+ dag dig dug +

January 27, 2011

Warehouse Sale & Sesi Bersama 'Bankers'

cuti Thaipusam lepas kami pergi warehouse sale dekat Subang Jaya. thanks to Mama Aliff yang blog pasal warehouse ni. Mama Aliff pun pergi juga tapi takda rezeki pula kami berjumpa. its hokey, 13hb ye?

macam tak percaya ni 1st time saya pergi warehouse sale. since pregnant berangan nak pergi sale macam ini tapi tidak pernah dapat. nasib baik Abi sangat baik hati mahu bawa kami pergi hari itu. thanks yayang. much ♥ to u! *tetiba*

rupanya Abi's colleague pun nak pergi sama. hehe, terpengaruh dengan Abi punya cerita la ni. so kitorang decide nak jumpa kat situ since kitorang pun tak pernah jumpa baby masing² lagi.

warehouse sale ni kat kompleks 3K Subang Jaya. sangat senang nak cari. hmm, takda banyak sangat yang menarik. tak banyak menarik pun banyak juga lah Ibu rembat. hahaha.


lautan rompers & busha


hasil rembatan

rembatan paling berbaloi rasanya ialah Cloth Book Simple Dimple yang berharga RM5 yang hanya tinggal 1 je masa tu. dan juga bekas makanan yang berharga RM2! yang ini Ibu jumpa otw nak ke kaunter bayaran. sempat lagi tangan mencapai. yang lain² semua bawak RM15 Ibu amek. kalau lebih RM15 je Ibu letak balik! hahaha.  ada socks Cater's, towel, baby wipes & baju sepasang.

tengah syok² sopim, Siti pun sampai bersama anaknya. comel je kak Alisya (rasanya nama dia Alisya). kakak Alisya sangat geram dengan Kakal, siap suruh Mama dia beli Kakal. hahaha. adoi lah kakak, Auntie takmo jual Kakal lah sayang.

tak lama lepas tu Fida, hubby & baby Alif pun sampai. baby Alif beza 1 bulan dengan Kakal. bam bam juga baby Alif. putih! geram tengok.

kakak Alisya buat peace!

Kakal & Alif.
macam kembar

Mama Alif & Ibu Kakal
(oit Kakal nampak perut buncit!)

seronok dapat jumpa para bankers sekalian (hari² main duit diorang ni) Fida & Siti dengan anak memasing. tapi kejap je sebab kakak Alisya dah ngamuk² kepenatan agaknya.

lepas tu balik rumah Kakal pun pengsan kepenatan. hehe. Ibu senyum riang dapat jenjalan gi Warehouse. Abi? takda perasaan..

*_____*

January 25, 2011

Welcoming Aydin Qaliff ..

to the world and to Shah's family *_____*

semalam pagi² my sis Jaja dah sms yang dah ada tanda² nak bersalin. oh oh, terus semua panik sekejap. (read: saya dan Nanny Midah je yang panik sebenarnya) terus bagi kata² semangat dan nasihat² yang agak berguna sewaktu di dalam labor tu. padahal Jaja dah ada sorang anak pun. macamlah dia tak reti kan. haha.

Adik and i was busy texting her sampai satu tahap Adik pun dah kena marah sebab asek duk tanya 'dah berapa cm'. every half an hour pulak tu Adik gi text Jaja. mana lah dia tak hangen. haha. konon² kitorang ni nak buat laporan live la kat FB. macam Jaja buat kat saya dulu. habis setiap satu cm yang bukak dia report dalam FB.

dah penat text dia, text pula BIL. biasalah lelaki ni lambat sikit nak reply msg. dalam pukul 10 malam mcm tu baru dapat msg dari dia berbunyi :

'Akum. Jaja dah selamat bersalin 20 mnt lepas. baby Alhamdulillah ok dan muka macam Afiq!'

hahaha. terus tak sabar nak jumpa nephew baru ku itu.

pagi² lagi hantar Kakal kat rumah Nek Mok dulu terus ke Tropicana Medical Centre, Kota Damansara. dan pertama sekali haruslah terkam baby dulu. mak dia kendian jumpa pun takpe. hehe.

Aydin sangat behave. dia tak banyak meragam Jaja kate. saya pegang pun dia diam sahaja. seskali je dia macam ekk ekk. pastu senyap. tengok je muka kita. bam bam sgt. pipi labuh terkenan abang Kakal la ni. hikhik.

