+ dag dig dug +

March 30, 2011

Photography Promotion 2011 by Rizal Rahman Photography

i is the very malas to update the blog. so here goes a short promotional entry. pls scroll down for newest entry (kalau ada).

STICKY MODE ENTRY
scroll down for new entry :)




hurry up & book now! more info please visit http://rizalrahmanphotography.blogspot.com/

psttt: bloggers & friends get special goodies :)



Wordless Wednesday 4 : Friends For Life ;)




March 28, 2011

Monday Blues : Dilema Seorang Ibu

fine. tajuk tak ubah seperti cerekarama. maka sudah tahu lah isi nya pun agak ber emosi. sediakan tisu pls~

last week sudah keluar announcement pasal team building, maka semua orang pun gelut nak mencari² tarikh yang sesuai. siriesly, saya malas nak pening² fikir nak pergi bila. yang penting nak pergi habiskan cepat dan balik cepat. maka saya ambil team yang pertama pergi pada 13-15 April ini.

bila tiba bab kursus bermalam² ni memang sangat la berbelah bahagi. tak pergi salah, pergi pun salah. huhu. tinggal anak, tinggal suami. sedih wei. tapi nak buat macam mana. bak kata BFF saya 'anggap je lah kau pergi mengharumkan nama negara' walaupun tak la kan. hahaha.

akhir Nov 2010 aritu pun kena pergi kursus juga. 3 malam lagi kat Melaka. ada orang tanya kat saya,

'relaks je awak ye. tak rindu anak ke?'

ye, muka memang relaks dalam hati hanya Allah dan suami saja yang tahu. berapa kali call, berapa kali buat video call. asal ada masa senggang je tgk video anak. nak tidur pun buka video dulu baru leh lelap. haru wei. sangat² emosi.



bahan bukti Ibu yang bersedih.
nangis sampai mata dah ada lingkaran gelap.

 
tapi ini namanya tanggungjawab. tanggungjawab terhadap negara. ecewah.



notakaki : malas nya lah hari Isnin macam ni kan. rasa nak balik golek² dengan anak je.






March 24, 2011

Ibu Cemburu Tau!


Lately ni nampak seperti Kakal sangat manja dengan Abi dia.

Abi : haikal manja Abi kan? (sambil kisskiss Kakal)
Ibu : ceh, dia manja Ibu dia la (sambil ambil Kakal dari Abi)

ini lah yang selalu tejadi antara mak bapak Kakal. Berebut kasih sayang anak. Hahaha~

since hubby was on mc dah 3 mgu ni, Kakal memang kami tak hantar ke school. Hubby yang offer nak jaga Kakal. 'boleh ke laki aku ni?' risau juga la kan. Tapi memandangkan hubby akan jaga dia di rumah MIL maka tak berapa risau sgt la. Sana ramai org boleh tgk sekali.

Dah hampir 3 minggu dan next week hubby dah kena masuk office balik. Dia sgt sedih sampai kata takmo kerja dah sebab nak jaga Kakal. Oh,so sweet!

Tapi kalau B tak kerja siapa nak belikan Ayang ipad2? Hahaha~

Apapun, I am so proud of u. Sbb dah boleh handle Kakal tanpa Ibu. Tq sayam! W'pun haritu Kakal cedera,tapi Ibu tau Abi tak sengaja dan dah ambil ikhtibar dari kejadian tu.

Ibu makin cemburu lihat kemesraan korang berdua ni tau! But anyhow, Ibu love u both. My dear boys. Mmmuahh.


March 18, 2011

♥ Note to Ariff Haikal - 10 months

Salam Ariff,

sorry baby last month Ibu tak sempat nak update progress baby. bulan ini pun dah rasa terlambat baru Ibu nak buat. Ibu update cepat² ok.

Alhamdulillah, Kakal baru je lepas baik dari demam campak. mula² demam panas juga tapi tak sampai 39, dalam 38 macam tu tapi kaki tangan dah sejuk². kali ni Ibu & Abi tak fenik macam dulu. Ibu cepat² bagi ubat dan demah Kakal dengan air daun bunga raya. cepat je sejuk badan tu balik.

Lepas 3 hari demam kebah, Ibu perasan belakang badan Kakal ada macam ruam. tapi timbul² ruam tu dan agak banyak. dekat muka pun ada. Ibu risau dah tapi memandangkan Abi masih bercuti sakit, Ibu bagi sepenuh kepercayaan pada Abi untuk jaga Kakal. Abi pun call masa Ibu kat opis. Abi cakap ruam tu dah makin banyak. oh kesian baby Ibu. balik tu Ibu sapu Calamine Lotion and bagi ubat tahan gatal. comel je Ibu tengok Kakal mengaru tapi kesian pun ada. heheh~

ok so far progress Ariff Haikal sekarang ialah :

- bila dah berdiri dan nak duduk balik tu dia dah pandai dah adjust tanpa tergolek ke belakang. hehe

- dah pandai menari², goyang² badan bila dengar lagu. siap membebel macam menyanyi.

- dah kenal Barney, Spongebob & Thomas. bila nyanyi lagu Barney je dia tercari² mana cd Barney tu. hihi.

- masih suka dengar alunan zikir kalau nak tidur. pasang lagu mesti muka macam pelik tak mau tidur. tapi bila pasang zikir, terusss tutup mata tu lena. zikir ni mmg jadi amalan Ibu sejak Kakal dari dalam perut. sebab tu mungkin dia kenal zikir tu.

- masih suka tidur berpeluk kat bahu Ibu & Abi. kalau restless je mesti kena pegang dia macam itu. baru dia lena semula.

- sudah pandai minum guna sippy cup & straw. tapi kalau nak tidur masih kena bagi pakai botol. sippy cup tu bagi bila minum air masak sahaja dulu.

- gigi masih belum tumbuh banyak. masih 2 sahaja. segan² pula gigi nak tumbuh ye?

- belum boleh berjalan. tidak mengapa baby. slow slow ok. step by step. Ibu pun belum puas tengok Kakal explore lantai lagi. hehe

so far, itu je boleh Ibu ingat. tapi semua baby pun tak sama perkembangannya. yang penting normal dan sihat Ibu dah cukup bersyukur. anak Ibu dah besar!!!

Ibu & Abi ♥ u Ariff Haikal!





kredit to Rizal Rahman Photography (dot) blogspot (dot) com


notakaki : terima kasih sayamku for taking care of our lil' pumpkin..i♥u too!





March 16, 2011

Selamat Ulangtahun Mak!

ops sebenarnya belated. birthday mak ialah semalam. tapi semalam tak sempat nak hapdet belog pasal ini.

emak,

selamat ulangtahun..
terima kasih sebab jaga P dari tapak kaki sebesar tapak tangan mak sampai kaki dah besar  sampan..
terima kasih sebab jaga P masa demam, mak selalu letak air asam jawa nak bagi kebah..
terima kasih sebab tolong masak makanan sedap² selalu..
terima kasih sebab dulu mak belikan kaset Ella USA dengan Elite..
terima kasih sebab bagi P kahwin dengan Ayem..(hahahaha)..
terima kasih sebab doakan P dan keluarga kita selalu.. :)

dan paling penting sekali terima kasih kerana bersusah payah melahirkan P ke dunia..

P sayang mak sangat²..

walau apapun dugaan yang kita hadapi..
i will always ♥ u..
and u are my most beloved mother, no matter what..

mmmuaaahhhh...


i ♥ u very strong MAK!
notakaki : kontrol air mata..

Wordless Wednesday 2 : Tired








March 15, 2011

BPA Baby Bottles Banned!

ada 2 isu terhangat buat masa sekarang. tsunami & BPA baby bottles ni.

syukurlah kerajaan dah ambil langkah pengharaman BPA baby bottles. kalau tidak kita sendiri pun tak tahu yang mana satu BPA free yang mana bukan. tapi kebanyakan BPA free bottles ni ada tulis.

maklumat lanjut silalah ke laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di SINI. dan panduan penggunaan BPA bottles di SINI.

isu ini sangat sensitif di awal² kelahiran Kakal. since pregnant lagi dah banyak baca tentang BF dan juga botol² apa yang sesuai untuk newborn baby. untuk elak kembong & juga tersedak. masa itu keinginan nak fully BF sangat membuak-buak. tapi rezeki tu Allah yang tentukan. dan dengan segala dugaan yang datang, terpaksa teruskan dengan formula milk dan botol. Alhamdulillah Kakal ok dengan susu formula setakat ini.

mula² sekali pakai Avent sebab dah beli siap² starter pack Avent tu. tapi kerap sangat Kakal tersedak pakai botol tu dan flow dia agak laju. jadi tukar kepada Mothercare dengan teats Nuby. Alhamdulillah sampai sekarang dia ok dengan botol tu. tapi teat Nuby tu susah pula nak cari yang stage 2. itu yang tengah pening nak tukar botol apa pula ni.

sedang giat mengusyar Tomme Tippee atau MAM. tapi yang pasti kena cari teat yang ala² Nuby ini.



Nuby Teat

notakaki : betul ke email tentang acid rain itu? menakutkan sungguh..

