+ dag dig dug +

June 24, 2010

mood romantika

sekarang dah ada anak masa berdua dengan suami sangatlah terhad. baru nak ngendeng2 sikit Haikal dah jerit nak susu. tak boleh lah ibu dengan abi nak berdua-dua ye kakal.

untuk dapatkan husband and wife quality time tu selalunya kitorang akan borak2 waktu malam. lepas maghrib bila dah check in rumah atas selalunya Haikal tido lama sikit. sejuk agaknya kat atas. jadi ibu dan abi amek kesempatan la berborak2 berdua. 

since anniversary kitorang just around the corner so topik pun ala-ala romantik la kan. saya tanya hubby.

"b, kita ada tak lagu percintaan"  kah kah..lagu percintaan u,cam hape je bunyi nya..

dengan konfiden jawab "takda"

anda pasti ke ni cos saya rasa macam ada je tapi diri sendiri pun dah lupa. borak2 sambil layan youtube sekali terjumpa lagu by Maman Teacher's Pet. hihihi. barulah terimbau kembali kenangan lalu. 

inilah lagu percintaan kitorang. masa mula-mula bercinta hubby suka nyanyi kan kat saya. dalam fon. how sweet~hahahaha. anyway, nak share the lyrics dengan semua. gila mendalam puitis lirik dia. and vocal maman memang terbaek. manelah agaknya dia sekarang kan. lagu ni ada dalam movie Layar Lara.

Kasih (Ku Pinjam Wajah Mu)

Artist: , Feat: Teacher's Pet
 
Kemana jua aku mengarah
Pandangan ku menggambarkan wajahmu
Oh! Kasihku dilangit tinggi
Di lautan yang sedang menari

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan
Azimat penguat semangat
Bisaku gagahi cabaran yang datang


Kasihku harap kau sudi maafkan aku yang meminjam
Wajahmu mengisi kekosongan hati
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Ke dasar cinta yang tak bertepi

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan penyuluh
Pabila malam gelap menyelimuti
Kembara ku menjejak bahagia
Dengan bayang malam ditindih malam
Memerah ke titis akhir ketulusanku

Diriku yg semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar cinta yang tak bertepi
Kasih ku pinjam wajahmu
 
 *my babies~sweetness*

June 23, 2010

akhirnya

tak sangka.

dah selamat saya berpantang 44 hari dengan jayanya. tapi masih ber stokin dan bengkung. agaknya dah terbiasa rasa tak sedap kalau tak pakai. tapi kadang2 ngelat gak. malas nak pakai bengkung kena ikat2 ni. nasib baik hari ni suami yang pakaikan. dalam pale hotak sudah terbayang-bayang shopping complex, wayang, karoks. ingat nak berjalan je ni. hehe.

hari ini seperti biasa pagi2 dah keluar pergi buat dressing. same place, same doctor. doctor sue terbaekk! selalunya ayah yang hantar kan tapi hari ni hubby cuti. jadi pergi bersama beliau lah tadi. lepas dah habis semua kitorang singgah satu-restoran-yang-sponsor-world-cup tu. konon2 macam nak celebrate my last day of confinement la gitu kan. hahaha. amek breakfast set yang dikatakan RM4 sahaja. 

so kami amek 2 set RM4 tu. tapi bila bayar total nya jadi RM14. hubby saya sudah lah bengang dengan service yang sangat slow di situ. ditambah pula kena bayar harga yang 2 kali ganda. apakah kena dengan engkorang ni? tak tau kira ke hape? bila tanya adik cashier yang agak slow tu dia kata 'termasuk tax kak'. mak ai! tax engkorang kenmain lagi banyaknya. nasib baik engkorang adalah restoran World Cup. kalau buat aduan pun macam tak terjejas kedudukan engkorang kan.

tapi ini tidak adil lah bagi kami. serasa di tipu di situ.lalu hubby saya dapat idea. dekat situ gak dia buat perangai. abes semua gula dalam paket tu dia taburkan dalam tray. sos cili dia amek sebanyak yang mungkin. tu cara protes kata beliau. barulah berbaloi bayar banyak2 tadi. 

haha. that's one of zillion reasons why i love u b. 

awak gila.

p/s : tapi saya kiciwa tak dapat pergi mothercare tadi. hukhuk.

June 21, 2010

di hari kejadian itu

dah 42 hari berpantang. pejam celik pejam celik lagi 2hari nak habis. indah nya perasaan. hehehe. tapi saya kena sambung at least lagi 2 3 minggu berpantang. tak boleh makan yang gatal-gatal. menggatal dengan suami lagi lah tak boleh. itu at least 100 hari. hahahaha. 

ok sorry. lama tak menaip rasa agak kekok.

sekarang Ariff Haikal tengah lena. so ibu amek kesempatan nak update blog. sebelum ni tak dibenarkan mengadap sebarang benda elektronik ye. contoh nya television dan laptop. pantang u. lepas 20 hari baru boleh tengok tv. itu pun sangatlah jarang saya menonton tv. selalunya menonton aksi Ariff Haikal sahaja. sampai terlena dibuatnya. yes Ariff Haikal adalah satu-satunya entertainment yang saya ada semasa berpantang. hehehe.

tiba-tiba budak tecik ni bangun plak..sebentar ye 

ok sudah rasuah dengan susu. 

baiklah mari bercerita tentang pengalaman bersalin saya.

ia berlaku pada pagi 10 Mei. saya harap2 saya bersalin hari itu sebab nanti tarikh lahir BJ cantik. 10.05.10. kan cantik tu? hubby pun dah bersedia kalau saya bersalin hari itu. siap cakap dgn BJ yang waktu itu masih di dalam perut suruh keluar. hehe.

ok malam tu saya tidur tak lena. unlike malam2 sebelumnya, sangat lena walaupun perut besar. malam tu saya macam dah bersedia. rasa lain macam kat V. pukul 3 pagi saya bangun pergi  toilet, rupa-rupanya dah ada show. tapi secalit je masa ni. so, sambung baring sampai pukul 5 lebih. dengar azan terus pergi toilet. wah, kali ini ada darah berserta lendir. ini sah-sah lah show. tapi no contraction. ok, terus sms mak, kakak, biras and bff. gila kecoh kan? bukan apa, nak minta pendapat diorang. kakak reply suruh pergi hospital check dah dilate berapa. terus kejut hubby yang terkulat-kulat. nasib baik dia tak panik. mandi-mandi and terus pergi HKL. jalan masa tu ok. takdelah jam sangat. tapi parking sangat susah nak dapat sampai hubby pun rasa bengang.

masuk dalam Hospital Bersalin tu terus register. yang kelakar nya nurse tanya "ye dik, kenapa datang?" saya jawab "nak masuk wad. nak bersalin." nurse tu pun ketawa. "ok, tapi dah ada tanda ke?" oh tanyalah betul2. ape daa. lepas sesi soal jawab yang agak memakan masa juga akhirnya sampai masa di tunggu-tunggu. check dilation which means SELUK!i was lucky dapat  doktor cantik manis muda remaja gitu. tiba2 dia buat muka semacam. "hmm, tak jumpa la kak. macam tak buka lagi" pastu diorang main pas baton. nurse yang agak berpengalaman pula check. agak sakit dia buat. betul rupanya tak dilate lagi. saya dinasihatkan balik dan tunggu sehingga sakit datang menyerang. oh my!

saya pun balik dan tunggu. risau juga bilalah agaknya sakit nak datang. dalam pukul 4 petang macam tu dah ada rasa sakit sikit2. ok ada progress. gumbira! lepas mendapatkan khidmat nasihat beberapa orang, saya pun tunggu sampai sakit 10 minit. masa tengah malam la contraction selang 10 minit itu datang. terus kejut hubby yang masa tu tidur2 ayam. pukul 2 dah check-in HKL. saya tak boleh tidur sampai pagi. tak selesa. sakit masa tu baru 2/10. waktu doktor check pagi tu saya mengadu rasa contraction makin kuat. doktor yang agak handsome tu kata 'ok, nanti kita check ok' check maknanya seluk. hahaha. bersedialah diseluk oleh doktor handsome tersebut.

setelah di periksa bukaan dah 4cm. tak sempat nak habiskan nasi yang mak mertua bawa saya dah ditolak dengan wheelchair ke labor room. FYI, sila sediakan baju baby dan pampers bersama-sama anda ke labor room. hp semua sila bagi hubby pegang. sebab dah sakit kan mana nak dan pegang2 benda ni. masuk labor room masa tu dalam pukul 11 pagi dengan bukaan 4cm. nurse2 kata 1cm 1 jam. doktor tanya nak amek epidural tak. saya kata masih boleh bertahan. tak la kot buat masa ni. tapi bila dah sakit rasa macam nak amek pulak. tapi saya kata tunggu hubby saya dulu nak minta pendapat. hubby kata terpulang pada saya. jadi saya decide tak payah amek lah. lalu diorang offer pethidine. yang ini cucuk di punggung. saya decide amek pethidine dan juga bantuan gas ape tah tu.

