+ dag dig dug +

August 16, 2012

Salam Aidilfitri Daripada KAMI

Assalamualaikum,

Semoga masih sihat dan segar semua meneruskan baki² Ramadhan. 

Kami sekeluarga dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang singgah di blog ini (bajet ramai readers sangat kau ni). 

Selamat pulang ke kampung halaman, sure ramai dah tak sabar nak bercuti termasuklah orang yang beraya di Kay Ell oh KAY ELL macam saya. MUAHAHAHA. Berhati-hati di jalan raya, jangan main mercun ye adik². Malam raya nanti siapa main mercun dekat Gombak siaplah dia! Bising tau!

Dengan itu, mohon ampun maaf andai ada penulisan yang mengguris hati dan perasaan kalian.



credit to Rashdi Amin / Peveyhack.com


edited : Mohon maaf juga bagi pihak Geng Divas untuk sesiapa yang pernah kami sakiti (macam geng gagak hitam lah bajet samseng)


7 jahanam!



August 14, 2012

Iftar with Peveyhack.com Family

Salam semua!

Mengah!

Baru lepas photoshoot untuk send email to all MATRADE sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Tradisi lah kat sini, semua pun send out ucapan beserta pose pose raya. Tahun ni dengan bos baru. Selamat datang bos!

Ahad lepas berkesempatan berbuka bersama family Peveyhack.com. Sebelum berbuka, semua berkumpul dekat studio Peveyhack dulu untuk..untuk apa lagi kalau dah namanya photographer..bergambar ajelah kojenya. Tapi takpe, iLike. HAHA. Tapi hubs ni tak inform awal² pasal nak shoot gambar satu family sekali. Memang baju tak matching je lah jadinya. Gambar family tak dapat lagi dari Tokey Peveryhack.com, Abang Rashdi Amin. Tak sabar betoi Mak Jemah.

Kemudian bergeraklah kami beramai-ramai ke Metropoint Kajang. Lebih kurang 5 minit je dari studio. Tak pernah jejak ke situ lagi. Tapi banyak juga kedai best² kat situ. Cuma surau agak kecik, crowded jadinya. Ambil wudhu pun kena beratur ye. 

Kami berbuka di Kajang BBQ Steamboat. Sama macam Liki-Liki juga, kat sini pun ada bbq sekali. Pilihan makanan memang awesome! Yang saya makan haritu Nasi Tomato dengan ayam masak merah. Steamboat & bbq ada macam² seafood. Memang sedap. Harga dia tak silap RM29.80 per pax. 

Abi, senyum!! (arahan isterinya)

OK, terliur.
The whole family. Penuh kedai.
pic credit to Rashdi Amin (peveyhack.com)

Candid moment.pic credit to Rashdi Amin (peveyhack.com)

Tq boss!pic credit to Rashdi Amin (peveyhack.com)

Tengah nak pergi solat tu sekali ternampak Lynda Zain & family. Yelah Kajang kan tempat permainan beliau. HEHE. Semangat betul Zandra, Kakak Batrisya pula marah² kita dukung adik dia. Auntie tak ambil adik awaklah, kakak. HEHE.

Dah sampai situ, jenjalan jap tengok banyak gila Fareeda imitation. HEHE. RM70 sekali dengan brooch besar tu. Tapi tak dan melepak sangat sebab Isnin kan kerja. Dahlah jauh Kajang ke Subest tu. 

OK, selamat meneruskan perjuangan di akhir² kepada semua!


August 13, 2012

Anak² Istimewa


Salam 24 Ramadhan,

Tinggal berapa hari je lagi Ramadhan nak tinggalkan kita. Sedih, harap² berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan. Aminn.

Dah lama simpan hajat nak ziarah rumah anak² yatim atau anak² kurang upaya atau rumah orang tua². Tapi hajat tinggal hajat sehinggalah Atok Aji ajak anak² semua minggu lepas. Excited sangat nak pergi. Banyak kali tanya dekat Atok Aji & Nenek Nah. Kat mana? Apa nama tempatnya? Tapi info tak cukup sebab diorang pun ikut kawan². Yang kami tahu hanya tempat dia..di Bukit Beruntung.

Jadi hari ditunggu telah tiba. Awal² dah pesan kt Kakal. Nanti mainlah sama² dengan kawan² kat sana. Kesian kat diorang, takde Abi takde Ibu. Pastu dia tanya 'Pergi mana Ibu?' Jenuh nak menjawab satu² sekarang ni. Banyak sabar je lah, budak baru nak pandai berborak sorang ni.

