+ dag dig dug +

August 11, 2010

Hati Seorang Pembantu Rumah

salam satu Ramadhan,

pagi ni rasa nyaman sangat.
rasa tenang , kan?
jalan pun tak berapa sesak.

Alhamdulillah.

semalam pembantu rumah nenek sudah pulang ke kampung halaman beliau.
yup, Indonesia.
katanya mahu kahwin. wallahu'alam.

selepas beliau pulang semalam, aku pun berkemas-kemas dalam bilik yg dihuninya sebelum ini.
terjumpa satu paper beg yang penuh dengan kertas² dan buku².
satu² aku belek dan baca.
ya Allah, tersentuh betul hati.

macam² yang dia luahkan atas kertas² tu.
ada juga lukisan².
paling sayu ada satu lukisan bertajuk;

'saya bahagia walaupun saya pembantu rumah'

air mata rasa nak menitik, tapi berjaya di 'cover'.
nenek asyik ulang² 'terbayang² dia tidur sebelah nenek ni'
sayang betul dia pada budak itu
yelah, walaupun dia agak malas kemas rumah
tapi dia pandai layan nenek
dia buat dek je kalau kena marah
mmg tebal betul muka dia.

ada juga 2 pucuk surat dia tinggalkan
satu untuk nenek, satu untuk sepupu aku
aku buka untuk nenek tu
sayu sangat
dia cakap dia sayang nenek
dia sayang keluarga ni
dia anggap macam keluarga sendiri
dia akan datang jenguk nenek bila dia dah senang nanti.

walaupun aku tau dia takkan baca blog ni
aku tetap nak ucap sepatah dua kata untuk dia;

mus,

terima kasih tolong jaga kan nenek akak selama ni
masa semua orang takda pergi kerja,
terima kasih layan nenek macam nenek sendiri
terima kasih sebab tak lari
terima kasih sebab pulangkan barang akak

akak minta maaf bagi pihak seluruh keluarga akak
kalau ada termarah awak lebih²

akak halal kan makan minum awak selama kat sini
akak halalkan apa yang awak ter ambil tanpa pengetahuan akak

kalau senang² datanglah jenguk nenek ye.

pembantu rumah pun manusia juga
dalam tegas kena ada kasih sesama manusia juga.

4 comments:

  1. agreed! mase sy kecil dahulu [wpun skrg kecil juga}, kami ade pembantu rumah. kami anggap dia mcm keluarga sendiri. dia sgt baik. sy syg dia. sekian, maceh

    ReplyDelete
  2. adei... pembantu rumah pun dalam hati ada taman dikelilingi kupu2. ahaksss

    ReplyDelete
  3. kak ena : ini bukan taman dah ni. ni sunway lagoon. taman tema. hehe.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear