+ dag dig dug +

June 25, 2014

Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul Umar Nadeem

Assalamualaikum,

Umar Nadeem - nama anak kedua kami. Hero no 2 yang dah nak masuk 6 bulan tak lama lagi. Kejap je masa berlalu. Sedor sedor dah 6 bulan dah anak Ibu. How time flies kan? I love you so much Umar. HEHE.

Sebelum naik kerja lepas cuti pantang haritu sempat lah buat majlis kesyukuran dan cukur jambul. Aqiqah tak buat , InsyaAllah akan buat dengan compay Al-Amin yang uruskan korban dan aqiqah di Kemboja. Macam Kakal juga dulu.

Vendor untuk semuaaaaa benda masa majlis ini ialah..jeng jeng jenggg...tak lain tak bukan CHANTEKMOLEQ lah apa lagi. Tq Chantekmoleq! Saya adalah customer paling fussy diorang. HAHAHA. Tapi senang dibawa berbincang bukan?

Loving the Silver & Turquoise Chevron Theme so much! Soft pastel kaler memang kegemaran saya lah. Suka bebenor kaler tu. And here goes the list of vendors:

Buai berendoi : Chantekmoleq.com (fb page : chantekmoleq / Instagram : chantekmoleq)
Candy buffet : Chantekmoleq
Dessert : Cupcakes, Brownies (SEDAP GILERRR) & apam chevron Sugarrush by Rita
Goodies bag : Chantekmoleq

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Semoga Umar Nadeem dan Ariff Haikal besar2 esok jadi anak yang soleh untuk Ibu dan Abi ye sayangs?













OOTD
Baju : Fie Shah Sdn Bhd :p
Shawl : Khaylaa Hijab (Instagram)

My perfect picture.

June 12, 2014

Review : The Nahara, Kalumpang

Assalamualaikum,

Oi lamanye tak menaip kat blog ni. Rindu giler. Apakan daya kekangan masa membataskan semuanya. Kekangan keadaankat opis ni pon satu hal lah jugak. Terus malas kite nak blog. Harini kiter curi masa lah sikit. Please orang IT jangan marah saya. 

Saya nak review pasal The Nahara dekat Kalumpang ni. Kalumpang kt mana? Tak pernah tau kan? Ku Lempang tau tak kt mana? HAHAHA, oklah tak lawak kan. Kalumpang terletak di Hulu Selangor ye adik². Dia lebih macam nak ke Perak sana. Lalu highway exit Tanjung Malim ye. Lepas itu straight aje sampai nampak signboard Kalumpang. HEHE.

Bermula dari ajakan Atok Aji dan Nenek Nah yang nak pergi tempat yang ada ala-ala kampung boleh chill chill kan. Maka Jaja telah meng'google' dan came out dengan The Nahara which is sebenarnya kawan dia punya family rest house. 

Kadar satu malam ialah RM1600.

Haa buntang biji mata tak dengar harga gitu. Tapi jangan pengsan dulu. The Nahara ni macam Villa. Dalam dia ada 5 buah bilik yang besar besar. Dan kesemuanya ada katil size QUEEN. 3 buah bilik yang bahagian depan memang besar. Kalau bentang toto boleh muat lagi satu family dalam tu. Haa begitu besar dia. Bilik ayor pula ada 3. 1 sharing 2 bilik. 1 dalam master bedroom. 1 lagi dekat belakang. Dapur pula ada dry & wet kitchen. Siap dengan peralatan masak kuali, senduk, sudip, rice cooker, microwave, fridge, dapur, pisau, pinggan, cawan dan lain-lain. Korang tinggal nak bawak bahan basah je untuk masak ye. Jangan lupa bawa minyak ye macam kitorang. HAHAHAH. Lupa bawa minyak ha dah kena keluar beli pulak.

Kedai paling hampir adalah dalam 5 ke 10 minit ke luar. Kedai runcit biasa aje tapi boleh lah. Sepanjang jalan masuk ke dalam tu banyak jual durian kampung. Fuhhh memang syiok lah. Infact kat The Nahara tu pun ada pokok durian you olls. Tuan rumah is so baik hati bagi kitorang 2 biji durian untuk dikikahkan beramai-ramai. Abang Ipaq pula pi beli lagi 2 biji durian. 

Oh lupa, villa ni juga ada 1 swimming pool yang airnya datang daripada sungai. So no klorin dan sejuk secara semulajadi gitu. Memang puas semorang berendam kat situ. Muat seluruh ahli keluarga The Shah. The best part of The Nahara ini ialah belakang dia sungai. Sungai yang tak ramai orang duduk berkelah dan bersih sesangat sebab terjaga. Tempat ni dia open to public juga untuk mandi-manda tapi terhad to beberapa family dalam sehari tak silap saya. Ada disediakan gazebo/wakaf untuk disewa. Toilet pon ada dekat situ. Senang sangat untuk sesi perkelahan.

Ok baru teringat, sebenarnya kitorang pergi ni masa bulan Disember 2013 to celebrate Atok Aji's birthday. We love you Ayah very strong and dari riak muka Ayah haritu memang dia puas hati dengan vacation kali ini. He loves the place so much sampai dia pi pusing2 kampung tu dengan motor pakcik yang jaga villa ni. HAHAHA.

Ok meh layan gambar. 

View dari villa ke sungai.

One of the room. Ini paling kecil kat belakang.

Living hall.




Elisa & Kakal bercengkerama
Road to sungai. Hehe.



BBQ pit dan peralatan disediakan ye.

The Siblings. Haru haru haru!

Ayah & Ibu.

Eh mana Umar?
Umar masih dalam rahim Ibu masa ni.

The cucus.
Elisa, Kakal, Afiq & Didin.


Dan percayalah, sekali pergi mesti nak pergi lagi. Sebab seronok sangat dekat sini. Cuma a lil bit pricey lah kan kalau tak boleh sharing the cost. Selepas pulang dari sini kami selalu kerindu-rinduan pada tempat ini. Menggamit sungguh. We ♥ u The Nahara. Gituuu~

Sesiapa berminat boleh drop komen nanti saya cek kan contact no dia ye.  Sekian, dan tahniah Fie. Berjaya siapkan 1 lagi entry dalam masa 2 bulan. KAHKAH.


* UPDATED *

Since ramai yang tanya Contact Person The Nahara ni maka inilah dia:

THE NAHARA, KALUMPANG
Kak Rahmah
019 431 2193