+ dag dig dug +

January 30, 2013

Trip to Universal Studio Singapore : Teaser.

Assalamualaikum,

Rindunya menaip. Cuti lama membuatkan jari-jemari dompot ku kaku nak menaip. Beban kerja sudah bertambah kerana menanggung kerja Ila yang sudah selamat bersalin. Maka blog pun akan pelan² sunyi.

Update on trip to USS akan menyusul 2 3 hari lagi bergantung kepada tahap kerajinan saya mengupload gambar. TEEHEEEHEEE.

Sementara itu..sekeping 2 gambar sebagai teaser.

Aisewahhhh...gitttewww..







January 14, 2013

Weekend Kita =)

Assalamualaikum,

Kali ni weekend kami duduk rumah sahaja (baik tak?) sebab Abi kerja dan rumah yang macam kapal karam Titanic tu memerlukan perhatian. Segenap inci ruang rumah tu berlukan belaian. Terutama sekali part kain baju tu kena setelkan. Bila dah setel barulah sedap sikit mata memandang. Thanks to Abi juga sebab tolong tanpa dipinta. Thank you kerana beri kerjasama. Ailebiu.

Dalam rumah tu ada sorang je yang tak berapa nak beri kerjasama sepanjang weekend lepas. Ye, tak lain tak bukan budak kecik ni lah!!

jangan terpedaya dengan pandangan innocent itu


Macam² benda beliau lakukan untuk menguji tahap stress Ibu dia. Bermula dengan berak di atas karpet kerana Ibu telah menjalankan sesi 'Potty Training' sehinggalah menyepahkan rumah dari dalam bilik ke luar. Walau rumah sekangkang kera dan anak baru seorang Ibu tetap rasa mengah mengemas. Dan melayan vocal dia yang makin seperti orang tua. Dan sehari suntuk melayan dia mengulang filem 'Ajiboy' ohhhhh mannnn!!! Itu favorite line dia sekarang..kadang2 melalut jadi Oh Me..atau apa² Oh yang dia suka. 

Bila kena marah mulalah berdrama...

'Abiiii...kiter nak Abiiii' sambil kepala sandar kat atas meja..macam kecewa sangatlah tu.


Bila dengar bunyi pintu...

"Siapa tu? Siapa main² pintu rumah kiter tu?"


Bila suruh keluar dari bilik air lepas mandi..

"Kita belum lagi lah...Ibu janganlah keluarrr!" sambil menangis..


Bila suruh tukar channel lain selain kartun..

"Kiter nak tengok citer kiter lahhhh"


Bila ditakut-takutkan dengan momok sebab taknak dengar cakap..

"Kiter tak takuttt....kiter kuat, kiter ultraman"


STRESSS IBU!


Tapi dalam pahit ada manisnya (macam tajuk lagu) KEHKEH..


Bila ditanya banyak mana dia sayang Ibu..

"Banyakkkk niiiiiii!!" sambil depa kan tangan


Macam tu je dah cukup buat Ibu sejuk hati balik. Ibu love you Ariff Haikal. Ibu tau Kakal stress juga sebab tak dapat tidur hotel haritu (haritu Ibu cakap nak balik rumah kite bukan nak pergi tidur hotel, awak yang salah anggap) jadi Ibu & Abi akan gantikan dengan bawa Kakal tidur hotel nanti ye. InsyaAllah. Walau bajet hotel sekalipun, jadi lah ye Nak. Jangan demand sangat. 

Mari kita ngedeng Abi!!

Miahahahahaha.











January 8, 2013

"Gaza We Are With You" Charity Fund Event

Salam,

Alhamdulillah event tersebut di atas telah berjaya!

Event telah diadakan pada 29 Disember 2012. Which is sebenarnya sama tarikh dengan hari nikah sepupu ku. Sorry sangat tak dapat datang Kin, tapi masa hari sanding tu dapatlah datang. Event ni was organized bu two owsemmmm lady Kak Lana & Jaja (kakak I lettew). Yes, the idea to organized the event memang originally came from them. So bila Jaja tanya saya nak join ke tak. Of course I said yes walaupun aku tak tahu apa nak dijual. Tapi yang pasti memang nak join. Lagi pun tujuan event ni adalah jualan amal untuk Gaza. Semua keuntungan dan sumbangan akan di salurkan kepada Gaza melalui Aqsa Syarif iaitu NGO yang memperjuangkan isu Gaza.

Fikir punya fikir barulah buat keputusan nak jual Lasagna. Mini lasagna tu be exact. Saya share booth dengan Auntie Adik yang jual air minuman. Alhamdulillah sangat lasagna tu tengahari dah habis! Tak sangka sangat lah. Rugi pula tak buat banyak. Kalau tak sure boleh dapat kumpul lebih banyak. Sebelah booth kami Jaja & her friend Kak Mona. Kak Mona jual air lemonade yang tersangat best dalam dunia! Sudahlah tengah panas minum pula lemonade memang terbaiklah Kak Mons. Jaja pula jual baju kanak² & candies. Selain tu banuak juga booth lain yang memang berbaloi untuk dikunjungi. 

