Dear Blog,
I am missing you terribly.
Please don't give up on me.
Ill be back.
Just gimme a moment.
mUCh ♥,
ME.
Shakebulous With Shaklee
April 12, 2016
January 28, 2016
Gaffe & Co Cafe at The Garage KL
Assalamualaikum,
Well cafe-hopping memang menjadi kegemaran kitorang (husband & me). Suka try hipster cafe yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kat KL ni sekarang. Bukan kat KL je kot, JB, Ipoh pun dah banyak cafe hipster kan?
So semalam, ada 1 cafe yang tengah viral kat FB. Husband ajak pi try. So kita pun pi lah try lepas kerja straight pi sana. Cafe tu located kat MRR2, sebelah je dengan Istana Bambu. Besaq gak kedai dia. Bukan ada cafe je, ada butik, ada barber shop and macam² lagi.
THE GARAGE KL is an open-air urban-lifestyle center and automotive culture venue featuring more than 10 shops, cafes, and garage, located in downtown Kuala Lumpur. The innovative center, which was built from 15 re-purposed shipping containers.
- sumber thegaragekl
THE GARAGE KL,
Lot 841, Jalan Hulu Kelang, Hillview, Kuala Lumpur
Tengku Azman : +6019 278 7505 | Hirzan :
+6019 444 4002
Facebook
: THEGARAGEKL | Instagram : thegarage.kl
Toilet ada dekat bawah, kena turun tangga sikit. Surau disediakan tapi comel aje suraunya. Muatlah 8 orang berjemaah. Tapi takde asing lelaki perempuan. Semalam solat pun take turn. Jangan lupa bawa telekung sendiri.
Overall, yang paling sedap sekali ialah milkshake meleleh tu perisa Peanut Butter. Jangan lupa order. HEHEHE.
January 8, 2016
Ariff Haikal Back To School 2016.
Assalamualaikum,
Hari ni update pasal Abang Kakal pulak lah. 2016 ni Kakal dah 6 tahun means last year in Tadika MAIWP. Masuk tahun ni dah 3 tahun Kakal tadika. HAHAHA. Ibu Abi dulu tadika setahun je nak. Takpelah, zaman sekarang ni mencabar. Budak² semua dah advance sangat. Ibu taknak Kakal ketinggalan. Tadika ni pun bagus sangat bagi Ibu. Syukur Alhamdulillah.
Tahun ni Umar ikut sekali hantar Abang Kakal. Seronok macam dia pulak nak sekolah. Ha tunggu 4 tahun Ibu masukkan tadika. Masa tu jangan menangis taknak pergi pulak ye.
Kakal dengan kawan dia dari umur 2 bulan.. :D |
Amboi beriya sangat tu nak. |
Seronok tengok anak² semua dah mula sekolah, yang tak seronoknya jalan jam!
Ok tu je nak dibebelkan. Toodles!
January 7, 2016
Umar Nadeem Turns 2!
Assalamualaikum,
Ok, 1st post of 2016. Yeayyy!
So, Umar turns 2 on 4th Jan 2016 bersamaan hari Isnin yang lepas. Ibu rasa bersalah sebab tak banyak update pasal Umar kat blog ni. Im so sorry baby. Ibu punya skill mengarang dah out of tune. Nak tune balik tu sangat mengambil masa.
Umar dah masuk 2 tahun memang banyak skill dah. Banyak betul cakapnya. Ibu rasa since 1 tahun 6 bulan Umar dah start bunyi. Your 1st word is BANANA. Ye BANANA not Ibu, Abi, Mama or whatever. Dan banana juga is your favourite fruit. BANANA juga bermaksud MINIONS. Yes, your favourite cartoon character. Suka benor.
Tahun ni kita celebrate simple² aje. Sebab nanti Abi nak bawa pergi somewhere. Hehe. Tapi jenuhnya kalau celebrate simple pun kena buat banyak kali. Taska, rumah nenek gombak & rumah atok aji. HAHAHA.
Kek pun order kat Pistachio. Senang. |
Umm, abang yang over. |
Tiup lilin dikelilingi kawan². |
1 pic for the album! |
Abang & Adik. |
Teacher Nina, Yaya & Fatty. |
Celebrate dekat rumah Nenek Gombak. |
Tunggu weekend ni kita celebrate dengan Atok Aji pulak ok.
Ibu & Abi doakan yang terbaik aje untuk anak². Semoga sentiasa dahulukan Allah dalam setiap perkara. Amin.
Love you to the moon & back!
December 31, 2015
Penutup Siri Jalan² 2015: Pullman Putrajaya Lakeside Hotel (lagi dan lagi)
Assalamualaikum,
Last entry for 2015..wooohoooo~
Sebabkan dah last day of 2015 kita kasi up satu entry yang tak basi. Baru sangat weekend lepas. HAHAHA. Aci tak? Aci lah pleaseeeeeeeee...
