+ dag dig dug +

April 20, 2011

Penipuan Mudah

semua orang sudah maklum rasanya yang Mudah.my merupakan medium yang paling senang untuk kita jual barang atau mendapatkan barang preloved dengan harga yang lebih mudah. sebelum ini juga saya pernah beli Baby Cot melalui Mudah. Alhamdulillah, urusniaga lancar dan barang yang dapat itu pun masih elok. harga pun sangat berbaloi la untuk barang preloved kan.

jadi tiada keraguan la untuk cik suami gunakan Mudah sebagai medium untuk jual barang preloved beliau. tapi tidak tahu kenapa barang tersebut seperti susah hendak dijual. banyak sms yang masuk macam main². tanya harga kemudian nego, nego dan nego. kemudian ajak jumpa. suruh pos tapi hendak pos percuma. macam mana tu? kata ada dekat JB dan bila kata tidak boleh pos sebab barang fragile disuruh bayar pula tiket dia ke KL. dalam hati kata 'aku mak kau ke nak kena bayar kan tiket kau datang sini?'

*maaf bahasa kasar sikit*

kemudian, ini cerita kelmarin. suami dapat email dari potential client la kononnya. gembira bukan kepalang lalu reply email orang itu. email yang berbunyi begini.:



siries buyer ok. perhatikan nama beliau. omputeh ek?


kemudian, suami reply dengan mengatakan Yes, its still available. kemudian orang itu reply semula begini :



Perhatikan country. Takkan nak COD ke sana kot?


 sudah rasa 'fishy' di situ lalu cek semula semua email yang masuk. lantas terjumpa email yang ini pula ye :



Watthefish?? Nigeria juga? Kau biarlah benar Cynthia.

Nigeria ok! dah terang² dalam iklan tu suami kata COD only. cash on delivery lah sayang. gigih lah mereka nak dapatkan no akaun kita kan? nampak sangat sesuatu di situ. maka silalah berhati-hati kalau berurusniaga online ni. lagi² kalau yang mintak akaun number bukan² macam ini.

walaupun saya rasa benda ini kelakar tapi nasib baik tidak terkena. kalau terkena sudah tidak jadi kelakar. sila ambil iktibar ye suami ku. hehe~

nak tipu penipu! huh!

+________+




12 comments:

  1. abg ipar ku penipu jugak ke fie?heheheheeh

    ReplyDelete
  2. mmg sah yg ni penipu2. jgn terpedaya.

    ReplyDelete
  3. nasiblah awak tak kena tipu fie.dh byk kes pasal penipuan di internet ni selalunya scammers dari nigeria sbb utama adalah negara mereka yg paling mundur dan matawang mereka tak laku.tu sbb rakyat diorg ni terdesak tipu org through online sbb diorg tau yg org takleh nampak muke diorg yg hitam legam dan creepy ass tuh.hoh,sorry emosi sket.teringat masa 3 years back saya dpt email menang duit harta pusaka dari negara nigeria ke ghana.macam haram jer diorg nak menipu.useless!!nasiblah saya blh berfikir secara waras sbb diorg mcm mendesak nak nombor akaun.

    ReplyDelete
  4. hihihi macam2 la kan.. tp elly setakat ni sama ada jual @ beli barang dari mudah.my ni tak ada masalah..ok je la

    ReplyDelete
  5. memang tipu tuu dik .. jgn terpedaya tau :)

    ReplyDelete
  6. cik yam : siries? apa punya penipu lah diorang ni.

    ReplyDelete
  7. elly : sebelum ni kita beli pun OK. tapi tak tahulah brg ini.

    ReplyDelete
  8. cynthia² da la mengaku from msia nak tipu org msia jugak. mmg patut la kau duduk kat nigeria tu! yg bestnya die sanggup ni curi² guna internet semata² nak reply email. uish hanya kerana camera die sanggup dibuang kerja. hebak mu cynthia!

    ReplyDelete
  9. husband kak ena dah kena mcm ni. orang tu siap cakap, kalu dia dah bank in duit tapi barang tak sampai, dia nak saman la... soh bayar dua kali ganda balik kat dia la...


    kami langung tak layan

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear