+ dag dig dug +

October 29, 2010

Kakal's 1st Outdoor Activity!

kenapa perlu ada tanda seruan?

tandanya ibu excited lebih nak bawa anakanda kakal ke taman² permainan. walaupun bukan untuk bermain. cuma menikmati pemandangan sahaja.

sebenarnya it was supposed to be a suprise birthday party for Auntie Gudik aka Yudi Mabuk. but then it turned out to be a double suprise party for Auntie Gudik & Mummy Jaja pulak dah. as usual, mr hubby was the one who did the plan. siap kol abang ipar kita la suruh diam diam.

ada photog di sebalik pepohonan rendang. lihat lah ibu tak tolak stroller tapi posim lebih.
*____*
ure punked!
kah kah. ini sepatutnya gambar no 3. lantaklah hai.
sisterhood.

ini dua orang yang kena punked dengan kami. maaf lah ashton kutcher tak dapat hadir. ashton ayemo adelah. jadi lah dari takda langsung kan. kasihan yudi mabuk, dah la kuku kaki berdarah akibat terlanggar tangga semasa angkat stroller anak buah kesayangan. lepas itu kena kejutan pula. nasib lah kau dik.

 
susun atur name tag memasing.
lihat muka Aunt Gudik & Mummy agak konpius di situh.

ini kerja tetap kalau mereka berjumpa. entah apahal la.
my bro, my ♥ & my BIL


budak kecik baru lepas menjerit nangis²
lihat di situ ada air mata, drama betul.
actually masa ni budak cinonet ni cirit-birit tu yang dia cranky sangat tu. kasihan anak ibu. balik tu kitorang ingat mesti dia tidur lena sebab kepenatan. tapi silap. ibu & abi pulak yang penat terlbih-lebih. kakal elok je main² jerit² sensorang.

lepas ini ada banyak lagi entry bergambar.

hehe.

p/s:tahniah untuk diri sendiri & kumpulan 10Qs dia atas kemenangan Persembahan Terbaik ICC 2010 tadi. tak sangka. tak sangka. hahaha.


October 28, 2010

Cuak Beb!

OMG (baca cam fazura dlm filem Pisau Cukur) gila cuak ni..

hari ni ada presentation for ICC. tetiba nama saya kena panggil ganti seseorang yang demam. ahhhakam, sian kau semoga cepat sembuh ye (asal la kau demam dah aku plak kena ganti!)

tapi seronok gak ICC ni sebab dia ala² Coral Speaking. sape pernah masuk coral speaking masa school dulu tahulah bagaimana.

malu tapi mahu. itulah perasaaan i sekarang.

hahahaha.

okey, mahu pergi practise baca sekerip depan cermin dalam toilet dan berpura-pura menjadi pembaca berita TV3 yang GLAM.

tata.

oh oh wish me luch semua!


October 26, 2010

Giveaway : Baby In Style

mula² nak say sorry to Fad sebab dah nak habis tarikh penyertaan ni baru la kita terhegeh² nak masuk. padahal dah cakap kat Fad nak masuk awal² dah. sorry Fad, due to beberapa kejadian yang tak dapat dielakkan daku terlupa pasal contest ini.

baik, dengan ini saya mempertaruhkan gambar anak bujang saya yang bernama Ariff Haikal bin Mohd Nahrem Rizal untuk tatapan Puan Fad:



gambar ini diambil oleh ibu dan diedit oleh abi. kerjasama tu penting. amacam, ada style tak pakai cap senget² tu? hehe. tangan kontrol cute letak bawah dagu. hehe. dengan harapan dapat ngorat anak² dara bloggers yang lain. tapi nanti ibu tapis dulu ok. sape kerek jangan harap nak jadi menantu ibu! menantu hantu ada..

oh rindu tiba² dekat budak cinonet ini. hari ini abi dia MC jaga anak beliau ini. nak balik nak balik jumpa kakal! ibu rinduuuuu...

di bawah adalah cara² nak masuk contest ini ye kawan² yang lain

1) Buat satu entri bertitle Giveaway : Baby In Style. : done!



2) Tepek gamba baby anda bergaya sakan pada entri tersebut. done!


3) Tolong hebahkan contest ini . done!


4) Tinggalkan link entri/blog anda pada bahagian feedbacks saya supaya I boleh tengok menjengah. done!


5) Extra credit untuk mereka yang linkkan blog ini atau pun menjadi follower : done! kita link Fad dah lama tau. hehe. ayat kipas ni.
 
atau boleh terus ke blog beliau klik sini
 
rajin pula masuk contest ye sekarang? yelah, apa guna amek gambar anak banyak² kan? maka silalah gunakan sebaik mungkin. menang kalah adat pertandingan. janji seronok masuk contest ni. hihi.
 