Jaja, Zain Saidin & Kak Lana Mahbob

Our booth!

Collage

Achik Face Painting pun join the event.
TQ so much

Booth Aqsa Syarif Ampang.
Saudagar lemonade-Kak Mona

Oh My English!
Thanks for your support Zain Saidin.

Ada budak tak sabar nak face painting.

Jutaan terima kasih kepada yang hadir untuk menyokong kami & Gaza. Terharu sangat dengan sambutan yang di luar jangkaan. Terima kasih tak terhingga to Kak Lana & my sister Jaja for giving me the opportunity to join this event. It really meant a lot to me. Bila Kak Lana announced the amount that we managed to kumpul, rasa nak menangis. Ya Allah terima kasih kerana permudahkan semuanya bagi kami. Semoga usaha kecil ini dapat membantu mereka di Gaza. Dan usaha kecil ini bakal menjadi saham akhirat kami semua. Semoga Allah berkati. 

Dan dari page FB Aqsa Syarif baru² ada announced yang mereka ke Gaza dengan semua kutipan yang telah dikumpul. Semua kutipan adalah berjumlah 2.5 million termasuk RM17,363.00 yang dikutip daripada event 'Gaza We Are With You' ini. Alhamdulillah. Allahu akbar!

Terima kasih! Hanya Allah swt yang mampu membalas setiap sen yang anda sumbangkan. 


Dan, ini my favourite pictures of the day. 


Kakal meet new friend.

Yup thats me.
Ini bukti aku tertangkap oleh Abi dalam percubaan untuk berbelanja.
KEHKEH.


January 3, 2013

Auf's 3rd 'Race Car' Birthday Party!!

Salam,

Saya harus mengerjakan entry ini dengan kadar segera kerana telah dipaksa oleh DAYU & REEN. Hahahaha. Habis korang aku dah highlight nama engkorang besor². KEKEKE. Nak upload kat FB memang ahgak lemau sebab tak boleh akses FB kat opis ahkak yang hebat ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yaya Bonda Auf kerana menjemput kami sekeluarga ke birthday party Auf. Thank you Bonda! Berbekalkan gps dalam hp iaitu WAZE kami pun meneruskan perjalanan ke Ulu Yam Baru. Alhamdulillah tak sesat cari rumah parents Yaya. 

Sampai² tu tengok Lylie dah ada. Yaya yang introduce Lylie kat saya, kalau tak malu juga nak tegur. HEHE. Nurul & Reen tak sampai lagi rupanya diorang sesat. Jadi berbuallah dengan Lylie & Yaya. 

Birthday cake Auf!
Bonda tengah control emosi Auf..hahaha

Birthday boy selepas sesi potong.
Mamat kerinting yang handsome

Motif bergambar dengan sudu sebab cantik sangat sudu tu.

Hah cantik tak?
Yaya is so creative dan rajin.

Luqman!!!
Mak² sibuk berborak dia sedap je makan.

Lylie :)

Tempat kanak-kanak menghitamkan kaki.
Takde pula gambar Fahrin, Raina, Auf  & Alya main sama².
Barisan mak² blogger.
Me, Anita, Reen, Nurul & tuan rumah Yaya.
Auf jauh dari bonda sebab nak main.

Anak² minus Fahrin & Raina yang dah berlari ke belakang.
HAHAHAHA.

Thank you so much Yaya for having us. Memang lepak lama makan pun banyak. Foods semua sedap dan anak² pun gembira main bersama. Next time kita lepak lama sikit  ok. Borak² & gossip² . HEHEHE.

Sorry tak banyak sangat gambar sebab Abi sibuk vaping dengan Babah Fahrin..pfffftttttt!!!

Lastly, HAPPY BIRTHDAY ABANG AUF! Tak lama je lagi nak jadi abang. Be good ok. Mmmmuahhh!!!


Sekian.





January 2, 2013

02012013

Assalamualaikum,

Wooott to my first entry of the year. Kekekeke. Tak sempat pula nak buat last entry of 2012. Sobss.

So celebrate new year ke you oolls? I celeb atas katil je..pukul 10 pm dah berdengkur anak-beranak. HAHAHAHA. Bunga api satu hape  pun tak dengar. Maklumlah rumah pun jauh dari kota metropolitan KL.

Azam tahun baru?

Hmmmm...sama je kot macam azam tahun lepas. Cuma tahun ini yang pasti nak habiskan diploma dan nak more babies! Insya'Allah. Semoga Allah permudahkan, beri rezeki yang halal, kesihatan yang berkekalan & rumahtangga yang bahagia. Amin ya Rabb.

Kepada u olls, I wish you have a blast year! Semoga semua ceria dan sihat selalu. Aminnn.

Last sekali terimalah.....







SUPERMANNNN DOBOTTTTT!!!