+ dag dig dug +

September 23, 2013

Trip To Penang-Part III (Bukit Bendera)

Assalamualaikum,

Tersengguk-sengguk lah nak menghabiskan post pasal Penang ni. Napsu turun naik nak update belog. Bertabah je lah.

Ok day 2 di Penang memang kami dah plan nak pi Bukit Bendera. Pagi² breakfast dulu then bawa budak² mandi kat swimming pool kejap kalau tak meroyan kekdahnya. Lepas itu baru kita bersiap ke Bukit Bendera.

Al-kisahnya ramai lah pulak duk beratur nak beli tiket. Haish, ni yang den tak gemor. Tapi sebabkan dah sampai kami pun beratur je lah beli tiket. Bukan kami, Auntie Adek yang beratur beli tiket. Mak² kena jaga anak² yang tak tentu arah. Sebab kat situ ada jual toys ye. Sabor je lah. Merentap² semuanya nak. 


Ticket Prices
Harga Ticket
 Standard
Biasa
My Card
Adult ( Dewasa )RM30.00RM8.00
Senior Citizen ( Warga Emas )RM30.00RM4.00
Child ( Aged 4 -12 years )
Kanak-kanak ( Berusia 4 - 12 tahun )
RM15.00RM4.00
School/College/University Student
Pelajar Sekolah/Kolej/Universiti
RM15.00RM4.00
Family Package
Pakej Keluarga

2 Adult + 1 Child
2 Dewasa + 1 Kanak-kanak
RM65.00RM17.00
2 Adult + 2 Child
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak
RM70.00RM18.00
2 Adult + 3 Child
2 Dewasa + 3 Kanak-kanak
RM75.00RM19.00
One Way (Sehala) - Adult/DewasaRM17.00RM5.00
One Way (Sehala) - Child/Kanak-kanakRM10.00RM2.00
Disabled Person
Orang Kurang Upaya
Complimentary
Percuma
 
Contact Details
PERBADANAN BUKIT
BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA,
AYER ITAM
11500 PULAU PINANG

Tel: 04-8288880
04-8288839
04-8288861
Fax: 04-8288862





Konon² mcm berdiri kt terowong lah...pfffttt

Haa baru ada gambar Abi.

Tengah nak amek gambor tiba² Kakal mencelah.
HAHAHAHA.

Kanak² excited tengok train bergerak.
Mak² & aunties menyorok kat belakang sbb gayat.





Look out point.

Belakang tu ada Owl Museum tapi kitorang tak masuk pun.
Just duduk dekat food court dia untuk lunch dan beli souvenir.


Food court dekat Owl Museum.
Oklah not bad.


Penat dan mengah jugalah berjalan walau takdelah besar mana pun kawasan kat atas tu. Tapi angin best sepoi² bahasa. Last jejak Bukit Bendera ni masa kecik kot, dah berpuluh tahun dah. Sampai dah tak ingat train jenis apa naik dulu. HAHAHA.

Yang kelakarnya masa dalam train nak turun tu Kakal terjerit²:

Kakal : 'Ibuuuu, Kakal tak dengarlahhhhhh!!!'

HAHAHA. Mesti sebab tekanan dari tempat tinggi kan buat telinga kita macam berdengung. Suruh dia telan air liur memang terkulat-kulat muka dia. Sampaikan ada Minah Arab tu suruh Kakal duduk & bertenang. HAHAHA.

Oklah time to go home. Nanti sambung pasal jalan² cari makan kat Penang pula ye. Yummmsss!

Eh, kalau berminat dengan produk Shaklee boleh jenguk sini ye http://shakebulous.blogspot.com/ atau contact seperti dibawah :

Fie Shah | ID 925951
FB : Fie Shah / Shakebulous With Shaklee
SMS / Whatsapp / Viber : 019-370 7110
Email : fiedashah@yahoo.com


Tata!!


September 13, 2013

Trip to Penang-Part II, The Gurney Resort Hotel & Residences, Penang

Assalamualaikum,

Sambung dari entry lepas : PART I

Setelah survey punya survey maka kami pilih untuk stay di The Gurney Resort Hotel & Residences. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum kitorang pergi ni ada kes ribut yang melibatkan kemalangan nyawa kat Penang. Memang ribut sangat kuat masa tu. Tapi kami teruskanlah juga trip ni sebab dah buat booking semua kan.

