+ dag dig dug +

September 29, 2010

♥ Note to Abi Ariff Haikal

kesian abi. cerita kat sini banyak pasal kakal sahaja. ibu lupa kat abi dah ke? oh tidak. cuma tengah excited cerita pasal anak.

dulu waktu bercinta cintun kenmain lagi asyik cerita itu la, ini la pasal abi. abi ni comel la, baik lah ape lah. sekarang? susah betul nak dapat 1 entry pasal abi kat sini.

abi,

thanks bawak ibu & kakal pergi convo pak ngah kat skudai aritu. walaupun jem bagai nak gila kt JB (kalah KL u!) tapi abi tetap drive dengan gagah nya.

walaupun mulut abi suka bebel² sepanjang perjalanan dari JB ke KL aritu sebab abi ngantok & ibu malas nak layan sebab ibu nak join kakal titon. abi bebel² sorang² sebab stress sampai Kl pon jem bagai nak rak! ibu rasa nak gelak sebab abi bebel sorang². kelakar la.

thanks sebab bagi ibu presents sebelum raya aritu. ada lagi keinginan ibu membuak-buak. tapi terpaksa simpan dulu sebab takut abi cakap 'YE, SAYA ADA KILANG COP DUIT?' aik? bukankah? abi kan kerja kat bank. tet tetttt.

satu request dari ibu.

bila nak bawa ibu & kakal makan² kt Cozy House? tu kan tempat 1st date kita abi? ehem ehem. aritu lalu je tak singgah pon. lenkali singgah ok.

abi jangan marah² tau nanti cepat kertu. tak hensem. walaupun sekarang takdelah hensem mana tapi manis tu ada.

nanti kita balik umah sendiri ok. best kan? boleh buat macam di rumah sendiri.

ok sekian, nak balik dah.



* date tu salah lah abi. patut 030109 *
tarikh tunang



September 24, 2010

♥ Note To Ariff Haikal-4th Month

Salam anak ibu,

how are u today? kakal jadi good boy tau kat school arini. semalam abi kan dah pesan kan? takmo nakal², jerit² sampai serak suara tu. dekat rumah takpe, ada ibu & abi boleh layan kakal jerit.

anak ibu dah 4 bulan dah. itu hari ibu bawak kakal pergi klinik tau. jumpa doc sue. dia injek kakal. pneumococoal 1st jab. Alhamdulillah, kakal cebik² sikit macam nak nangis tapi lepas tu senyap. terus ibu peluk kakal and give u a kiss. abi pun ada kat sebelah ibu tolong panggil² nama kakal so that kakal tau abi ada sama.

so far kakal masih belum meniarap. tapi ibu selalu tiarap kan kakal. bagi tengok different view pula. asik la tengok siling je kan, boring. kakal suka tiarap camtu. rasa cam rambo ke sayang? hehe. tegak² kepala kalau ibu letak toys kat depan.

berat kakal now dah 7.2kg. tak naik banyak pun sebab aritu kan kakal batuk². so your weight pon menurun sikit. harap² kesihatan kakal akan terus baik ye baby? takmo la batuk lagi, risau ibu. takmo dah amek xray semua. nanti ibu yang nangis.

favourite lagu kakal ialah 'bumcikudibum'. bila orang agah² kakal dgn lagu ni, terus kakal tersenyum kegembiraan. macam ibu dengar lagu cinta pula. kakal suka lagu ni kan, sebab dari kecil lagi dah dengar. selalu orang agah² dengan lagu ni.

kalau sesiapa yag bernasib baik, dapat lah dengar kakal terkekek-kekek gelak macam geli hati sangat bila di agah. tapi baru ada a few je la yang dapat dengar kakal terkekek-kekek camtu. selalunya kakal sengih lebar je bila di agah.

mulut sekarang pun suka main buih. selain sangat suka la membebel. tak pasti apa yang dibebelkan. bila dilayan makin menjadi bebelan kakal.

tak lama lagi kita nak pindah rumah sendiri. ibu, abi & kakal bertiga je nanti. seronok tak? ibu tak sabar tapi takut pun ada.

happy 4th months baby!

ibu & abi ♥ u sangat sangat sangat

~ makan iphone auntie gudik ~


~ 1st time duduk dalam bumbo seat ~


~ syok ah duk dalam ni! tq mummy jaja! ~


September 21, 2010

2 Hari di Hari Raya

raya pertama tidak lah berapa hectic sangat. semuanya ok. under control. kakal pun baik je, tidak cranky bagai. dia seronok pakai baju melayu hingga ke malam. atas permintaan Nanny Midah Kukis. tapi banyak kali juga lah buka baju tu, kasi lap² sikit badan dia. melekit kan panas² ni.

seterusnya pada hari raya ke 2, barulah dapat berkumpul adik beradik Shah's secara lengkap. dengan kehadiran Jaja membawak budak notty nama Afiq Harris, barulah lengkap gambar raya kami!

~ tema kaler yg agak caca marba ~
atok aji dah ada 2 orang cucu! next year insya'Allah tambah lagi sorang, dan sorang lagi menantu hantu. hehehe. perhatikan di dalam gambar di atas ada yahudi mabuk pakai tudung merah. hehehe. padan mu kau dik! sape suruh sabotaj aku raya pertama aritu.

raya kedua seperti kebiasaan, kami akan pulang ke kampung sebelah ayah. Kuala Selangor. 1 hari tu boleh jalan dalam 4 buah rumah. sampai ke malam juga lah. sampai tertidur² budak dua orang ini. gambar beraya pun takda. segan ke apa pun tak pasti. selalunya ber camwhore saja walau di mana².

~ the AH's ~
Alhamdulillah, kakal sangat behave bila di bawa berjalan-jalan. ketawa², senyum² bila orang agah. good boy kakal! ibu sebenarnya risau takut dia cranky jerit², nangis² di khalayak ramai. habis lah ke glamer an ibu nanti. hahaha.

maka, sekian sudah kisah beraya. orang Kay Ell kan. raya haruslah beberapa hari sahaja yang hebat. tapi open house lepas ni memang agak meriah la kan. itu harus. tapi tetap bercuti seminggu seperti orang yang berkampung jauh.



September 20, 2010

1 Hari di Hari Raya

sungguh tak best sekali hari ini.

kembali ke rutin normal. pagi² bangun hantar kakal ke school, muka dia terpisat-pisat. macam dah tak berapa kenal dengan surrounding di sana. macam nak tanya 'kenapakah aku di sini?'.

sian dia. be good ok baby? petang nanti ibu amek kakal balik ok. mmmuuuahhh.

raya pertama kali ini di rumah mertua. merasalah malam raya duduk dalam bilik sahaja kerana menjaga anak yang lena tidur. dengan bunyi mercun berdentam dentum tu memang senang sangat la dia boleh terjaga. geram betul. nasib baik adik² ipar sendiri yang main mercun. dah tua bangka pulak tu. kalau kecik memang dah kena dah dengan i.

memang tradisi sebelah hubby, apa² event pon harus bergambar seperti artis nak masuk majalah URTV. sekeping dua memang tak cukup. kena berkeping². ini pon nasib hujan di luar. kalau tak aksi² outdoor lagi tak boleh blah.

baiklah. gambar pertama.

~ kakal with his cousin: aaron ridzqy. ada iras² tak? ~
suka sgt ini gambar. kelihatan comel sungguh mereka berdua. jarak umur pun 6 bulan sahaja. si abang sudah pandai merangkak. adik masih lagi gemar berbaring. hehe.

~ BBF eh bukan BFF best biras forever. wahh ~
yes. thats my biras merangkap best friend jua. kami bersama anak masing². seperti tidak sangka pula. dahulu bersama² menari nari tergedik² tiba menjadi biras forever. hahaha jodoh kan?

