+ dag dig dug +

April 30, 2012

Trip to Kota Kinabalu - Part 1

Assalamualaikum,

Jalan lengang, office sunyi, semua pergi bercuti. Kat unit ni tinggal 2 3 kerat je. Tu pun kejap lagi hilanglah beberapa kerat pergi meeting. HEHE. Sungguh seronok begini.

Mari kita mulakan entry tentang our trip to KK yang asyik takda idea je nak mengarang. Since harini tak berapa busy, saya update lah part 1 dulu. Belum pasti ada ke tidak part 2. Tengok lah macam mana. HAHA.

Kami pergi ber 6. Kami anak beranak 3 orang bersama keluarga adik ipar, biras cum bff #Divas MizJueanna dan anakanda meraka Aaron Ridzqy. Kami beli tiket Air Asia ni waktu promo 0 sen. Tak silap saya tahun lepas dalam bulan 5. Sikit punya lama lah. Nak murah punya pasal kan sanggup je tunggu. Tak rancang pun nak pergi sekali, kebetulan saya booking dapat. Bila bagitau MizJueanna dia pun nak sekali. Cuba booking kan untuk dia, lepas juga! All in all harga tiket saya dapat memang murah sesangat.

Tibalah hari yang dinantikan. Hati ni berdebar tak tahulah nak kata macam mana. Apa yang dirisaukan sangat tu ialah Ariff Haikal tuuuu. Risau macam manalah dia dalam flight. Takut dia menangis, takut dia takmo duduk, takmo dia ter uk-uk. Macam² lah takutnya. Lagi satu takut missed flight. Takut gila ok. Sebelum pergi memang banyak buat research, maklumlah 1st time naik flight bertiga. Bawa budak kecil pula tu memanglah aku cuak. Tanya sana sini, baca blog, ada yang kata boleh web check-in ada yang kata tak boleh. Baca dekat website AA pun diorang kata tak boleh. Kompius gila Mak Jems. Akhirnya, bff seorang lagi pun nak pergi KK juga cuma dia awal seminggu. Dia beritahu takda masalah nak web check-in kalau bawa infants pun. Alhamdulillah, jadi kami buat web check-in seminggu lebih awal. Senang, takda haru-biru di kemudian hari.

Flight kami pukul 7.50am, jadi kena berada lebih kurang 2 jam sebelum itu. Pukul 3.30am kami dah gerak dari rumah Atok Aji. Atok Aji hantar sampai KL Sentral. Kami naik shuttle bas ke LCCT. Lebih senang macam tu, tak perlu bayar duit parking. Sampai saja di LCCT kami terus drop-off baggage dekat kaunter yag di arahkan. Kami dah siap-siap beli baggage dekat web. Masalahnya terlebih sudah. HAHA. Beli 25kg padahal bawa 12kg je. Maafkan lah kami sebab memang 1st timer u ollsss. Rugi haku disituh! Lepas drop baggage, pi breakfast sat sambil update Twitterrrr (slang Yuna pls).


Breakfast at 6 am.
HAHA

Kalau belum buat web check-in, boleh juga buat kiosk check-in di sini.

Subhanallah, cantik sungguh langit.

Letak stroller dekat tepi tangga ni nanti Abang baju merah tu tolong simpankan.
HEHE.
Oh, make sure minta tag utk stroller dekat tempat baggage drop off tadi ok?

Antara sebab stroller adalah penting bagi kami.
Senang nak bagi dia tidur kalau tak patah bahu nak berdukung.

Sampai² saja airport KK, saya terul call En. Don. Owner kereta sewa dan Condo Marina yang kami dah booking awal² dari KL. Lebih kurang 20 minit lepas menunggu En. Don pun tiba dengan membawa Avanza hitam nya. Baik orangnya Don ni. Bolehlah contact beliau untuk the best price. Insya'Allah, beliau memang tak berkira orangnya. Baik sangat. Terharu akak.

Kereta sewa + Marina Court Apartment Kota Kibalau

Contact Person : Mr. Don
Mobile No : 0192052278

Check-in pukul 2, memandangkan kami sampai awal. Maka kami jalan² dulu ke Tanjung Aru. Tanjung Aru sangat dekat dengan airport KK. Dalam 10 minit boleh sampai. Tanjung Aru best lepak dan tengok sunset kata orang. Lagi satu, airport KK ni ada 2 terminal yang jauh². So kena bagitau dekat orang yang akan jemput korang naik flight apa. Kalau tak takut salah tempat menunggu, naya je.

