+ dag dig dug +

May 27, 2010

gagal

bukan tak bersedia. semua persediaan dah buat.
semua sumber dah dikorek, baca bagi faham, tinggal praktikal nya sahaja.
dengan harapan, bila masa itu tiba semua akan jadi mudah.
dengan harapan, dah cukup bersedia hadapi semua.
kalau bagi 20 soalan tentang itu, harus 15 jawapan betul dalam genggaman.

tapi rupanya,

tak semudah itu.
tak cukup rupanya dengan membaca saja
tak cukup dengan segala usaha itu saja

rupanya ia menuntut lebih..

kun fayakun. 
jika Allah berkehendakkan sesuatu pasti ia jadi. 
jika tidak, maka tidak lah.

ya, saya gagal.
tapi lebih perit bila ada manusia mempertikaikan kegagalan itu.

terima kasih manusia manusia sekalian.
biar Allah yang membalas, 
sebab jika saya yang diberi kuasa itu. nahas lah kau!!

p/s: nanti saya update cerita labour ok. :)

May 7, 2010

sejahtera

sudah. lupakan cerita semalam ye. suami saya cakap, hati kena sejahtera. sentiasa maafkan orang.

baiklah, hati saya sejahtera. u're forgiven.

semalam saya teringin sangat nak makan makanan barat. sejak mengandung ni amatlah jarang mengidam benda pelik². cuma kadang² rasa nak makan macam² tu datang. jadi semalam rasa nak makan makanan barat di Chop & Steak kg. baru. ala, kedai yang ada the ship tu kan. yang kalau time bulan puasa amat lah susah nak dapat seat. sampai kena buat booking a day before.

tapi cadangan saya ditolak oleh suami. saya faham sebab jalan ke sana mesti jam dan parking sangat susah. jadi saya tidak lah menaruh harapan sangat. cuma kalau ada, itu rezeki BJ lah.

*lamb chop*

*chicken chop*

Alhamdulillah.

memang ada rezeki BJ. abi mana boleh tak tunaikan hasrat ibu ni kan. sebab nanti ibu muncung lebih mancung dari hidung, hahaha. ok tak kelakar pun.

tapi bukan kt restoran yang ada kapal tu. kami makan kt belakang Jusco AUww AUww. lupa dah nama restoran tu. lama tak makan lamb chop. not bad. sedap juga gravy dia. sambil makan sambil layan Adamaya. comel betul Amani.

lepas itu singgah Wangsa Walk jap. saja nak usha TGV ngan bowling baru buka kat situ. budak² kaunter TGV siap melambai-lambai suruh beli tiket. heh, kalau kat KLCC tu jangan harap lah. penuh je orang. ingat nak tengok Iron Man. tapi show kul 8pm. nasib baik beristighfar sebelum buat keputusan nak tengok ke tidak. sebab belum solat Maghrib kan. hahaha. maka, tak jadilah. kita tunggu esok baru tengok ok.

ahad ni Mother's Day.

hmmm nak bagi apa ye dekat Midah Kukis and MIL and Ibu. 

pikir kan.

esok dah masuk 39 weeks. huhuhu.

May 6, 2010

e.m.o

saya memang tak berani nak buat serangan balas terhadap orang yang membangkitkan kemarahan saya. lagipun saya sedar saya sepatutnya lebih banyak berdoa dan buat benda² yang baik di akhir² kehamilan ini. supaya urusan bersalin itu dipermudahkan hendaknya.

Insya'Allah.

tapi hari ni saya dah tak boleh tahan lagi.

sudah-sudahlah kamu mengata pasal orang ye. sebelum beranak sampai dah masuk kerja balik pun masih nak mengata orang lagi ke? fine. dulu masa perut saya masih comel kamu kata perut saya tak normal. kecil bagi orang yang mengandung 4 bulan. takpa, saya senyum saja. diam kan lagi. sekarang kamu kata kaki saya bengkak sangat². cara kamu cakap seperti nampak telur dinosaur pula di kaki saya. apekah pelik?

memang tak ambil peduli pun apa kamu nak kata. lantak lah. tapi JIKA kamu, atau kawan² kamu yang lain ada terrrr baca blog saya ini..saya minta sangat²..tolong fikir perasaan orang lain sebelum bercakap. u might hurt someone!

dah. jangan tanya bila saya nak meletup. saya bukan bom jangka! saya manusia yang mengendong satu nyawa di dalam. kalau nak tanya, silalah tanya dengan sopan. saya mesti jawab dengan hati berbunga-bunga dan senyuman.

tamat.

oh lupa. tak perlu la nak kol atau sms atau sametime saya pula nak tau siapa yang dimaksudkan di atas. entry hanya untuk memuaskan nafsu hati saya saja.

maaf atas emosi yang keterlaluan.

May 5, 2010

check-up @ 38 weeks

baru balik dari Pusrawi. terus nak update blog. gile ah! bukan nak terus buat kerja. dah malas dah rasanya nak buat kerja bila dah hujung² ni. menyesal tak amek mc je harini. tadi doktor tanya boleh kerja lagi tak, berlagak sangat cakap 'bolehhhhh'. hehe.

Alhamdulillah, semua nya ok.

baby dah engaged dari minggu lepas. cuma nak tunggu rasa contraction je datang. doc kata baby kalau dah ready nak keluar dia akan duduk belah kiri. tapi BJ masih berada di sebelah kanan. kemungkinan overdue tu ada. hmm, tak kisah lah. asalkan BJ sihat di dalam. tapi kalau boleh keluarlah sayang, ibu dah tak sabar dah. so, doc kata jumpa lagi minggu depan. ada lagi 10 hari sebelum due. kalau tak bersalin juga doc bagi lagi 7 hari sebelum paksaan dilakukan.

sempat tak lagi nak teman abi tengok Iron Man?

tanda² nak bersalin ni ada 3 yang saya belajar dari antenatal class dan yang diberitahu oleh doc :

- show (darah beserta dengan lendir) : memang takda lagi tanda² ni.

- pecah air ketuban : dari pengalaman kawan², kalau pecah air tu tak berwarna dan bau. tapi sangat banyak. beza lah dengan air kencing ye.

- contraction : ini yang ada sedikit confuse, sebab kadang² perut mengeras pun rasa macam contraction tapi tak berapa sakit la. doc cakap kalau real labor contraction tu datang, awak dah tak boleh gelak² dah. ha time tu pergilah hospital.

jadi sekarang masih menunggu salah satu tanda tu datang. berdoa saja. semoga dipermudahkan semuanya.