Alhamdulillah, cuaca sangat baik bila kami sampai di Penang. Tapi kesan-kesan ribut tu memang banyaklah. Pokok tumbang sana-sini. Wayar berselirat atas jalan. Huhu. Betul-betul depan hotel pulak tu. Ada sedikit gusar di hati tapi kami tawakal saja.

Muka bosan tunggu Jaja checkin

Kiddos

Lobby
Look at Aydin. Cheeky boy.







View from our room


The best part of the hotel.
Kids Pool! Siap ada mushroom bagai lah haiii.
Rate dia per night rasanya dalam MYR200++. Not bad for a pool view room. Hotel ni situated kat Gurney Drive. Jalan terus je boleh sampai lah Gurney Drive yang famous dengan hawkers tu. Memang 5 minutes drive je dari hotel. Recommended. Breakfast pun banyak pilihan.

Sila jangan tertipu.
Diorang saja je pretend tidur.
Boysss!!!

Till then, salam.




September 11, 2013

Raisya Adrianna's 3rd Birthday Bash.

Assalamualaikum,

Nampak I sekarang rajin update blog? Jangan tanya kenapa. HUAHUAHUA.

Baru lepas balik dari klinik. Anak bujang tu ketumbit pulak dah. Bengkak mata dia sebelah. Alhamdulillah dah tuam and letak ubat titik. Dah hantar taska pun sebab Doc Sue kata tak berjangkit. Doc pun bagi surat pengesahan untuk taska. Kalau tak lepas hantar tadi memang Ibu hangkut je pi opis. 

Baru nak update Raisya's birthday party. Thanks Shazz jemput kami datang. Sampai² je tengok Fad aka Mak Neng pun ada. Lega kita ada muka yang dikenali. Boleh ler menJemah bersama. Hikhik. Fad kurus ok. Jeles betul. Iman & Isma pula sangat adorable. Suami pun suka tengok Isma sebab dia friendly sangat. Asyik ler tersengih-sengih.

Sekejap je pun kitorang kat rumah Shazz, sebab lepas tu ada lagi satu open house. Tak dapat bergambau dengan birthday girl. Birthday girl not in a good mood. Alolo penat ye jadi pengantin Raisya? Tapi Dedeq Rania Auleeya sangat behave je dalam dakapan Mama dia. Sampai tertidur lah masa nak ambil gambar sesama. Comeiii sangat. Sempat Auntie kisskis dia sikit. Gerammm.




Feeling² jika beranak 3.

Mak Jemah & Mak Neng berserta bala tentera.


Thanks Shazz jemput kami. Thank you for the foods & goodies.

To Raisya,

Happy birthday sayang. Semoga menjadi anak yang solehah, jangan lupa Mama Babah Dedeq k. Mmmmuahhh!

Toodles!




September 10, 2013

Trip to Penang, 2013-Part I.. Nasi Kandar Line Clear.

Assalamualaikum,

Hari ni rasa rajin nak update pulok. Ini cerita dah agak basi lah. Tapi yang basi tu lah makin sedap nak cerita. KEKEKE. Ini trip to Penang dengan adik beradik minus Anaz. Alar Anaz biasalah busy semedang. Nyampah.

Ni masa bulan 6 haritu lah. Dah lama tak de trip ke mana-mana so kitorang pilih Penang. Penang kan famous for its variety of food. Amatlah sesuai untuk foodies seperti kami. Sebelum pergi memang dah survey tempat-tempat makan dan tempat menarik untuk dilawati. Gituuuu. Biasalah, kena well prepared. Kalau tak driver pun malas nak layan. HEHE.

So day 1, bergerak awal dah tapi biasalah travel with kids memang banyak ragamlah. Berhenti buat susu lah, nak cici lah. Berhenti makan kat RnR mana entah tak ingat.

Kakal : Otomen Mebiussss menyerangg Abiiii!
Ibu : (umm, otomen sangat)
Dah kenyang makan, kitorang teruskan perjalanan ke Penang. Woohoooo. Tak naik feri pun, naik jambatan je sebab semua malas nak naik feri. Pastu kitorang on waze sebab nak cari Restoran Kassim Mustafa Nasi Kandar. Tapi dah pusing berapa kali boleh plak tak jumpa. Stressss Mak Jemah hoiiii. Last² kitorang pergi Nasi Kandar Line Clear sebab kebetulan terlalu depan tu. Hohoho.

Kami masuk dari belakang. Ada satu kawasan khas untuk pelanggan Line Clear. Dan nak ke restoran tu korang kena lalu satu 'lorong tikus'. Bukanlah ada tikus kat situ, nama je lorong tikus kira macam jalan belakang lah habaq anggg!