Mak hoverrr, anak tengah bebel nampak laut.

Dia ni memang pantang nampak padang.
Nak jadi Usain Bolt ke? Berlari je kojenya.

Dah penat berlari, kami balik Marina semula nak check-in and freshen up sebelum ke airport semula nak pick-up MizJueanna & family. Ya, flight kami berbeza waktu sebab dah kehabisan masa promo tu. Marina Apartment ni sangat puas hati. Bilik ada 3, bilik air ada 2. Ruang tamu luas siap boleh bentang toto lagi lah kalau pergi ramai² kan. Bersih pun bersih. Ada kitchen, peti ais, washing machine, water heater dan cerek nak masak air. Kalau duduk lama memang boleh main masak² lah kat dapur. Kami dapat unit yang mengadap swimming pool. Best!



Ok, lepas dah mandi-manda kami keluar semula nak ambil Mummy Jue, Papa Ajib & Aaron Ridzqy di airport! Tak jauh pun airport dari Marina ni dalam 15-20 minit saja bah. Sangat dekat! Sampai² budak berdua ni dah excited dapat jumpa. Diorangkan macam kembar, tapi kalau gaduh tu boleh tahan gak masing² takmo mengalah. Kami bawa singgah Tanjung Aru, bawa budak² tengok laut lagi.


Suka betul!

Mummy Jue tengah layan anak².

Lepas itu, balik semula ke Marina berehat sementara nak tunggu maghrib. Lepas maghrib ingat nak pergi makan seafood tapi kanak² semua dah ke mengantukan. Singgah McD bagi anak² makan dulu. Yang penting anak² dah lepas makan, mak bapak senang hati nak berjalan. Kalau tak karang meragam lapar. Mc'D ni dekat bangunan belakang Marina je. Boleh je kalau nak pergi jalan kaki. Dia dekat bangunan Promenade Apartment, memang sangat dekat. Town KK ni memang pusing² situ je. Mall semua dekat². Sangat senang nak cari makan. Maksud saya fast food. Memang senang. Yang payah dan mahal adalah nasi berlauk. Memang mahal. Kalau KL I tell you.

Lepas makan McD, kami pusing² nak beli souvenir & ikan masin dekat Pasar Philippines. Dekat je dengan Marina. Adalah dalam 10 minit driving. Yang payahnya ialah mencari parking. Dan dan tu jugalah budak² yang kepenatan dan kekenyangan tertidur. Memang kaum bapa duduk jaga parking & anak² je lah dalam kereta. Kaum Ibu dengan sepantas kilat beli souvenir & ikan masin.

Kami beli ikan terubuk masin sederhana dapat RM10 untuk 3 keping. Sebabkan kami beli banyak dia bagi lagi 2 3 keping, souvenir katanya. HAHA. Murah lah rejeki kau dik. Belikan juga untuk Nurul sebab dia ada pesan haritu dia tak sempat beli. HEHE.

Sekian lah laporan hari pertama. Lenguh juga jejari montoks Mak Jems menaip. Sambung part 2, 3 esok² pula ye.


Sekian.


Wassalam.




April 25, 2012

Sharing Is Caring : Sistem Sampul Surat

Salam Rabu,

Tengok penjawat awam senyum lebar nampak? Tahu lah sudah dapat tunggakan  berserta gaji baru. Jangan lupa diri ye (pesanan khas untuk diri sendiri).

Kalau cerita pasal belanjawan ni, setiap bulan pun akan tulis dan cuba asingkan duit supaya tak terguna. Bayar segala yang boleh dibayar online siap². Dan bakinya untuk belanja seharian. Tapi selalu je macam tak tahu ke mana duit habis. Tahu² habis begitu saja. Takde beli apa pun (padahal beli dress poplook..tapi taknak mengaku!).

Jadi  kami suami isteri setuju nak cuba asingkan duit supaya tak terguna dengan cara Sistem Sampul Surat. Tak ingat lah pernah share ke tidak pasal ni. Tapi pernah berkeinginan nak buat. Supaya kita tahu flow out cash kita ke mana kan. Dan supaya kita sedar diri yang duit dalam tangan dah tak banyak mana.