pain relief ni tak berapa membantu dalam mengurangkan kesakitan. makin lalok adalah. sirius sangat lalok sampai push pun dalam keadaan separuh sedar. bukaan jalan agak cepat juga. masa 7cm nak ke 10cm ada lah dalam 1 jam saja. masa dah 7cm tu sangat rasa nak macam nak ter ber. TIPS:nak bagi bukaan cepat sila baring mengiring. tips ni nurse yang bagi and it works! mmg agak sakit la baring mengiring tapi bukaan mmg cepat. sedar tak sedar pukul 2.31pm Ariff Haikal dah selamat dilahirkan. saya tak tau berapa kali push. mmg lalok gile. Alhamdulillah ada tenaga nak push. thanks hubby yang sentiasa ada di sisi. dia cakap takmo tengok tapi last2 dia pula yang berani. hehe.

moment yang paling saya ingat adalah saat doktor letak Haikal atas badan saya. masih berdarah-darah dan menangis sekuat hati dia. bila hubby nak azankan dia saya tak sempat nak rasa sayu sebab lalok. hahaha. agak lama juga nurse nak bagi saya BF Haikal sebab banyak sangat org bersalin haritu. dalam sejam baru dpt jumpa Haikal. dapat peluk cium dan BF kan dia kali pertama. sayu. dah selelsai semua nurse tolak ke wad. masa tu baru saya tau berat Haikal 3.7kg. hehe. nasib baiklah masa check-up tak pernah tau berat sebenar. kalau tau haruslah teragak-agak nak teran.

over all, saya bersyukur dipermudahkan segala-galanya. HKL punya service adalah 1st class. walaupun saya duduk 3rd class punya wad sebab 2nd class penuh then 1st class pula close for renovation tapi keadaan masih selesa. nothing much to complaint. doktor muda2 belaka. staff nurse sangat membantu dan baik hati. bila malam baby nangis, akan ada nurse datang membantu. baik hati kan?

si bam bam ibu


June 19, 2010

BJ dah sebulan.. :)

posisi tidur kegemaran Haikal. hensap!!


sedar tak sedar dah sebulan dah budak tecik ni. makin banyak 'pandai'nya. sekarang dah pandai nak main. sebut je nama dia laju je dia akan cari arah suara tu. lagi2 kalau abi dia yang tegur. siap terkulat2 tersenyum2 pandang abi.takda masa sangat saya nak bercerita. maklumlah pergerakan agak terbatas sepanjang musim berpantang ni. buat benda semua ala2 pencuri. terhendap-hendap. hehe.

entry sebelum ni agak kontroversi kan? Alhamdulillah, saya boleh terima apa yang terjadi. semua ada hikmah. mungkin Allah senangkan sepanjang waktu saya mengandung kan Haikal then waktu bersalin pun tak lama. mungkin Allah nak uji saya waktu selepas pantang ni. panjang cerita yang saya nak kongsi. tapi tiada masa.

Insya'Allah, lepas dah naik keja nanti saya share. bagi saya benda ni sangat penting bagi ibu-ibu yang sedang mengandung lagi2 anak pertama. sebab saya sendiri tak aware pasal benda tu dan ambil sambil lewa. sudahnya, badan sendiri yang tanggung.

ya, lagi 4 hari saya merdeka dari berpantang ni. tapi saya terpaksa sambung pantang. bersalin haritu normal, tapi lepas 4 minggu saya kena lalui satu minor surgery. jadi kena sambung pantang macam cesar pula.

Alhamdulillah, saya sedang recover perlahan-lahan. mental dan fizikal. masa buat dressing, doktor pun tanya kat saya ok ke. dia kata sesetengah orang cannot handle the pressure, dia suruh saya kuat dan cakap benda ni masalah kecil saja.

dan saya rasa, selepas berjaya melahirkan seorang insan ke dunia, saya boleh melalui apa sahaja..untuk dia..

ibu sayang kamu Ariff Haikal.