 
 
 

October 21, 2010

Kenapa Semalam Best?

selain daripada tarikh yang cantik iaitu 20.10.2010 apalagi yang best? itu soalan member saya sebenarnya kat status FB beliau. tak dan nak komen.

banyak benda yang jadi semalam yang membuat hari semalam adalah BEST.

petang semalam adalah kali kedua sesi 'the biggest loser' saya bersama Pn. Aini Mazel. ada peningkatan dari hari yang sebelumnya. syok betul lari² sampai terlupa jam dah menunjukkan pukul 6 petang di mana harus bergegas tukar baju sebab nak ambil my lil' soccer star. harapan semoga hari ini dapat lari lebih kencang.

atok aji & nenek nah pun sudah selamat sampai dari hindia. i miss u daddy. hihi, gedix. tapi memang selalu merindui ayah kalau berjauhan. masa kecik² cinonet dulu kalau ayah pergi kerja pun saya nanges. manja tak i?   +___+

semalam juga sesi memaksa auntie gudik aka yahudi mabuk untuk belaja kitorang. pergi JJ auww auww je makan Pizza Hut. dah la order cheezy pizza tu. habis rosak lah penurunan kalori masa pergi gym sebelum ini. demm..


* one happy family @ pizza hut *

* abi nak! nak! nak! *

sumpah sedap sgt cheezy pizza tu. patut lah bila timbang berat hari ini mencanak² naiknya.

dan kegembiraan paling hebat sekali ialah semalam masa ibu dalam toilet tgh 'buat keje', ibu dgr suara nenek nah dari luar 'ayah, ayah tengok ni..haaaa dia dah pusing la'. nenek nah cakap kat atok aji la tu. ibu ni tengah 'buat keje' tu punyalah hairan apa yang berpusing? anak aku kah?

teruslah ibu sudahi 'kerja' ibu lalu keluar dengan tergesa-gesa. nenek nah tanya ibu 'dah pandai meniarap ye dia' eh belum belum pagi tadi belum lagi jawab ibu. rupaya kakal tunggu atok aji & nenek nah dia balik dari hindia baru nak meniarap ye? nak show off lah tu.

walaupun lambat sikit dari baby lain, ibu & abi are very proud of u baby! Alhamdulillah..

♥ u sangat banyak !


* ibu's lil soccer star *

sebab tu lah semalam sangat best bagi saya.

sekian.




October 19, 2010

Kembang! Kembang!

sesi pengembangan badan macam dah takda titik noktah pula. semenjak habis pantang macam² dah saya belasah. tanda protes agaknya 44 hari tak dapat kan.

bulan puasa hari tu je lah dapat merasa badan ringan kembali seperti zaman anak dara. lepas raya, ha kauu amek! mencanak² naiknya. geram i.

sini sana orang ramai duk promote Premium Beautiful. takpelah, tak mampu rasanya nak pakai lagi. kang dah beli mahal² tak pakai lagi rugi.

nasib baik kat opis ni ada facility yang mengagumkan (puji opis sendiri nampak?) seperti gym. wah, kali terakhir jejak kaki ke gym ialah zaman sebelum kahwin dulu. yelah takut sangat baju nikah tak muat kan. haruslah pergi menyelimkan badan sikit.

maka semalam bermulalah sesi 'the biggest loser' bersama-sama Personal Trainer saya iaitu Puan Aini Mazel. hahaha. dia garang ok. suruh i lari berbatu².

semoga berjaya lah buat beberapa sesi lagi. tak mo hangat² chicken s**t.

hahaha.




* amek gambar duduk nak kaver perut *

* yang belakang tu laki sape tah *

dengan sesi makan² tertutup kat rumah Cik Sally ni lagilah menambahkan penambahan pengembangan kuh! sedap² belaka makanan. meh sini nak list makanan dia adalah seperti mee bandung muar, sagu gula melaka, kek coklat, blueberry cheesecake (tokey haruslah ada kek ni) dan ayam bakar!

terima kasih Cik Sally. anda patut cuba!




October 15, 2010

Ibu, Montot Adik Sakit!