As usual, Google amat penting dalam hal² yang kita tak berapa pandai sangat ni. Jadi ini antara yang saya jumpa di google :-


Sumber : http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/pengurusan-kewangan/498-sediakan-bajet-dengan-sistem-sampul

Pengguna dan isi rumah pada hari ini berhadapan dengan masalah isu kenaikan kos harga makanan, kenaikan harga petrol dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Bagi memastikan kenaikan kos ini tidak memberikan tekanan kepada kehidupan, anda hendaklah menguruskan kewangan dengan baik.



Antara aspek penting dalam pengurusan kewangan ialah membuat bajet bulanan. Bajet membantu anda mengenal pasti aliran tunai sebenar perbelanjaan pada akhir bulan. Salah satu kaedah dalam menyediakan bajet ialah melalui sistem sampul. Untuk itu, anda memerlukan beberapa keping sampul, salinan bajet dan pensil untuk melakukan aktiviti ini.




Langkah 1 : Pengguna diminta menyediakan bajet


Anda harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan anda.




Langkah 2: Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori


Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti makanan, penggunaan petrol, pakaian, peralatan rumah, hiburan dan sebagainya. Wujudkan sampul surat dengan menulis kategori-kategori yang dinyatakan dalam bajet pada setiap sampul surat.




Langkah 3 : Isikan sampul dengan bajet yang telah diperuntukkan


Isikan sampul dengan wang yang telah diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori.




Langkah 4 : Belanjakan wang


Gunakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul surat. Contohnya, sekiranya pembelian untuk makanan gunakan wang daripada sampul kategori makanan sehinggalah wang tersebut habis mengikut peruntukan. Pada ketika ini, perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan untuk penyediaan bajet bulan hadapan.



Langkah 5: Letakkan mana-mana wang lebihan untuk simpanan


Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan, jadikan ia sebagai tambahan simpanan anda atau gunakan untuk tambahan bayaran kepada liabiliti atau hutang.




Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan.


Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul. Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda.




Dalam anda mengikuti langkah-langkah di atas, sedikit tips ingin dikongsikan bersama agar impian dan hasrat anda benar-benar menjadi kenyataan.


Antara tip-tipnya ialah:-


•Alihkan peruntukan kategori-kategori anda pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet sebenar.


•Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai, ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan bajet anda dalam sistem sampul ini. Jangan terus mengalah sekiranya anda tidak dapat mematuhi bajet. Anda harus gigih usaha pada bulan seterusnya.


•Sekiranya anda tidak dapat mematuhi sistem sampul secara bulanan, mulakan secara mingguan atau dwi mingguan. Ia bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang berkesan untuk anda.


•Adakah saranan membawa wang tunai ini menyebabkan anda rasa takut atau sukar? Anda boleh gunakan kad debit dan masih boleh menggunakan sistem sampul surat. Hanya tolakkan setiap pembelian anda dan catatkan di belakang sampul surat dan hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunjukkan “0”.


Dah dapat gaji hari ini, jadi boleh mula mengasingkan ke dalam sampul. Harap² kali ini akan lebih istiqamah. Kalau ada kekurangan atau kertergunaan duit mungkin boleh perbaiki bulan hadapan. Kehkeh.

Sekian.


Wassalam.





April 20, 2012

Dian Pelangi & Wardah Cosmetic

Salam Jumaat,

Beginilah kalau dah mula penyakit malas nak belog. Habis berhari-hari mendiamkan diri je blog ni. Nuffnang pun tak mahu bagi BE. Sobsss.

Last two weeks kan ada pamera MIHAS 2012. Saya sempat juga pergi ditemani BFF Saliza Gomez. Thank you Saliza Gomez kerana menemani. Kenyang gila perut kitorang rasa semua sample yang ada dekat sana. Memang tak lunch pun, makan sample je. HAHAHA.

Jalan punya jalan terjumpa booth Wardah Cosmetic. Ngeee, dapat lah jumpa Dian Pelangi. Gambar je pun bukan orangnya. HEHE. Lepas itu, terrrrrrrrrrrrrrbeli lip gloss dia. Kita kena support halal produk ok. Tapi siries lip gloss dia cantik. Maka, kami bertiga termasuk Mummy Jue pun terjebak sama membeli.