~ family haji shah tanpa kakanda Jaja ~
perhatikan tudung saya. cuba membuat fesyen siti di situ. tetapi tidak menjadi. i blame Eira Shah for that! ko sabotaj aku kan dik?

~ perfect picture! ~
agak² kalau tengok persekitaran seperti di mana? kedah? perak? johor? tettttt, salah. kampung suami saya ialah di kampung kerdas 3, gombak, kuala lumpur. memang dekat tapi hati masih rindu dengan keluarga di setapak.

~ maaf suami ku ~
thats us. suami isteri berpoyo-poyo memohon maaf di tangga rumah Midah Kukis. bila balik baru perasan. kita tak amik gambar dengam mak! tak lengkap sungguh raya ku.

maka sekian sudah cerita hari raya pertama.

cerita hari raya kedua dan seterusnya akan kembali sebentar lagi. mood raya masih ada. kerja berlambak tapi sangat malas mahu buat.

anda bagaimana?




September 8, 2010

Salam Lebaran: Versi Geng Divas

oh oh maaf.
ini namanya syok sendiri

bukan Divas sgt pon
perangai saja berlagak diva
tengok cara pemakaian pon dah tau bukan dari kalangan diva
hahaha

acara berlangsung di tingkat teratas Menara
tuan rumah ialah Cik Nee

buat warga Menara yang mengenali kami
dengan rasa rendah diri dan penuh keikhlasan
kami memohon sepuluh jari
mohon ampun & maaf andai ada gurauan yang terkasar, terlebih tu
harap maafkan

maklum sahajalah kami kalau bab-bab bergurau agak TERLEBIH SUDAH
maka terimalah ucapan dari kami,

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


♥ from us,

pn. jue jamian, cik sally yeh, pn. lin dan, pn. oni, pn. juju, pn. cik nee & ehem ehem tuan punya blog, pn. fie @ wardah (nama glam)

Salam Lebaran Buat Semua

salam akhir Ramadhan,

mula² ramadhan je bagi salam
sampai tengah dah lupa
ni dah hujung baru teringat nak bersalam-salam semula
terimalah...

salam lebaran buat semua yang mengunjungi blog ini
samada dengan sengaja atau tidak sengaja menjengah
terima kasih daun keladi
ada masa sila jenguk lagi

=)

sudah terkeluar dari tajuk

maaf zahir & batin kepada semua
jika ada silap & salah samada yang disengajakan atau tidak
saya hanyalah insan yang lemah
tapi kuat membebel dan merungut (macam kakal)

silalah berhati-hati ketika memandu
jangan jadi kan jalan raya medan pertempuran
saya tak suka
jadi jangan buat begitu

makan lemang berpada-padalah
nanti naik pula kolesterol masing²

akhir kata,

salam dihulur
maaf dipinta
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda & keluarga

ikhlas dari kami 4U2C!

eh bukan bukan

ikhlas dari kami,
Ibu, Abi & Ariff Haikal

September 6, 2010

50 Reasons Why It's Fun To Be A Parents =)

Found this from babycenter.com.my. Setuju sampai tersenyum seorang diri.

1. Panicking because you've been given this newborn baby to take home and you haven't even got the manual - then realising how much fun it is learning on the job. - Rasa takut mula² bawa kakal pulang ke rumah. Boleh ke handle boleh ke?



2 Feeling a tiny fist curl around your finger when you touch his palm.


3 Gazing into your baby's eyes and knowing he trusts you totally. - Totally! Kakal percayakan ibu kan? Ibu lebih memahami kan?

4 Breathing in the best smell in the world: sleepy baby! - Tengah malam terjaga dari tidur, cari kakal di sebelah, cium pelan² takut dia terjaga. Wangi walaupun bau masam susu. Hehe.
 5 Being amazed the first time you wrap him up in his blanket, put him against your shoulder, pat him gently and incredibly the yelling stops!
 6 Being the most tired you've ever been in your whole life - and the most happy. - Penat tapi seronok!

