+ dag dig dug +

May 9, 2013

Senduk Fifieeee!!! - Resepi Puding Roti & Sos

Assalamualaikum,

Dah lama mengidam puding roti ni sebenarnya. Dari sehari ke sehari nak buat tapi tangguh². Bila Eina yang jauh di mata dekat di hati tu wassap kat group tanya pasal resepi ni kat Kikie rasa macam..ahhhh inilah masanyaaa untuk buat! Sebelum ni dah beberapa kali buat..tapi resepi Kikie ni lain macam sedapnya hoiiii. 

So far saya dah buat 3 kali kot guna resepi ni. HAHAHAHA. Memang terbukti sedap kalau dengar dari Suami, anak dan kawan². Ewahhh...

Sedia untuk dibakorrr!

Selepas di bakorrr!
Bawa masa Jamuan Unit.

Ni masa potluck Divas

Ok now meh share resepi!

RESEPI PUDING ROTI & SOS

A. Bahan² puding roti :

1. Roti putih (atau apa2 roti yang korang suka) - 1 bungkus
2. 500 ml susu full cream
3. Setengah tin susu krimer
4. Kismis/ Pecan/ chocchip atau apa2 yang korang suka - optional
5. Serbuk cinnamon - saya tak letak
6. Esen vanilla - satu sudu kecil
7. Gula halus - 
8. Butter.

B. Bahan Sos

1. 500 ml susu full cream
2. setengah tin susu krimer
3. 2 biji kuning telur
4. esen vanilla - 1 sudu kecil
5. gula

Cara² bagi bahan A :

1. Sapu nipis butter kat dalam bekas yang kita nak guna utk elak melekat.
2. Koyakkan roti sedang² dan susun dalam loyan. Takde susunan yang tepat ye, main belasah je lah takyah ikut grid ke apa.
3. In between roti tu taburkan chocchip ke kismis ke kacang ke.
4. Dalam bekas berasingan, campurkan krimer, susu full krim, esen vanilla, 1 cawan kecil gula. (ikut tahap kemanisan yg korang nak) Kacau kan semuanya.
5. Then tuangkan bahan yang telah dikacau kt no.4 tadi tu ke dalam bekas yang korang dah susun roti tu. Tekan2 sikit dengan garfu bagi meresap dan biarkan dalam 20-30 minit utk adunan tu meresap ke dalam roti. 
6. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. 

Cara² bahan B :

1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk.
2. Panaskan atas api dengan api yang perlahan.
3. Kacau perlahan² sehingga mendidih dan pekat.


Ready to serve!! Bon appetite! Selamat mencuba dan menjamu selera. Kalau sedap bagitau Mak Jemah, kalau tak sedap sukati lah korang nak bagitau siapa. Bahahaha.

Tata..adios amigos.






May 8, 2013

Bahang PRU13

Assalamualaikum,

So macam mana masing2 menerima keputusan PRU13 ini? Saya cuma bersyukur segalanya selesai dan tiada perbalahan berlaku. Oppss siapa kata takde? Perbalahan fizikal mungkin takde, tapi perbalahan keyboard saangatttt banyiakkkk ye. Kepada yang tak tahan sila jangan ber FB, Twitter sangat 2 3 hari ini. Dikhuatiri kita pun tergolong dalam golongan 'keyboard warriors" itu. Huhuhu. Seriously, dah ramai yang saya unfriend dan hide kan post yang berbaur racism dan politik. Yang light² tu masih boleh diterima tapi kalau dah tahap memaki dan provoke memang mintak maaf saya terpaksa hide.

Apa yang best PRU13 ni? 

Op kos lah kerana dakwat kekal yang dicalitkan ke kuku ibarat sedang di manicure oleh akak-akak SPR. Terima kasih akak, sampai hari ni masih kekal di jari manis saya. Saya kelihatan sungguh anggun berkuku biru. HAHAHAHA. Lepas itu merata-rata di Instgram, FB, Twitter kelihatan jari-jemari berkuku biru tersebut. Ini adalah sejarah..jadi harus dikongsi dan dipahat didalam hati.

Maka, terimalah. 




Jumpa lagi di PRU14.. InsyaAllah.

:)