+ dag dig dug +

February 24, 2011

Warehouse Sale di Sana Sini

mentang² gaji kan, maka berebut la semua nak buat warehouse sale.

jahat tau mereka ini!


more info klik SINI

tak tau lagi nak pergi serang ke tak memandangkan warehouse sale ni kat Nilai. tapi tadi sudah plan dengan BFF E's nak singgah lepas balik dari TBR ahad ni. sudah bagitau pun dekat Hubby. 3 perkataan je dia cakap 'ADA DUIT KE?' 

+_______+


satu lagi warehouse sale yang ditunggu-tunggu dari tahun lepas lagi ialah MY DEAR warehose sale. oh oh, tak sabarnya daku. harap² ada rezeki nak pergi. Cik BFF Lynda tadi siap call My Dear tu, diorang cakap warehouse sale start 3 - 13 Mac ni. 

apalagi mommies, mulalah menabung!

sekian.



February 23, 2011

Test Post Blog Dari Hp Cap Cikai


ehem..testing

nota kaki : ini saya dah edit dari pc. cemana eh nak letak tajuk post tu dari hp? gigih ni nak update weekend ni. live from TBR. cewahh..

February 22, 2011

Terapi Dalaman

tatkala ini jiwa tak berapa nak tenang. ye betul, kita tak mampu puaskan hati semua orang. and truth hurts. tak semua yang kita nak kita dapat. tak semua yang kita impikan kita mampu capai.

dulu², waktu di unit sebelum ini yang suraunya dekat dengan partition, saya suka habiskan masa merenung langit. kenapa langit? sebab langit tu luas. makin kita renung, makin tenang.

sekarang, saya suka renung wajah yang satu ini. lagi² waktu dia tidur. atau waktu dia sengih kerang, atau waktu dia nangis merengek nak ikut pergi kerja. waktu bila² pun saya suka renung wajah dia. wajah yang selamanya akan buat jiwa ini tenang.

Alhamdulillah.


February 16, 2011

Pakar IT

sudah petang rembang begini baru berkesempatan update blog.

hari yang meletihkan sungguh. baru ku tahu apa perasaan budak² IT sekarang ini. kalaulah saya kerja dalam bidang IT harus naik marah hari² dengan kerenah client.

cewah.

ini semua gara² menukar font dan layout blogger ni lah! dapat pulak 'client' dari kalangan BFF sendiri. mengadagedix tu haruslah lebihkan. dah buat cantik, tak mahu pulak. nak tuka background. nak tuka font. gedix sungguh. kalau lah korang client aku harus aku cakap macam ni je :

'BUAT SENDIRI LAHH HAIIII'

hahaha. tak cukup sabar betul nak jadi pakar IT.

pagi tadi pon ada hand son session portal baru MTD. nice design, user friendly, sangat attractive. diorang ajar cara² tukar kod html, nak insert gambar atau new articles. dalam hati saya cakap 'encik, saya dah tahu dah semua ini. sebab saya ada BLOG!'


*________*

over kan.


February 14, 2011

Hujung Minggu Bil. 1/Februari/2011

ha kan, dah macam tajuk Fail Terbuka pejabat. hahaha, ni kes tak tahu nak letak tajuk entry. tapi cool juga begitu. biarkan saja lah.

pertama sekali, maaf kepada rakan² blogger mommies kerana tidak dapat menghadirkan diri bersama-sama ke Splash Park ahad lepas. sedih hati kita. tapi terikat dengan kenduri lain dan juga keadaan kesihatan si anak teruna yang tak berapa mengizinkan dia bermandi-manda. nanti kalau pergi juga harus meronta nak berendam kan. its hokey, maybe next time ye.

i weddings! (tetiba..)

jemputan ke majlis perkahwinan adalah sangat dinanti-nantikan. sangat teruja setiap kali nak pergi majlis perkahwinan. hihi. suka suka sangat!

so sabtu lepas, memenuhi jemputan Pak Lang Abu sakan sekantor yang juga merupakan pakcik kepada cik BFF Lynda Zain. sms BBF Jue & BFF Sally nak jumpa kat mana dan terus bergerak ke Taman Bukit Indah, Cheras. lalu MRR2 sangat menguji kesabaran daku walaupun sebagai penumpang tegar sahaja. tak tahan la jalan sesak tak bergerak ni. tapi Alhamdulillah tak lama. dalam pukul 1.15 petang macam tu kami dah sampai.

layan gambar jom!

jue, wan sue, sally sweet, lynda & tuan tanah with kakal yang sibuk tgk baju lynda.

♥ this

posing di waktu orang tak perasan

♥ the decor, ♥ the pomander balls, ♥ the dais, ♥ the door gift dan byk lagi. owh, the bride & groom alsa very sweet together. muka the bride sama macam Cik BFF Lynda. hihi. padahal sepupu dia ialah the groom itu. sudah jodoh kan. sayangnya tak sempat ambil gambar perantin & pelamin. huhu~

lepas habis kenduri tu, berkejar pula nak amek bakal SIL sebab nak buat surprise birthday party abang. jalan seperti biasa lah, sesak yang amat! tapi kami sempat sampai sebelum birthday boy. dan sangat seronok melayan kerenah si double AH. berebut iphone la, main sorok² berdua, kelakar.



birthday boy terkejut tgk bakal isteri ada di rumah bapa nya.
kahkah

dan malam tu ada photoshoot pula untuk 'New Collection Chantekmoleq'. nasib ada bakal SIL. haha, jadi model terjun.

hari Ahad pula, dapat jemputan Open House Gong Xi Fa Chai. uncle rumah besar tepi jalan yang jemput Ayah & anak². maka berderetlah kami semua ke sana. 1st time Kakal pergi open house Gong Xi Fa Chai. thank you uncle for the 'ang pow' but why inside no red note one? hahaha. 

suka tunjuk² pastu buat muka macam ni sekarang. haish!

saya dapat ang pow & buah oren. yeay!

sekian dahulu.


