+ dag dig dug +

June 23, 2010

akhirnya

tak sangka.

dah selamat saya berpantang 44 hari dengan jayanya. tapi masih ber stokin dan bengkung. agaknya dah terbiasa rasa tak sedap kalau tak pakai. tapi kadang2 ngelat gak. malas nak pakai bengkung kena ikat2 ni. nasib baik hari ni suami yang pakaikan. dalam pale hotak sudah terbayang-bayang shopping complex, wayang, karoks. ingat nak berjalan je ni. hehe.

hari ini seperti biasa pagi2 dah keluar pergi buat dressing. same place, same doctor. doctor sue terbaekk! selalunya ayah yang hantar kan tapi hari ni hubby cuti. jadi pergi bersama beliau lah tadi. lepas dah habis semua kitorang singgah satu-restoran-yang-sponsor-world-cup tu. konon2 macam nak celebrate my last day of confinement la gitu kan. hahaha. amek breakfast set yang dikatakan RM4 sahaja. 

so kami amek 2 set RM4 tu. tapi bila bayar total nya jadi RM14. hubby saya sudah lah bengang dengan service yang sangat slow di situ. ditambah pula kena bayar harga yang 2 kali ganda. apakah kena dengan engkorang ni? tak tau kira ke hape? bila tanya adik cashier yang agak slow tu dia kata 'termasuk tax kak'. mak ai! tax engkorang kenmain lagi banyaknya. nasib baik engkorang adalah restoran World Cup. kalau buat aduan pun macam tak terjejas kedudukan engkorang kan.

tapi ini tidak adil lah bagi kami. serasa di tipu di situ.lalu hubby saya dapat idea. dekat situ gak dia buat perangai. abes semua gula dalam paket tu dia taburkan dalam tray. sos cili dia amek sebanyak yang mungkin. tu cara protes kata beliau. barulah berbaloi bayar banyak2 tadi. 

haha. that's one of zillion reasons why i love u b. 

awak gila.

p/s : tapi saya kiciwa tak dapat pergi mothercare tadi. hukhuk.

9 comments:

  1. engkau kan...mentangkan baru genap 44 hari dah geletis nak berjalan..hehehehe~~~

    ReplyDelete
  2. hahaha..harus..igt nak gi sogo tadi.. :p

    ReplyDelete
  3. wahhh 'karok' tuh.... hahah... jom nanti kiter pegi sesama... mak nam belanje...

    ReplyDelete
  4. hehehe..bertuah la maknam nak belanja kak za oi.

    ReplyDelete
  5. wayang?bawa haikal sekali ke?hehee...

    hahaa..bagus2
    barulah berbaloi bayar service charge kalu camtu kan ;P

    ReplyDelete
  6. haikal tinggal dengan nenek. ibu dgn abi g dating jap je. hehehe

    ReplyDelete
  7. yatie,ha'ah dah lama rasanya tak dating dating cam mula2 bercinta..hehe

    ReplyDelete
  8. sekejap je dh abes pantang kan? haikal pon dah nmpk semangat. :)

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear