+ dag dig dug +

April 21, 2011

♥ Note to Ariff Haikal - 11 months

Salam baby (tak lama lagi sudah masuk toddler la sayang Ibu ni),

sudah 11 bulan dah Ariff. sebelas bulan yang indah buat Ibu dan Abi juga. terima kasih Arif. selalu buat Ibu & Abi gembira dengan kerenah Ariff.

Kenapa sekarang semakin garang? Pantang kalau orang lain rampas barang dair Ariff kan. lepas itu mesti Ariff jerit dengan begitu nyaring sekali. Selalu sangat Ariff gaduh dengan Abang Aaron. Dua² pun tak mahu mengalah. Sampai satu hari tu Ibu dapat sms dari Kak Iqa dari school Ariff, dia bagitahu Ariff kena gigit! Ibu mula² nak marah tapi tak jadi sebab dia kata Ariff kena gigit sebab berebutkan toys. Ariff rebut toys dari kawan kat taska! Aduh anak Ibu. Ibu tak ajar tau main rebut² macam gitu. *__________*

Ramai tanya kat Ibu, Ariff dah boleh berjalan ke? Belum lagi. Ariff masih berjalan jatuh lagi. Bila Ibu lepas tangan Ariff jerit² nak pegang tangan Ibu. Macam mana nak cepat jalan kalau asyik nak berkepit je sayang? HEHE. Takpe, slowly ok. One step at a time. Ibu tak setuju kalau ada orang kata budak lambat jalan sebab malas, berat badan. Tak baik kan cakap orang malas sayang. Bad word ok! Jangan cakap kawan² macam gitu tau. Ibu dan Ariff kena bersabar sikit je lagi. nanti Ariff dah boleh jalan Ibu penat pulak nak kejar sana sini. Sekarang pun bukan main penat lagi kena kejar awak tau!

Kalau dulu nak tidur pasang zikir Ya Allah mesti Ariff tidur terus. Tapi sekarang dah besar agaknya, nak cuba lagu² lain pulak ye? Lagu kegemaran sekarang ialah Mana Nak Lari  OST Filem Magika tu. HAHA. Sebab Ibu suke nyanyikan kat Ariff then dalam car pun selalu pasang. Dengar je lagu tu Ariff dah goyang² badan lepas tu part chorus tu jari telunjuk goyang². HEHE. Tapi jangan lupakan zikir itu ye sayang.

Hari itu Ariff ada demam 2, 3 hari lepas itu kebah dan baik semula. Ibu tak perasan rupanya gigi atas nak tumbuh sebatang. Patut lah demam anak Ibu. Dah nampak lain pula muka awak ada gigi 3 batang. Ngee~ Lepas itu makin banyak cakap. Kadang macam sebut 'Nak' ke 'Tak Nak' macam itulah. Tak tahulah kebetulan ke atau betul² Ariff sebut.

Alhamdulillah, Ibu syukur dengan semua ini. 

U & Abi completes Me.

April 20, 2011

Penipuan Mudah

semua orang sudah maklum rasanya yang Mudah.my merupakan medium yang paling senang untuk kita jual barang atau mendapatkan barang preloved dengan harga yang lebih mudah. sebelum ini juga saya pernah beli Baby Cot melalui Mudah. Alhamdulillah, urusniaga lancar dan barang yang dapat itu pun masih elok. harga pun sangat berbaloi la untuk barang preloved kan.

jadi tiada keraguan la untuk cik suami gunakan Mudah sebagai medium untuk jual barang preloved beliau. tapi tidak tahu kenapa barang tersebut seperti susah hendak dijual. banyak sms yang masuk macam main². tanya harga kemudian nego, nego dan nego. kemudian ajak jumpa. suruh pos tapi hendak pos percuma. macam mana tu? kata ada dekat JB dan bila kata tidak boleh pos sebab barang fragile disuruh bayar pula tiket dia ke KL. dalam hati kata 'aku mak kau ke nak kena bayar kan tiket kau datang sini?'