March 10, 2011

Takut ke Cinta?

hubster is on MC for 3 weeks since Monday. dapat MC sebab doktor bilang beliau tidak boleh buat kerja, kena rehat katanya. (sakit jari je pun. alasan sungguh!) so as usual today, he sent me & Kakal off to work & nursery. then he headed home to his mum's (my MIL of course). and as usual juga, bini yang suka membebel ini mengingatkan tentang few things yang beliau harus uruskan kan hari ini.


♥ kenangan hanimun ♥

sampai ofis, BBF sampaikan berita bahawa suami beliau (adik ipar saya) pun turut bercuti juga. katanya nak pergi memancing. terus dalam hati terfikir 'alamak, suami aku ikutkah?'

hahaha. jahat betul kan.

memancing tu hobi hubby no 3 selain fotografi & video games. dah dalam darah daging la kiranya. tapi dah lama sangat dia tak pergi since saya pregnant lagi. sebab orang tua² kan kata tak elok memancing kalau bini sedang sarat mengandung. jadi keinginan dalam hati beliau tu sudah membuak-buak nak memancing. tapi sering sahaja di halang oleh saya!

bukan nak control suami tapi saya rasa perlukan beliau 24/7 di sisi. mengada ek? but i promise him, kalau Kakal dah boleh berjalan nanti kita sama² pergi memancing. Abi boleh ajar Kakal mancing sekali. and he agreed!

saya harap beliau setuju bukan kerana takut dengan ugutan² bini dia ini tapi lebih kepada dia cintakan bini nya. *____*

i ♥ u b!!

p/s : seperti kata seorang Alim Ulama 'lebih indah jika anda mendirikan rukun yang 5 itu kerana CINTA dan KASIH kan Allah bukan kerana TAKUT semata-mata' wallahu'alam..


March 9, 2011

March 7, 2011

Family Day 2011 - Tiara Beach Resort, Port Dickson

salam Isnin semua,

hari Isnin memang sangat boring. buat kerja pun macam takda hati saja. anak pun menangis sebab kena pergi school. dah sedap duduk bawah ketiak Ibu 2 hari kan.

as usual, setiap 2 tahun sekali (rasanya) opis Ibu akan buat Family Day. jika bajet ada dan mencukupi. hehe. maka tahun ini bajet agak OK dan boleh pergi jauh sikit. kalau tak balik² Desa Waterpark. hahaha~

memang tak mahu terlepas peluang keemasan ini. kalau tanya urusetia siapa yang terawal hantar borang mesti dia pun nak tergelak. sebab 5 minit lepas email keluar borang pun sampai atas meja beliau. nampak sangat semangat nak pergi tu membuak².

apalagi bila semua BFF pun turut serta, lagi lah semangat! tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. BBF aka BFF saya Mummy Jue pula tak dapat join last minit. Aaron Ridzqy demam pula. Mummy Jue sangat sedih seperti yang ditulis dalam blog beliau, saya pun turut tersedih sebab tak dapat berjimba bersama². takpa ye Aaron, nanti kita pergi ICT ye. cewah~

ibu bapa yang teruja melayan anak berendam

♥rakan berjimba♥
Kakal, Ibu & Abi ♥♥♥

banyak gambar Kakal senyum perit. tak pasti samada keadaan cuaca masa tu panas ataupun dia takut tengok kolam ramai sangat orang. sekarang ni saya perasan yang Kakal sudah masuk frasa 'Separation Anxiety'. masa dekat sana, dia tidak mahu orang langsung. saya jauh sikit dia menangis cebik². selalunya dia tidak begitu. Hubby cakap mungkin sebab dia tidak berapa sihat. sehari sebelum pergi tu dia berak².

dia sudah kenal orang. hanya mahu orang yang familiar sahaja. kalau hantar school sekarang pun cebik². tapi kalau nampak rakan sebaya dia atau besar sedikit mula lah dia tersengih² siap tegur macam nak mengorat. lagi² perempuan kan. kenmain lagi.

oh, ada sesiapa yang boleh bagi suggestion pasal Colagen Drink kah? i think i need one. hahaha. sebab tengok muka macam dah kekurangan Colagen.

*______________*


March 6, 2011

Hebahan: Flea Market @ Fabulos Mom TTDI

STICKY MODE ENTRY!!!
sila sekerol ke bawah untuk post baru ok.




Fabulous Mom® are not limited to only nursing bras, but also many other parent-tested and approved products, namely nursing wear (My Lovely Closet®), breastmilk storage solutions (Jingle Jungle®), nursing tea (Joy Angel®), educational toys (Little Buddy®) etc.