Weekend lepas cuti panjang kan. Tapi bagi orang Kay Ell ni takdak kampung nak pi, nak cuti² vacation jauh pun malas sebab nanti jalan jam, hiway jam, bandar jam. Jadi kiat vacay kat Klang Valley je la. Sonang, yang penting dapat jalan dan dapat mandi swimming pool. Yang penting anak² happy, Mak happy, Abi happy dalam kekerutan.
Amaran : Banyak gambar gegar! Lantakkannn.
Tunggu nak check in |
Mula-mula dapat bilik ni..DELUXE KING BED at Lotus Wing taaapiii... |
Kenapa suka hotel ni? Sebab bila guna govt rate masih reasonable harga dia. Dapat free breakfast for 2 pax lagi. Breakfast buffet dia pon best. Mula² dapat bilik deluxe king bed kat Lotus Wing. Dulu pernah stay bilik ni so dah tau rupa dia cemana. Tapi kalini tanjat sikit sebab pintu bilik air takde ye. Dulu dia macam pintu kaca boleh slide tu. Now dah takda atas dasar keselamatan kanak² katanya. Abi pulak rasa tak selesa, kalau beron pintu ternganga dan bau merata maka kita call front dest minta tukar. Nasib baik dia nak layan jugaklah permintaan kita.
Maka kita tukar kat Jasmine Wing. Jasmine ni bilik dia ada bathtub and decorations more to Arabian ke Morocco gitu. Maka berendam lah semua dalam bathtub sampai takmo keluar.
Tak da aktiviti pun boleh dibuat kat sini selain swimming. HEHE. Jadi kita layan pool je lah. Memang itu tujuan nye pon. Lepas tu pusing² hotel. Banyak port best bergambau. Layankan encik photog, eh instragram husband. HAHAHA. Malam pulak pergi makan kat Food Court Presint 9. Terbaik ye macam² ada. Yang penting ada Kacang Pool Haji dari JB!
Nak pi pool |
Sekali hujan daaa, tak boleh masuk pool. |
One for the album! |
Tunggu gambar dari kamera filem pakai buang ni siap pulak. |
Akhir kata, selamat menuju tahun 2016. Azam baru? Apa tu? MUAHAHAHAHA.
October 7, 2015
Bella's Birthday at Rakshee, Kota Damansara
Assalamualaikum,
Hajat dihati nak update Trip to Langkawi, tapi mood belum mari. So kita cerita pasal birthday Auntie Bella. Baby Merdeka si Bella ni, tahun ni dah 17 tahun. Sweet 17 kau ye. So Emak, Abang & Kakak² kesayangan Bella ni pun arrange lah surprise party for her. Sebelum ni dia asyik tengok je orang lain punya surprise party je. Kali ni jeng jeng jeng...kita surprise kan dia pulak.
Mula² plan nak buat kat Taman Rimba TTDI je, tempat biasa kitorang lepaks anak-beranak. Tapi disebabkan jerebu mulai melanda tak jadi lah nak buat outdoor. Terus teringat Rakshee ni. Bonus sangat sebab dekat dengan rumah Nanny. Kitorang pun call and ask permission to arrange a party at Rakshee. Bagitau diorang yang kita nak decor² sikit boleh ke? Diorang kata boleh je takda masalah asalkan datang cepat cos takut ramai pelanggan nanti takde tempat nak decor.
Rakshee ni dekat The Strand, Kota Damansara. Sederet dengan Subway & Galeri Ariani. Baca pasal Rakshee ni dari Instagram Hanis Zalikha. Katanya ada ala-ala Boat Noddle yang served mihun sup dalam mangku² kecil yang memerlukan 5 mangkuk baru lah cukup untuk memenuhi kapasiti perut ku. Kehkeh. Mihun sup atau kat Rakshee ni diorang panggil Bakso, Sedap sangat lagi² bila bubuh sambal cili dia. Terangkat! Other than bakso ada juga lasagna, spaghetti bolognese & carbonara and a few other, Tak banyak sangat menu nya. Air pun begitu, tak banyak pilihan. Tapi ok lah, kalau ko nak rasa nak mengopi sini memang tak jual kopi. Pergi kedai sebelah apetah nama cafe sebelah ala-ala hipster tu. Ha pergi mengopi engkau di sana.
front door |
luar pun ada tempat duduk |
simple decor by PARTYMEPERFECT |
setting up the decor |
here comes the birthday girl...BELLA! |
awesome birthday cake! |
goodies by yours truly & auntie adek |
Group photo! |
Bella & Mama |
Super Pakngah |
Birthday girl |
Budak kecik banyak songeh. |
bakso, RM 1.90 semangkok |
5 mangkuk je makan..mana ada banyak pun..hohoho |
ha amekawww |
balik |
Memang best sini, lain kali repeat lagi. Woohooho. Photos credit to my awesome mr photographer, Rizal Rahman from The Mikaels Project (go find him at fb and instagram) kihkih.
RAKSHEE, KOTA DAMANSARA
Address: 11, Jalan PJU 5/20a, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Till then, toodles!
Subscribe to:
Posts (Atom)