*maaf bahasa kasar sikit*

kemudian, ini cerita kelmarin. suami dapat email dari potential client la kononnya. gembira bukan kepalang lalu reply email orang itu. email yang berbunyi begini.:



siries buyer ok. perhatikan nama beliau. omputeh ek?


kemudian, suami reply dengan mengatakan Yes, its still available. kemudian orang itu reply semula begini :



Perhatikan country. Takkan nak COD ke sana kot?


 sudah rasa 'fishy' di situ lalu cek semula semua email yang masuk. lantas terjumpa email yang ini pula ye :



Watthefish?? Nigeria juga? Kau biarlah benar Cynthia.

Nigeria ok! dah terang² dalam iklan tu suami kata COD only. cash on delivery lah sayang. gigih lah mereka nak dapatkan no akaun kita kan? nampak sangat sesuatu di situ. maka silalah berhati-hati kalau berurusniaga online ni. lagi² kalau yang mintak akaun number bukan² macam ini.

walaupun saya rasa benda ini kelakar tapi nasib baik tidak terkena. kalau terkena sudah tidak jadi kelakar. sila ambil iktibar ye suami ku. hehe~

nak tipu penipu! huh!

+________+




Jeep Sport Series 4 wheel stroller (preloved) for sale

ENTRY BERUNSUR IKLAN DAN MELEKAT SELAMA BEBERAPA HARI

SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY




Ni nak tolong promote preloved stroller kakak saya. baru pakai sekali (indoor). nak jual sebab myvi tak muat 2 stroller yang mcm ni. stroller ni bagus sbb banyak compartment - 2 poket kiri kanan, 2 cup holders and 1 compartment in between (sesuai utk ltk wipes). warranty ada tapi dah expired which is manufacture warranty sebulan.

harga nak tolak RM350 tp special untuk bloggers dia bagi RM280 sahaja. COD. pos boleh dipertimbangkan tapi dengan kos tambahan.


berminat? berminat?

sila sms Jaja 012-226 4206 (sebut nama Fie @ Wardah 3 kali) hahahaha tak tak memain je.


ini dia barang nak let go...


Jeep Sport Series 4 wheel stroller

- lightweight 6.5kg
- 3 tier canopy with sun visor
- all terrain wheels with independent front suspension & lockable front wheels

- multi position recline seat with quick release

- parent tray with 2 cup holders & lid

- 5-point safety harness

- removable bumper bar

- removable toy steering wheel

- 2 removable saddle bags

- large rear basket

- extras tether strap and red brake levers

 
 






Wordless Wednesday 6 : Fun Time!




April 19, 2011

Baby & Daddy Moment Contest

Setelah lama menyepikan diri dari dunia contest, hari ini Ibu telah di tag oleh Ibu Alif. Hehehe~ terima kasih Jue. Contest anjuran Mommy Bloggers juga iaitu Mommy Maya Kysha melalui blogshop beliau D'La Maya

So here goes syarat-syarat dari Puan Penganjur :

1. MESTI follow blog D'La Maya (sudah puan!)
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik ;) (sudah)
3. buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja. (ok.)
4. pastikan entry anda ada link terus ke entry ini. (sudah)
5. tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini. (lebih boleh tak puan?)

6. jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda. (baik!)




Nama Baby : Ariff Haikal bin Mohd Nahrem Rizal
Umur: 11 bulan


Saya pilih gambar ini sebab moment dia sangat santai. Baby dan Abi bersantai di belakang rumah Wan Der naik buai buatan sendiri. Ibu sangat risau buai tersebut putus sebab takut tak dapat tampung mereka berdua. Tapi Alhamdulillah OK! Hehehe, Baby & Abi dua-dua sangat gembira main buai.

Sekian. 

Eh lupa, dengan ini saya nak tag nama-nama seperti di bawah. Terimalah..