Aydin Qaliff bin Saifudin
3.5 kg
51 cm
Born on 24 Jan 2011
at 9.30 pm


Like this shot!

saya ambil time off, so tak sempat nak tunggu Afiq Harris sampai. tak sabar nak tengok reaksi dia 1st time jumpa adik dia. sebab dia tak suka babies, dia suka main dengan abang². dengan Kakal pun dia wat dek je.

oh. rindunya moment macam ni. moment di mana mula pegang baby sendiri. kiss dia buat pertama kali. bau baby. oh oh. rinduuuu.

to Aydin,

Ibu & Abi doakan Aydin jadi anak yang soleh. taat pada Mummy & Papa. be gook ok! welcome to shah's family baby!




January 24, 2011

Look Ibu, I can clap!

yeayyyy

if u happy and u know it..clap your hands!

weekend lepas banyak menghabiskan masa menonton TV. rancangan American Idol season 10 macam menarik je untuk ditonton (sebab dah tak de cerita menarik pun).

saya tertarik dengan budaya mereka. parents are very supportive. even anak² tu takdelah menyanyi bagus mana pun, malahan teruk rasanya. tapi parents masih gigih teman dan bagi full moral support. bukan lah budaya kita tak macam tu. tapi tak nampak begitu.

mungkin kita tak mula dari awal. mungkin.

jadi Ibu cuba mulakan dari awal. beri sokongan kepada anak Ibu. mungkin anak² selepas ini juga. hehe. itu yang Ibu tempek gambar Kakal yang sudah pandai clap clap! tapi dia ikut suka saja bila nak clap.

tengah makan pun tiba² datang seronok dan clap clap.
tengah pegang baby bites, tiba² seronok dan clap clap.
tengah minum susu, seronok dan clap clap.

bila Ibu jerit, clap your hands Ariff! diam sahaja dia.
bijak bijak..

apa² pun, i am so proud of u baby. lepas ini kita belajar lain pula ok. merangkak tu, teruskan berlatih ye. takmo malas² k sayang.


my baby boy yang dah makin besar makin melasak.
Ibu boleh pengsan. +______+


January 21, 2011

Agenda Geng Divas Bil 1 & 2/2011

tajuk dah rupe mesyuarat bulanan sahaja. walhalnya tiap² hari pun jumpa mereka ini. hehe.

maaflah macam perasan sendiri menamakan Geng Divas. tapi tu bukan kami yang bagi nama tau. tu ada budak bertuah bernama Wan Goss yang bagi kat kitorang. kitorang terima je. tapi rasanya sebab kitorang suka mintak macam² masa kursus dulu. tu yang dia panggil akak akak diva tu. *____*

Agenda 1/2011

ini berlaku last week tak silap saya. mula² kan we oll plan nak buat makan² kat Tasik Titiwangsa tau. ala² piknik gitu kan. sambil camwhoring kan. tapi tu rancangan kami saja. rancangan Allah kata hari itu hujan. maka tidak jadi lah. terus buka piknik dalam surau. kami tak buat sepah, lepas tu terus kemas² semula.

makanan di taja oleh Cik SS (Sally Sweet) spaghetito & cis kek kopipes.  sandwiches divalicious by Mummy Jue, air lemon boi by Lynda Zain, keropok lekor by Oni d Moni, keropok ikan by Juju Mak Yong, dan Cik Nee dah lupa dah dia bawak ape. hehe. saya bawa air 100 plus yang tak laku sbb semua tak minum air gas. lupe plak kite. nasib ada spare air laici sekali.

we olls

makanan yang tersedia

acara sampingan : tengok majalah, update terkini :)


Agenda 2/2011

yang ini berlaku lunch tadi. hari ini dinamakan juga Agenda Tragis. sebab melibatkan pertumpahan air mata seseorang. dialog hari ini berbunyi 'macam kalau ko buat kenduri orang tak datang' begitulah ayat nya. +___________+

ucapan terima kasih buat Oni kerana menaja makanan tenghari yang sebenarnya kitorang paksa dia masak! walaupun dada berombak menahan marah tetap dia persembahkan yang terbaik buat BFF E dia. hahaha.

masih terliur tengok gambar. sedap sangat ok!

tuan tanah kedaung!!

we olls..

terima kasih sayam ku Oni!


sekian dahulu report kali ini. insya'Allah agenda 3/2011 nak repeat agenda 1 yang tak menjadi tu

salam holiday semua!!


Contest : Baby Tido by Mommy Pinky

kena tag sudah oleh As, Mama Adif.

contest anjuran Mommy Pinky dan juga Mykawaiistore 




Gambar hendaklah jelas tanpa di edit. Gambar kabur atau imej terlalu kecil tidak akan dilayan. (baik Mommy Pinky)



gambar yang dipertaruhkan ialah sewaktu Kakal lena tido setelah kepenatan beraya Haji. hehe. macam dia sembelih lembu pulak.

