+ dag dig dug +

July 30, 2012

Sendukkkkk Fifieeee!! Resepi Lasagna

Assalamualaikum,


Salam Ramadhan. Bagaimana puasa kalian? Harap² semua berlumba-lumba ke arah kebaikan hendaknya.

Lama tak update kan. Salah satu sebab blogger kat office ni mengong. Header hape semua tunggang langgang. Cemuihhh menengokknya. Hari ini dah pulih seperti sediakala.

Sendukkkk Fifieeee! (baca ala² Fifie hotfm!)

Mood memasak bulan Ramadhan ni lain macam sikit. Sungguh pun penat tetap ada rasa nak masak sendiri. Maklumlah makanan bazaar kadang² bosan juga. Udah hari² benda yang sama kan. Kadang² satu bazaar 2 3 gerai jual benda yang sama. Jadi bila sampai weekend memang tak lepaskan peluang nak masak untuk family.

Minggu lepas buka puasa secara pot luck kat rumah Mummy Jaja. The whole family was there kecuali Anaz. Busy sungguh dia, takpe orang nak kahwin kena cari duit lebih kan? Tak tahu nak masak apa so tengok kat blog Ena nampak lasagna! Apalagasss kasi try lah seround.

Resepi saya amek dari SINI . Thank you for sharing. Siap ada step by step tuto ni I suka sangat. HAHAHAHA.


RESEPI LASAGNA kredit to Ana 


Bahan Utama :
Lasagna Instant Sheets (celur air panas sekejap bagi lembut sikit)
Mozzarella Cheese
Parmesan Cheese (optional)

Bahan Inti Sos Merah :
Cendawan Butang (1 tin)
Minced Beef/ Chicken (400 gm/ 1 paket)
Sos Cili ( 1 sudu)
Sos Spaghetti (1 botol)
Serbuk Blackpepper (sesuka hati)
Bawang Besar (1 biji)
Bawang putih (5 ulas)

Bahan Sos Putih :
Full Cream Milk / Fresh Milk (250 ml)
Butter (2 sudu besar)
Kepingan Cheddar (2 keping)
Tepung Gandum (2 sudu besar)
Garam (secukup rasa)




Cara - cara


Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. 
Tumis bwg2 yg di cincang td.. tggu sampai naik bau.. 
Masukkan pula daging cincang..
Gaulkan hingga daging berubah jd kaler
Kemudian tuang sos prego td.. tuang semua sekali..
Masukkan garam secukup rasa..
Masukkan serbuk oregano.. (saya tak letak)
Masukkan pulak cendawan butang..
Masukkan sesudu besar sos cili..
Tabur serbuk black pepper
Siappp..!!


Meh buat Sos Putih pulak :

Cairkan butter..
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je ye..
Masukkan susu full krim..
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
Siappp.. sila tutup api..


Cara Melapis Lasagna :

Ambik loyang yg sesuai..susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
Taburkan dgn inti daging td..
Tuangkan sos putih.. lg banjir lg bagus.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
Taburkan cheese parmesan dan mozarella
Ulang balik cara yg sama.. suka hati korang le nak buat berapa layer.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. ada paham..!! tp standart adalah 3 layer aje..
Lasagna yg dah siap di tabur dgn keju.. suka byk2 keju.. terbaikkk..
Masukkan dlm oven..
Make sure oven dah di panaskan awal2 dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit gak kot.. bergantung pd size oven korang.. guna api atas bwh ye..

Untuk resepi bergambar sila ke blog tuan punya resepi. Hihi. Thank you so much!

Saya buat 2 layer je sebab loyang besar kot. Tak dapat 3 layer.

Inilah hasilnya.

Sebelum dibakar 

Selepas

Mangsa keadaan selepas di bahammmm

Selamat mencuba!!!







July 20, 2012

Cara Sambut Ketibaan Bulan Ramadhan



Assalamualaikum,


Ahlan wa sahlan, marhaban Ya Ramadhan kareem. 

Esok umat Islam rata-rata menyambut Ramadhan. Alhamdulillah. Moga Ramadhan kali ini lebih baik iman & taqwa daripada sebelumnya. Marilah berlumba-lumba ke arah kebaikan. 

Planning sepanjang puasa dah dibuat. Tapi bila fikir-fikir balik semuanya urusan dunia. Huhu. Bila baca email daripada Biro Agama ni baru teringat yang tak ada pun planning untuk urusan agama. Terawikh itu memang masuk list. Tapi bab² lain pun perlu juga. Ada yang nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni siap dah plan satu hari kena habiskan berapa muka surat. Bagusnyaaaa. 

Dikesempatan ini juga saya memohon sepuluh jari jika ada terkasar bahasa atau kelakuan yang tidak disenangi. Ampun dan maaf dari saya dan keluarga.  


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM.


Saya share kan email daripada Biro Agama untuk renungan kita bersama :



1 . Memohon doa agar dipertemukan bulan ramadan.

Disunatkan sentiasa merafatkan doa agar dipertemukan Allah SWT dengan bulan ramadan dalam keadaan sihat bagi mengabdikan diri kepadaNya. Saidina Anas ibn Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila memasuki bulan Rajab, beliau akan berdoa;


قال : اللهمَّ بارِك لنا في رَجَب وشَعبان وبَارِك لنا في رَمضانَ.

Maksudnya: Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan ketemukanlah kami dengan bulan Ramadan.
2. Bersyukur apabila dipertemukan dengan bulan ramadan.

Menurut Imam al-Nawawi RA dalam kitab
al-Azkar , disunatkan bagi setiap Muslim tunduk sujud atau memuji Allah SWT takkala mendapat nikmat, atau terlepas dari sebarang musibah.

Antara nikmat Allah SWT yang paling besar ialah nikmat sihat yang membolehkan seseorang melakukan ketaatan dan ibadat kepadaNya, terutamanya di bulan ramadan.

Nikmat sihat merupakan nikmat yang sangat tinggi nilainya. Sebagai tanda syukur, sewajarnya kurniaan tersebut diiringi dengan alunan
tasbih, tahmid, takbir dan ibadah yang tulus ikhlas kepada Allah SWT. Semoga kita termasuk dalam kalangan hamba Allah SWT yang bersyukur.3. Meyambut dengan penuh keriangan dan kegembiraan

Para sahabat, tabiin dan kalangan
salaful soleh  sangat merindui ketibaan bulan ramadan dan bergembira dengan kedatangannya.

Tiada yang boleh menggambarkan kegembiraan tersebut melainkan dengan senangtiasa menceritakan kelebihan bulan yang penuh berkat, rahmat dan digandakan pahala bagi ketaatan yang dilakukan.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW setiasa memberikan khabar gembira tentang kedatangan bulan ramadan kepada para sahabatnya, dengan bersabda;



قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ ،شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ النَّارِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ خَيْرًا كَثِيرًا

Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kalian bulan ramadan, bulan yang penuh keberkatan, difardukan atas kamu ibadah puasa, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelengu padanya syaitan-syaitan, padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa dihalang dari kebaikannya maka sesunggunhya ia telah dihalang dari mendapatkan kebaikan yang tersangat banyak.


4. Merencanakan perancangan menghadapi ramadan

Setiap orang mempunyai perancangan dan akan senantiasa membuat perancangan dalam usaha mendapatkan sesuatu yang mereka cita-citakan, khususnya dalam urusan dunia. Sungguhpun demikian, tersangat sedikit dari kalangan mereka yang merangka perancangan bersangkutan dengan urusan agama.

Sebagaimana dinyatakan di atas, ramadan merupakan bulan terbaik untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Bulan keemasan untuk seseorang melatih dan membentuk diri menjadi seorang yang soleh.

Justeru, perancangan yang terbaik hendaklah direncanakan dari awal-awal lagi, agar ramadan dapat diimarahkan dengan pelbagai ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT.
5. Bertekad mengimarahkan ramadan dengan pelbagai amal soleh.

Ketibaan ramadan hendaklah disambut dengan tekad yang utuh untuk mengimarahkannya dengan pelbagai amal soleh, dengan perancangan yang penuh strategi, pada setiap saat dan ketika,

Bagi mereka yang merancang dan bertekad melaksanakannya dengan jujur dan ikhlas, mereka akan dibantu dan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam menuju kepada kebaikan. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 21;

Maksudnya: Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.

