Assalamualaikum,
Salam 9 Syawal.
Dah mula kerja semalam. Patutnya kelmarin tapi aci ngelat..MC. Hohoho. Tapi memang tak larat nak pi opis pon ye jugak. Semalam masuk pon lemau harini ok sikit. Ceria sikitlah.
Ramadan dah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga diterima segala amalan dan ibadah. Ramadan kali ni memang terlalu banyak dugaan dan pengajaran untuk diri sendiri. Memang tak boleh lupa sampai bila².
Kakal & chicken pox
Siapa tak tahu chicken pox? Chicken pox ni demam cacar air. Dia lain daripada campak ye. Campak tu 'measles'. Sebelum chicken pox tu keluar, Kakal demam. Asal malam je temperature dia naik. Hairan juga sebab dia selalunya demam kalau batuk atau selsema. Tapi ni takde pape tau² demam. So dah suspek macam ada yang tak kena.
Esoknya tu Ibu ambil EL nak jaga Kakal. Nanny datang rumah nak bawak kan pi klinik. Bila Nanny buka je baju Kakal terus dia cakap 'Ini chicken pox ni!' Ibu muka blur. Teruk Ibu kau ni Kakal, tu pun tak perasan. HAHAHA. Yelah mana nak tau, tak pernah nampak. BIla pi klinik doctor pon mengesahkan. Maka kena kuarantin lah Kakal.
Tips/ petua untuk anak² demam chicken pox :
1) Cari daun semambu/bambu/kambu buat mandi dan letak kat tempat tidur dia. Yang ini untuk hilangkan miang. Kakal selalu mintak daun ni buat sapu2 kat badan dia bila gatal.
2) Calamine lotion with menthol - yang ini untuk kurangkan rasa gatal juga. Menthol tu berangin jadi badan dia rasa sejuk dan sedap. Simpan dalam peti sejuk lagi sedap. Ni untuk sapu jangan ko bagi dia makan pulak! Tapi ada setengah budak tak suka.
3) Air basuhan beras - yang ini untuk hilangkan parut. Boleh juga rendam sekali dengan daun bambu tu.
4) Jangan kena hujan, ini memang pantang. Takut parut berlubang katenyaaa..
5) Jangan menggoreng/menumis dalam rumah - nanti gatal. Erk, kalau tak menggoreng/ menumis nak makan apa ye dak? Jadi tak relevan sbb aku goreng je. Alhamdulillah takde mende.
6) Jangan keluar. Sila kuarantin kan anak anda sehingga chicken pox tu kering dan luruh sendiri. Sebab masa kering tu yang berjangkit. Tapi sebabkan Ibu tak banyak cuti terpaksa bawa Kakal pi opis. HUHU.
Errmmm, ituje kot. Eh ada lagi.
7) Air kelapa vs ubat anti-viral - ok yang ini ada percanggahan pendapat antara doktor otai vs doktor lain. Doktor otai kata jangan bagi antiviral, minum je air kelapa bagi semua keluar. Sebab bila amek antiviral nanti ada kemungkinan kena balik di masa hadapan. Doktor lain cakap amek antiviral sebab kalau jika melarat boleh menyebabkan jangkitan lain. Ibu bagi antiviral sebab taknak ada jangkitan lain pula nanti. HUHU.
Alhamdulillah, lepas seminggu semua dah kering dan sempat Kakal beraya. Parut memang ada tapi tak banyak.
Itu cat ka kapurrr? |
Tolong Nanny buat biskut ghayer. |
Ha kembar! Sorang kena, dua2 kena. Yeyen & Kakal. |
Dugaan lain.
Banyak.
Tayar motor Abi pancit.
Jalan sesak sampai tak lepas pi opis.
Cuti habis.
Kesabaran dan keimanan diuji.
Andddd the list goes on.
Tapi Alhamdulillah, berjaya harungi semua sehingga akhir Ramadan. Allah beri ujian & dugaan setimpal dengan kemampuan kita. Tak semua ujian/dugaan itu sebagai HUKUMAN/BALASAN atas dosa² kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin diberi ujian sebagai kafarah (penghapus) dosa² kita yang lalu. Wallahu'alam.
Ikutkan hati boleh meroyan, down giler sampai stress hari². But I know its not good for me. Not in this condition. Dan fikirkan kita dalam bulan baik, setahun hanya sekali. Takkan nak berbalah, kalau pun taknak hormat orang, malulah dengan Allah. Malu sungguh saya bila Allah dah bagi peluang untuk kita beribadat dengan ganjaran yang berlipat ganda tapi kita pi punggg panggg punggg panggg benda tak elok. Perangai saya ialah DEFENSIVE. Tanya suami saya, sepatah dia tanya seribu patah aku bagi balik. Tapi bila benda tu jadi I choose to kept silent dan memaafkan. Kenapa?
Diam is always the best way. Suami saya pesan "Yang, diam tu bukan bermakna kalah, tak bermakna membernarkan tapi kalau mengalah pun takde jadi apa kan?" Dan masa kuliah Ramadan ustaz ada pesan, lebih 3 hari tak bertegur sesama saudara Islam pahala amalan kita akan tergantung (wallahualam). Cukup dengan sekadar sebuah senyuman diberi dengan ikhlas kepada mereka yang tidak mahu memaafkan kita. Jadi, saya pilih untuk senyum dan senyum dan senyum.
Manusia bukan maksum (tak pernah berdosa) manusia sifat dia adalah pendosa. Dengan itu sempena Syawal yang mulia, saya mohon ampun dan maaf. Jika ada tersalah kata, terusik sini sana, terkata dengan sengaja, teramek tanpa bicara..saya MOHON MAAF ZAHIR & BATIN. Pintu cubicle saya sentiasa terbuka, whatsapp/wechat/sametime pon sama. Nak luahkan apa terbuku di dada? Hubungilah saya tanpa segan silu di dada.
PEACE!!
Doa untuk Mesir kini ye kawan2. Juga Syria dan Palestin serta seluruh umat Islam. Amin.
Nota kaki : Takziah juga buat sahabat saya Siti Juliana atas pemergian abangnya ke rahmatullah. Allah lebih menyanyangi Angah. Be strong sayang.