Kitorang sampai dalam pukul 1.30 petang kot. Memang elok orang duk beratuq ambil nasi. Kami pun beratuq sama lah. Tapi laki kami je beratuq. Kami duk tunggu meja lah dengan anak². Bila laki kami dah ambil makanan baru lah kami tau yang family tak perlu beratuq. Nanti dema hantaq makanan dekat meja. Aiyoh, mana kami nak tauuu. Ha kan terus tukaq tune utara. Loklaq aiiii.








Hah padan muka sendiri. Sendiri letak gambar, sendiri terliur. Uwaaaaaaaaaa, nak nasi kandarrrr!!!!

Gangster Lorong Tikus.

Abi suruh pose.

Petunjuk arah ke jalan tikus.

Penat lah update curi-curi macam ni kan. Baiklah kita sambung later ye.

More to come. Sebab banyak dapat gambar ha. Harap rajin lah lepas ni update blog. Kalau tak nanti suami asyik tanya. 'Apa dah jadi dengan blog awak?'. Concern sangat. Terima kasih suami.

Till then, toodles!



September 5, 2013

Senduk Fifieeeeeeeeee : Resepi Sardin Puff Simple.

Assalamualaikum,

Salam 29 Syawal. Masih berbaki satu hari untuk mengerjakan puasa sunat Syawal. Harini tak keluar lunch lagi nak siapkan assignment pastu nak blog kejap. NGEHEHE.

Ok harini nak share resepi yang senanglah amat. Resepi ke pun. Macam makanan segera je rupanya. sap sap soiii je dah siap haaaa.




RESEPI SARDIN PUFF SIMPLE

Bahan² :

- Puff pastry jenama Kawanku (segera punya tak perlu ko nak canai² bagai..sesuwei untuk orang malas tak cukup masa)
- Sardine sebagai inti (atau apa² yang engkorang suka sebagai inti)
- Telur (nak lekatkan dan sapu atas puff tu bagi berkilat)

Cara² :

- Keluarkan puff pastry yang memang dah sedia terbentuk comel.
- Masukkan inti yang telah siap dimasak terlebih dahulu.
- Lipat ikut suka. Yang tepi² tekan² pakai garpu je.
- Sapu kuning telur di atasnya.
- Bakor dalam 10-20 minit.

SIAP!!!

Tak ke senang tu Kak Ton? Silalah buat. Hujan² ni sedap ok makan. Lagi² waktu petang cicah bersama Teh O. Hoiii sedap.

Ok dah tu je.

Bai.

p.s: sesape mencari supplement untuk KESIHATAN, IBU MENGANDUNG, KESUBURAN, KEINTIMAN SUAMI ISTERI, BERPANTANG, PENYUSUAN BAYI, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, JANTUNG dan sebagainya boleh cek these out :

email : fiedashah@yahoo.com
FB page : shakebulous with shaklee




September 4, 2013

Because I ♥ You..

Dear Ariff Haikal,

Patutnya Ibu siapkan asssignment waktu ni. Tapi tetiba ter browse entry lama² dalam blog ni. And I found this....


You were a month old when I wrote this post. Tak pandai apa pun lagi. HEHEHE. Now dah besar panjang anak bujang Ibu. Dah pandai baca AlFatihah, doa² ringkas. Paling pandai nyanyi. Ok, itu memang gen Ibu ngan Abi. Kita kan giler karoks.

Bukan itu Ibu nak cakap. Ibu nak bagitau Ibu nangis baca entry tu. Teringat macam mana susah masa dalam pantang. Macam² dugaan. Ibu sayang awak. Masa Ibu tak dapat BF awak, Ibu rasa useless. Useless sangat. Ibu asyik fikir mesti awak tak sayang Ibu nanti. Mesti awak tak rapat dengan Ibu. I was so depressed nasib tak meroyan. 

But now Ibu nampak, awak memang sayang Ibu. Dan jangkaan Ibu semua salah. Alhamdulillah. Masa Ibu pergi kursus awak cari Ibu 'Nak Ibuuu, nak Ibu' sebak je Ibu dengar. Lepas tu awak terjaga tengah malam cari Ibu. Awak cakap kt Abi ' Kakal sayang Ibu' alololo. Nangis Ibu dengar tau.

Ibu harap awak sayangilah Ibu ngan Abi sampai bila² ye.

Ibu emosi ni. 

Layankan je lah.


T_____T



intan payung gunung meletup