6. Mendalami ilmu dan hukum hakam berkaitan ramadhan.

Sesuatu ibadat tidak sah dan jauh lagi untuk diterima Allah SWT, sekiranya dilakukan tanpa mengikut kaedah dan lunas-lunas yang ditetapkan.
Justeru, menjadi suatu kewajipan atas setiap orang Islam memastikan mereka melaksanakan ibadat bedasarkan landasan yang benar.

Bagi melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain di sepanjang bulan ramadan, ilmu pengetahuan berkaitan denganya perlu dipelajari terlebih dahulu, agar ibadat yang dilaksanakan sah dan diterima oleh Allah SWT.

Menjadi tanggungjawab seorang muslim bertanyakan kepada orang yang mengetahui berkaitan perkara yang mereka tidak tahu. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ambia’ ayat 7: Maksudnya: maka bertanyalah kamu kepada
Ahlu al-Zikri  ( alim ulama ) jika kamu tidak mengetahui.

7. Berazam meyambut ramadan dengan meninggalkan segala dosa, maksiat dan perkara-perkara yang keji.

Bulan ramadan adalah penghulu segala bulan yang dijanjikan dengan pelbagai kelebihan. Ia juga dinamakan sebagai bulan taubah.
Sehubungan itu, bulan ini seharusnya disambut dengan tekad meninggalkan segala dosa, maksiat dan amalan keji yang biasa lakukan.

Sesiapa yang tidak bertaubat kepada Allah SWT di bulan ramadan, maka bilakah lagi masa yang mereka tunggu? Allah SWT berfirman dalam surah al-Nur, ayat 31,:

Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

8. Merancang program dakwah sepanjang ramadan.

Bulan ramadan sewajarnya diperbanyakkan program-program dakwah seperti tazkirah, pengagihan buku-buku atau risalah ringkas berkaitan ibadat puasa dan ibadat-ibadat lain yang wajar dilakukan.
9. Ramadan disambut dengan lebaran putih bersih.

Pastikan pada tahun ini dan tahun seterusnya ramadan disambut dengan lebaran baru yang putih bersih bersama.


By: Abdul Muhaimin Mahmood, 15 Julai 2012
" Ya Allah,Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Aku bermohon dengan kemurahan rahmat dan kasih sayangMu, Bukakanlah untuk ku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, " Amin





July 19, 2012

BBQ & Steamboat Liki-Liki, Platinum Walk Danau Kota.

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera.

Hujan ye pagi ini. Maka saya telah terlambat masuk office. Thumb print confirm lah merah. Attendance haku dah lah HIJAU ye bulan lepas. Tskkkk. Tapi alasan HUJAN pasti diterima, kan kan kan? HEHE.

Siapa suka makan buffet steamboat angkat keyboard sekarang!!!

Saya suka juga tapi selalu jumpa buffet steamboat ni mahal gila lah. Mahal untuk saya yang tak makan banyak ni, mahal untuk Suami saya yang tak makan seafood ittew. Jadi sebeluam Ramadhan bermula, kami pun mencuba lah salah satu restoran yang pernah masuk rancangan Jalan² Cari Makan dan pernah juga masuk surat khabar. Saja nak try macam mana.

Masa kami sampai tu, macam syak wasangka pula nak makan situ. Sebabnya TAK ADA ORANG makan kat situ. Jadi macam was-was. Sedap ke tidak ni, berbaloi ke dengan harga yang dibayar. Last² masuk je lah sebab dah sampai pun kan. Memang kitorang je pun yamg amek set buffet steamboat. Yang lain ala carte saja. Memang kitorang buat macam restoran sendiri. Bapa kali Abi ulang alik amek makanan. 

From my humble view, saya bagi 7/10 bintang untuk LIKI-LIKI. Buffet ok ok saja banyak juga pilihan tapi tak boleh lawan FLAMING STEAMBOAT lah kan. Seafood tak banyak pilihan tapi bolehhhlah untuk kami berdua yang memang jenis tak reti makan buffet ni. Sebab perut cepat sangat fully loaded. Ada juga pulut mangga, laksa, nasi goreng dan bubur kacang sebagai sampingan.