Nama Penuh : Ariff Haikal bin Mohd Nahrem Rizal

Umur : 8 Bulan

Hubungan : Anak kesayangan Ibu & Abi

dengan ini juga saya ingin tag 3 orang bertuah iaitu :

Jue Mummy Ayon
Lynda Mama Batrisya
Rose Mama Qaseh

hehe.

syarat terakhir, sila lengkapkan slogan,

saya sukakan mykawaiistore kerana....

semua barang² di sana adalah KAWAII. comel dan comel dan comel sekali. bukan sahaja ada barang baby, barang lain² juga ada. silalah rakan² menjengah ke sana. silakan..




January 18, 2011

♥ Note to Ariff Haikal - 8th Months

Assalamualaikum baby Ibu,

sekarang ni hujan dekat luar. dekat school sejuk tak Kakal? Ibu dah menggeletar dah kat opis ni sebab sejuk sangat. bak kata auntie Cik Nee (London ke MTD). hehehe.

oh baby sudah masuk 8 bulan baru² ini. baru hari ini Ibu sempat nak update kerana kerja hakiki dan juga ada sesuatu yang merisaukan Ibu dua tiga hari ini. but no worries Kakal. hari ini Ibu dah tak risau dah. so kembali meng update dengan gigih.

so far sehingga tarikh ini Kakal belum maju ke depan merangkak. masih lagi On Your Mark, Get Set, Go. Ibu akan sabar menanti Kakal terus mencuba ok. sebab once dah merangkak maka lagi penatlah Ibu dan Abi mengejar awak seluruh rumah nanti. sekarang pun dah sangat penat.

oh Kakal dah pandai naik walker. suka ye duduk dalam walker? rasa bebas ye? hmmmm, jangan bebas sangat ye. tapi Ibu boleh nampak Kakal tersangat happy. laju kenmain kalau duk dalam tu kan. tapi senang juga untuk Ibu. boleh kemas bilik, masak bubur Kakal, gosok baju. Kakal ok je duduk dalam tu. tapi kena hati² ok baby.

Kakal demam kan hari tu? Alhamdulillah dah baik dah. orang kata nak beralih bulan. kali ni yang paling mencabar sekali. rupanya Kakal nak tumbuh gigi. sekali dua pula tu, mesti sakit ye? takpe, be strong ok. Kakal kan boboy (teringat Nyang..)


ke tepi Ibu!
 Kakal ada misi menyelamatkan Baby Elly dari cengkaman Abi!


Gigih Ibu nak amek gambar ni tau

satu lagi kesukaan Kakal sekarang ialah membebel. ish ish, dari mana datangnya bakat membebel itu wahai anak? tolong jangan jawab dari Ibu ye. nnt Ibu rotan baru tahu. celik mata pagi² mesti nak kena tarik rambut Ibu dulu, pastu korek mata Abi pula. selagi tak bangun, selagi tu lah Kakal bebel kat telinga kan? rupanya tak sabar sabar nak main dalam walker.

berat Kakal as last week masa jumpa Doc Wati ialah 9.1 kg. Doc cakap ini pertama kali berat Kakal turun. turun 100 gram. sebab Kakal demam agaknya aritu kot.

sekarang Ibu tengah nak ajar Kakal clap clap. tapi nampak seperti masih blur lagi. takpe, usaha tangga kejayaan. bye bye pun dah boleh cuma masih samar-samar. bye bye ke menari tu?   *_______*

ok sekian dulu buat kali ini. next month Ibu tulis lagi ok sayang.

Ibu & Abi ♥ u so much. be good ok!

tata


January 14, 2011

School Kakal

gambarajah A : school Kakal
office area sekarang ni tengah dalam construction. nak tambah beberapa bangunan lagi kat dalam kawasan ni. memang akan cramp lah tak lama lagi.

hari² kerja saya adalah pandang bumbung school Kakal. orang kata masa bercinta tak dapat tengok orang, dapat tengok bumbung rumah dia pun jadi. sama lah kot. tak dapat tengok anak, dapat tengok bumbung school dia pun jadi lah. +_________+

sekarang view dari atas adalah seperti gambarajah A di atas. sudah hampir botak kawasan sekitar school tersebut. siap ada lori² hantu yang saya pasti sangat bising mengerjakan tanah² di situ. oh poor babies di school. bolehkah tidur nyenyak anak²?

bila tah agaknya diorang nak pindah kan school ni? jangankan tiang, korek tanah pun belum nampak lagi.

oh, tadi baca pasal taska kat blog Mama Eryn. sanggup betul diorang buat budak² camtu. bodoh betul! cuba kita pulak tekup muka diorang camtu, agak² bernapas tak? stupid!

ok, sorry petang² Jumaat ni emosi pula. padehal hari ini sangat seronok kerana ada Agenda 1/2011 Bersama Geng Divas. yang itu kita update kendian la ye.

selamat berhujung minggu u olls!


