+ dag dig dug +

September 23, 2014

AH & UN

Assalamualaikum,

Rindunya blog.

Tak punya banyak masa menaip sekarang ni. Umar pulak adalah anak yang sangat clingy ye. Banyak beza dengan Kakal. HAHAHA. Takdelah Ibu nak beza-bezakan korang dua ni tapi memang nampak nau bezanya tu.

Umar sebenarnya dah nak masuk 9 bulan, so far diantara pencapaian terbaik Umar sekarang ialah :

♥ Boleh merangkak dengan lajunya.
♥ Dah ada 2 gigi bawah 
♥ Berat 8.8kg
♥ Dah makan bubur campur ayam & macam2 buah serta sayur
♥ Kalau nak panggil Ibu ada bunyi 'mehh mehh' itu maknanya dia nak Ibu
♥ Dah pandai wave 'byebye' and tepuk tangan
♥ Clingy (sangat)
♥ Tak kuat makan sangat
♥ Suka lagu 'happy birthday'
♥ Suka HI-5!
♥ Suka senyum

Abang Kakal pulak dah pandai macam² lah. Tak terlayan kadang² tu. Baru² ni cuti sekolah cikgu tadika bagi homework. Kena belajar mengeja dengan parents. Kat kertas tu ada lah ejaan BA BI BU sampai ZA ZI ZU. 

Ok lah alhamdulillah, bila eja tu ada gak bunyi. Tapi kadang² ada yang tak berbunyi langsung. HAHAHA. Jadi lah Kakal. Baru 4 tahun kan. Tahun depan kena belajar lebih gigih ye,

Apa² pun Ibu & Abi loves both of u so much. 

Ok, itu je lah yang Ibu ingat setakat ini sayang. Nanti ada masa Ibu belog lagi ye.


kesayangan

September 18, 2014

Cara Bawa Frozen Baby Food Bila Travel

Assalamualaikum,

Update dari rumah sebab anak bujang no 2 domam. Domam selsema batuk and mungkin juga sebab baru tumbuh 2 batang gigi bawah. Atau mungkin demam naknpandai tepuk tangan. Tiba2 dia bertepuk tangan semalam. Rupanya Momny Jue dah nampak dulu kelmarin. Oh kelmarin Ibu tinggalkan Umar dibawah jagaan Mommy Jue sekejap sebab Ibu and Abi join charity fund raising event for Gaza. Itu kita update kemudian.

Harini nak update on cara nak bawa frozen food for travel. A quick update for myself and for mommies yang mengalami masalah sama dengan Mak Jemah.

Masa nak pergi Ipoh aritu pening2 memikir cara terbaik nak bawa makanan Umar. Masa Kakal dulu pun takde update pasal ni. Ibu sudah kelupaan bagaimana. Tp ingat ada sekali tu hangkut slow cooker tp masa tu pergi apartment ok lah kot. Ini stay hotel banyak pulak nak hangkut.

Jadinya tanya2 lah mak2 sekeliling dapat gak tips daripada Mommy Eina Razi dan hasil google lah.

Cara saya..saya buat stok frozen food. Bubur nasi, puri buah and sayur. Buatlah ikut berapa bayak hari korang travel. kiralah berapa kali baby makan satu hari and pelbagaikan menu. Kalau perjalan mula pagi lunch tu bolehlah masak pagi2. Masukkan dalam food warmer. Yang frozen food simpan dalam beg chiller and letak dalam 2 ketul ice pack. Bila sampai je hotel boleh transfer masuk dalam fridge. Frozen food ni boleh tahan 4 bulan.

Cara nak panaskan pula sama macam ebm. rendam dalan air suam sekejap and masuk dalam warmer kalau nak keluar berjalan. mudah kan. takyah nak risau hal pengisian perut anak2 dah. haaaa berjalan pun happy aje.

Ok lah. nak bagi budak tecik ni makan ubat. sangat susah ye nak bagi dia ubat. siap bersilat mak kau ni umar. pls beri kerjasama kalau tidak ibu nangis.

Hahahaha. okbai.


t
op: bubur nasi
bottom : purees



t
hank you ibu!
im a happy babby!