From an online store, Fabulous Mom® has also expanded its wings by setting up cozy boutiques for moms to enjoy a unique shopping experience. Currently, Fabulous Mom® has 3 retail outlets - Bandar Puchong Jaya, Selangor; TTDI, Kuala Lumpur and Skudai, Johor Bahru (Oct 2010). There are a mini cafe in all Fabulous Mom® boutiques, which we name it The Breastfeeding Cafe. :)

for more info please visit Fabulous Mom http://www.fabulousmom.com/


notakaki : tak sempat nak update belog, kerja banyak. benci.


March 4, 2011

Hujung Minggu Bil. 2/ Februari/2011

Hah, keluar dah tajuk fail ni.

lately ni mood hapdet sangat sangat sangat kurang. mungkin juga kerana bebanan kerja yang sangat terbeban rasanya. sampai rasa nak marah orang je hari². not good not good.

ok, ini cerita 2 minggu. teman Atok Aji hantar adik bongsu masuk kem kat Ayer Keroh, Melaka. kem orientasi sebelum dia masuk satu kolej untuk short course. biasalah budak baru lepas spm kan. tak boleh biarkan dia duduk rumah saja. nanti habis la semua orang tak boleh tengok tv. sebab dia akan menguasai tv dengan lagu² k-pop dia tu! tak tahan betul.

ibu pula tiada masa itu. jadi kami volunteer untuk teman Atok Aji. Atok Aji pun sebenarnya nak suruh Kakal ikut dia. suka lah tu cucu dia ikut berjalan. hehe. seronok nya kali ini sebab kami berlima naik teksi Atok Aji. hehehe. teruja pula! rasa macam baru turun flight je sebab naik teksi biru. hehe.






balik tu singgah makan dekat Mydin Mall, Melaka. besar dan cantik rupanya. tak macam Mydin dekat Jalan TAR. hahaha. comot lah!

kami pergi balik hari, penat sangat tapi seronok dapat teman Atok Aji. at least dia takdalah penat drive sebab ada anak cucu tolong hiburkan. harap² tiada orang jealous baca entry ini. siapa suruh tak ikut! (sambil jeling² Eira Shah & Jaja Shah)

ok, next entry kita cerita pasal Family Day opis ye. tak sabar nya. tengah compile gambar dari kamera² orang lain. kamera kita ciput je gambar. sebab sibuk melayan Kakal kan.



March 3, 2011

Mengidam Cik Macaroons & Encik E-cekap


mula2 sekali mari salahkan Puan Fad sebab buat i mengidam macaroons lepas baca status fb dia malam td. Thanx ye Fad. Hahaha.

So tadi abi dah belikan pun. Thanx b. Love u lah! Harap2 abi tak habiskan macaroons tu. Hikhik. OMG tak sabar sgt nak makan. Sabar wardah sabar. Ngeee~

Lepas itu tadi kat opis ni budak2 ni sibuk dgn e-cekap. Nak tau e-cekap tu apa sila check out website mereka di www.each-a-cup.com..

tak tahan!

March 2, 2011

On Being Defensive

hari ini hari yang penuh isu. dari celik mata sehingga sampai ke meja tempat mencari rezeki.

kadang² saya penat menjadi seorang yang senyum-angguk-terima sahaja apa yang korang katakan pada diri kita. kecuali lah orang itu ialah suami, mak, ayah, ibu, kakak, adik, abang atau sesiapa yang penting dalam hidup saya. suami tu penting, syurga di bawah telapak kaki beliau. so takleh melawan sgt (sikit² xpe..hehehe).

dalam kebanyakan hal saya lebih suka berdiam sahaja tanpa perlu menjawab. tapi nampaknya semakin kita diam, makin kuat pula mereka melalak. jadi rasanya defensive tu bukanlah tak elok. kadang² perlu untuk pertahankan diri kita, hak kita, cara kita.

cumanya setelah menjadi Ibu ni, sangat banyak pula benda yang menuntut untuk saya jadi lebih defensive. kadang² keputusan yang kita buat untuk anak sendiri di bantah oleh orang lain. di soal semula betul kah keputusan yang kita ambil untuk anak sendiri?

bukan mudah untuk buat keputusan yang terbaik untuk anak. masih lagi dalam proses pembelajaran. setiap hari sebagai Ibu Bapa adalah pelajaran. setiap benda baru yang berlaku kepada anak adalah pembelajaran bukan?

jadi tak salah rasanya bersikap defensive sedikit untuk menegakkan pendirian kita.

tapi defensive sgt pun tak elok. macam menegakkan benang yang basah. lebih elok lupa kan dan minta maaf. Insya'Allah..