Tapi yang menarik bagi saya LIKI-LIKI bukan saja ada steamboat malahan BBQ juga. Daging, ayam, sotong, udang semua diperap dan kita tinggal letak atas periuk je untuk di BBQ kan. Dan yang menariknya lagi dapur LIKI-LIKI tak guna tong gas gabak yang setiap kali makan steamboat fobia nya aku takut meletup. Dapur diorang guna arang u olls. Ambil masa sikitlah nak bakar arang tu kan. Berasap sikit mula² tapi lepas tu ok dah.




Buluh buluh di sana sini.

Budak mengantuk..kesian.

BBQ

Pulut Mangga

Orang tamak selalu rugi, jangan tamak nanti kena charge!

Periuk.
Yang belah atas BBQ, belah tepi tu steamboat.



Berminat? Ini alamatnya..
selamat mencuba!!

Liki Liki Restaurant
Korean Thai BBQ & Steamboat
47-0 Platinum Walk
Jalan Langkawi
53300 Setapak
Kuala Lumpur



July 16, 2012

Weekend Getaway to Residence Desa Resort, Port Dickson

Assalamualaikum,

Tak sampai berapa hari lagi nak mula Ramadhan ni. Tak sabar! Tahun ni balik macam biasa juga. Biasalah Suami kerja company swasta susah betul nak bagi balik awal. Harap² sempat masak, kalau tidak beli saja lah di bazar. Itu pun kalau sempat singgah bazar.

Ini cerita dua minggu lepas kot. Takpelah tengah takda modal nak update ni marilah menceceh sedikit pasal ni. Hehe.

Sempena birthday Abi & Abang Ipar yang selang 3 hari je kami pun tempah bilik dekat sini untuk beristirehat. (Apa ayat aku macam skema sangat) Dah booking awal² pakai telefon je then minta govt punya price. Living hall dia besar, kitorang siap bawa toto lah untuk adik² bujang yang berdua tu tidur depan. Villa ni ada 2 bilik, ada juga 3 bilik. Kami amek 2 bilik je satu atas satu bawah. Ada dry kitchen juga, microwave untuk panaskan lauk ke kan.

Lunch & dinner semua kami beli or tapau. Malas makan kat situ baca review kata tak sedap. 

Hall
Hall
Pintu tu untuk naik ke bilik atas 
View from our villa

Ajar Afiq swimming.
Lain muka haku pakai spec Abi.

Tak larat Mummy kau layan
HAHHAHAHA

Aydin with Papa dia.
Kakal with Ibu!


The Shah's lil rascal!
Afiq & Kakal

Dinner dekat Bangi Kopitiam je
Town sangat crowded ye,malas masuk sana. 
Kakal & Didin
We're going home! (baju ni buat nampak macam preggie plak haii)
Kakal meragam masa ni sebab tak puas swimming sbb tu dia pakai pelampung lengan & pegang baju swimming tu
T___T

Sister Sister!

Next trip ke mana kita? Tunggu lepas raya lah ek. Mari menyambut Ramadhan Kareem dahulu.

Tata you ollzz!



July 11, 2012

Wordless Wednesday 40 : Instagram

Desa Residence, Port Dickson

Pak Long & Anak Buah

Diva sangat!

Pot Luck


Durian Jusco

^____^




July 9, 2012

School Baru Kakal ^__^

Assalamualaikum wbt,

Salam Isnin. Selamat berpuasa kepada yang mengganti ataupun sunat. Lagi 2 minggu je lagi ni nak masuk Ramadhan. Apa persiapan kita? Persiapan raya meletup-letup dah ni. Baju semua dah beli tapi tak sedar persiapan Ramadhan tak buat apa lagi haku ni. Mental & fizikal. Rohani & jasmani. Mampukah kita beribadat lebih baik dari tahun sebelum ini? Mari sama-sama tanam niat untuk buat yang terbaik!! WE CAN DO IT!

^__^

Sambung entry seperti tajuk di atas. 

Minggu lepas sudah bermula pengurusan baru untuk Taska. Yang sebelum ini sudah tamat kontrak (tak silap saya). Banyak juga pembaharuan pengurusan baru ni. Tapi masih baru lagi nak tahu servis dia terbaik atau tak. Dari segi penjagaan ni tak boleh nak komen lagi sebab baru sesangat. Harini baru masuk 3 hari. 1st day agak haru biru juga lah. Nasib baik 2 hari pertama tu diorang buat open day. So kami Ibu² ni memang buat macam taska sendiri. Keluar masuk ikut suka. HAHAHA.