7 Sitting up in bed feeding your baby in the middle of the night, and knowing that all over the world other mothers are doing just the same. - Dengan mata separa tertutup. Hehe.

8 Watching your husband show his son or daughter off to all the visitors. - Abi selalu tunjuk gambar kakal kat kawan² opis dia.


9 Finding out, at your antenatal class reunion, that no one gets bored of birth story, no matter how many times you tell it.


10 Overhearing your husband at a party talking earnestly about the best brand of nappy. - Abi dah pandai cari diapers harga paling murah di kedai mana.


11 Watching your baby's sleeping face and wondering what the future holds for him.

12 Discovering how lovely the dawn chorus can be!

13 Taking him out for the first time and discovering that everyone wants to stop and talk.

14 Experiencing that amazing feeling of tenderness when your baby falls asleep in your arms. - Suka! Rasa macam takmo letak dia dekat tilam. Tapi tangan lenguh.


15 Buying that Batman costume/fairy princess tiara you always wanted (even though your baby is only one week old).


16 Discovering how infectious a baby's giggles can be. - Kakal gelak ibu yang boleh jadi sasau mendengarnya. =)


17 Having someone to leave the family heirlooms to, even if they're only some love letters that baby's father once wrote to you and your grandmother's bedak sejuk tin box.


18 Exchanging a smile with other pram-pushing mothers.


19 Dreaming up fantastic food combinations for your baby: avocado and banana, chicken and grapes or sweet potato and broccoli. - Oh! Ibu tak sabar nak bagi solid foods kat kakal.


20 Laughing when your baby starts waving at everyone on the bus or in the supermarket.


21 Discovering all the little characteristics that make your baby unique: fat toes, sticky-out ears, hair that sticks up no matter how much it's brushed. - Telinga kakal. Macam ibu. =p


22 Taking millions of photographs, which you keep meaning to put into an album, but never quite get round to it. - Gila banyak gambar dia. Tak jemu nak klik².


23 Developing a new family language as your toddler talks about scissoring the lawn or asks for a "bikkit."


24 Having little pairs of pink ballerina shoes lined up in the hall and/or Thomas the Tank Engine underpants scattered on the floor.
 25 Knowing the right things to say and the best way to help when your friends have a baby.

26 Watching Nenek and Yehyeh spoil their little treasure rotten.
 27 Joining in tactile toddler pleasures like squeezing playdough in your hands, scrunching through dried leaves or jumping in puddles.


28 Discovering that he's inherited your love of music or his dad's interest in racing cars.


29 Or, even better, discovering he has totally different talents, like dancing or painting - where did that come from?


30 Waking up to a sloppy kiss from your toddler.


31 Rediscovering the simple pleasures in life: brightly coloured flowers, the softness of a cat's fur or the feel of sand between your toes, with your little one.


32 Getting used to being known as Hafiz's mum or Yee Lin's dad. - Ibu & Abi Ariff Haikal. Huhu.


33 Crying when you see a baby born on TV, understanding how mothers feel everywhere from Beijing to Belfast. - Sebab pernah rasa sakit yang sama. Tengok orang buang baby lagi lah sedih teramat!.


34 Discovering the pleasures of three in a bed - even if you and your husband only have a few inches of space while your baby lies sideways across middle.


35 Enjoying the chance to be really silly again - walking around quacking like a duck or sitting at the table wearing a bib and silly hat to encourage your baby to eat. - Bila ibu nyanyi lagu Selamat Hari Raya sambil menari² depan kakal semalam. Hehe.


36 Trying to answer those awkward questions: Do fish sleep? Why is the sky blue? How do cows have babies if they can't get married?


37 Relishing the moment when he first says, "I love you, Mummy".


38 Re-discovering how brilliant children's books are, even if you do sometimes have to "lose" the one he's wanted every night for the last three weeks!


