masih berkira-kira 1 2 3 dalam hati. dapat email tadi. sikitnya lah yang reply nak pergi. kesian nya. tak dapat sambutan menggalakkan.
tak macam 2 3 tahun lepas. masa mula² menjejakkan kaki di sini. meriahnya seperti MTV Music Award. hehe, taklah tipu je. tapi meriah sangat. tiap kali pun mesti mahu jadi barisan penyambut tetamu. sebab pertama: dapat baju free! woot woot! siapa tak suka dapat barang free? jangan tipu ye. kedua:sebab dapat kumpul dengan kawan² dan gosip tak sudah².
pastu masuk tahun kedua tak silap dah sibuk beraksi atas pentas pula. seronok sangat dapat beraksi untuk tetamu VIP dan yang lain². nervous jangan cakap lah. tapi seronok tu mengatasi segalanya. itu namanya pengalaman. memang tak dapat lupa sampai bila². sampai pernah tak dapat tempat duduk nak makan.
sadis.
sampai linda nangis lah. yelah, dah penat² beraksi tiba² tak dapat tempat duduk nak makan. nasib baik ada bos yang prihatin dengan kitorang, terus suruh banquet boy angkat meja untuk kitorang duduk. thank you bos!
tapi 2 3 tahun kebelakangan ni sambutan sangat suram. tak meriah sangat. faktor utama mungkin sebab lokasinya. hmmm, takleh elak lah yang ini. keterpaksaan namanya. tapi, senang apa kalau buat kat situ. semua orang dah tau jalan pergi balik. semua dah tau mana nak parking. takyah bayar tiket somemore. tapi itulah dia, tak menarik lokasinya.
so, sebelum pembentangan cadangan dibuat kepada Abi, Ibu kena pikirkan sebab musabab Ibu nak pergi jugak acara tahunan ini. jeng jeng jeng..
sebab pertama: ini adalah sebab utama tahu! Ibu nak tengok Auntie Linda ambil Anugerah Khidmat Cemerlang. Ibu nak bagi sokongan untuk dia. thats what friends are for. untuk memberi sokongan. hehe.
kedua : Ibu nak makan sedap². sebab kan dah bayar tiap² bulan, jadi kenalah makan! rugi tahu rugi..
ke3 : Ibu nak pakai baju kaftan. pls Abi pls. bila lagi Ibu nak pakai? T____T
4 : hmmm, Ibu nak berjimba dengan kawan², nak camwhoring sampai bateri camera habis.
5 : Ibu nak datim dengan Abi malam². ngehehehe. dah ada baby Kakal ni kan susah nak kuar malam² berdua.
onam : hmmmm, nak tengok performance malam tu dari Cik Sally ton. kumpulan koir beraksi kenalah bagi support walaupun dah retired. semangat setiakawan!
7 : nak tunjukkan semangat keKITAan. barulah warga menara yang sejati namanya. (ye sangat)
8 : Abi tanya > ada artis tak? op kos ade Abi! tapi bukan nama² besar lah. diorang budak baru. tapi apa salahnya kan, they all can sing what. menang no 1 lagi. Abi kan tengok rancangan tu. Abi suka kan suara dia? anak didik Dayang tau.
sembilan : Abi tanya lagi > bukan artis last year eh? hahahahahaha.. no salah! bukan ye. is it too loud tu kita dah banned! macam orang mabuk je nyanyi buat hape.
10 : saja je Ibu nak pergi memeriahkan majlis tu. walaupun belum tentu kedatangan kita tu nanti membuatkan majlis tu jadi gemilang ke apa, tapi at least kita menyumbang la kan.
okeh done! (dah rasa macam buat memo proposal)
malam nanti boleh buat perbincangan hati ke hati. jangan risau, Kakal tinggal dengan nenek dia. nenek mesti gumbira dapat jaga Kakal malam tu nanti. kan Nenek? tapi kena tengok juga Nenek available ke tak malam tu. Nenek moden ni kadang² banyak juga rancangan nya.
|
last year punya.
oh tummy! rindunya.
Kakal ada dalam tu tau. |
|
lawan perut dengan Abi ♥ ♥ ♥ |
sekian,
wassalam.