1st day tu masa hantar Kakal sepatutnya bilik bawah untuk 1.5-2.5 tahun yang dipanggil Genius Leaves. Bila masuk bilik tu tengok² Kakal paling besarrrrr (dari segi saiz badan). Takut juga dia main kasar² dengan adik² tu. Bila datang jenguk time lunch, rupanya Kakal dah kena tukar bilik atas untuk 2.5tahun -4 tahun, Genius Buds. Walaupun dia belum cukup umur tapi teacher tukar sebab diorang kata Kakal besar.  Tapi elok juga dia masuk bilik tu. Dapat sesama dengan sepupu dia Aaron Ridzqy. Aaron Ridzqy pun baru masuk school! Yang itu biar Mummy Jue cerita lah. HIHIHIHI.


1st day dalam bilil G-Leaves

2nd day dekat play area
2nd dalam bilik aktiviti

Bilik Aktiviti

Bilik G-Buds

Play Area

Dining & TV area
Ini masa 1st day. Saya, Mummy Jue & Mama Lynda yang suruh diorang beratur macam ni,
Kan dah kata buat macam rumah sendiri
 ^__*

Tempat tidur pun diorang pakai play gym mat ke nama dia? Cuma sejuk sikit lah kena bekalkan selimut & bantal untuk anak² tidur. Ada je gambar anak² tidur tapi tak sampai hati nak letak sini. Sob sob. Yelah, mana nak sama macam tidur kat rumah kan?

Nampak macam banyak sangat toys kan? Merata-rata toys. Actually diorang ada slot untuk education juga tapi belum mula lagi kan. Mungkin nak tunggu stabil keadaan semua baru mula. Seronoklah Kakal, tapi yang jadi masalahnya bila time cuti kat rumah mana ada toys dan kawan² ramai macam ni. Mulalah dia bagi arahan suruh Ibu & Abi main dengan dia sepak² ball lah, main lawan² lah.

Over all, masih kelam kabut sedikit pada hemat saya. But there's more room for improvement. Kami hantar anak² untuk dijaga dengan baik, ini amanah kami pada kamu. Buatlah sebaik mungkin. Dan untuk anak², Mak Ayah tinggalkan kamu semua bersama teacher dan semoga kamu semua sentiasa dalam lindungan Allah swt. InsyaAllah.




July 5, 2012

Double Celebration!

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak mencoret secara sungguh² di sini. Sebabnya tiada waktu yang sesuai nampak gayanya. Terpaksa curi² menaip ni.

Tanggal 26 Jun lepas, bertambahlah usia hero besar saya yang seorang ittew. Its a double celebration sebab berkongsi tarikh dengan hari pernikahan kami. Auwwww teringat pula saat² melafazkan 'SAYA SETUJU'. Serius masa tu aku macam over excited siap terjerit! Hahaha. Yang sebenarnya terkejut. Tengah belek² bunga tangan yang air dia asyik meleleh tu lah tok kadi soal setuju ke tidak. Tak keruan hatiku. 

Tiada yang istimewa sangat pun celebration kami, hanya keluar bertiga, pi jenjalan & karoks. I sang to him 'Cinta Bersatu by Lyana Jasmay' and we sang a duet 'Ceritera Cinta by Rio Febrian & Jaclyn Victor'. 

Sementara kitorang busy lovey dovey berdua..datang Kakal kacau daun....'Jom balik rumah kita!'

^___^


Walaupun dah terlambat...tetap nak wish to him..

To my beloved husband..cinta hati saya InsyaAllah sampai ke syurga,

happy belated birthday b,
may all your dream come true,
may all your handwork pay off,

happy 3rd anniversary,
thank you for always be by my side through thick & thin,
may Allah bless & grant us with a beautiful children,
may He guided us to the right path,

i ♥ you..so much..

terima kasih untuk 'AKU TERIMA NIKAHNYA....' 3 tahun lepas..


Honeymoon mode (3 tahun lepas)
GEDIKSSS!!