+ dag dig dug +

September 27, 2012

Random Notes

Assalamualaikum,

Lamanyaaaa tak jenguk sini. Tiada alasan kukuh untuk diberi. Sejujurnya saya malas. Itu saja. HAHAHA. Tapi tadi buka Nuffnang, eh eh ada iklan melekat rupanya. Baiklah, kita nak bagi cukup RM50 je ni. HOHOHO.

Buka dashboard blogger rupanya ada comment waiting for approval. Aloh, satu je pun kecoh. Tapi komen ni lebih kepada soalan dan pendapat. Kesian mesti tertunggu-tunggu jawapan saya. Saya faham, sebab saya pun suka google semua benda untuk dapatkan pendapat or pandangan. Ada lah sekali dua, bila tanya kat blogger lain haram nak dapat jawapan. HOHO. Saya harap saya dapan jawab soalan Puan walaupun lambat. Minta mangap penunggu gua!


Maaf ye lambat reply Shakinah.

Saya memang ada niat nak review pasal Taska ni. Tapi nanti-nanti lah. Mungkin lepas final exam hujung bulan Oktober ni ke. As for now yang saya boleh katakan adalah macam di bawah saje. Harap sedikit info ini dapat membantu Shakinah.



Final exam is just around the corner. Tskkk.. so panic button is ON. Panik gila sampai dah berapa hari kerja tak berapa jalan kat office ni. Asyik mengadap test, assigment, quiz QMT. Nasib baik ada rakan sekolah yang rajin+baik hati+tak kedekut ilmu+pandai  macam JUJU (belanja aku subway sebab puji kau!). HAHAHA. Dengan adanya JUJU, maka saya lebih menjadi seorang yang rajin buka buku. Kalau tak maybe  hantar kertas kosong je lah final exam nanti. Jangan lupa ye JUJU, tahun depan ajar I biz math. KEKEKEKE.

Ok nak balik ke pangkuan suami dan Ariff Haikal. Sebelum signing off, nahhhhh muka budak yang hari² bikin IBU naik hantu. HAHAHAHA. 

Rambut k-pop tu dah kena kerat!









September 12, 2012

Ceritera Open House BKP

Assalamualaikum.


Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut....malas bertubi-tubi.


Tiada hari yang sepi tanpa Open House, hatta weekend mahupun weekdays! Bermula kelmarin marathon Open House telah bermula di MATRADE. BKP yang mulakan..bahagian paling ramai staff dan nadi MATRADE (ewahhh ewahhh statement kau Mak Jemah) MUAHAHAHAHAHAHA.

Ok, kita marathon gambau ajelah noks. Gambau pun malas nak edit. Memang letak je macam gitu.


Riang Ria Hari Raya
Menu : Nasi Hujan Panas & Puding Diraja (yumsss!)

Divas ada dimana².
Jaga²...ada yang memeratiiii (Kiah Propa)
Admin Unit with our Big Boss.
Oh, ada juga bukan unit admin disitu.. 

Hari ini, lusa, tulat dan weekend jadual full full full. More pics to come. Bulan ini kita layan gambar je. Entry berfaedah? Apa tu? Muahahahaha.

Semoga murah rezeki semua yang jemput Open House ni. Bukan senang nak bagi orang makan kan?


September 4, 2012

Kakal & Car Seat

Assalamualaikum!

Muahhh mmmuahhhh kat semorang.

Over tak Mak Jems? Sebab kan dah lama tak update belog. Rasa rindu pulak, kekok pun ada haaa. Macam dah lupa tatasusila berbelog. Jadi apa jua salah silap maafkanlah Mak Jems. HEHE.

Nak cerita pasal Aidilfitri tapi gambar belum habis edit. Nanti ada 'orang' marah kalau published gambar dia tanpa edit. Ellehhh~ Barulah originality tu terserlah kan? Takpe, lagi 2 3 hari mungkin akan update. Nak update kisah car seat ni dulu.

Umur Kakal sekarang dah nak masuk 2 tahun 4 bulan. Kalau ikutkan dah tak perlu pun pakai car seat ni. Sebab dah besar kan. Tapi memandangkan perjalanan pergi balik ke tempat kerja kami akan melalui highway, maka saya amatlah risau sepanjang perjalanan. Ini budak bobot mana reti duduk diam. Dia berdiri, pergi celah tu nak cium Abi dia. Lepas tu nak tanya Abi apa tu? Abi apa ni? Risaulah, kereta tengah bergerak laju dia nak berdiri melompat². Lagi² dengar banyak kes haritu. Memang menakutkan. 


9 months old
Dalam carrier otw to JB
Mengucap banyak² ye tengok aksi ini.
Carrier turun temurun dari Mummy Jaja.

Almost 1 yr old.
Otw back dari rumah Nurul Jamian.
Car seat turun temurun dari Mummy Jue.

Mula² agak risau penerimaan Kakal nanti. Nak ke dia duduk dalam car seat lagi setelah agak lama beriba atas pangku Ibu. Kalau nak tidur dia akan peluk Ibu dan baring kat bahu. 2 jam perjalanan, 2 jam lah tidur berpeluk. Sakit pinggang toksah cakaplah. Tapi sampai bila nak berpelukan je kan. Lagi pula macam tak berapa selamat untuk perjalanan yang jauh. 

Setelah buat survey sana sini, kami akhirnya tekad nak ajar Kakal duduk dalam car seat semula. Beli brand Sweet Cherry dekat AEON AU2. Nak beli ni pun masalah juga, ingatkan boleh beli car seat biasa tapi rupanya ada had muatan. Car seat biasa sampai 18 kg sahaja. Maknanya memang tak boleh lah untuk Kakal . Maka child booster seat lah paling sesuai. 





Ini antara features Child Booster Seat by sweet cherry:
  • Suitable from 9 to 36 kg
  • Extra padded seat for children from 9 to 18kg
  • Backrest can be removed to become booster seat for children from 22 to 36kg
  • 5-point, 1-pull safety harness


Alhamdulillah, so far dia ok duduk dalam tu as long as ada benda untuk alihkan perharian dia. Kalau tidak nanti dia jerit 'Nak duduk Ibu, nak duduk Ibu!'. Sesekali bila tak sampai hati tu ribalah juga dia. Tapi sesekali je lah. Tak boleh selalu nanti naik lemak. Ibu pun dah tak larat riba awak sangat sayang. HAHA.  Kalau sebelum ni tangan Ibu ni lah jadi seat belt awak, sekarang ni dah ada car seat silalah manfaat kan ye. 

Yeayyyy!

Berjaya siapkan satu entry walaupun lemau nak mulakan. Dengan itu marilah kita pulang ye. Selamat berbuka kepada yang berpuasa 6 atau ganti (itu saya). 

Sekian, terima kasih daun keladi
Kalau berani, jenguklah sini lagi!

Tata!