39 Having one big bubble bath together - and squabbling over who gets the end with the taps.


40 Running up a quick cat costume out of a piece of string, an egg-box and an eyeliner pencil for a party.


41 Multi-tasking: learning how to mix up a bowl of cake mix with one hand while you stick a plaster on a toddler's knee with the other, breastfeed a baby and phone your mum to ask her what she wants for her birthday. - In my case, pegang botol susu sebelah tgn, sebelah lagi sebok betulkan socks dia. hehe.


42 Discovering the world through your toddler's eyes: seeing him gaze at a caterpillar or stare transfixed into a rockpool.


43 Making a whole new circle of friends, who just happen to be parents, too. - Bloggers! Jumpa ramai kawan² dari yang baru pregnant sampai anak sebaya pun ada.


44 Seeing your values - trying to be straight, kind, honest, hard-working and treat others like you'd like to be treated - rub off on him.


45 Enjoying making up with a hug and kiss once a tantrum is over.


46 Going to an animated film and no longer being the only unaccompanied adult in the queue!


47 Finding out that bringing up children gives your life a new sense of focus.


48 Crying when you drop him off at playgroup for the first time, then bursting with pride when you pick him up and realise he hasn't missed you at all. - 1st time hantar kakal kat school. Bila balik amek dia, rasa lega sebab dia ok² shj.


49 Keeping all his best artwork from playgroup and turning your kitchen into your own Tate Modern.


50 Hearing your child say "mum" and wondering who that is, then realising - it's YOU! - Tak sabar nak tunggu saat ini!


my sweetie pie!

September 3, 2010

Habit Baru : Hisap Jari

hari² pun hapdet pasal anak ye
untuk rujukan sendiri ini semua
mesti nanti di suatu hari akan merinduimu moment seperti ini


jadi jika tulis di blog
bila² masa boleh baca dan imbau kenangan ini bersama² anak


Insya'Allah


ha, apa nak tulis tadi?
habit baru kakal kan.


dia suka sangat hisap jari dia sekarang
mula² dia masuk kan semua jari² dia
tak kiralah jari telunjuk ke ibu jari ke
asalkan namanya jari memang disumbat ke dalam mulut
dengan muka paling innocent


sekarang ni dia dah pandai masuk kan ibu jari saja
bila² masa pun nak hisap ibu jari tu
sedap kah anak?


kadang² tarik gak jari dia tu
tak kasi dia hisap lama²
tapi nanti dia dapat capai benda lain masuk mulut pula
kadang² selimut,
kadang² toys dia,
kadang² jari ibu ni ha dia sumbat!


kalau time menyusu tu memang tak sah dia tak pegang jari kita ni
pastu hayun² kan
kakal dah la hisap botol sayang
takmo lah tarik jari ibu
cemana ibu nak pegang botol ni?
sampai kadang² terpaksa pegang dengan dagu!
haaa hebat tak?hahahaha

* sodap ah jari ni *

* halamak, ibu nampak pula. hai ibu! *

ini masa tunggu turn dekat klinik
memang mengisi waktu terluang betul kakal

September 2, 2010

Hai Lah Ariff Haikal

hahaha

tak habis² lagi rasa ibu nak tergelak ni baby oi


tadi pengurus school kakal sms
dia just nak inform kakal arini poo poo dah 3 kali
macam cirit, tapi tak banyak


saya dah agak dia akan cirit
sebab Paed ada bagitau aritu yang antibiotik dia kasi tu memang buat cirit sikit
so no worries katanya


ibu reply sms pengurus school kakal


"o ye ke? baiklah, nanti balik akak kasi ubat. dia nak tak minum susu?"


yelah, takut juga dehydrate kan
sebab itu perlu tanya


pengurus itu reply


"kak, dia tak pernah tolak kalau bagi susu. tiap kali kasi mesti habis punya"


hahahaha
gelak guling² dah ibu


hai lah ariff haikal ibu sorang ni
memang kuat minum susu eh