Assalamualaikum,
Salam Aidiladha kepada semua walau pun dah lepas. Moga pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail kekal tersemat dalam hati kita. Sambutlah dengan bercerita pada anak² kecil apa sebenarnya erti pengorbanan. Saya cerita juga kat Kakal walau dia macam dengar tak dengar tapi takpelah cerita je. HAHA.
Sehari sebelum Aidiladha kami tak diberi half day pun. Tskkkk, nangis teresak-esak sebab kebiasaanya memang dapat tapi tahun ini tak dapat memang ada rasa nak mencarut je satu hari tu. Sudahlah taska half day, Mak² semua kena angkut anak bawak mai opis. Jangan marahlah kalau anak² kami bising. Oklah benda dah lepas tak elok dikenang, cuma tahun depan tu usahakanlah sesuatu. Thank you.
Raya seperti biasa 4 rumah wajib pergi bukan harus dah wajib! Rumah Ayah, Mak Mertua, Nenek dan Nanny Midah. Rumah Nanny selalu last sebab lepak sampai malam. HOHO. Takde banyak snap gambar pun semua pakai kamera hp je.
The Shah's |
Nanny!!! |
Hari Sabtu pula, adalah hari melawat kawasan bersama bakal pengantin kita iaitu abang saya Anaz. Oh dah besar dah kau bang nak kahwin dah. Alhamdulillah. Syukurrrrr.
Ini pestime jejak Cyberjaya ok. Kawasan sasaran adalah Taman Tasik Cyberjaya. Pehhhh terbaiklah sebab piknik jam 11 pagi. Amekkkawww matahari tegak atas kepala. HAHA. Yang seronoknya budak² sebab ada playground yang hebat. Dah lah luas tapi pelik takde manusia kat situ. Kitorang je kot ada. Scenery cantik juga tasik penuh dengan teratai layu di tasik madu. Cantik sangat. Tapi takde orang maybe sebab tak banyak facilities.
Piknik u ollss! |
Ariff Haikal |
Aydin Qaliff |
Afiq Harris |
Pengantin jaga kanak² |
Hope everything will go smooth sailing bulan Disember nanti. Tolonglah jangan ada yang cuba membuat aku naik hantu on that day. Because seriously takde siapa takut pun dengan aku kalau naik hantu. But try me. Expect the unexpected! MUAHAHAHAHA *evil laugh*