Agak lambat bergerak sebab masing² kepenatan pagi tu shopping dengan Nanny, tertidur sampai pukul 5 baru semua hegeh² nak siap! Dah janji nak jumpa kawan Nek Nah dekat tol Bukit Beruntung. Dari situ kami konvoi. Dugaan pertama, hujan lebat sesangat. Dugaan kedua, sesat! Abang yang lead the way tu pernah datang tapi beliau lupa! Saborr je lah. Dalam setengah jam juga lah kami sesat. Akhirnya jumpa juga rumah penuh barakah ini.


Anak² kat sini bertuah yang amat. Rezeki bagi mereka tak putus². Menurut kata Mak Ngah, pengasuh rumah penuh barakah ini, rumah banglo ini disediakan oleh seseorang untuk anak² semua. Besar sangat banglo ni. Alhamdulillah rezeki diorang. Makan pakai semua cukup. Anak² diasuh dengan baik. Mendengar kata semuanya. Kata Mak Ngah petua hanya satu. Bacalah Al-Fatihah. Jadikan amalan. Kalau anak degil tak dengar kata, panggil datang dekat dengan kita, pegang ubun² dan bacalah Al-Fatihah kemudian usapkan dari kepala ke hati. InsyaAllah akan lembut hatinya. Wallahualam.

Saya tak sempat berborak dengan Mak Ngah tapi dengar beliau bagi tazkirah sikit² tu pun dah berjurai air mata. Mak Ngah pesan kepada kaum hawa, kita lah yang membentuk anak² kita. Tugas suami hanya sediakan keperluan dan kasih sayang. Perkara kedua yang penting untuk jadi bahagia ialah hormat suami. Suami ini hebat orangnya, kata Mak Ngah. 

Cubaan berkawan oleh Kakal.
Yang berbaju oren namanya Muhammad.
Baik budaknya tapi pendiam.

Baju putih itu lah Mak Ngah.
Yang tshirt hitam depan ni Mirza tak silap.
Mirza kena demam panas waktu kecil. Dah setahun mereka di sini.
Adik Mirza umur 2 tahun pun duduk sini juga.

Waktu kami datang ni ada 2 group sekali. Satu dari wakil pelajar² pengajian Al-Quran Masjid Negara (group Nek Nah) satu lagi group Pengamal Perubatan Islam, semua doktor² pakar. Ramai sangat, meriah gila. Budak² semua seronok tengok ramai yang datang. 

Wakil dari Persatuan Pengamal Perubatan Islam beri ucapan.
Solat ke main ni?

Waktu solat terawikh, saya duduk bawah jaga Kakal. Ambil kesempatan jenguk babies dalam bilik. Kesian, babies ramai yang kena chicken pox. Jadi tak dapat saya nak pegang dan gomol² mereka sangat. Sebab gerenti Kakal akan menyelit sekali. Ada sorang baby umur 6 bulan, saya nampak mata dia lain sedikit. Tapi saya tak tanya lebih lanjut..sedih. Yang jaga mereka pun adik² disitu juga. Dan ada juga pengasuh yang lain. Kasih sayang sangat erat antara diorang. MasyaAllah. 



Sesi terima sumbangan Aidilfitri.

Suap anak² makan.

Tetamu

Alhamdulillah, hati tenang betul bila berada di samping anak² istimewa ini.Even kita tak kenal mereka dengan rapat, tapi rasa kasih tu datang serta-merta. Sebelum balik saya sempat salam peluk cium Muhammad dan seorang lagi. Saya pesan belajar rajin², ingat jasa Nenek (Mak Ngah) sampai bila². Dua² mengangguk faham. *nangis*

InsyaAllah, Raya nanti nak pergi jumpa mereka lagi. Seronok!





August 6, 2012

Majlis Berbuka Puasa MATRADE

Salam 17 Ramadhan bersamaan dengan Nuzul Al-Quran.

Syoklah orang kerja Selangor semua cuti. Tskkkk. Orang duduk kat Selangor tapi kerja kat KL makan hati je tengok u olls tau. MJJ (Mak Jemah Jeles) please!

Jumaat lepas office Ibu buat majlis berbuka puasa. Meriah gila lah. Ramai betul yang datang dah macam majlis rumah terbuka pula. Paling seronok anak² lah. 


Divas berjubah dan anak²
Tak cukup korum..Linda & Sally takde..


Thank you Uncle Jiji for this pic!

Abi & his mini me. HIHIHI

Aaron & Kakal
Lihatlah time baik berpegang tangan, time gaduh bertumbuk!



Ok sekian itu sahaja. Kerja berlambak menanti. 


MALAS lah!