Terimalahhhh...duta baru produk Wardah Cosmetic.








T______T





Gambar di atas adalah muka tak senonoh kami seharian makan sample free. Tu satay kerbau tau. Belasah je janji halal & sedap. Itu adalah toothpick yang dikutip. Yelah diorang takdelah bagi sudu garfu nak suruh testing food kan. Sample je pun maka pakai jelah toothpick. HEHEHE. Eh, itu biji kurma Saliza Gomez!

Yang tak bestnya masa pameran HALAL ni ada pula booth yang buat free show. Makanan halal tapi pandangan mata je tak berapa nak halal. Skirt fendek paras funggung dekat Malaysian booth pula tu. Malu juga dekat booth Indonesian yang bertudung litup & booth Arab.



Nak cari lah kat mana outlet Wardah ni. Senang nak stock up mekap!



HEHE. Abi jangan marahhhhh aaaa....





April 19, 2012

On Random Quote


Tujuan asal ingin merendah diri, namun begitu kadangkala tanpa sedar, kita sedang menunjuk-nunjuk.. #renungan


~ by Sentapan Minda ~




April 17, 2012

Aydin Qalif's 1st Birthday Party-Timmy Time!

Salam,

Im back people!

Did anyone miss me? Yeah I know, takde pun. Bluweeekkkk. Tapi saya sangat rindu belog ini. Masuk menjenguk pun sekadar nak publish kan comments sebelum ini. Thanks a bunch for the birthday wishes. Terimas terimas!

Minggu lepas saya bercuti sepanjang minggu. Isnin - Jumaat. Cuti direct! Sukati sangat cuti seminggu seperti orang tiada tanggungjawab di office. Tapi apa nak buat. I need a vacation! Dah lama tak berpeluang cuti-cuti begini dengan keluarga kecil ku. Cuti ke mana? Ke Kota Kinabalu bahhh. HIHI.

Tapi yang itu kita update kemudian la ye. Sebab tak habis pilih² gambar lagi. Hari ini nak bercerita tentang Aydin Qalif's 1st Birthday celebration! Wooot woooot!

My sister Jaja Shah, setelah beberapa bulan meroyan nak siapkan macam², macam anak dia nak kahwin ni memilih tema TIMMY TIME! Knowing Aydin, he's not into cartoon sangat. Dia tak suka menonton cartoon unlike his big bro Afiq Harris itu memang hantu kartun. Jadi Mak dia memang fening kepala tak tahu nak buat tema apa. But then, setelah memilih TIMMY TIME ternyata tema itu sesuai dengan Aydin! HAHAHA. 

Ok penat dah nak taip dalam keadaan curi² begini. Kerja menimbun menanti ku. Aku je malas nak buat. Belum ada mood nak buat kerja lah. Hatiku tertinggal di Kundasang. Sobss sobsss. Jadi oleh itu, layan piccas sahaja boleh kan sayang sayangku? Mari lahh marilahhh...


Tema : TIMMY TIME!

Venue : Dewan Rukun Tetangga, Taman Sri Rampai

Cake : Babycakes2u dot blogspot dot com (cantik dan sedap)

Face painter by Acik (if interested boleh komen sini, nanti I tanya kat my sister)

Deco (cupcake island, banner, food pack, party pack) exclusively designed by ChantekMoleq 


Cupcake Island
Cupcake by yours truly & husband.

The Deco

Face Painting for Kids

Happy family!


Anyone interested nak design exclusive for any kind of event boleh email to hello@chantekmoleq.com . Sebut nama I 3 kali siap sembur² sikit mungkin boleh dapat diskaun. HAHA.

Ok, puas sudah hatiku dapat update walau macam lipas kudung gayanya. Tak sabar nak curi masa nak berblogwalking. Tunggu aku ke sana bahhh!



Sekian.


~Hatiku tertinggal di Kundasang ~


April 9, 2012

Thank You Allah

Salam Isnin tanggal 9 April 2012,


Saya bercuti hari ini. Now atas katil baru lepas titonkan tuan putera tecik. Dari pukul 7 dia buli Ibu Abi dia. Now dah tergolek penat. Baguih lah nak,tidurlah. Boleh Ibu buat kerja seperti errrrr blogging? Kuikui.