1. Jue Mummy Aaron Ridzqy
2. Lynda Mama Batrisya
3. Mariam Mama Eryn
4. Farah Mama Hazique


April 18, 2011

Happy Birthday Shahzlan & Raina!

hutang entry harus di bayar walaupun badan masih penat baru balik dari team buliding. eh bukan team building tapi Laughter Gym. hehe. seronok~

dapat jemputan meraikan birthday anak BFF saya Juju. diam tak diam dah 2 tahun dah umurnya. big boy sudah! seronok kali ini sebab kehadiran geng Divas adalah penuh! tahniah untuk diri sendiri *tepuk bahu kawan²*

*UPDATED : sorry, Diva kurang seorang masa ni. Lynda tak dapat hadir kerana ada majlis pertunangan sepupunya. Lynda, IM COWI!! hahahaha..

dapat tangkap birthday boy!
Happy birthday Shahzlan!

ibu & bapa divas. eceh.
Juju sedang berbadan dua berbaju & tudung hijau itu.
hari Ahad pula, bawa Kakal ukur jalan sampai ke Banting. kali ni nak meraikan Raina anak Nurul pula. terima kasih Nurul sebab sudi jemput Fie. walaupun sampai sesat barat la sebab tak pernah sampai Banting kan.

sampai pun dah lambat. birthday girl dengan mama dia pun dah kepenatan layan tetamu. tak sempat borak panjang dengan Fad Ibu Imaan, Dayu Mama Cha, Jue Ibu Alif & Azie Mama Mya. ada juga a few bloggers yang saya tak perasan. huhu my bad. lain kali kena terjah semua blog² dulu sebelum pergi apa² event. 

thanks Nurul sudi jemput Fie. *_________*


dah ada anak beginilah. sibuk pergi birthday party pula. masa belum kahwin sibuk pergi kenduri kahwin. hehe. tapi saya suka walau ke ceruk mana sekali pun saya cuba datang. eceh. 

weekend lepas sibuk dengan Cukur Jambul Aydin Qalif. next entry baru update. tuntutan kerja sangat lah banyak sampai pen, pensil pun tak nampak dah atas meja.

selamat bekerja u olls!



Gambar wajib ada sebagai bukti kehadiran. Eceh.

Auw. Comel nya Raina kiss Auntie. Kakal cemburu ke?

April 12, 2011

Jauh Di Mata, Di Hati Jangan

ewah, bermadah seloka pula ya.

saja nak sedapkan hati sendiri sebenarnya. esok Ibu dah start 'team building' 3 hari 2 malam dekat Janda Baik punyerrrrr. terpaksa juga pergi walaupun malas sangat nak pergi. huhu~

harap² seronok dan berbaloi lah ke sana. tolonglah berbaloi. briefing semalam macam ok je tapi macam banyak pula benda nak kena bawa. siap kena bawa kain batik bagai. jangan terburai sudah. haha~

to Ariff Haikal, be a good boy ok. jangan nakal sangat sayang. jangan suka buli orang tau. buli Abi takpelah. malam² tidur bawah ketiak Abi ok. kalau ada bau masham Kakal puk je Abi k. mmmmuaahhh~

to Abi.. ehem, takyah la cakap sini. malam nanti I tinggal pesan kat U ye. hahaha gatai~

will miss both of u so damn much! terutamanya budak kecik ni. uwaaaaaaaaa, nangislah Ibu kat sana malam². +__________+


mmmuahhhxxx


weewitt! kenangan hanimun


Ibu ♥ both of u sangat².




April 11, 2011

My Best Day!

weekend adalah sangat penuh. penuh perut. penuh jadual. penuh drama. penuh kejutan. hah dah macam AF pulak kan.


bermula hari Sabtu lagi dah penuh jadual. tapi pagi² dah sentap dengan Abi. rupanya dia memang sengaja mencari kemarahan saya. ada udang di sebalik mee rupanya kamu ye?

kejutan dari Abi. dibantu oleh The Sistas yang ngok ngek. eh Omak den pon ado sekali ye.

muka terkejut please.
sikit lagi aku nak jerit sebab ingat ada perompak dalam rumah.

tengok Abi kat belakang.
muka puas hati kenakan I.