February 10, 2011

Keterujaan

banyak betul perkara yang nak kena fikir. ada masa 3 bulan lagi ni. sempat ke sempat ke?

baru lepas menjenguk blog Ladynoe & Raihan Ibu Alia . 1st birthday bash anak mereka. walah! sangat best la. ladynoe sangat kreatif ok. dia buat semua preparation tu sendiri dengan hubby dia. oh so sweet. tiga hari je dia buat semua tu. entry Raihan pula sangat penuh infomasi,incase tak sempat prepare sendiri klik saja dan order. terus siap!

saya 3 bulan punya preparation pon belum tentu sehebat dia nanti. takpe, yang paling penting ialah keseronokan masa nak buat preparation untuk anak. dia memang tak tahu apa pun. tapi harap² dengan koleksi gambar yang ada nanti (insya'Allah) mudah-mudahan dia akan ingat moment 1st birthday party yang Ibu & Abi dia buat.

tadi call Nanny Midah Kukis. tanya kat dia:

me : mak, dulu 1st birthday P kat mane ah? lupa sudah. kat Kg. Permatang ke?

Nanny : ish bukan la. kat Flat Sri Sabah. mak ingat lagi tau. (dulu masayarakat normad, suka pindah randah. hahaha)

me : oh yelah, ada kan gambar masa tu P pakai dress bunga². (tiba² teringat balik..)

Nanny : ha yelah. yang tu. ada lagi gambar dia. banyak tau gambar masa tu nanti mak cari lagi. (tiba² dia pulak exkcited..)

me : hehe, mak bagi hadiah apa kat P masa tu?

Nanny : takda apa kot, hadiah kasih sayang je cukup.



*_______*


baiklah mak...


birthday orang lain Kakal yang over siap pegang pisau nak potong kek


  

February 8, 2011

Cuti, Acara & Lain² Lagi

hmm, mana nak mula ye. lama betul tak update ni. sebab cuti lama kan, maka blog pun turut bercuti. cuti digunakan sepenuhnya menghadap anak teruna yang dah makin meng'HERO'.

masa bercuti juga digunakan sebaik mungkin untuk bersama si dia yang tersayang. cewah. maklumlah since dah ada anak ni amatlah jarang dating berdua. jadi si dia telah mengajak si tersayang pergi dating. ke mana? jeng jeng jeng..

TGV Wangsa Walk jee..

memandangkan masa bercintun sangat suka menonton movie berdua, maka tradisi tersebut terbawa-bawa sehingga dah beranak. ceritanya ialah HAQ. si dia beriya-iya nak tengok kononnya ini adalah filem super hero malaya (ala² HEROES). tapi ternyata meleset dan si dia sangat hampa (sorry b!)


si dia yang sedang melihat menu di kaunter
bukan yang sedang memandang kamera
hari² yang lain dihabiskan bersama anak teruna. memang cuti² macam ni sangat ditunggu-tunggu. masa ni lah boleh saksikan perkembangan anak teruna dengan mata kepala sendiri. banyak juga benda² pertama kali Kakal tunjuk kat Ibu & Abi dia. dan yang 1st time Ibu & Abi bagi Kakal rasa.


first ride in shopping mall

masa ni kat Sunway Giza. saja nak tengok reaksi dia naik benda alah ni. agak kejung juga la mungkin sebab seat tu agak sejuk. dan peha bam-bam terkena seat tersebut. hihi. tapi pastu dia tak mahu turun!


first visit to Baskin Robbin



eh ini pun kat Sunway Giza juga. nampak sangat selalu pergi sebab nak jenguk CAMY babyland kat situ. hehe. tengoklah Kakal ngorat kakak jual aiskrim kat situ. *wink wink* sila minta diskaun kat dia tau Kakal.


first time berdikari (berdiri di atas kaki sendiri)



aktiviti wajib sekarang ialah memanjat tanpa henti. habis semua benda nak panjat pastu lepas tangan macam dah pandai sangat imbang badan. sudahnya terjelepok tapi nasib tak menangis. bagus, barulah HERO!

dang paling menggembirakan ialah..

first crawl

uwaaa, unfortunately tiada gambar first crawl. video ada tapi kenot view la pulak dari office beta. its hokey. yang penting Ibu sangat happy & bersyukur. Alhamdulillah Kakal dah boleh crawl. bermakna Ibu pun semakin fit sebab kena selalu crawl dengan Kakal sekali. pfffff..

dan hari ini, first time Kakal nangis dekat depan school. selalu seronok sangat jumpa teacher. ini lah akibat lama sangat tak pergi school. dah sedap memerap dengan Ibu.

alahai baby..