"Menjadi ibu ibarat dicampak ke lautan tanpa tahu asas berenang. Nak tak nak, kaki dan tangan terpaksa digerakkan, kepala mencari paras air di permukaan untuk bernafas, jika anda tidak mahu lemas"

ini bukan saya yang quote. ini kata² Wardina Safiyyah dalam buku beliau 'Mama, Saya Lapar'. serius bagus sangat buku. sangat banyak info on pemakanan for babies, kesihatan dan cara² nak pujuk budak² makan pun ada. kena beli! kena beli!

haikal baru je baik dari cerry berry. 5 hari dia kena cerry berry. Alhamdulillah dah ok dah kelmarin. but still kami tak hantar dia pergi 'school' sebab takut nanti diorang tak check pampers dia betul². sian nanti montot adik merah² sakit.

memanglah ibu sangat tak boleh tidur kalau anak nya sakit kan. terus rasa nak meroyan. hari ke 3 masih ada lagi cerry berry. ibu EL jaga haikal kat rumah. pon meroyan call abi kata adik yak yak lagi. Alhamdulillah hari ke 4 dah kurang sebab doktor bagi susu Novalac rumusan khas untuk bayi cirit birit. now dah takda cerry berry haikal boleh sambung jadi bayi Enfa semula.

sebenarnya ubat mujarab cerry berry ialah susu ibu. sorry sayang, ibu tak dapat bagi susu dah kat awak. sob sob..

solid foods untuk haikal pula tiada progress lagi. sudah beli rice cereal untuk beliau tapi belum sempat buat. hari saya beli rice receal tu lah dia kena cerry berry. terus tak jadi bagi. mungkin next week baru nak mula balik.

sekarang memang nampak sangat dia cepat lapar kot. malam² pukul 10 pon dia bangun nak susu. selalu dia tidur dari pukul 6.30 petang sampai pukul 2 pagi baru bangun nak susu. tapi sekarang banyak main betul!

takpe, dah baik betul² baru kita start mamam ye baby!

mmmuuahhhhh ♥ ♥ ♥

* adik dah baik dah ibu *


* notty! sakit montot tapi senyum kenmain *


October 14, 2010

Open House Sini Sana Situ di Bulan Syawal

gila lah panjang tajuk entry. ini sebenarnya draft entry. dah lama draft tapi tak sempat² nak publish kan. jadi, inilah dia.

ok, sebenarnya nak cerita pasal open houses di Syawal yang lepas. oh sedih Syawal dah habis tapi tak mengapa amalan menjemput rakan² ke rumah tu boleh dilakukan tanpa mengira masa dan bulan ye. jadi sila lah buat open house so that ibu ni boleh bawa kakal jalan² lagi. hehehe.

tengok dah lari tajuk.

ok, tak berapa banyak lah open house yang we all attend. nak snap pics pun cam sogan² kan. jadi bila pergi open house rakan karib sahaja yang sompek berposim sakan.



* tuan rumah AINI, kau masak mmg sodap marbeles *


* posim with anak² adalah wajib *


* sekali lagi, tukar posisi *


* ini rumah CIK NEE (depan tgh) , marbeles rumah dia santek u *

kat rumah AINI belajar masak nasi hayem, kat rumah CIK NEE nasi tomato. memang sodap terbaikkkklah. sila lah buat lagi tahun hadapan.

saya punya house macam tidak open sahaja tahun ini. bajet agak lari sebab plan nak buat cukur jambul kakal. what the dah masuk 6 bulan belum buat lagi? takpe, aqiqah dah buat. cukur jambul sahaja belum. takpe kot.

hah, tu je la open house kawan² geng Divas yang ado. yang lain sgt segan nak ambil gambar. datang, makan, borak², balik. heh.

October 8, 2010

Mommies, Wear Your Babies!

ok , tak semestinya mommies..bapak² also can..

salah satu konsep Natural Parenting yang saya tahu adalah babywearing. selain daripada breastfeeding dan cloth diapers.

breastfeeding tu memang boleh dilupakan. cloth diapers masih belum beli. ada juga hati nak beli tapi belum lagi sebab rasa macam tak rajin nak membasuh. hehe.

jadi saya mula kan dgn babywearing! itu pun tidaklah selalu saya 'memakai' haikal. selalunya dukung saje atau pakai stroller. dia suka duk dalam stroller. sengih² cam kerang wangi. anak I mestilah wangi. busuk no salah!

* big boss! *

* big boss syok tidur *

muka cam hape je masa ni. penat sgt ni otw dari JB ke KL. semua dah penat termasuk tuan besar. masa ni pakai yang jenis Mei Tai. Mei Tai ni ok dari sling sebab senang tak perlu nak adjust² sling tu. takyah ikat² cos dia pakai buckle. klik je masa pasang tu.

tapi sebenarnya teringin nak try sling la. tapi nak ke kakal duk diam dalam tu? itu lah persoalannya. Mei Tai ni pon Jaja yang bagi. kalau ikut saya mungkin takdelah juga nak beli kan. haha. jadi dah ada benda pakai lah saja.

tapi pakai pon sebab kakal tidur. kalau dia jaga rasa dia tak nak duk diam dalam ni. tak pa, nanti kita try ok kakal!

more info on babywearing please visit here malaysianbabywearers 


October 6, 2010

Contest Bersama Si Kecil

dengan ini, saya cik puan wardah mempertaruhkan gambar yang tidak seberapa sebagai tatapan Puan Penganjur iaitu Cik Gayah Spears.

walaupun muka kakal talak senyum, tak mengapalah. tapi yang penting ibu suka gambar ini sebab kakal seperti Imam Muda. amin. hehehe.

dan dengan ini saya tag 3 orang seperti nama di bawah:

Diana Toty
Linda
JueAmer

thanks to wizza yang tag saya. hehe.