auntie kena layan adik gudik main².
Abam Afiq tengah main Tap Tap Tap.
Aydin sodap titon.

thank Nanny Midah Kukis for the delicious cake. sodap bangat mak. tapi mak dapat join sekejap je, jadilah daripada takda kan? i♥u mom.

ini tahun ketiga kena suprise macam ini tau. kenapalah tiap² tahun aku tertipu dengan tipu daya suami dan adik-beradik sendiri? sangat sengal ye.

ini suprise tahun 2010 : http://mypreggieland.blogspot.com/2010/04/beg-hospital-birthday-ibu.html


ini suprise tahun 2009.
kenapa Abi domok masa ni? hihi
kesimpulannya, tahun depan Ibu akan lebih berhati-hati. kalau nak terkejut pon akan pakai baju dan make-up siap². *______*

dan hari ini satu lagi kejuta daripada Nuffnang. i just ♥ suprises ok. hihi. dapat email from Nuffnang berbunyi begini :

'Dear Nuffnanger,
 
Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!
As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)'
 
tq Nuffnang & TGV!!
 
thanx juga kepada BFF, BBF, bosses dan families yang wish saya. segala doa kalian amat bermakna untuk saya sekeluarga. thank you.
 
 

April 1, 2011

Hujung Minggu Yang Lalu

dah tak terkira pulak hujung minggu yang ke berapa. dah lost count. hehe. yang pastinya another great weekend dengan yang tersayang. jadual weekend adalah sentiasa padat walaupun hanya ke rumah Ibu Bapa atau Ibu Bapa Mertua.

hai Sabtu kitorang tinggal dua beranak sahaja, Ibu dan Kakal. Abi back to his routine semasa bujang. Ye, dia kembali memancing. Itu cerita lain, nanti nak cerita pasal itu. Then, kami ditinggalkan di rumah Atok Aji. Yeahhh~ Suka lah sebab ada Auntie Adek & Ucu Eka yang boleh tolong layan budak bambam seorang itu. hehe~

pagi Sabtu bawa Kakal pergi Tasik Titiwangsa dulu sebelum Abi keluar memancing. Saja jumpa Nanny Midah Kukis di sana. Kakal bising² sebab nampak balloons banyak sangat. dah belikan 1 tapi dia nak jugak yang banyak² tu. rambang mata. tah ikut siapa tah. huhu~

Kemudian tengahari lunch date bersama The Sistas kat JJ AU2. lunch dekat Sakura Kristal. Not bad food dia. harga pun okeh sangat. next birthday sesiapa nak buat kat situ je, senang.

kesian anak I duduk dalam stroller yang macam troli.
nak buat macam mana Ibu tak larat nak dukung la sayang. huhu.
Mummy Jaja kenapa menyerongeh?
Kakal tak mahu main. kenapa tah dia nak melekat saja.
hahaha, kenapa muka sangat kelakar masa ni?


Ahad pula ada birthday party anak saudara kat Seri Kembangan. berpusing-pusing kitorang cari jalan.

susah betul nak amek gambar dia dengan goodies tu

ini budak sangat lah notty woooo
gambar birthday boy tak sempat snap. ramai gila orang masa tu. lepas tu dia pun hilang tah mana². haha~

destinasi seterusnya ke Tropicana City Mall pula. ha amek kau, sekali berjalan merata kitorang pergi. hehe. yang penting bekalan untuk anak sentiasa ada bersama. kalau tak takyah jalan, balik je rumah terus. pergi pun sebab nak cari botol Nuby untuk Kakal. Alhamdulillah jumpa kat Marmours.


yeayyy, naik Thomas besar!!

suka tengok mata Aydin. auwww. Ibu ♥ u Didin.

picture taken by Abam Afiq. hehe ada bakat ni.
Auntie Adek perasan comel di situ.

i ♥ being around them so much. sebab dikelilingi oleh babies kan. memang sentiasa buat hati girang. yang tiada dalam gambar ialah Ucu Eka. mmg susah sikit dia ni. asyik berkepit dgn hp je.

can't wait for another great weekend!