January 12, 2011

Facebook Nak Shut Down?

betul kah?

dapat tahu pun bila pagi tadi dengar Hot Chat @ hot FM. kalau lah benar maka banyak juga kesannya kepada saya. cewah.

tapi takdelah bermakna hidup ini akan terjejas lalu kecewa terguling² pula kan. saya masih waras kot. bak kata salah seorang pendengar pagi tadi:

'kita ni umur dah dekat 30 tahun. dah pernah merasa hidup tanpa facebook, friendster or whatsoever.'

setuju!

tak semua pasal FB ini teruk kan. contohnya bagi saya mesti akan terkenang masa awal² perkenalan dengan Abi. kitorang ada usik mengusik melalui FB juga. biasalah, dia komen gambar saya, saya komen gambar dia. dia komen status I, I komen status dia. hahaha.

dan saya pasti akan rindukan usik mengusik kat status or gambar family. dari FB lah paling cepat boleh tengok gambar Afiq Harris contohnya. apa yang dia dah pandai buat semua Mummy dia akan masuk kat FB. kebanyakan friend list saya semuanya kawan² dan saudara mara. Nanny Midah Kukis pun ada FB ok. so kitorang selalu kena kan dia dalam FM secara berjemaah. sorry mak! hehehe.

jadi kalau kena shut down, tak best lah sikit.

tapi tapi..

tadi baca blog encik mazidul akmal, katanya Its a Hoax!

jadi tidak perlu risau. baiklah, saya tak risau dah. bukannya kat opish boleh log on FB pun.

bencik~!








January 10, 2011

Penutup 2010 Yang Cemas

salam,

selamat bertemu di tahun 2011. wah, entry pertama tahun 2011. lama dah tak update belog disebabkan peristiwa cemas tersebut.

akhir 2010 aritu tiba² Kakal demam. nasib baik cuti disebabkan kemenangan pasukan bola negara. kalau tidak mestilah dah gabra satu badan sebab budak kecik itu di taska. tinggi suhu Kakal malam tu nak dekat 39 darjah. sudah lah tengah malam. terus bagi dia makan ubat cepat² dan lap² kepala dia bagi suhu turun.

2 hari dia demam lepas itu baik. tapi lepas 2 hari demam dia datang balik. sudah lah Ibu pun demam. saya suspect dia berjangkit dari saya. bad Ibu bad! masa 1st time demam tu berjangkit dari Abi. main pass baton plak demam ni. kali kedua demam itu yang paling mencabar kesabaran ku sebagai Ibu. huhu, takmo dah ingat sampai bila². sian anak Ibu.

sudahlah diri sendiri pon weng sebab banyak makan ubat. dah tu terbatuk² tak henti². susah nak cium, pegang anak sendiri. takut berjangkit lagi. susah nya untuk tidak cium anak sendiri. jangan kata anak sendiri, tak dapat nak cium anak orang pun rasa ralat sangat. tak besh tak besh.

Alhamdulillah, Kakal dah sihat. sudah kembali aktif. naik walker pon dah kenmain laju ke sana ke mari. ponek Ibu mengejarnya. mulut cam bertih jagung. pok pek pok pek. ikut siapalah Kakal ni.

bila di uji dengan kesakitan ni barulah hati selalu teringat. mungkin Allah nak uji kita kan. selama hari ini sihat selalu lupa pada DIA. jadi di beri sakit sebagai ujian sekaligus sebagai kafarah kepada dosa² kecil kita. Alhamdulillah.

teringat Paed Wati pesan haritu, 'u are not a bad parents. jadi jangan frust jaga anak kecil. sedangkan anak doktor pon selalu sakit.' pesan dia kepada saya sebab katanya muka saya nampak sangat frust. frust lah sebab dia berjangkit dari saya.

rupanya Kakal demam sebab nak tumbuh gigi. sudah ada 2 batang di bawah. hikhik. seronok tengok bila dia tersengih² nampak gigi tu. merangkak belum pandai lagi. tapi dah macam on ur mark get set go tu. itu baru gigi biasa dah demam begini. harap² bila tumbuh geraham takdelah macam ni.



budak domam


ya Allah, mudah-mudahan anak ku terus diberi nikmat kesihatan daripada Mu Ya Allah. amin.