* puan penganjur : cik gayah spears *

October 5, 2010

Solid Food For Haikal: Sekarang Ke?

lagi beberapa hari haikal dah nak masuk 5 bulan. so far haikal masih belum saya feed kan dengan solid foods. masih lagi bayi Enfa.

saya kebingungan. masa haikal sudah masuk 4 bulan ada beberapa pendapat orang sekeliling kata dah boleh dicampur nestum dalam susu. tapi saya agak risau tentang masuk kan nestum dalam susu. macam takut, takut tersedak. tak berani ambil risiko. biarlah orang kata saya degil ke, ikut sgt cakap doktor ke, tak kisah lah. ini pendirian I ok. (I pulak dah)

jadi saya ambil keputusan untuk naikkan jumlah susu haikal dari 5 ke 6oz. itu pun setelah tanya pendapat beberapa orang. so far, dia ok. tapi masih selang 2-3 jam. jumlah penyusuan sehari dalam 8-9 kali. banyak kah?

recently, dia sangat suka melihat orang makan atau minum. mencicip la mulut dia. bila kita sua, dia pun sua lidah dia, mulut dah muncung². hai anak, nak rasa ke ibu makan nasi ayam?

dari sumber² yang saya baca ada beberapa tanda kalau nak tahu anak kita sudah ready for solid foods atau belum.

Is my baby ready to start solids? sumber:babycenter.com



Your baby may be ready to start solids if she:


• can hold her head up


It's important that your baby is able to maintain a steady, upright position in order to take first foods from a spoon.

* kalau macam ni dah kira boleh ke? *

• sits well when supported


You may have to support her initially. Try propping her up on the corner of your sofa or lean her against another adult. A highchair can be pulled into action a bit later when she's able to sit up all by herself.


• makes chewing motions


Your baby should be able to move food to the back of her mouth and swallow. As your baby learns to swallow efficiently you may notice her drooling decrease.

note : selalu juga mulut tu macam mengunyah


• has gained a healthy weight


Most babies are ready to eat semi-solids when they've doubled their birth weight, which may take place before or around their sixth month. If your baby seems underweight, check with your paediatrician.

note : berat lahir 3.7kg, 4th month hari tu 7.2 kg.


• displays curiosity about what you're eating.


Your baby begins eyeing your meals and reaches out to try foods travelling from plate to mouth.


* kalau macam ni? hahaha sian anak ibu *

October 1, 2010

Mesti Pergi Sini..Mesti!

hahaha macam meroyan dah bunyi nya.

kelmarin lepas ambil kakal balik dari school, baru terperasan soother dia tertinggal kat school. dang! bukanlah tak boleh tanpa soother tu tapi kadang² bila dia terjaga dari tidur tu saya bagi soother to sooth him. thats what soother does i guess. hehe.

jadi sudah kelam kabut tak tahu mana mahu beli soother baru. balik pula ke SB memang tidak pernah tahulah di mana ada kedai² baby. terus call Jaja tanya dia mana ada kedai baby area sini. maklumlah dia ni dengan kedai baby bagaikan magnet!

Jaja bilang ada satu kedai baby kat Sunway Giza, shopping complex yang baru buka kat Kota Damansara. ok good. sgt dekat. tak perlu mengharung jem sgt. sampai sana terus saya serbu ke dalam seorang diri. sebab kakal tidur jadi abi malas bawa keluar, lagi pula sudah dekat² nak Maghrib.

melilau jap kat dalam tu sebab 1st time masuk sini. cantik dalam dia sgt luas. sesuai untuk parents tolak stroller anak² mereka. saya cuma perasan Full House saja di dalam tu sebab nak cepat. harus ajak suami makan di situ nanti.

ok dah jumpa.

* CAMY babyland *
itu dari luar ye ibu².

masuk dalam saya sudah rasa nak gila. semua benda ada u olls! kebanyakan brand ada lah kat situ. saya sebenarnya mencari² Nuby teats tapi cari dekat Mothercare sudah sold out. tapi di sini ada. banyak lagi barang Nuby di sini. ada lagi macam² brand dari yang murah hinggalah ke paling mahal.

* menggiurkan *

* meroyan tengok brg baby *
* lagi meroyan tgk ni. cute! *
dah siap pesan awal² kat abi, nanti kita pergi sini lagi eh. tak puas lah aritu, tak sempat tengok lama². lagi pun susu kakal kat sini murah. hehe.