+ dag dig dug +

September 20, 2010

1 Hari di Hari Raya

sungguh tak best sekali hari ini.

kembali ke rutin normal. pagi² bangun hantar kakal ke school, muka dia terpisat-pisat. macam dah tak berapa kenal dengan surrounding di sana. macam nak tanya 'kenapakah aku di sini?'.

sian dia. be good ok baby? petang nanti ibu amek kakal balik ok. mmmuuuahhh.

raya pertama kali ini di rumah mertua. merasalah malam raya duduk dalam bilik sahaja kerana menjaga anak yang lena tidur. dengan bunyi mercun berdentam dentum tu memang senang sangat la dia boleh terjaga. geram betul. nasib baik adik² ipar sendiri yang main mercun. dah tua bangka pulak tu. kalau kecik memang dah kena dah dengan i.

memang tradisi sebelah hubby, apa² event pon harus bergambar seperti artis nak masuk majalah URTV. sekeping dua memang tak cukup. kena berkeping². ini pon nasib hujan di luar. kalau tak aksi² outdoor lagi tak boleh blah.

baiklah. gambar pertama.

~ kakal with his cousin: aaron ridzqy. ada iras² tak? ~
suka sgt ini gambar. kelihatan comel sungguh mereka berdua. jarak umur pun 6 bulan sahaja. si abang sudah pandai merangkak. adik masih lagi gemar berbaring. hehe.

~ BBF eh bukan BFF best biras forever. wahh ~
yes. thats my biras merangkap best friend jua. kami bersama anak masing². seperti tidak sangka pula. dahulu bersama² menari nari tergedik² tiba menjadi biras forever. hahaha jodoh kan?

~ family haji shah tanpa kakanda Jaja ~
perhatikan tudung saya. cuba membuat fesyen siti di situ. tetapi tidak menjadi. i blame Eira Shah for that! ko sabotaj aku kan dik?

~ perfect picture! ~
agak² kalau tengok persekitaran seperti di mana? kedah? perak? johor? tettttt, salah. kampung suami saya ialah di kampung kerdas 3, gombak, kuala lumpur. memang dekat tapi hati masih rindu dengan keluarga di setapak.

~ maaf suami ku ~
thats us. suami isteri berpoyo-poyo memohon maaf di tangga rumah Midah Kukis. bila balik baru perasan. kita tak amik gambar dengam mak! tak lengkap sungguh raya ku.

maka sekian sudah cerita hari raya pertama.

cerita hari raya kedua dan seterusnya akan kembali sebentar lagi. mood raya masih ada. kerja berlambak tapi sangat malas mahu buat.

anda bagaimana?




13 comments:

  1. walla!!! merah menyala mak ngah! mcm raya ai 2 thn lepas. sgt la menarik gambar kamu berdua

    ReplyDelete
  2. ala kiut nye si bdk kecik 2 org tu begambo.. hahaha..
    fie, merah nye makngah! hahaha. nt kene kejo lembu..sungguh ceria. ok la tudung ala² siti tu.. mkn bleh simpan lauk sket dlm tu.. hehehe..;)

    ReplyDelete
  3. dua org budak atas tu..ajib n ayem masa kecik2 ke..kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. wah..comel bangat hero2 malaya 2 org tu..omel ongot2..hehe..bley wat menantu..kak fie, mmg merah makngah.kelas gitu..bkn sume org berani kai merah tau..cantik n sweet..hehe

    ReplyDelete
  5. @kak ena : merah kan mak ngah? hahaha. tq kak ena.

    ReplyDelete
  6. azne : comey kn mereka, tgk la mak nye. hehehe. sib baik kek kg tu takdo lombu.

    ReplyDelete
  7. sue : ni last minit nye plan ni. tiba2 plak hubby nak kaler merah. layan kan aje.

    ReplyDelete
  8. salam. nice blog and nice raya pic :)

    btw, visit my blog for shopping gorgeous long cardigans and nice tudung syria. tudung awning pun ada juga ;)

    http://gewcloset.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. woo nice red!! kak fie, umah yg ade lngsir kuning tu umh spe??chuke laaa...chantek la family nih..chukeeenyeeee..

    ReplyDelete
  10. thanks sophie. tu umah pusaka hubby kak fie. hahaha pusaka. yelah rumah tu dah lama. lebih 100 tahun dah. mmg klasik la.

    ReplyDelete
  11. adek gudik2 yg rosakkan tudung kau la.kau tak bole buat pesen spt itu..kau sesuai pesen yahudi mabuk je.wahaha;D

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear