok. Buat masa sekarang, marilah tumpukan kasih sayang untuk anakanda Ariff Haikal sahaja dulu.
|
My ♥ & soul |