Hari ini pada 18 tahun yang lepas (feeling remaja) lahirlah seorang puteri kesayangan Atok Aji & Nanny Midah ke dunia. Terima kasih kepada both of them. Saya tahu bukan mudah nak lahirkan apetah lagi memebesarkan saya. Saya adalah anak yang defensive, degil dan penuh drama air mata. HAHA. Nak suprise Mak tapi tak sempat lah. Tapi dah reply komen Mak kat FB. Terharu sbb Mak cakap anak dia cantik. HAHAHA.


Alhamdulillah atas pinjaman nafas,rezeki,kesihatan,kerja,anak,suami,family,kawan2,tempat tinggal,makan pakai yang cukup segalanya. Terima kasih Allah.


Pagi tadi dah tiup kek kecil bersama Abi n Kakal. Itu pun dah gembira bangat. No fancy2 birthday party, tapi nak ajak Abi karoks sejam dua je kot. HEHE. Actually,  I am NERVOUS + EXCITED for tomorrow.


Sabah....aku datanggggg!!!


Published with Blogger-droid v2.0.3

April 5, 2012

Sekitar IBM MIHAS 2012

Assalamualaikum,


Pejam celik pejam celik dah hari Khamis. Cepat nya masa berlalu. Hari ini BKP kembali pulih sedikit. Dah ramai yang kembali bekerja. HEHE. Welcome back!

Tak banyak bergambar pun masa IBM. Kami tekun berkerja. Cewah cewah.

Day 2 - Sebelum Hari Kejadian

Hari Kejadian.
Sesi Menjaga Lift.

See? Tugas kami senang je. Usher tetamu yang datang. Tolong bukakan pintu lift dan tahan agar tiada yang tersepit. HAHAHA. Ada juga 2 3 lift yang nak makan tangan, kaki orang kat sini. Memang sedap lah kena. Maaf kan kami ye tuan puan. Itu di luar bidang kuasa kami.

Seronoknya bila time IBM ni selain daripada dapat makan free sepanjang bertugas, yang bestnya dapat jumpa ragam manusia. Baik orang Malaysia atau orang Luar Negara. Seronok kalau dapat berbual dengan diorang ni. Walaupun kadang² macam ayam bercakap dengan itik, tapi seronoklah!

Semoga berjumpa di IBM MIHAS 2013 (kalau masih ada). Kepada orang awam, pameran MIHAS akan open to public pada 7 April 2012. Datanglah beramai-ramai ke KL Convention Centre ye.


Sekian.




nota kaki : ada buyers luar cakap muka kami macam org Algerian. Algerian?? Are you for real? HAHAH. Mungkin Algerian yang putih sikit lah. HAHAHA.


April 3, 2012

Macam Apam???

Assalamualaikum,

Hari ini saya bertugas sempena International Business Meeting - MIHAS 2012. Saya tolong usher orang yang datang ke Menara hari ini. 'Yes sir, how may I help you? This way sir. 1st floor? Yes sir.' Itu ajelah dialog Mak Jems hari ini. HAHAHA.

Ini naik sekejap luruskan kaki. Sakit wei. Berdiri since 8.30 am tadi. Kejap lagi lunch then sambung bertugas semula. Tskkkk.

Saje je cek Nuffnang. Bukan nak cek duit sangat pun sebab tahu earning sangat lah tahi2 ayam. Sekentut je earning Mak Jems. Saja tengok apa yang orang duk search sampai terjumpa belog bertuah ni.

Silalah tengok.




ISTERI MACAM APAM???

LIZA KAMBIANG FACEBOOK???



Istighfar aku tatkala membacanya? HAHAHA. Yang mana satu dalam entry aku ni berkisarkan kehidupan isteri macam apam? Tolong tunjuk sikit? Adakah aku yang seperti apam?

Yang lain tu ok lagi lah kan. Tapi pelik² juga lah. Anak Ina Naim pun masuk sini juga? Liza Kambiang facebook? HAHAHAHA.

Apa pun terima kasih diucapkan kepada Google. Sebab membawa mereka masuk ke belog saya ini. HAHA. Siries sakit perut aku gelak ni.


Ok, jom lunch!